Pages

Sunday, April 10, 2011

PELANGI CINTA : PART 2

            Zahid mundar-mandir di sekeliling kampus. Dia sudah lambat setengah jam untuk masuk kelas Dr. Amran. Dia teragak-agak untuk masuk atau tidak. Kalau masuk, mesti kena marah punya. Kalau tak masuk dia boleh bagi alasan lain. Argh.. ni gara-gara tidur lewat .

            Zahid terus menuju ke arah motornya. Dia mengambil keputusan untuk tidak masuk. Apa nak jadi, jadilah… dia memecut motornya laju menuju ke kafe kampus. Dia memilih meja yang paling hujung sekali. Senang.. tidak dapat dikesan dengan mudah. Air fresh oren sudah sampai setelah hampir 5 minit dipesan. Fuh…lega tekaknya yang dari tadi kering.

            “Hoi… kau buat apa kat sini Bro…”

            Zahid tersentak dengan sapaan itu. Cis… kurang ajar. Sapa ni?

            “Ko…Aman… kau nak merasa tamparan aku ke Aman? Terkejut kot….”

            “Opps…sori-sori… Bro… weh, kau ponteng kelas ni!”

            “Lantak akulah… aku datang lambat. Malas ar nak masuk kelas Dr. Amran tu. Boring pun boring…”

            “Amboi…sedap kau saja Zahid… sedarlah sikit kita ni sem last… dah nak habis dah pun..”

            “Aku tau la…”

            Aman terus duduk di hadapan Zahid. Risau benar dia dengan perangai sahabat baiknya ini. Tidak ada langsung gaya nak berubah. Masih sama.. bermasalah sentiasa.

           Aku nak tanya kau sikit Zahid…”

            “Hm…pa dia?”

            “Semalam aku nampak Hani lari nangis-nangis. Kebetulan… aku terserempak dengan kau pula lepas tuh. Kau kacau Hani lagi ka Bro..?”

            “Lantak akulah…kau sibuk apasal..?”

            “Ish…jangan buat macam tu Zahid. Kita budak sains..dia budak pengajian islam… tak elok orang tengok kalau kau kacau dia. Nanti orang salahkan dia..sedangkan Hani tu budak baik…”

            “Woi…kau nak kata aku budak jahat la Aman?”


            “Eh…tak la.. Cuma aku nak kau berhati-hati, jangan kacau Hani tu. Kesian kat dia…”

            Zahid bangun serta merta. Aman memandang Zahid. Zahid kelihatan marah. Dengan segera Zahid berlalu pergi meninggalkan Aman di situ. Aman menyoroti derap langkah Zahid. Dia mengeluh kecewa. Salahkah dia? Mungkin kata-katanya membuatkan Zahid berjauh hati. Dia tahu Zahid menyukai Hani. Cumanya…caranya salah. Salah tetap salah!

*****

            Kelas Hifz Quran baru sahaja habis. Semua orang sudah bergerak untuk pulang. Cuma Hani Khalilah seorang sahaja, masih tekun mengulang bacaannya. Hari ini banyak sekali kesalahan hafalannya. Ada wajah duka di wajahnya. Kesal dengan prestasi hafalannya.

            “Hani…enti tak mau balik lagi ka?”

            “Hmmm..kejap ye Raudhah. Ana nak menghafal sikit lagi sementara ana free ni.. enti balik la dulu..”

            “Ye ke…alar, ana nak teman enti pun, ana ada usrah dengan kak Alia kejap lagi. Enti tinggal sorang takpe ka ni?”

            “Eh…tak pa-tak pa, enti pergi dulu. Macam tak biasa ana tinggal sorang kan…”

            Hani mengeyit matanya.

*****

            Sudah hampir sejam Hani di situ. Dia sudah mahu pulang. Dengan segera dia mengemas barang-barangnya. Tiba-tiba pintu bilik kuliah terkuak. Dia segera memalingkan mukanya. Tersirap darahnya memandang wajah itu… Arghh…benci!

Bersambung…


Nukilan serikandi,
Serikandiumar93
3:58 pm
10 APRIL 2011

1 comment:

DawudHawariy said...

Asyik bersambung ja........ habiskan je lah terus.....