Pages

Saturday, June 14, 2008



Nukilan puisi buat adik-adikku dibumi Palestin………(dedikasi utk rakyat PALESTIN,satu perjuangan,satu cita-cita,satu ukhwah dalam mencari kedamaian dibawah panji Islam)

Adikku…
Dari jauh ku sering melihatkan dikau menangis………
Seringkali juga airmata Ini,ingin turut sama menangis bersamamu adikku..
Ingin daku disampingmu,merasai tangisanmu,menyapu air matamu
Yang gugur dibumi syuhada..dibumi tanah tumpah sejarah para Rasul..

Adikku………
Namun tangan ini tak terkesampaian…hanya mampu menyapu cermin kaca di meja tv yang setia pada kisahmu..
Dimana wajahmu,ku tatap kukuh…matamu,bersama airmatamu memandang ku..
Terus menusuk dalam hatiku…
Engkau seolah2 meraih simpati,merintih belas ihsan…dari saudara seagamamu..
'Bilakah semua ini akan berakhir?kasihanilah kami di sini,bantulah kami..tanahair kami telah dicerobohi oleh laknatullah….'
Adakah itu yang bakal kau ucapkan pada kakakmu ini….?

Wahai Adikku…
Bagaimanakah harus ku katakan padamu…sesungguhnya,
andai kakakmu ini mjadi sepertimu..
Pastinya jua….tak mampu menanggung dugaan seberat dirimu..
Namun kita pasti akan bersama2 berjuang menentang laknatullah itu..
Dengan kudrat yang dikurniakan Tuhan..takkan mengenal jemu
Kita Halau mereka! Kita halau Dari bumi tanahair tumpah darah kita!...

DUhai Adikku…yang kusayangi demi ISLAM ku dan demi ISLAM mu…
Sudah sepanjang hari dikau tidak muncul di cermin kaca yang biasa kutatap….
Kemanakah dikau menghilangkan diri….
Kemana wahai adikku….?:(
KU tercari2 dirimu…rupa2nya,ku hanya dapat melihat sekujur tubuh kecilmu..
Kaku,bisu……tiada airmata yang biasa dikau lahirkan dan ucapkan seperti sebelum2 ini….kenapa adikku??..
Namun wajahmu…kulihat penuh ketenangan dan berseri2….
Ya Allah!..adikku…….engkau terkorban jua…terkorban ditangan laknatullah itu..
Adikku…kuat semangatmu menentang laknatullah itu,
Dalam usiamu,,,dan sekerdil tubuhmu engkau telah pergi menghadap ILAHI…tanpa kenal erti takut dn gentar…
Adikku…sucinya perjuanganmu,..menegakkan tanah tumpah darah yang tercinta,
Dari laknatullah itu…


WAHAI ADIKKU……
Dengarlah adikku kata2 dari kakakmu ini…
Negara kakakmu ini,,tidak seperti tanahairmu itu..
Negara yang dikurniakan TUHAN dengan nikmat yang patut diberikan lafaz SYUKUR yang tidak terhingga…
Namun adikku,walaupun kakakmu ini tidak merasai penderitaanmu,wajahmu yang lesu dan penuh duka itu,mampu membuatkan kakakmu ini menafsirkan seribu maksud yang terpendam……
PERCAYALAH adikku..
Perjuangan mu kusanjung tinggi,
Walaupun ku tidak dapat disisimu,,berjuang,dalam titisan darah terakhir..
Namun semangat perjuanganmu,telah tertanam kukuh dalam hatiku,
Bahawa PERJUANGAN itu bukan suatu kemanisan,tetapi cabaran berpanjangan yang kekadang
Memerlukan pengorbanan,hatta walau nyawa sebagai ganti…
Adikku.Andai kakakmu dikurniakan ZURIAT penyambung umat NABI s.a.w.
Ku redhakan permergiannya gugur di jalan ALLAH…
Sepertimu…ya! Sepertimu adikku…yang tidak mengenal pahit dan duka utk perjuangan ISLAM…..

Adikku…doa ku sentiasa mengiringi permergianmu,,,,,,
Dan juga………….untuk rakan2 seperjuanganmu,
Yang masih belum selesai perjuangannya ,dan tidak akan selesai……
Mereka menunggu saat masa utk gugur menjadi syuhada di tanah yang suci ini…
Moga2 roh mu dicucuri rahmat ILAHI……
Pergi bersama ketenangan..walaupn hatimu menangis..
Tanahairmu,,,
Entah bila kan suci dari dimamah manusia laknatullah tak bermata…

PERJUANGAN…PERJUANGAN… ditanahair kakakmu ini..
Ibarat sepertimu juga adikku,,,
Cuma caranya berbeza,,,dan dugaanmu ternyata lebih berat..
Cuma kakakmu seringkali terfikir dan terdetik….
andai dugaan itu terjadi pula kepada kakakmu ini ( moga dijauhkan oleh ALLAH)…adakah daku juga akan menjadi sepertimu…adikku,
BERJUANG,,,BERJUANG,,,dan BERJUANG hingga ketitisan darah yang terakhir??..
Menjadi PEJUANG WANITA ISLAM….yang menunggu saat dan masa utk gugur…
…..Hanya Allah lebih mengetahuinya adikku…….AL-JIHADU FISABILILLAH.

~Nukilan 'cahayakuiman'~

.::uKhTi FiL IsLaM::.
~Nasuha~



Friday, June 6, 2008

..:::CiNTa KiTa CiNTa PeRjUaNgAn:::..

Cinta kita CINTA PERJUANGAN...
Cinta… apakah itu cinta? Cintakan Allah… cintakan manusia.. cintakan dunia.. cintakan akhirat.. cintakan lelaki.. cintakan wanita… adakah semuanya membawa ke syurga…?Sebuah cerpen yang begitu bermakna buat diri saya..

Cinta Kita... Cinta Perjuangan
“Enti menangis..?”
“Untuk apa ana menangis, bukankah akh selalu pesan, jangan menangis kerana manusia.”
“Habis, mata enti berair?”
“Mata ana masuk habuk. Kebelakangan ni, selalu sangat mata ana ni berair.” Aku tersenyum. Alasan ni dah lapuk sebenarnya, seingat aku semasa aku berumur 7 tahun, aku sudah tidak percaya alasan ‘masuk habuk’ yang menyebabkan mata seseorang berair. Filem-filem Melayu yang mengajar aku.
“Ana tahu enti menangis..”
“Tidak…!! Tak faham-faham ke?!” Dia tiba-tiba membentak.
“Oklah.. oklah.. mata enti masuk habuk. Ginilah, kapal terbang akan bertolak besok pukul 7.00 petang. Kalau enti nak hantar pun hantarlah. Kalau tak nak pun, kapal terbang tu tetap akan bertolak. Ana pergi cuma 2 tahun, tak lama..”

