Pages

Wednesday, April 27, 2011

BUNTU


          Pukul 7 sampai rumah… terus keluar.. naik motor. Pergi mana erk? Saja.. singgah di pasaraya. Belek kasut.. berkenan. Beli kasut PALLAS.. otai tu. Serikandiumar pakai kasut camtu ka? Entahlah.. yang kelakarnya.. kasut saiz 3. kecik betul kaki.

          Berjalan tanpa arah tuju. Sakit kepala ni. ujian-ujian.. pukul 8 baru sampai rumah. Alhamdulillah…terus update blog..huhu

          Blog ini akan ditinggalkan untuk tempoh 2-3 hari mungkin. Malam ni, naik bas ke Kuala Lumpur. Bas aku pukul 12 malam. Teman sahabat baik urus sijil untuk ke Jordan.

          Ritu.. aku pergi rumah dia cakap nak pergi Jordan. Dia tak minat. Last-last aku tak pergi, dia yang sampai dulu ^___^ inilah percaturan Allah bukan.

          Doakanlah yang terbaik buat kami esok hari ini, kami dua orang gila-gila sikit perangai. Bawa perangai kanak-kanak ribena kat tengah kota KL tu habislah…huhu

          Baik…salam perjuangan dariku..

Diariku,
Serikandiumar93
8:31 PM
27 APRIL 2011

TAKJUB


          Pagi tadi, tangan menggenggam rekod kesihatan murid-murid. Aku menyelak buku rekod Aina.. subhanallah.. teruja tambah takjub apabila terpandang gambar scan ini. aku pandang… boleh nampak janin di situ. Subhanallah.. indahnya…

         Aku juga macam tu juga la kan? Tiba-tiba rindu dekat mak ^___^ apa perasaan seorang ibu ya? Apabila di dalam rahimnya terisi… zuriat buat agama-Mu Ya Allah…

          Indahnya saat ini.. tapi.. kenapa realiti hari ini, janin ini tatkala lahir belum pasti selamat. Kenapa lahirnya kedunia dibuang begitu sahaja? Sedangkan indahnya dia di dalam rahim ibu.. jika dia bisa berkata-kata, pasti dia akan berkata “ Aku tidak mahu keluar… selama-lamanya aku ingin di rahim ibu… dekat dengan ibu..” ya Allah… indahnya…

p/s: malam ni bertolak ke KL…


Diariku,
Serikandiumar93
1:21 PM
27 APRIL 2011 

Tuesday, April 26, 2011

DILEMA

          Dilemanya ya allah… baru gerakkan tangan menaip cerpen pelangi cinta. Tiba-tiba dapat panggilan telefon dari nombor yang tidak dikenali. Lelaki..huih.. sapa ni.

          Dia dari pihak UITM.. nak interview sikit. Aku layak untuk diserap masuk ke UITM dalam bidang business and accounting. Aku diminta turun ke Dewan Menara Zakat, Sabtu ni. Aduh… bila masa pula aku minta ni?

          “Eh..saya nak tanya, macam mana nama saya boleh tersenarai sedangkan saya tak minta?”

          “Hmmm…itu adik jangan tanya. Saya hanya menjalankan tugas saya untuk beritahu adik. Maklumat adik dah ada pada kami…”

          “Oh..ok..”

*****

         Telefon abah. Telefon mak.. nak buat macam mana ni? Pening-pening.. ya Allah.. Ujian ni… nak kena istikharah dah malam ni ^___^

          Terbantut idea untuk kembali menulis cerpen..huhu.. maaflah, nanti aku tulis kalau rajin..

          Sabtu ni ada latihan memandu, 2 jam yang terakhir. Sabtu ni juga ada seminar ni. Nak pergi ke tak? Rasa macam aku tak mahu pergi dah. Darul Quran pun aku tolak. Inikan pula UITM. Nak tolak juga serikandiumar?

          Sapa sokong aku tolak? ( jawapan dia ada pada Allah bukan?) tapi… jika hati dah kuat tak mahu baik tak payah. Cumanya sedih dan rasa macam nak menangis pun ada. Allah menguji aku dengan pilihan ini. Menguji keyakinan dan keteguhan hati serikandiumar…


          Sabar.. sabar dan terus sabar!      


p/s : Khamis ni turun KL… 

diariku,
serikandiumar93
1:52 pm
26 APRIL 2011

Monday, April 25, 2011

TITIPKAN AKU PADA ALLAH


          Aku termenung. Ramai yang bertanya.. serikandiumar sakitkah? Aduh… payahnya nak jawab soalan ni..huhu

          Aku sakitkah? Hmm…sakitlah juga (pengakuan ni) ujian Allah buat aku. Aku kena terima. Ujian ini yang menguatkan aku lagi. Ujian yang menyedarkan aku hakikat keyakinan yang teguh pada Ilahi.

