Pages

Monday, February 27, 2012

KISAH KASIH DAN SAYANG [PART 1]

           Si Tompok berjalan masuk ke dalam rumah besar itu. Mencari kelibat si ibu kucing tercinta. Membawa sekeping hati yang rindukan belaian kasih sayang. Dari jauh kelihatan si ibu kucing lena tidur di hujung sofa.
          
          Laju langkah diatur. Si Tompok menggesel kepalanya di badan si ibu kucing. Lantas terjagalah si ibu kucing..

          "Kenapa Tompoook?"

          "Tompok rindu ibu kuciiiinggg.."

Saturday, February 25, 2012

JANGAN LUPA TONTON


P/s : Maaf kerana tidak dapat bercoleteh panjang, nak berlari ke dewan =.= Sempat untuk letak picture ini saja, sebab mengharapkan anda juga turut serta :) InsyaAllah.. sangat best!

Sudah 2 hari saya bersidang..

-12.51 pm-

Saturday, February 18, 2012

MENGORAK LANGKAH

16 Februari 2012   

Dalam kesejukan malam, masih setia mengorak langkah. Baju sejuk sudah basah pagi tadi, malam ini kebalkan diri, without baju sejuk! Sangat sejuk. Menuju ke Dewan Abu Ain. Ada Majlis Taaruf Akademi Al Fateh.

            Sangat teruja. Syukur pada Allah, aku terpilih sebagai peserta Akademi Al Fateh Musim ke-2. Ramai di luar sana yang memohon, syukur Allah memilih aku untuk turut serta.

            Setelah dirasmikan oleh Presiden Permai, Saudara Hidayat Hasni, saudara Ahmad Firdaus Kadir tampil membuka tirai… merungkai, apa itu Akademi Al Fateh. Subhanallah, mulai saat ini, malam ini bermulalah kembara kami dalam Akademi Al Fateh hingga akhir musim panas. 5 bulan lamanya.

            Tidak sabar menanti, transformasi yang berlaku dalam diri. Aku..dan jiwa Al-Fateh?


Thursday, February 16, 2012

KEHIDUPANKU

"...Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran...."

[Al –‘Asr : 1-3]

Subhanallah. Betapa besarnya nikmat masa yang Engkau berikan. Kehidupanku sebagai seorang pelajar universiti, sangat terhad membuatkan saat ini aku rasakan, indahnya nikmat masa lapang itu jika dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Aku dan kehidupan universiti? Jujur aku katakan, semester 2 ini sangat mencabar. 6 subjek yang juga agak mencabar.

Padat. Tapi, Alhamdulillah…masa rehat yang ada akan aku manfaatkan sebaiknya.

[Ahad-Selasa-Khamis]

8-9 pagi
11-12 tengahari
3-4 petang

Sunday, February 12, 2012

12 FEBRUARI 1949

Hari ini, tarikh kematian As Syahid Imam Hassan Al Banna. Siapakah Hassan Al Banna? Mungkin kalian boleh saja search di internet atau klik saja di sini.

            Hampir 63 tahun Hassan Al Banna meninggalkan kita. Adakah roh perjuangannya masih sebati dengan diri kita? Adakah jejak langkah perjuangannya kita teruskan? Ataupun kisah perjuangannya kita soroti dan praktiskan?

            Jika isu ummah pun kita tidak cakna, usah kita katakan, kita mencintai perjuangan. Lihat di bawah ini, isu Syria. Malu untuk aku katakan padamu, as syahid.. kamilah pejuang kerana hakikatnya kami bukanlah pejuang. Kami pengecut!


Saturday, February 11, 2012

SYRIA STOP KILLING

Sukar untuk aku katakan. Biarlah blog ini menjadi saksi, bahawa aku cakna dirimu Umat Islam Sunni. Aku tidak mampu untuk turun berjuang bersama kalian di bumi Homs, Syria. Hanya ini yang mampu aku lakukan, sebarkan pada dunia bahawa betapa seksanya dirimu. Berjuang. Umat Islam Sunni dibunuh oleh Syiah.

Jijik.

Kotor.

Hina.

            Dunia, lihatlah kekejaman mereka. Membunuh umat Islam Sunni. Menghalalkan darah umat Islam Sunni. Dunia, lihatlah mereka membunuh saudaraku, mereka merogol gadis-gadis sebayaku. Aku tidak rela wahai seisi dunia. Aku tidak rela.

            Dunia, tolong dunia. Berhenti kalian, seisi dunia, dari hidup berfoya-foya. Tolonglah, sekarang bukan masa untuk engkau bangun tidur, pergi sekolah, pergi kerja, makan, dan tidur kembali. Tapi hari ini masa untuk engkau turut sama-sama berjuang, bangkitkan rasa bahawa engkau menyokong perjuangan umat Islam ini.

MUSLIM CAKNA ISU SYRIA

Sayu hati ini memandang redup mata kanak-kanak kecil ini. ‘Why they kill my sweet big brother?’ Ya Allah.. aku tidak mampu menjawab, soalanmu itu sayang. Maafkan diri ini. 

           Petang tadi ikuti usrah PINTAR. Tema bulan ini, Muslim Cakna. Banyak yang kami bincangkan. Terutamanya dan sudah pasti, isu Syria. Caknakah diriku isu umat Islam Syria?