“Insya-Allah ana akan hantar. Tapi kalau ana tak hantar pun, ana harap akh tidak kecil hati. Ana takut berlalu fitnah. Maklumlah, kita bukannya diikat dengan ikatan yang sah lagi. Sekadar pertunangan…”

“Pertunangan bukannya ikatan yang sahkah..?”

“Bukan itu maksud ana, namun setidak-tidaknya ia kan boleh putus bila-bila masa sahaja. Sekali dihempas ombak, sekali pantai berubah..”

“Pantai berubah kerana ombaklah tunangnya. Cuba jika bulan menjadi gerhana, atau matahari hilang sinarnya, berubahkah pantai?” Aku berfalsafah. Dan memang dia akan selalu kalah kalau beradu bahasa denganku. Temannya yang sering dibawa apabila berjumpa denganku tergelak kecil. Satu sokongan moral untukku.
“Akh punya pasallah. Ana nak pergi. Jumpa lagi besok. Assalamualaikum..” Aku tidak menjawab salamnya. Bukankah menjawab salam dari seorang wanita yang bukan mahram hukumnya makruh?………………………………………….

“Ana tak setuju dengan pandangan ustaz!!” Seorang muslimah bangun membentak. Aii.. ada juga yang berani rupanya.

“Bukankah demokrasi telah lama memperdayakan kita? Adakah Rasulullah SAW berjuang untuk mendapatkan kuasa baru dilaksanakan syariah seperti yang terdapat dalam hukum demokrasi..?” Dia berhenti seketika. Mengambil nafas rasanya. Ini baru kali pertama aku melihat dia bangun berucap di khalayak.
“Kalaulah demokrasi boleh gagal di Turki, boleh gagal di Algeria, kenapa tidak di negara kita? Ustaz bercakap terlalu yakin dengan demokrasi. Di mana pula komitmen ustaz terhadap pembinaan tanzim seperti yang diajar oleh Hassan Al-Banna dan Syed Qutb?” Suasana semakin bising. Apabila seorang pembentang kertas kerja seperti aku ditentang di khalayak ramai, ia satu kejanggalan yang ketara. Sekalipun Dewan Badar ini sudah cukup sejuk, namun ia tetap ‘hangat’ pada malam ini.
“Ana rasa ustazah sudah silap faham terhadap pandangan ana. Ana cuma ingin menyatakan, kadang-kadang demokrasi boleh digunakan untuk mendapatkan kuasa selagi mana diizinkan. Ciri demokrasi yang paling ketara ialah pemilihan pemimpin melelaui majoriti. Bukankah Abu Bakar sendiri dipilih melalui majoriti dan bai’ah? Bezanya, bai’ah dahulu dengan tangan, manakala sekarang dengan menggunakan kertas undi. Yang penting, kerelaaan!”
“Baiklah. Cuma ana ingin bertanya, adakah ustaz berpandangan bahawa demokrasi ialah satu-satunya cara untuk memastikan kedaulatan Islam di bumi kita?”
“Hmmm.. sehingga sekarang, ya. Kita masih boleh bergerak bebas, gunakanlah ruang yang ada sekadar yang termampu.”
“Maaflah ustaz. Ana tidak mampu untuk bersetuju dengan pandangan ustaz.” Dia menamatkan ‘soalannya’ lalu mengambil tempatnya kembali. Aku terkasima sendirian.……………………………………….
“Kau kenal dia Abdullah?” Aku memulakan pertanyaan yang sekian lama tertanam di dalam benakku. Abdullah berhenti menyuap nasi, memaku matanya ke wajahku. Sekarang aku nekad, sekurang-kurangnya aku harus mengenali orang yang begitu berani menongkah pendapatku di tengah khalayak. Suasana di restoran sup tulang yang biasanya sibuk dengan pelanggan malam ini nampaknya begitu lengang seolah-olah memberikan ruang yang cukup untukku berbicara dari hati ke hati dengan Abdullah.

“Ini kali pertama kau bertanyakan soalan kepadaku tentang perempuan. Hai, sudah kau jualkah prinsip kau selama ini. Kau kan tak mahu menjadi hamba cinta?!” Memang hebat Abdullah kalau diberikan peluang untuk menyindir. Mungkin dia terlupa bahawa dia hanya menumpang keretaku untuk datang ke sini atau dia sudah bersedia untuk balik dengan hanya berjalan kaki.

“Jawab soalan aku dulu..”
“Rupa-rupanya, manusia berhati batu macam kau pun tahu erti cinta…” Abdullah belum puas lagi menyindir nampaknya.

“Jawab soalan aku dulu..” Aku memohon untuk kali kedua.
“Baiklah Muhammad, aku tahu sejak malam tu kau sebenarnya ingin mengenali dia. Orang seperti kau ni Muhammad hanya akan ‘kalah’ dengan kaum yang spesis dengan kau saja. Maksud aku, yang boleh diajak berbincang tentang perkara-perkara yang kau minati yang kebanyakannya adalah membosankan!”

“Jawab soalan aku dulu..” Aku ulangi permintaanku untuk kali seterusnya.

“Ok.. dia, namanya kau sudah tahu. Seorang yang pendiam dan suka menulis. Menurut kakakku yang sebilik dengannya, dia ni sering bangun awal. Sebelum pukul 5 sudah di atas tikar sejadah. Bukan macam… "
“Aku? Hai.. kau ni silap tuju. Kau yang bangun lewat Abdullah.. ok, teruskan.”

“Kalau kat asrama, dia ni suka baca Al-Quran, tak suka bersembang kosong, tak suka jalan-jalan dan banyak lagi yang dia tak suka..” Abdullah dengan selamba menceritakan segala-galanya.