          Aku nak sembuh. Jadi macam-macam kena buat. Bangun-bangun pagi, ambil air chlorophyll… tambah dengan air rebusan..huh, pahitnya hanya ALLAH yang tahu. Makan pula kapsul herba.

          Sepanjang hari minum air hijau tu satu botol besar. Malam pula makan ubat lagi.. minum susu lagi. Aduh.. banyak sungguh nak kena telan. Nak sembuh tak?

          Naklah… jadi, kena disiplin sikit. Bukan ada sapa nak leter kat aku, kena diri sendiri buatlah kalau nak sembuh.

*****

(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun"[101].

~al baqarah : 156~

[101]. Artinya: Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah kami kembali. Kalimat ini dinamakan kalimat istirjaa (pernyataan kembali kepada Allah). Disunatkan menyebutnya waktu ditimpa marabahaya baik besar maupun kecil.

          Usah risau sahabatku… titipkan sahaja aku pada Ilahi. Diri ini cuba istiqamah berpuasa saban hari. Andai dijemput Ilahi..matiku dalam keadaan berpuasa. Subhanallah.. indahnya… mudahlah urusan nanti.

          Titipkan aku pada ALLAH sahabat… aku milik ALLAH. Kepada ALLAH jua aku akan kembali. Jadi… serahkan aku pada ALLAH. Biar ALLAH sahaja yang menjaga diriku.

          Doa kalian amat diharapkan ^___^

p/s : titipkan doa kepadaku!


Luahan serikandi,
Serikandiumar93
2:18 am
26 APRIL 2011 

PELANGI CINTA : PART 4

Hani baru sahaja selesai menadah kitab. Exam dah dekat. Banyak yang perlu dia study lagi. Pening kepala apabila memikirkan exam yang kian tiba. Persediaan langsung tiada. Dia runsing.. ini tahun akhir. Tak mahu repeat! Parah nanti jadinya…

         Dia bangun. Menuju ke bilik air. Mengambil wuduk. Seperti biasa..tatkala hatinya runsing dan buntu, surah ar rahman jadi peneman. Dia capai quran kesayangannya itu. Quran hadiah dari seorang ukhti dari bumi Ardhul Kinaanah…

          Dia mula menyelak helaian demi helaian. Sudah jumpa surah ar rahman! Tiba-tiba ada sekeping kertas kecil berwarna hijau muda jatuh di atas ribanya. Dia buka…

         Aku runsing..

         Aku buntu…

          Aku mencari cinta-Mu di sebalik kebuntuan ku itu..

          Ar rahman pengubat jiwaku…

         Menyentuh hati nuraniku…

          Hadirkan cahaya ar rahman di dalam dirku Ya Allah…

         ~salam mujahadah buatmu…

                                      ‘ H ’

          Sekeping nota kecil. Si pemberi seakan-akan tahu surah ar rahman adalah kesukaanku tiap kali aku serabut! Aduh… sapa pula ni!

          Dia cuba mengingati apa yang berlaku petang tadi. Di mana dia tinggalkan qurannya. Hmmm…di mana… di mana ya.. ha! Tahu…

          Petang tadi dia pergi library. Dia bangun untuk ambil buku di rak. Tika itu dia mengambil masa yang agak lama membelek buku di rak. Mungkin waktu itulah kad ini diletak. Ish sapa bagi ya? HmmHuda barangkali sebab tadi dia sapa aku di library.. desis hati kecil Hani.

         Hani segera mencapai telefon bimbitnya.. laju dia menaip mesej.

          “Salam…thanks Huda bagi kad dekat Hani!”

Tuuuttt….

          “Wassalam… kad apa Hani?”

Send…

          “Eh… kad kecil warna hijau dalam quran Hani la !”

Tuuutt….

          “Mana ada Hani… quran Hani pun Huda tak kenal…”

Send…

          “Yeke…hmm tak palah.. maaf ganggu enti..”