Sahabat,

            Tangan ini terasa ketar untuk aku coretkan. Hati ini sebak. Tahukah kalian apa yang berlaku di Syria sekarang? Tahukah kalian betapa kejamnya pembunuhan umat Islam Sunni di sana?

            Setiap apa yang aku tonton, tiap apa yang aku baca, membuatkan aku terasa kerdil dan hina. Rakan seaqidahku dibunuh! Maklumat di bawah ini, apa yang aku baca dari sebuah blog. Setelah mengedit segala maklumat, inilah apa yang aku teliti dan baca. Syeikhh Hassan Al-Hindawi telah dihantar ke Malaysia untuk memberi talk. Apa sebenarnya yang berlaku di Syria.

Friday, February 10, 2012

CACA MERBA [INSIHAB WA IDHOFAH MADAH]

‘Suhaaa… bangun cepat, nak tasjil ka tak..’

            Spontan terus tolak hirom. 7.50 pagi. Dahsyat. 8.15 pagi kejap lagi sudah boleh insihab dan idhofah madah.

Bangun terhuyung hayang. Buka laptop. Kelakar. Lucu sangat.

            Hari tu, kami semua berperang dengan tasjil madah. Hari ini, kami berpeluang untuk tukar madah yang kami rasa tidak sesuai dan tidak mampu. Kena berperang juga. Sebab madah hanya seciput yang tinggal. Buka SIS pun rasa macam hampa. Kosong.

            ‘Apa yang ada nii? Penuh semua..’

            Muncung mulut sebentar. Hanya beberapa minit lagi untuk tasjil madah.

Thursday, February 9, 2012

EGO + DEGIL

Saya ego.

Saya degil.

Saya akui.

            Pimpinlah saya. Tolong sahabat. Bantu saya runtuhkan ego saya. Saya nampak hebat di mata kalian, tapi hakikatnya saya seorang yang ego, saya degil.

            Tolong sahabat, bawa saya ke daerah yang diredhai Allah. Saya tidak boleh selamanya begini. Saya tidak mahu hidup begini.

            ‘Bantu saya.. marahlah saya. Saya mahu runtuhkan ego saya...’


Sangat tersentuh pada kata-kata Umairah shafei. Bak hatiku.


Tuesday, February 7, 2012

DAURAH FARAID [PART 1]

Bismillahirrahmanirrahim.

            Alhamdulillah, sekian lama nak berkongsi ilmu faraid dengan sahabat-sahabat, baru hari ini dapat post. Daurah Faraid [Part 1] dulu ya. Hampir 3 hari bertungkus lumus, edit ayat quran, hanya ini yang termampu dulu.

‘Ilmu itu amanah..’

            Kerana ilmu itu amanahlah, saya rasa bertanggungjawab untuk sama-sama berkongsi dengan sahabat-sahabat apa yang saya belajar. Syukur, cuti winter diisi dengan majlis ilmu yang bermanfaat. Daurah Faraid yang berlangsung selama 4 hari, dari 22-25 Januari 2012, bertempat di Puskom diajar oleh saudara Iz’aan Azalan. Alhamdulillah sangat bermanfaat dan sangat best.

Ini yang dapat saya kongsikan dahulu. Secara berperingkat. InsyaAllah.

Selamat belajar faraid, sangat best! InsyaAllah.

Thursday, February 2, 2012

I'M THE NIQOB GIRL

            Sejuk sangat. Aku sedang menulis di medan Mu’tah, medan yang tersangat sejuk. Kebalkan diri. Nak tulis blog juga malam ini. Pada tarikh yang sangat bersejarah buat diriku.

2.2.2012

            Ini tarikh yang pasti tersemat di kalbu. Hari ini, genap 4 tahun aku mengenakan purdah. Subhanallah, sejak kali pertama pada tarikh 2.2.2008 hinggalah sekarang, banyak cabaran dan dugaan yang perlu aku tempuh. Perjalanan sebagai seorang niqobgirl bukannya mudah.  Memerlukan keteguhan jiwa yang teguh. Allah..

            Tersenyum gembira. Sebak sangat. Teruja sebab dah 4 tahun rupanya aku berpurdah. Sangat indah. Sangat tenang. Aku merasakan diri aku selamat. Subhanallah, suatu yang tidak dapat digambarkan.

            Dari dalam ‘coaster’, sewaktu perjalanan ke sini, bermacam yang ingin aku coretkan. Akhirnya terhenti begitu sahaja. Terlalu banyak yang bermain di minda dan fikiran. Teringat jauh pada wajah yang tersayang.

Wednesday, February 1, 2012

GAPAI STATUS SOLEHAH

            Hari ini ponteng kelas lagi. Badan panas. Semalam cari nahas, keluar rumah tanpa baju sejuk. Basah kuyup dengan air hujan. Terimalah padahnya. Kelas ponteng. Exam melepas.

            “Suhaaa.. tadi adik dengan sepupu syeikhah datang, diorang tanya mana satu Nasuhaa.”

            Aku terus berpaling. Nawwar baru balik dari kelas.

            “Ye kee.. kenapa pula diorang tanya..”

            “Ntah laa..”

            Ini mesti syeikhah ada cerita perihal aku pada family dia. Mintak maaf banyak-banyak, situasi minda dan jasad yang tidak berapa baik.

Lebih suka menyendiri.

Luah segalanya pada Ilahi.