‘Lagi.. negatifnya?”
“Negatifnya.. banyak..” Abdullah tersenyum sejenak. Lalu menyambung,
“Negatifnya.. pelajaran dia agak sederhana. Tapi bagi aku, itu tidak menjadi masalah. Cuma.. aku tak pasti adakah kau akan setuju dengannya jika aku menyatakan sesuatu.”
“Apa dia..? Negatifkah?”
“Tidaklah negatif sangat, namun bertentang dengan aliranmu. Dia terlibat dengan satu pergerakan… rahsia! Maksud aku, pergerakan yang memperjuangkan sesuatu yang tidak selari dengan undang-undang demokrasi.”“Gerakan militankah?”
“Mungkin, namun aku tak pasti. Sebab aktiviti mereka terlalu rahsia. Kau mungkin maklum, manhaj mereka berasaskan semangat ‘hazar’ yang dididik oleh gerakan Ikhwanul-Muslimin. Ketaatan mereka kepada amir mereka melebihi ketaatan mereka kepada sesiapa saja.. termasuklah ibubapa mereka sendiri!!”
“Sampai begitu sekali.. matlamat mereka?”“Sama macam kau, memperjuangkan Islam! Tapi mereka lebih praktikal. Mereka dilatih dengan marhalah-marhalah tarbiyyah mereka sendiri. Dan mereka menyintai syahid. Tidak macam kita rasanya, kita bercakap tentang Islam, tapi kita berehat lebih banyak dari bekerja! Dan kau jangan terkejut kalau mereka sebenarnya mempunyai hunungan dengan rangkaian peringkat nasional malah antarabangsa termasuk gerakan Hamas dan Briged Aqsa di Palestin!
“Kalaulah.. aku memilihnya menjadi teman hidupku, adakah ketaatannya kepada jemaahnya melebihi ketaatan kepadaku sebagai suami?” Aku mengutarakan soalan bonus untuk Abdullah.

“Aku pasti, dia akan memenuhi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Namun kalau kau harap dia akan memecahkan rahsia gerakannya dan menderhakai bai’ahnya kepada jemaah, lebih baik kau bercinta dengan bulan sahaja!”………………………………………….

Aku tidak tahu kenapa aku harus memilih dia. Dia bukanlah yang tercantik di bumi ini. Aku pasti. Tidak juga yang terkaya. Jauh sekali dari yang terbijak di dalam pelajaran. Namun aku yakin, dia yang terbaik untukku. Ciri-ciri muslimah sejati terserlah ketara pada dirinya yang membuatkan diriku terasa tenang sekali apabila memandangnya. Langkahnya yang teratur dan pandangannya yang dijaga adalah benih-benih keimanan yang terserlah dari hati yang dididik dengan ketaqwaan. Tapi persoalan yang dibangkitkan oleh Abdullah membuatkan aku termenung sejenak. Bolehkah aku hidup dengan orang yang berlainan aliran perjuangannya denganku. Bahagiakah aku?
“Ustaz sudah fikirkan masak-masak..?”
“Bukan setakat masak, ana rasa sudahpun rentung. Cuma bagi pihak ustazah, adakah ustazah setuju menerima ana. Maksud ana, dengan segala kekurangan yang ana miliki.
“Ustaz orang famous. Siapalah ana. Ana rasa tak layak sebenarnya.” Dia merendahkan diri namun dalam intonasi suara yang masih terkawal.
“Ini bukan soal famous atau tidak. Sekurang-kurangnya, sebelum ana ke bumi ambiya’ ana sudah mempunyai ‘ikatan’ di sini. Dan ana memilih ustazah yang ana yakini boleh menjadi ibu kepada anak-anak ana nanti.” Aku berterus-terang. Dari mana datangnya kekuatan untuk berbuat demikianpun aku tidak tahu.“Ustaz tidak main-mainkan ana?”
“Hanya orang yang tidak ada perasaan sahaja yang sanggup main-mainkan perasaan orang lain.”
“Jemputlah ke rumah, jumpa dengan ibu ayah ana..” Dia terus mematikan talian telefon. Pantas dan cepat. Kak Yang yang aku tugaskan untuk menjadi ‘perisik’ku memang sudah memberikan amaran kepadaku, orang ini jarang sekali bergayut di telefon apatah lagi dengan lelaki bukan mahramnya.………………………………………….
Sudah lima bulan aku di bumi ambiya’, suasana pembelajaran di sini jauh lebih mencabar dari yang kuperolehi di bumi Malaysia. Benarlah kata orang, bumi ambiya’ ini mengajar kita berdikari. Hilang seketika soal cinta dari benak fikiranku. Namun kekadang bayangannya tetap mendatangi ruang mata terutama ketika aku merebahkan badan. Namun seperti yang sering kutegaskan padanya..
“Mungkin cinta ana pada enti sudah cukup besar, namun cinta ana pada ilmu dan juga kepada Allah jauh lebih besar..” dan dia akan terus menyambung,
“Mungkin ketaatan ana pada akh cukup dituntut, namun ketaatan ana pada perjuangan dan jemaah lebih-lebih lagi dituntut..”
Dan biasanya aku akan ‘cemburu’ dengan kata-katanya. Namun akan terus kubisikkan kepada diriku, bukankah dia taat kepada perjuangan dan kenapa aku harus cemburu. Dia juga berjuang dan perjuangannya juga kerana Allah. Cuma, apa yang menjadi rahsia ialah langkah-langkah pergerakannya yang sehingga kini masih menjadi misteri bagiku.

Hari itu, selepas menadah kitab Al-Umm dengan seorang senior di Rumah Melayu, aku bergegas ke Ciber Café yang menjadi rumah ‘kedua’ku. Ku buka laman web Utusan Online, satu tajuk berita yang cukup menarik perhatianku,
“SEORANG WANITA MALAYSIA TERLIBAT DALAM SERANGAN BERANI MATI DI TEL AVIV’
Ku tinggalkan seketika pelayar web tersebut apabila satu lagi pelayar web menunjukkan mesej :“you have 1 unread message’ namun jangkaanku meleset apabila inboxku hanya dihiasi dengan e-mail dari Abdullah dan bukan dari si dia yang kunanti-nantikan.
“Muhammad, kau apa khabar? Muhammad, aku ada satu khabar penting. Aku harap kau tidak terkejut. ‘Dia’ yang kau amanahkan padaku untuk ‘tengok-tengok’ telah diperintahkan bersama-sama kawan-kawannya untuk ke Palestin membantu Gerakan Briged Aqsa melakukan serangan istisyhadiah ke atas Israel. Ini kerana rakyat Malaysia yang memasuki Israel tidak akan disyaki apa-apa kerana dianggap sebagai pelancong. Muhammad, kau lihat tajuk berita hari ini, wanita yang terkorban dalam serangan istisyadiah itu ialah ‘dia’, tunang kau yang kau perintahkan untukku menjaganya. Maafkan aku Muhammad..!!”
Serta merta ku teringat panggilan telefon darinya beberapa hari yang lepas,
“Akh, kalaupun cinta kita tidak bertaut di dunia, biarlah ia bertaut di syurga. Kerana cinta kita ialah cinta perjuangan..!!”
Seterusnya, aku rebah dari kerusi dan kudapati alam di sekelilingku gelap gelita!-TAMAT-

Saudari, aku ingin meraih syurga bersamamu...







Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakaatuh
Segala puji hanya bagi Allah subhanahu wa ta’ala. Kita memuji, memohon pertolongan dan meminta ampun kepada-Nya. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan diri dan keburukan amal perbuatan. Barang siapa diberi petunjuk oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala maka tidak ada yang bisa menyesatkannya, dan barang siapa disesatkan oleh Allah maka tidak akan ada yang bisa memberinya petunjuk. Kami bersaksi bahwa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata, tiada sekutu bagi-Nya. Dan kami bersaksi bahwa Muhammad itu adalah hamba dan Rasul-Nya.




Saudariku, syari’at telah menaikkan darjat kita, mendudukkan kita dalam posisi yang mulia dan melindungi kita dari berbagai hal yang membawa keburukan. Amat disayangkan wahai saudariku, jika kita tidak menyadari hal itu. Lihatlah di sekitar kita betapa banyak hak-hak seorang wanita yang dilecehkan dan kewajiban-kewajiban seorang wanita yang terlupakan.

Memakai jilbab, untuk saat ini dan di negara ini, bukanlah bererti sebuah pengilmuan akan agama. Dulu ana pernah beranggapan bahawa seseorang yang memakai jilbab adalah orang yang akan berusaha mempertahankan jilbabnya disebabkan proses pemakaian jilbab itu sendiri meneyebabkan kita terpaksa menhadapi dugaan rintanga yang menikam, hanya deraian air mata yang mampu kita luahkan. tapi sayangnya, semakin ana menjalani kehidupan ini, tanggapan ana terhadap gadis berniqa' semakin berlainan walaupun ana sendiri mengenakan ia.

melalui pengalaman ana sendiri, sebahagian muslimah hanya berjilbab atas dasar keluarga, tempat ia belajar dan di mana ia bekerja. sedihnya memikirkan semua ini, jadi ana harap muslimah di luar sana yang ingin berniqa', berjilbab..buatlah atas dasar kerana Allah taala bukan paksaan semata-semata.

ingatlah sahabat-sahabat sekalian, Manfaat Hijab adalah untuk Menjaga kehormatan; Hijab adalah benteng syar’i untuk menjaga kehormatan wanita dan menjauhkan mereka dari hal-hal yang akan menimbulkan fitnah.Membersihkan hati pemakainya dan kaum laki-laki.Hijab melahirkan akhlak mulai dalam diri pemakainya seperti: rasa malu, selalu menjaga kesucian, ghirah (rasa cemburu).Hijab adalah tanda kesucian dan kehormatan bagi seorang wanita.Menutup segala pintu […]








...::::ReNuNgAn bUaT SaHaBaT-SaHaBaT sEkaLiAn::::...

Pertama dan selama-lamanya marilah kita panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kita masih lagi hidup pada hari ini dengan dikurniakan ni’mat iman wal islam. Selawat dan salam juga diutuskan buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. yang akan kita terusakan rangkaian perjuangan yang beliau tinggalkan. Perjuangan yang pasti di dalamnya penuh ranjau duri yang menikam di kanan kiri. Tapi ingatlah wahai sahabat sekalian, selama mana kita sentiasa melaksanakan kerja-kerja perjuangan dan kita sentiasa mengiktikadkan bahawa semua kerja kita adalah jihad, selama itulah kita akan dimuliakan oleh Allah dan jamaah yang menjadi wadah perjuangan kita ini akan digeruni oleh musuh Allah.

InsyaAllah, kali ini ana ingin berbicara mengenai niqa’. Pada kali ini ana ingin bercerita tentang pengalaman dan dugaan yang terpaksa ana tempuhi dalam menyahut pakaian sunnah Rasullullah serta sedikit taujihad sebagai obor pembakar semangat buat muslimah-muslimah di luar sana yang ingin berniqa’. Selain itu, ada juga ana sertakan dalil-dalil serta mutiara kata kepada sang muslimah yang berhasrat untuk berpurdah sebagai persediaan menghadapi mehnah duniawi. Dalil-dalil ini boleh kalian gunakan buat membidas hujah-hujah pincang mengenai konsep berpurdah..insyaallah.

Salah satu sebab kenapa ana coretkan kisah ana dalam detik berpurdah adalah kerana ingin memberi inspirasi kepada mujahidah-mujahidah di luar sana untuk bangun kembali walaupun sebelum ini kalian goyah, kalian rebah..namun ingatlah wahai mujahidah sekalian, kalian adalah obor harapan ummah untuk membawa panji Islam. Haruskah obor harapan ini dibiarkan terpadam begitu sahaja??? Dakwah_Jihad_Syahid tidak mengenal erti muda, tua, kaya, atau miskin..meskipun kalian berniqa’, jangan ingat ia adalah kesudahan kepada gerak kerja dakwah anda. Kita boleh berdakwah dengan cara sendiri. Tetapi yang paling penting harus tangkis perasaan malu terhadap niqa’ yang kita kenakan. Seharusnya kita bangga kerana pakaian inilah yang disukai Allah, dan ingatlah di akhirat kelak, Allah akan datang kepada golongan berpurdah itu sendiri tanpa perlu kita pergi berjumpa denganNya. Bukankah ini nikmat??? Kenapa perlu dimalukan???

Marilah ikuti kisah ana sebagai santapan penguat semangat kalian. Tanggal 2.2.2008, detik inilah ana melangkah keluar dari rumah sewa dengan berwajah baru, menggalas amanat yang besar iaitu niqa’. Mampukah ana istiqamah??? Kuatkah imanku? Persoalan demi persoalan timbul di benak fikiran ana. Namun ana tangkis jua, anggaplah ini permulaan perjuangan dalam hidup ana. Ya, perjuangan melawan hawa nafsu, menguatkan iman yang sebelum ini goyah, rapuh dan hampir musnah andai sedikit lagi di tiup dek angin nafsu syaitan laknatullah. Hari ini ada Seminar Nuqaba’ dekat maahad. Hari ini juga bakal merubah hidupku, tidak boleh lara’ seperti dulu, sebaliknya harus lebih tawaduk kerana inilah tujuanku berpurdah, untuk meneliti kembali siapa diri ana yang sebenarnya… menyingkap di sebalik tabir hati yang penuh noda hitam supaya bersih kembali demi menggapai redha Ilahi. Dalam kesibukan ana menggapai redha Ilahi, ana terlupa satu perkara restu ibu. Kali ini ana salah membuat keputusan yang akhirnya mengundang derita buat diri ana sendiri Kiriman sms abah pada keesokan harinya membuatkan ana hampir pitam. Tujuan ana berpurdah adalah untuk menggapai redha Ilahi, namun kata-kata abah membuatkan iman ana goyah.. setitis air mata ibu menitis ke bumi jangan harap nak cium bau syurga..saat inilah terasa berdosa, derhaka sebagai seorang anak. Detik inilah keperitan dugaan mulai terasa. ketika sesi pembelajaran sedang berlangsung, fikiran ana menerawang jauh memikir nasib yang menimpa diri. Tumpuan terhadap pelajaran hilang sehingga sahabat-sahabat menegur kerana keputusan periksa merosot. Ana sedar akan hakikat ini. Ana mula tercari-cari, di mana silap ana terlupa sesuatu restu seorang insan bernama ibu.