Tuuuuuuut………

          “Eh…tak pe…”

Hani kaget. Sapa bagi ni!!!

Dush… pening lagi kepala…hahaha

‘ H ’ sapa nama mula huruf H angkat tangan cepat!!! ~___^

 *****

          Hampir seminggu Zahid menghilangkan diri. Maklum lah… exam dah hampir dekat, kelas pun dah tak da. Jadi.. semua orang bebas menentukan haluan masing-masing. Yang penting study!

          Tiada siapa yang tahu ke mana Zahid menghilang. Aneh.. budak paling kepoh di kampus menghilangkan diri. Haish.. pergi mana budak Zahid tu? Semua orang tertanya-tanya…

         Hani juga turut terkesan. Tiada lagi gangguan yang hadir dalam hidupnya. Dia tenang dan.. fuh… mampu menarik nafas lega.

          Tapi….

          Ke mana Zahid menghilang? Dia jauh berubah… setelah….

Peristiwa tempoh hari barangkali!

         Hani musykil… runsing.. buntu! Salahkah caranya? Hani berdoa agar akan ada satu perubahan dalam diri Zahid…. perubahan ke arah mencari redha Allah… bantulah dia Ya Allah…

         Tiba-tiba… Hani dicuit dari belakang. Terkejut dia… seorang budak lelaki sedang tersenyum kepadanya.. kecil sahaja budak tu. Dalam lingkungan umur 6 tahun barangkali. Budak mana ni? 

Tiba-tiba muncul dalam kampus pula! Aneh bangat…

          “Ya adik… cari sapa ya?”

          “Cari kak lah…huhu”

          “Cari akak? Wat pa dik..?”

          “Ni…ada orang bagi… ambik lah…”

          Sekeping kad kecil warna merah… belum sempat aku berkata apa-apa… budak itu terus laju berlari.. menghilang entah ke mana.. aneh.. apasal pelik sahaja! Hani mengerutkan dahinya…

          Dia membuka lipatan kad kecil itu.. persis nota semalam! 

          Senyumlah duhai serikandi..

          Walau terpalit segores luka di hati…

          Ukirkan senyuman pada dirimu..

          Kerana engkau tampak manis lagi menawan serikandiku!

          Dariku untukmu…
                                      ‘ H ’

            H… lagi… adoi… sapa ni? Sejak bila Hani Khalilah ada secret admire.. Hani segera menyimpan kad kecil itu. Dia pandang sekeliling. Sapa ya?

         Hani berlalu pergi… fikirannya serabut. Sarat dengan tanda tanya yang entah bila jawapan akan kunjung tiba.. Allah..bantu Hani Ya Allah… :(

Bersambung….


Tinta serikandi,
Serikandiumar93
7:03 pm
25 APRIL 2011

GADISKU


           Seronok bertudung labuh. Rasa tenang. Rasa diri terjaga. Tiada apa yang perlu dirunsingkan lagi kerana diri sudah tertutup rapi… indahnya ya Allah..nikmatnya Ya Allah…

          Jangan kita persiakan ‘tudung labuh’ ini. Si pemakai haruslah menjaga tatasusila sebagai pembawa status ‘tudung labuh’ ini. Peribadi dan identiti Islam haruslah terserlah. Indahnya peribadi gadis si tudung labuh itu tiada tolok bandingnya..

          Tapi… apa yang berlaku? Gadis-gadis bertudung labuh sendiri memperjudikan identiti Islam yang dibawa. Unsur-unsur negative terserlah dalam diri kalian membuatkan orang luar hilang kepercayaan terhadap gadis-gadis bertudung labuh.

          Salah individu! Ya ..salah individu. Kita buat salah..tetapi keseluruhan gadis-gadis yang bertudung labuh mendapat nama..ubahlah diri kita agar kulit dan isinya indah!

*****

          Buat gadisku… tiada beza antara tudung labuh mahupun tudung singkat. Yang penting tudung kalian labuh melebihi dada dan tidak jarang. Tidak salah bertudung singkat asalkan tertutup dada dan tidak jarang.

Yang penting, peribadi muslimah solehah itu harus terserap dalam diri kita gadisku. Usah bertudung labuh jika peribadi jijik untuk ditatap. Engkau berselindung di sebalik jilbab yang suci dari noda. Argh..ini yang aku runsingkan. Jatuh fitnah kembali..

