Pages

Saturday, July 23, 2016

PART 1 : PENGALAMAN BERSALIN ANAK SULUNG


2 hari sebelum bersalin, aku sudah turun tanda. Keluar cecair lendir bercampur darah. Oleh sebab aku style gelabah, aku suka jadikan google tempat aku menimba ilmu. Macam macam aku google. Dan ada terbaca, pengalaman keluar lendir bercampur darah tanda 2 hari lagi nak bersalin, ada 5 hari lagi dan seminggu pun ada. Info yang aku dapat , sedikit sebanyak melegakan hati.

Memang dah pegang dalam hati, TAK MAU PERGI HOSPITAL SELAGI TAK SAKIT TERUK. Sebab ini anak sulung, baca pengalaman orang, anak sulung lambat sikit nak bukanya. Kalau pergi hospital pun, baru buka 2 cm akan disuruh balik punya. Tak ke penat? ulang alik. Baik stay cool di rumah dan get ready untuk tanda tanda bersalin berikutnya.

Nak dijadikan cerita, minggu tu, suami pulang. Kira 2 minggu sekali dia akan balik jenguk aku di kampung. Kami balik kampung awal bulan 5, 2hb Mei, penat jugak, sebab dari Klang kami balik Terengganu dulu, kemudian baru pulang ke Kedah. Get ready untuk bersalin di kampung. Jadi, pagi Sabtu minggu tu suami sampai di Kedah. Naik bus pada malam Jumaat. Dah info dah suami, dah turun tanda, bawa baju banyak siap-siap, takut takut terberanak, suami memang stay terus Kedah.

Ingat lagi, malam tu JDT vs PKNS. Time tengah rancak bola tengah main, aku masuk ke tandas untuk ambik wudhuk. Nak solat, Tiba tiba rasa air meluncur laju turun. Masuk tandas semula. Pelik. Pegang peha. Ada air.

Kepala terus memutar segala info yang dibaca. Pecah ketuban ada bunyi POP! Ni tak dengar bunyi sebab bising bola agaknya. Terus panggil mak. Mak cakap air ketuban. Suami yang tengok bola pun terpinga dah. Tak gelabah pun. Kami boleh sengeh-sengeh lagi. Mak terus call abah. Sebab abah kat tempat kerja, shift malam. Berdesup abah balik. Abah yang kalut. Siap marah marah mak, lambat sangat. Haha.

cool.. cool

Aku relax ja. Tak sakit pun. Kami pun otw pergi hospital. Sakit belum dirasa. Tapi abah drive kereta macam emergency sangat-sangat dah. haha. Relax abah, orang nak bersalin pun cool saja. Abah pulak yang emosi lebih. huhu.

Sampai di Hospital Sultanah Bahiyah, abah berhentikan kereta di kawasan wad kecemasan, kemudian kami naik ke tingkat 2, ke kawasan wad bersalin. Dekat kaunter, dia akan tanya problem apa. Info lah dah pecah ketuban. Dia akan tanya pakai pad tak? Aku jawab pakai. Dia cakap pandai. 

Well, cik Qaniah kan suka google, dah baca semua info. Bila dah pecah ketuban tapi belum bersalin of course kena pakai pad. Kalau tak meleleh air ketuban lah. Tak selesa sangat sangat sebab air ketuban macam berlendir.

Pastikan bawa buku merah, kad pengenalan dan serahkan kepada mereka. Buang barang kemas. Beg semua tinggalkan pada waris. Kita masuk tunggu dalam untuk pemeriksaan. 

Aku rasa doktor kat situ praktikal semuanya. Muda. Siap tanya aku ulang kali macam ujikaji.

Macam mana tahu tu air ketuban?

Air macam mana?

Bunyi POP tak?

Basah lencun macam mandi tak?

dan banyak lagi.

Aku nak jawab pun terhegeh-hegeh. Mana nak tahu. First time kot. Dia pun suruh baring di atas katil. Buka seluar semua. Lama jugak nak tunggu diorang mari tengok. Nurse mari letak alat di perut. Untuk check contraction kot. Kuat bunyi jantung baby. Satu ward dengar. Apa istilah alat tu pun aku tak tahu. Tapi mula start rasa sakit sikit sikit.

Sambil sambil tu dalam hati doa. Biar doktor perempuan yang check. Sebab terpandang sorang doktor lelaki kat luar. Mintak mintak bukan dia.

Alhamdulillah.

Doc perempuan mari check. Dia akan suruh kita buka kaki. Takutnya dalam hati. Check jalan ni sakit, apa yang aku baca baca di google. Dalam hati cuba tenangkan hati. Cool, jangan takut. 

Bila dia masukkan. Gulp! Sakit! Sapa cakap tak sakit bila dia masukkan jari. Siap diorang buat perbincangan. Ini betul air ketuban ke apa atau air lain. Mulalah soal soalan macam macam. Pening kepala nak fikir jawapan. Kita pun tak tahu, first time. Tapi apa yang pasti, jalan dah buka 2cm!

Ya 2cm! Aku siap tanya 2cm boleh balik dulu kan. Memang diorang akan bagi pilihan nak balik atau stay. Tapi, kena confirmkan dulu. Kalau ini air ketuban memang kena tahan wad, sebab takut bahayakan baby. Kalau dalam masa 24 jam belum bersalin, kena induce. Gulp!