Sebenarnya yang paling membuatkan ana tertekan kerana ana berseorangan. Di mana sahabat-sahabat yang dahulunya berjanji untuk bersama-sama ketika senang dan susah… mana??? Kini, baru ana sedar, sahabat hanya pada mulut tidak terlahir melalui perbuatan. Memang payah untuk temui sahabat sejati kerana mencari seorang sahabat sejati itu ibarat mencari biji benih dalam ranjau yang penuh duri. Sekelilingnya kesakitan… sukar untuk mendapat sahabat yang benar-benar boleh dijadikan teman. Keseorangan inilah yang menyebabkan ana goyah..terasa Allah mempermainkan ana Masya-Allah, waktu ini iman entah ke mana sehingga aku mengambil jalan singkat, buat kerja bodoh. Sampai satu tahap dipanggil oleh pimpinan. Diorang Tanya kenapa boleh jadi sampai macam ni perangai ana. Satu sahaja jawapannya ana.. kenapa waktu ana memerlukan semangat dari belakang tak ada sesiapa yang peduli. Tetapi bila ada masalah yang timbul, barulah kita jadi perhatian. Jadi, ana pun fakir macam ni lar, sapa nak tarik perhatian pimpinan buat sahaja masalah, baru diorang ambil peduli. Ini juga salah satu kenapa orang yang giat kerja dakwah dibenci orang luar, kerana bila mereka Tanya pendapat dan perlukan sokongan, kadang-kadang kita buat endah tak endah..inilah sebabnya mereka memberontak. Kesilapan ini akhirnya menyedarkan ana setelah 2 jam berbincang. Alhamdulillah, kepercayaan mereka terhadap ana masih ada walaupun hanya sedikit.

Pada minggu ni cuti sempena Hari Raya Cina dan minggu ini ana diberitahu untuk buat kerja-kerja Pas sempena pilihan raya bulan Mac nanti. Mungkin ini ketentuan Allah, ana mengambil keputusan untuk turut serta bagi mengelakkan daripada balik bercuti kerana ana yakin pasti berlaku sesuatu jikalau ana balik. Jadi, ana tetap turut serta dalam keadaan hati yang gelisah gulana bukan untuk mengelak daripa berjumpa keluarga tetapi demi cinta ana terhadap gerak kerja Islam, demi rindu ana terhadap jihad dan syahid walaupun ana tahu risiko yang bakal ana tanggung seandainya perkara ini diketahui oleh kedua ibu bapa ana. Mana tidaknya usia ana baru menjangkau 15 tahun tetapi sudah bergiat aktif dalam kancah politik dan sekarang ini ana sudah pandai membuat helah demi memastikan gerak kerja ini berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang kesulitan. Panggilan telefon dari abah membuatkan ana agak sedikit gelisah kerana abah ingin membawa ana pulang atas desakan saudara-mara. Keputusan ana muktamad, helah ana berikan kerana cinta ana terhadap Islam tidak perlu ana korbankan hanya demi menurut perintah saudara-mara yang awal-awal lagi menentang pembabitanku dalam gerak kerja dakwah apatah lagi ceramah-ceramah agama. Ana yakin, jika niat kita kerana Allah dan berada di atas landasan yang benar, walaupun keluarga menghalang atas dasar yang tidak munasabah keputusan yang dibuat pasti tepat.

Kadang-kadang terkilan juga kerana mak tak pernah melayanku seperti mana mak orang lain. Tapi mungkin faktor ana ana sulung, perlu lebih matang walaupun seringkali kesepian. Minggu ni, atas desakan abah, ana gagahkan diri balik juga ke rumah setelah sekian lama menjadi pelarian. Pelik juga kadang-kadang, seorang anak melarikan diri dari keluarganya sendiri. Bila difikir-fikirkan balik macam oran baru masuk Islam, tak diterima keluarga, tapi Alhamdulillah.. abah dan adik-adik terima seadanya. Cuti kali ini tidak memberi apa-apa makna… mana tidaknya salam yang kita hulurkan buat ibu tercinta hanya dibalas angin, yang dibalas hanyalah riak mukamu yang tidak menyenangkan. Sedih bila memikirkan.. mak berpaling setiap kali melihat ana, bercakap pun tidak. Herm..semua ni anggaplah kifarah dosa dari Allah.

Setelah beberapa bulan berlalu, pelbagai srategi yang ana gunakan bagi mak ana terharu dengan pengorbanan ana. Jangan berputus asa.. inilah prinsip ana pada masa itu. Kita kena pasakkan keyakinan pada satu perubahan. Alhamdulillah, berkat kesabaran, kesungguhan…mak ana sekarang ini sudah boleh terima ana sikit-sikit walaupun kadang-kadang kata-katanya masih berbisa. Setelah ana melalui semua dugaan ini..Rupa-rupanya, baru ana sedar selama ini dalam rancak ana menyiram taman hati insan lain dengan peringatan ana, ana telah terlupa untuk membaja taman hati ana sendiri dengan iman, wadah dan fitrah agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah. Selama ini, ana tidak langsung mencari jalan agar hati ini sentiasa lembut halus sentuhannya, agar sedar akan keagunganNya. Ana perlu insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan dan kesilapan diri ini. Ana perlu ketahui yang hati ana ini keras, kusyuk ana kurang. Syukur dan redha tidak banyak ana hadiahkan kepada Nya. Terlalu banyak kurang dan salah pada diri ana. Akhirnya, ana temui kelemahan diri ini, jika tidak kerana purdah, jika tidak kerana dugaan ini… pasti ana masih egois..angkuh dengan diri yang tidak seberapa ini. Terima kasih Ya Allah, kerana Engkau telah sedarkan aku. Engkau telah tunjuki aku jalan kebenaran. Alhamdulillah, ana sudah temui cinta sejati, cinta hakiki.. cinta Mu Ya Allah…

sahabat-sahabat sekalian, ingatlah kisah ana ini memberi pengajaran bahawa restu ibu bapa itu penting dalam menjamin kesejahteraan hidup dan menggapai redha Ilahi..=) dalil-dalil yang ana sertakan ini buat pembakar semangat dan persediaan untuk kalian memberikan hujah yang lantang demi mempertahankan pyrdah kalian ini. ambillah ia dan praktikkan dalam kehidupan kalian. terdapat dalil-dalil yang mewajibkan kita berniqa' dan ada juga dalil-dalil yang tidak mewajibkan berniqa'. ambillah yang terbaik buat diri kalian. seandainya info ana ini salah, tegurlah sebelum terlambat, kerana yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu datang dari ana sendiri yang hina ini.