          Gadisku… yang tertutup itu indah. Yang tertutup itu mahal harganya. Kita mahal! Kita tak murah… jangan jatuhkan martabat kita sebagai seorang wanita… jangan sesekali. Tinggikan nilaimu itu! Tolong tinggikan….

*****

         Gadisku… kita di akhir zaman. Zaman yang penuh dengan fitnah wanita! Mujahadah yang tinggi itu perlu. Aku sendiri kekadang tewas dengan nafsu yang menggila. Cepat-cepatlah kita tersedar supaya kita bisa kembali ke landasan yang benar…

          Gadisku.. aku doakan dikau kuat menghadapi mehnah yang mendatang. Kuat dan terus kuat… kerana engkau gadis suci.. jangan kotori dengan maksiat yang tersembunyi!


Gadisku.. semoga engkau dan aku menjadi gadis solehah yang hanya mencintai Allah…!

          Salam sayang dariku…

p/s: aku dan kamu adalah fitnah akhir zaman gadisku!


Tinta serikandi,
Serikandiumar93
1:39 pm
25 APRIL 2011

Sunday, April 24, 2011

JOM PUASA


Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah sa.w. tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menjadi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku." (Subul al-Salam)

*****

          Esok hari Isnin. Jom kita puasa nak? Puasa sunat hari Isnin..mengutip pahala bersama-sama selagi masih ada waktu ^___^

         Tambah-tambah ramai yang bakal menghadapi exam bukan? Jadi.. apa salahnya kita berpuasa untuk mendapat hikmah dan pertolongan dari Allah..

          Letih study ka? Alar… orang lain pergi Perang tengah berpuasa, tak jadi masalah pun. Malah sahabat-sahabat kita di Palestina teguh di saff mereka bertunjangkan kekuatan dan keyakinan pada ALLAH..

          Jadi..apa salahnya kita yang bakal menghadapi gempur jihad exam ini berpuasa ^___^ pertolongan Allah pasti ada bersama kalian.

          Banyak kelebihan kalau korang puasa time kalut nak exam ni.. korang tak fikir nak makan dan akhirnya masa yang ada akan digunakan untuk study. Berpuasa juga salah satu cara untuk korang dekatkan diri pada Allah supaya ada keberkatan untuk menghadapi exam..

          Puasa ya? Esok tau.. jom-jom kita puasa…huhu

Puasa jangan tak puasa..!

p/s: cubalah puasa…kalau letih sangat bukalah.. janji ada niat nak puasa kan?


Diariku,
Serikandiumar93
9:19 PM
24 APRIL 2011          

TUDUNG LABUH

          Aku sering diajukan dengan soalan mengenai tudung labuh. Membantu dengan cara memberi pendapat dan menguatkan semangat insan-insan yang baru mula menapak dalam dunia tudung labuh ini.

          Ada orang panggil tudung labuh ni ‘khemah bergerak’. Haha.. dahsyat-dahsyat panggilan dapat. Orang kata budak-budak tudung labuh ni sombong. Sombong erk? Ntah lah… itu bergantung pada individu bukan pada ‘tudung’ tu. Kesian kat tudung dapat nama!

Teringin bertudung labuh?

          Aku tahu ramai yang teringin. Di setiap hati seorang gadis itu pasti ada juga yang terdetik ingin mengenakan tudung labuh. Betul bukan?

          Aku pernah ikut KEM BINA SAHSIAH 2008, sebulan di situ… akhir-akhir ramai yang ingin bertudung labuh. Menitis air mata aku melihat keluhuran dan semangat gadis-gadis itu. Mereka mahu..Cuma mungkin persekitaran membuatkan mereka malu..

Malu bertudung labuh?

          Mungkin begini.. mereka berkawan dengan kawan-kawan yang biasa. Kemudian ingin berubah dan ingin mengenakan tudung labuh. Tapi tiada sokongan membuatkan mereka janggal dan malu.

         Ini realiti yang berlaku pada budak-budak sekolah agama sendiri. Kat sekolah dengan kawan-kawan mereka boleh bertudung labuh, tetapi apabila pulang ke rumah.. mereka tiada kekuatan kerana keluarga dari golongan biasa-biasa… benar.. ini yang berlaku.

Pengalaman aku?