Lepas check jalan. Scan perut pulak, nak tengok air ketuban berkurang tak. 2 orang doktor perempuan check. Dalam hati confirm diorang doktor pelatih. Sebab diorang dok check sambil bincang kes aku. Diorang tak puas hati ini air ketuban ke tak. Keputusannya, doktor sorang lagi nak check jalan balik. Aku gulp gulp dah telan air liur. Kena check jalan lagi. Tak mahu sebolehnya.

Sewaktu berdiri nak turun katil, air meleleh turun sampai menitik di lantai. Terus cakap kuat-kuatt air menitik. Kedua orang doktor tu patah balik tengok. Selak kain. Confirm air ketuban. Siap cakap..

"Kalau tunjuk macam ni dari awal kan senang.. confirm pecah ketuban.."

Cis. Kita pulak yang kena, dari awal cerita meleleh gini tak mahu percaya. Huhu.

So, keputusannya, confirm kena admitted!

****

Nak tunggu apa jadi? Sama ada Qaniah bersalin sebelum 24 jam atau kena induce, tunggu PART 2 ^_^

Bersambung...


Qani'ah Mawaddah
Bandar Parklands, Klang,
1.46 petang,
23 Julai 2016.

Wednesday, July 13, 2016

KEKUATANKU


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Sekian lama tak menulis, hari ini rasa nak menulis balik. Dulu time buka blog ni usia Qani'ah 15 tahun. Sekarang usia Qani'ah dah 23 tahun. Dah berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata, penyejuk mata Qani'ah dan suami. Saat entry ini ditulis, puteriku sedang nyenyak tidur di buai. Mengambil kesempatan puteri ku tidur, Qani'ah mula menulis. Melepas rindu pada penulisan.

Tanggal 15 Mei 2016, lahirlah puteri kami. Puteri yang ditunggu-tunggu. Allah kurniakan diri Qani'ah mengandung dalam tempoh masa yang begitu pantas. Dalam masa sebulan berkahwin, belum sempat kenduri di pihak lelaki, sehari sebelum kenduri, disahkan hamil. Rezeki bunting pelamin orang tua-tua kata.

Takjub. Mana tidaknya, dulu sakit bukan main teruk. Masuk hospital lah. Rahim jatuhlah. Turun darahlah. Tapi Allah Maha Kaya, sakit sakit, tapi lekat anak awal , Alhamdulillah. Selepas sebulan lebih berkahwin, Qani'ah pulang ke Jordan untuk meneruskan pembelajaran yang berbaki. 1 semester lagi. Ya, lepas itu Qani'ah akan graduate.

Di sini cabaran demi cabaran bermula. Sejurus lepas kahwin, sudah PJJ, tapi masih boleh berjumpa pada hujung minggu. Tapi setelah kembali ke Jordan, ini PJJ jarak jauh, dengan keadaan badan yang sedang hamil anak sulung, meninggalkan suami dan kembali ke Jordan, amat mencabar dan memerlukan hati yang utuh dan jiwa yang kental.

Kelas di tingkat 5, setiap hari, lain-lain bangunan setiap hari. 7 subjek yang perlu diredah. Pulang ke rumah berjalan kaki. Mencabar apatah lagi jalan di Jordan berbukit bukit. Rumah pula tingkat 3. Mengah. Ya sangat mengah. Masuk kelas rasa mual, semua benda rasa busuk. Di tahannya rasa muntah dengan menghidu minyak angin. Sampai orang Arab tanya bau apa, mereka tak pernah bau.

Qani'ah mengalami pengalaman muntah selepas maghrib. Lepas maghrib mesti muntah. Bau kawan kawan masak pun rasa busuk. Sampai suruh mereka tutup pintu dapur jika nak masak. Dengar bunyi bising pun tak boleh. Susah nak tidur, begitu sensetif nya jiwa ibu mengandung ni.

Rasa marah, rasa nak nangis. Selalu suami jadi tempat mengadu dan melepas tangis. Rasa keseorangan, hanya ada Qani'ah dan si kecik dalam perut. Hampir 3 kali jatuh dalam bilik air, tapi si kecik ini masih kental di dalam perut Qani'ah. Setiap kali jatuh, esoknya melangkah penuh kerisauan ke klinik di Balad Irbid, Keseorangan. Alhamdulillah kandungan ok. Baby siap menendang lagi waktu scan. Kuatnya kamu wahai anakku. Terima kasih Ya Allah.

Pengalaman mengandungkan si kecik ini di perantauan, tanpa suami di sisi, mengundang hiba. Kekuatan diperlukan. Walaupun ada air mata yang mengalir. Qani'ah perlu gagahkan. Semester ini mesti dihabiskan, dan pulang segera ke pangkuan suami. Alhamdulillah Qani'ah lulus. Takut sangat tidak lulus. Mana tidaknya, tiket sudah dibeli, Qani'ah mahu pulang terus tanpa menunggu majlis konvokesyen sebab usia kandungan sudah hampir 6 bulan pada waktu itu.

Syukur semuanya selamat, zuriatku ini sumber kekuatanku, sumber inspirasiku, kesayanganku, penyejuk mataku dan suami.

Insyaallah next post, Qani'ah nak kongsi pengalaman bersalin dan tips mudah bersalin. Insyaallah :)

Moga berjumpa lagi di lain lembaran.


Qani'ah Mawaddah,
Bandar Parklands, Klang,
12.50 tengahari,
13 Julai 2016.