DALIL-DALIL ULAMA' YANG TIDAK MEWAJIBKAN

Inilah secara ringkas dalil-dalil para ulama yang tidak mewajibkan cadar bagi wanita.
Pertama, firman Allah subhanahu wa ta’ala,
وَلاَ يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka.” (QS. An Nuur: 31)
Tentang perhiasan yang biasa nampak ini, Ibnu Abbas berkata, “Wajah dan telapak tangan.” (Riwayat Ibnu Abi Syaibah dan Isma’il Al Qadhi. Dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Jilbab Al Mar’ah Al Muslimah, hal. 59-60, Penerbit Al Maktabah Al Islamiyyah, Cet. I. Tetapi berbagai riwayat dari Ibnu Abbas tentang penafsiran ini dilemahkan oleh Syeikh Mushthafa Al Adawi dalam kitabnya Jami’ Ahkamin Nisa. Tentang hal ini terdapat riwayat-riwayat shahih dari perkataan sebagian tabi’in. Wallahu a’lam).
Perkataan serupa juga diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dari Ibnu Umar. (Riwayat ini dishahihkan oleh Syeikh Al Albani dalam Jilbab Al Mar’ah Al Muslimah, hal. 59-60). Berdasarkan penafsiran kedua sahabat ini jelas bahwa wajah dan telapak tangan wanita boleh kelihatan, sehingga bukan merupakan aurat yang wajib ditutup.
Kedua, firman Allah,
وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
“Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dada (dan leher) mereka.” (QS. An Nur: 31)
Ibnu Hazm rahimahullah berkata, “Allah ta’ala memerintahkan para wanita menutupkan khimar (kerudung) pada belahan-belahan baju (dada dan lehernya), maka ini merupakan nash menutupi aurat, leher dan dada. Dalam firman Allah ini juga terdapat nash bolehnya membuka wajah, tidak mungkin selain itu.” (Al Muhalla III/216-217, Lihat Jilbab Al Mar’ah Al Muslimah, hal. 73).
Karena memang makna khimar (kerudung) adalah penutup kepala. Demikian diterangkan oleh para ulama, seperti tersebut dalam An Nihayah karya Imam Ibnul Atsir, Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim karya Al Hafizh Ibnu Katsir, Tafsir Fathu Al Qadir karya Asy Syaukani, dan lainnya. (Lihat Jilbab Al Mar’ah Al Muslimah, hal. 72-73).
Ketiga, firman Allah subhanahu wa ta’ala,
قُلْ لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللهَ خَبِيرٌ بِمَايَصْنَعُونَ {30} وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.” (QS. An Nur: 30,31)
Ayat ini menunjukkan bahwa pada diri wanita ada sesuatu yang terbuka dan mungkin untuk dilihat. Sehingga Allah memerintahkan untuk menahan pandangan dari wanita. Dan yang biasa nampak itu yaitu wajah dan kedua telapak tangan. (Lihat Jilbab Al Mar’ah Al Muslimah, hal. 76,77). Semakna dengan ayat tersebut ialah hadits-hadits yang memerintahkan menahan pandangan dari wanita dan larangan mengulangi pandangan jika telah terlanjur memandang dengan tidak sengaja. Di antaranya,
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللهِ قَالَ إِيَّاكُمْ وَالْجُلُوسَ بِالطُّرُقَاتِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللهِ مَا بُدَّ لَنَا مِنْ مَجَالِسِنَا نَتَحَدَّثُ فِيهَا فَقَالَ رَسُولُ اللهِ إِنْ أَبَيْتُمْ فَأَعْطُوا الطَّرِيقَ حَقَّهُ قَالُوا وَمَا حَقُّ الطَّرِيقِ يَا رَسُولَ اللهِ قَالَ غَضُّ الْبَصَرِ وَكَفُّ الأَذَى وَرَدُّ السَّلاَمِ وَاْلأَمْرُ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّهْيُ عَنِ الْمُنْكَرِ
Dari Abu Said Al Khudri radhiallahu ‘anhu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda, “Janganlah kamu duduk-duduk di jalan”. Maka para Sahabat berkata, “Kami tidak dapat meninggalkannya, karena merupakan tempat kami untuk bercakap-cakap.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata, “Jika kalian enggan (meninggalkan bermajelis di jalan), maka berilah hak jalan.” Sahabat bertanya, “Apakah hak jalan itu?” Beliau menjawab, “Menundukkan pandangan, menghilangkan gangguan, menjawab salam, memerintahkan kebaikan dan mencegah kemungkaran.” (HR. Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 1150, Muslim, Abu Dawud (4816). Lihat Silsilah Al Ahadits Ash Shahihah 6/11-13)
Juga sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam kepada Ali radhiallahu ‘anhu,
يَا عَلِيُّ لَا تُتْبِعِ النَّظْرَةَ النَّظْرَةَ فَإِنَّ لَكَ الْأُولَى وَلَيْسَتْ لَكَ الْآخِرَةُ
“Wahai Ali, janganlah engkau turutkan pandangan (pertama) dengan pandangan (kedua), karena engkau berhak (yakni, tidak berdosa) pada pandangan (pertama), tetapi tidak berhak pada pandangan (kedua).” (HR. Abu Dawud, Tirmidzi, dan lainnya. Dihasankan oleh Syaikh Al Albani dalam Jilbab Al Mar’ah Al Muslimah, hal. 77)
Jarir bin Abdullah berkata,
سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ نَظْرَةِ الْفَجْأَةِ فَقَالَ اصْرِفْ بَصَرَكَ
Aku bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang pandangan tiba-tiba (tidak sengaja), maka beliau bersabda, “Palingkan pandanganmu.” (HR. Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, dan lainnya. Lihat Jilbab Al Mar’ah Al Muslimah, hal. 78)
Al Qadhi ‘Iyadh berkata, “Para ulama berkata, di sini terdapat hujjah (argumen) bahwa wanita tidak wajib menutupi wajahnya di jalan, tetapi hal itu adalah sunah yang disukai. Dan yang wajib bagi laki-laki ialah menahan pandangan dari wanita dalam segala keadaan, kecuali untuk tujuan yang syar’i (dibenarkan agama). Hal itu disebutkan oleh Muhyiddin An Nawawi, dan beliau tidak menambahinya.” (Adab Asy Syar’iyyah I/187, karya Ibnu Muflih. Lihat: Jilbab Al Mar’ah Al Muslimah, hal. 77).