          First masuk maahad…tak reti apa lagi. Form 1… mana tahu erti tudung labuh. Balik rumah aku pakai tudung biasa lagi. Stoking pun tak pakai. Tak reti.. family aku biasa-biasa sahaja.

          Bila mula pakai tudung depan cousins dan bapa saudara, semua orang suruh buka.. bukalah… adik-beradik saja pun. Ini lah yang kita salah ertikan… tak boleh buka. Aku senyum sahaja.. itulah resepi pertama aku, SENYUM! Biar orang nak kata apa..

         Hasilnya Allah bantu.. mak aku pun mula pakai tudung depan ipar. Inilah hikmah yang Allah nak tunjuk melalui keberanian dan ketegasan kita dalam hal agama!

Cara nak pakai tudung labuh?

          Aku selalu nasihatkan. Kalau dah family halang sangat-sangat. Pakai dulu tudung 3 segi. Cumanya…jagalah etika dan adabnya. Jangan pakai tudung yang jarang dan nipis. Pakai yang tebal… kemudian, tudung tu jangan di ‘up’ sana.. ‘up’ sini. Biarkan saja lepas ke bawah, menutup dada.. janji tutup dada!

“…..Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka Menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah Menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung…”
~an nur :31~
         
Kemudian mencuba pakai tudung 3 segi bidang 60…

Kalau family tak setuju juga?

          Bukan tak setuju tu… mungkin mereka tak yakin dengan kita. Tak yakin? Macam aku.. dulu teruk kot perangai. Lawan cakap mak la… bila kita nak pakai imej Islam ni, mak perli balik la.. perangai pun teruk! Ambik… tahu dah jawapannya..

         Jadi..mulakan perubahan dalam diri kita. Aku mula mendengar cakap mak. Tak lawan.. tolong mak masak… tak marah-marah. Alhamdulillah lama-lama..bila aku tak balik rumah, mak rindu..huhu. Ini menunjukkan mak yakin dengan perubahan kita..

Ini yang penting.. tunjuk kata kita betul-betul nak berubah. Dan paling utama.. jagalah hubungan dengan Allah.. Allah pasti bantu kalian!

          Akhir kalam… selamat datang ke dunia ‘tudung labuh’ gadisku! Aku sedia membantu kalian.. ^___^

p/s: betul-betul nak bantu ni!


Pencinta Ilahi,
Serikandiumar93
1:32 pm
23 APRIL 2011 

Saturday, April 23, 2011

KEMBARAKU (AKHIR)


          Lama tinggalkan kisah kembara ini. Ini yang terakhir ^___^ pagi tu bergerak ke restoran tok teh. Ada 4 semuanya. Aku teruja.. banyaknya. Boleh buat duit dok KL ni..huhu

          Sarapan pagi di restoran. Kami buat macam kedai kami sendiri. Huhu.. suka dekorasi restoran yang moden dan menarik. Makan sampai kenyang sambil tunggu tok teh datang...huhu

          Hampir sejam, tok teh datang. Ramah melayan kami. Selama ni aku anggap tok teh sombong. Maklum la orang kaya. Rupa-rupanya aku salah anggap... tak pun sebenarnya.

          Bergerak ke kereta. Aku naik kereta tok teh. Besarnya kereta...nama apa ntah. Seronok... ramah sembang tentang diri aku. Tok teh ingat nama aku lagi ^___^ tok teh suruh kerja di nursery mak ngah di shah alam, seribu gaji tu... fuh, kaya nanti! Tapi aku tolak la...dah kerja kat sini dah.

*****
          Berhenti di restoran tok teh yang satu lagi. Aku malas turun. Duduk dengan tok teh lelaki dalam kereta. Sembang... tergerak hati nak tanya sesuatu..

          “Macam mana tok teh buka restoran banyak macam ni?”

          “Oh...dulu tok teh kerja kerajaan...dah pencen, bukalah restoran ni...”

          “Kerja apa dulu?”

          “Kerja tentera... pergi London, Amerika...”

          “Fuh...biar betul?”

          “Iya la...tok teh tak pandai mana pun, SPM pun tak ambik... masuk tentera, diorang antar pi kursus kat sana..”

          “Tok teh perempuan ikut sekali pi sana la?”

          “Waktu di London tak ikut... tapi di Amerika baru ikut pi..”

          “Wah...seronok tuh.. boleh speaking la ni?”

          “Ha la..seronok la, boleh lah speaking...!”

