Pages

Tuesday, April 12, 2011

SERIKANDI ASRAR

            Menjadi serikandi asrar di akhir zaman ini payah sekali. Benar… sukar sekali apabila kekadang nafsu diri datang menjengah, perilaku jauh berbeza sekali. Serikandi… ibarat sekuntum mawar berduri. Mawar yang hanya layak dimiliki oleh kumbang pilihan Allah.


Kenapa sukar sekali untuk menjadi serikandi di akhir zaman ini?

            Entah.. aku sendiri tidak pasti. Aku sendiri kekadang kecundang dengan nasib diri. Memperjudikan gelaran serikandi dengan perilaku yang keji. Huh.. tidak layak langsung digelar serikandi jika hipokrit dengan peribadi terpuji, di hadapan Ilahi sunggu keji sekali!

            Mujahadah yang tinggi diperlukan untuk menjadi seorang serikandi. Amalan yang tersendiri diperlukan untuk mendekatkan diri pada Ilahi supaya peribadi yang mulia terserlah dengan semulajadi. Masyaallah… petah sungguh aku berbicara. Adakah aku juga mampu istiqamah dengan amalanku untuk menjadi serikandi yang hanya meletakkan cinta Allah dan Rasul sebagai matlamat?

            Tidak… aku juga punya kekurangan yang tersendiri. Kekadang perit sekali bermujahadah. Namun aku juga mencuba..tidakkah kalian juga ingin mencuba? Ayuh…kita cuba untuk mengubah diri kita menjadi seorang serikandi yang berperibadi mulia. Biar Allah sahaja yang menilai niat di hati…biarkan manusia dengan mulutnya yang tidak pernah berhenti  mengata. Argh… manusia… mana pernah berhenti mencari kesalahan orang lain!

            Sama-sama kita koreksi diri kita… ingat… cukuplah Allah di hati. Cukuplah Allah sebaik-baik Penolong.. sama-sama kita bermujahadah duhai serikandiku sayang… sama-sama menjadi sekuntum mawar berduri yang mekar di taman Firdausi ^____^


Mawar berduri,
Serikandiumar93
10:59 am
12 APRIL 2011

3 comments:

CikAizA said...

indah sungguh monolog ini....

Unknown said...

mabruk alaik ukhtie!

Unknown said...

salam ukhtie~

ana tetap dibelakang ukhtie..xkn pernah berganjak walau selangkah..