Keempat, Diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiallahu ‘anha, dia berkata,
أَنَّ أَسْمَاءَ بِنْتَ أَبِي بَكْرٍ دَخَلَتْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَيْهَا ثِيَابٌ رِقَاقٌ فَأَعْرَضَ عَنْهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ يَا أَسْمَاءُ إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتِ الْمَحِيضَ لَمْ تَصْلُحْ أَنْ يُرَى مِنْهَا إِلَّا هَذَا وَهَذَا وَأَشَارَ إِلَى وَجْهِهِ وَكَفَّيْهِ قَالَ أَبُو دَاوُد هَذَا مُرْسَلٌ خَالِدُ بْنُ دُرَيْكٍ لَمْ يُدْرِكْ عَائِشَةَ رَضِي اللَّهُ عَنْهَا
Bahwa Asma’ bintu Abi Bakar menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan memakai pakaian tipis. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berpaling darinya dan berkata, “Wahai Asma’, sesungguhnya seorang wanita itu, jika telah mendapatkan haidh, tidak pantas terlihat dari dirinya kecuali ini dan ini”, beliau menunjuk wajahnya dan kedua telapak tangannya. (HR. Abu Dawud, Thabarani, Ibnu ‘Adi, dari jalan Sa’id bin Basyir dari Qatadah dari Khalid bin Duraik dari ‘Aisyah. Ibnu ‘Adi berkata, “Terkadang Khalid mengatakan dari Ummu Salamah, sebagai ganti dari ‘Aisyah.” Sanad hadits ini lemah, sebagaimana Abu Dawud berkata setelah meriwayatkannya, “Hadits ini mursal, Khalid bin Duraik tidak bertemu ‘Aisyah radhiallahu ‘anha. Demikian juga perawi bernama Sa’id bin Basyir lemah.”)
Hadits ini sesungguhnya lemah, tetapi Syaikh Al Albani menyatakan bahwa hadits ini dikuatkan dengan beberapa penguat (Lihat Jilbab Al Mar’ah Al Muslimah, hal. 58).
(1) Riwayat mursal shahih dari Qatadah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda. “Jika seorang gadis kecil telah haidh, maka tidak pantas terlihat sesuatu darinya kecuali wajahnya dan tangannya sampai pergelangan.” (Tetapi kemungkinan riwayat ini sama sanadnya dengan riwayat di atas, yaitu Qatadah mendapatkan hadits ini dari Khalid bin Duraik, sehingga tidak dapat menguatkan. Wallahu a’lam).
(2) Diriwayatkan oleh Thabrani dan Al Baihaqi dari jalan Ibnu Luhai’ah, dari ‘Iyadh bin Abdullah, bahwa dia mendengar Ibrahim bin ‘Ubaid bin Rifa’ah Al Anshari menceritakan dari bapaknya, aku menyangka dari Asma’ binti ‘Umais yang berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam masuk menemui ‘Aisyah, dan di dekat ‘Aisyah ada saudarinya, yaitu Asma bintu Abi Bakar. Asma memakai pakaian buatan Syam yang longgar lengan bajunya. Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melihatnya, beliau bangkit lalu keluar. Maka ‘Aisyah berkata kepada Asma, “Menyingkirlah engkau, sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah melihat perkara yang tidak beliau sukai. Maka Asma menyingkir. Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam masuk, lalu Aisyah bertanya kenapa beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bangkit (dan keluar). Maka beliau menjawab, “Tidakkah engkau melihat keadaan Asma, sesungguhnya seorang wanita muslimah itu tidak boleh tampak darinya kecuali ini dan ini”, lalu beliau memegangi kedua lengan bajunya dan menutupkan pada kedua telapak tangannya, sehingga yang nampak hanyalah jari-jarinya, kemudian meletakkan kedua telapak tangannya pada kedua pelipisnya sehingga yang nampak hanyalah wajahnya.”
Al-Baihaqi menyatakan, “Sanadnya dha’if.” Kelemahan hadits ini karena perawi yang bernama Ibnu Luhai’ah sering keliru setelah menceritakan dengan hafalannya, yang sebelumnya dia seorang yang utama dan terpercaya ketika menceritakan dengan bukunya. Syaikh Al Albani menyatakan bahwa haditsnya ini dapat dijadikan penguat. (Lihat Jilbab Al Mar’ah Al Muslimah, hal. 59).
(3) Pendapat sebagian sahabat (seperti Ibnu Abbas dan Ibnu Umar) yang menjelaskan perhiasan yang biasa nampak yang boleh tidak ditutup, yaitu wajah dan telapak tangan. Lihat Jilbab Al Mar’ah Al Muslimah, hal. 59).
Kelima, Jabir bin Abdillah berkata,
شَهِدْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الصَّلَاةَ يَوْمَ الْعِيدِ فَبَدَأَ بِالصَّلَاةِ قَبْلَ الْخُطْبَةِ بِغَيْرِ أَذَانٍ وَلَا إِقَامَةٍ ثُمَّ قَامَ مُتَوَكِّئًا عَلَى بِلَالٍ فَأَمَرَ بِتَقْوَى اللَّهِ وَحَثَّ عَلَى طَاعَتِهِ وَوَعَظَ النَّاسَ وَذَكَّرَهُمْ ثُمَّ مَضَى حَتَّى أَتَى النِّسَاءَ فَوَعَظَهُنَّ وَذَكَّرَهُنَّ فَقَالَ تَصَدَّقْنَ فَإِنَّ أَكْثَرَكُنَّ حَطَبُ جَهَنَّمَ فَقَامَتِ امْرَأَةٌ مِنْ سِطَةِ النِّسَاءِ سَفْعَاءُ الْخَدَّيْنِ فَقَالَتْ لِمَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ لِأَنَّكُنَّ تُكْثِرْنَ الشَّكَاةَ وَتَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ قَالَ فَجَعَلْنَ يَتَصَدَّقْنَ مِنْ حُلِيِّهِنَّ يُلْقِينَ فِي ثَوْبِ بِلَالٍ مِنْ أَقْرِطَتِهِنَّ وَخَوَاتِمِهِنَّ