          “Tok teh anak orang susah... tapi kita berusaha... boleh lah Berjaya...”

          “Betul lah kan... orang sekarang nak mudah saja.. orang dulu-dulu berusaha sampai Berjaya macam sekarang..”

          “Ha...tau pun. Dulu...waktu nak pi sekolah... budak-budak Cina, kandar tahi pagi-pagi sebelum pi sekolah. Buat kerja dulu... orang-orang melayu gelak.. ejek... diorang tak tau, orang Cina sanggup susah dulu... senang kemudian...”

          “A’a la tok teh.. orang melayu la ni malas. Pilih kerja...nak senang semua...”

          “Tau tak pa.. bangun-bangun pagi.. tengok Cina semua... tengok la hari ini, orang melayu bergaduh sesame sendiri,,, politik tak sepakat, semua tak sepakat.. orang Cina teruskan usaha diorang... anak melayu la ni malas... Nasuha jangan jadi malas, berusaha...”

          “Ya... Nasuha akan ikut... mesti letih kan tok teh.. kerja restoran ni. Bangun pukul berapa?”

          “Letih la..ingat tua-tua rehat saja... pukul 4 pagi bangun dah, pukul 5 pi market...”

          “Huih...awalnya... tak letih ka?”

          “Letih la...tapi nak senang kena usaha Nasuha!”

Aku mengangguk sambil tersenyum!

*****
          Bergerak ke rumah tok teh di Taman Tasik Prima. Masyaallah... rumah. Aku pandang ke atas... tingginya... pelik ja pun... masuk-masuk, tak jumpa ruang tamu lagi. Jumpa tangga dulu. Aik? Macam mana tuh...?

          Naik ke tingkat 4 baru jumpa tangga... rupa-rupanya macam ni.. rumah ni 8 tingkat.

Orang bawah : 3 tingkat ke atas, 1 tingkat bawah tanah... buka pintu dapur dan boleh keluar ke tasik!

Orang atas     : 4 tingkat ke atas... atas sekali ada laman, dan nampak tasik!

          Tok teh pilih 4 tingkat ke atas. Fuh...penat naik tangga! Rumah style meninggi kot atas. Nak masuk bilik..naik tangga. Nak masuk bilik air naik tangga. Naik tangga sokmo.. boleh kurus ni! Huhu...

          Teruja masuk rumah harga hampir sejuta nih... dahsyatnya! Aku teroka setiap inci...penat naik tangga. Bergambar sakan.. naik ke tingkat atas sekali... Nampak tasik... macam nak terjun saja..hehe


          Aku terjah bilik Pak Long..haha... jahatnya. Pak long tak da..gi Langkawi. Fuyoo...bilik dia ada studio. Setiap minggu artis-artis datang bergambar... teruja tengok gambar pak long yang diukur atas kayu. Tiba-tiba dengar pintu bilik air terkuak..huih, ada orang ka? Aku melompat keluar...jenguk balik... tak da pun.. hantu pa? Huhu...

          Aku tabik spring kat pak long ni.. pak long dah 3o lebih, tak kahwin-kahwin lagi. Kerja memanjang. Dia kerja bawah Najib di Putrajaya. Buat part time jadi jurugambar. Buka spa.... buat rumah sewa, bersepah di KL ni.. pandai rolling duit lah pak long ni...

          Rumah ni pun rumah dia. Beli kat mak... terharunya.. orang kaya pun tak jemu buat kerja. Kenapa kita yang tak berkemampuan ni kekadang malas buat kerja? Memilih pula tuh.. ish-ish... inilah manusia...

          Kesimpulannya...rajin-rajinlah buat kerja ya!

*****
          Lepas makan dan solat Zohor kami bertolak pulang. Hujan lebat.. lebat sangat. Terpaksa berhenti di hentian rehat sebab banyak pokok tumbang.. sampai tak nampak jalan.. abah bawa laju.

          Nak lawan tok teh... tok teh bawa kereta dari KL ke B. Mertajam untuk cop passport pekerja dia 4 jam saja... tak berhenti jika tak perlu! Dahsyat..

          Tapi tak terdaya...kami mampu kutip 6 jam sahaja..huhu. Hampir pukul 11 malam sampai di rumah.. fuh, letih.. percutian yang best! ^___^


Catatanku,
Serikandiumar93
23 APRIL 2011
9:13 PM