Aku menghadiri shalat hari ‘ied bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Beliau memulai dengan shalat sebelum khutbah, dengan tanpa azan dan tanpa iqamat. Kemudian beliau bersandar pada Bilal, memerintahkan untuk bertakwa kepada Allah dan mendorong untuk menaati-Nya. Beliau menasihati dan mengingatkan orang banyak. Kemudian beliau berlalu sampai mendatangi para wanita, lalu beliau menasihati dan mengingatkan mereka. Beliau bersabda, “Hendaklah kamu bersedekah, karena mayoritas kamu adalah bahan bakar neraka Jahannam!” Maka berdirilah seorang wanita dari tengah-tengah mereka, yang pipinya merah kehitam-hitaman, lalu bertanya, “Kenapa wahai Rasulullah?” Beliau bersabda, “Karena kamu banyak mengeluh dan mengingkari (kebaikan) suami.” Maka para wanita itu mulai bersedekah dengan perhiasan mereka, yang berupa giwang dan cincin, mereka melemparkan pada kain Bilal. (HSR Muslim, dan lainnya)
Hadits ini jelas menunjukkan wajah wanita bukan aurat, yakni bolehnya wanita membuka wajah. Sebab jika tidak, pastilah Jabir tidak dapat menyebutkan bahwa wanita itu pipinya merah kehitam-hitaman. (Lihat Jilbab Al Mar’ah Al Muslimah, hal. 59) (Tetapi dalil ini dibantah dengan penjelasan bahwa hadits ini yang mahfudz (shahih) dengan lafazh min safilatin nisa’ (dari wanita-wanita rendah) sebagai ganti lafazh sithatin nisa’ (dari wanita dari tengah-tengah). Yang hal itu mengisyaratkan wanita tersebut adalah budak, sedangkan budak tidak wajib menutupi wajah. Atau kejadian ini sebelum turunnya ayat hijab. Wallahu a’lam).
Keenam, Ibnu Abbas berkata,
أَرْدَفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْفَضْلَ بْنَ عَبَّاسٍ … فَوَقَفَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِلنَّاسِ يُفْتِيهِمْ وَأَقْبَلَتِ امْرَأَةٌ مِنْ خَثْعَمَ وَضِيئَةٌ تَسْتَفْتِي رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَطَفِقَ الْفَضْلُ يَنْظُرُ إِلَيْهَا وَأَعْجَبَهُ حُسْنُهَا فَالْتَفَتَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْفَضْلُ يَنْظُرُ إِلَيْهَا فَأَخْلَفَ بِيَدِهِ فَأَخَذَ بِذَقَنِ الْفَضْلِ فَعَدَلَ وَجْهَهُ عَنِ النَّظَرِ إِلَيْهَا …
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memboncengkan Al Fadhl bin Abbas… kemudian beliau berhenti untuk memberi fatwa kepada orang banyak. Datanglah seorang wanita yang cantik dari suku Khats’am meminta fatwa kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Mulailah Al Fadhl melihat wanita tersebut, dan kecantikannya mengagumkannya. Nabi ‘alaihi wa sallam pun berpaling, tetapi Al Fadhl tetap melihatnya. Maka nabi ‘alaihi wa sallam memundurkan tangannya dan memegang dagu Al Fadhl, kemudian memalingkan wajah Al Fadhl dari melihatnya…” (HR. Bukhari, Muslim, dan lainnya)
Kisah ini juga diriwayatkan oleh Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anhu, dan dia menyebutkan bahwa permintaan fatwa itu terjadi di tempat penyembelihan kurban, setelah Rasulullah melemparkan jumrah, lalu dia menambahkan, “Maka Abbas berkata kepada Rasulullah ‘alaihi wa sallam, “Wahai Rasulullah, kenapa anda memalingkan leher anak pamanmu?” Beliau menjawab, “Aku melihat seorang pemuda dan seorang pemudi, sehingga aku tidak merasa aman dari syaitan (menggoda) keduanya” (HR. Tirmidzi, Ahmad, dan lainnya. Syaikh Al Albani menyatakan, “Sanadnya bagus”)
Dengan ini berarti, bahwa peristiwa tersebut terjadi setelah tahallul (selesai) dari ihram, sehingga wanita tersebut bukanlah muhrimah (wanita yang sedang berihram, dengan hajji atau umrah).
Ibnu Hazm rahimahullah berkata, “Seandainya wajah wanita merupakan aurat yang wajib ditutupi, tidaklah beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam membenarkan wanita tersebut membuka wajahnya di hadapan orang banyak. Pastilah beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan wanita itu untuk menurunkan (jilbabnya) dari atas (kepala untuk menutupi wajah). Dan seandainya wajahnya tertutup, tentulah Ibnu Abbas tidak mengetahui wanita itu cantik atau buruk.”
Ibnu Baththal rahimahullah mengatakan, “Di dalam hadits ini terdapat perintah untuk menahan pandangan karena khawatir fitnah. Konsekuensinya jika aman dari fitnah, maka tidak terlarang. Hal itu dikuatkan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak memalingkan wajah Al Fadhl sampai dia menajamkan pandangan, karena kekagumannya terhadap wanita tersebut, sehingga beliau khawatir fitnah menimpanya. Di dalam hadits ini juga terdapat (dalil) pertarungan watak dasar manusia terhadapnya serta kelemahan manusia dari kecenderungan dan kekaguman terhadap wanita. Juga terdapat (dalil) bahwa istri-istri kaum mukminin tidak wajib berhijab sebagaimana istri-istri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Karena (kalau memang hal itu) wajib bagi seluruh wanita, pastilah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan kepada wanita dari suku Khats’am tersebut untuk menutupi (dirinya) dan tidak memalingkan wajah Al Fadhl. Di dalamnya juga terdapat (dalil) bahwa menutup wajah wanita tidak wajib, Para ulama berijma’ bahwa wanita boleh menampakkan wajahnya ketika shalat, walaupun dilihat oleh laki-laki asing.” (Fathu Al-Bari XI/8)
Perkataan Ibnu Baththal rahimahullah tersebut dibantah oleh Al Hafizh Ibnu Hajar, dengan alasan bahwa wanita dari suku Khats’am tersebut muhrimah (wanita yang sedang berihram). Tetapi Syaikh Al Albani menyatakan, bahwa yang benar wanita itu bukan muhrimah (wanita yang sedang berihram), sebagaimana penjelasan di atas. Seandainya wanita itu muhrimah (wanita yang sedang berihram), maka pendapat Ibnu Baththal itu tetap kuat. Karena wanita muhrimah itu boleh melabuhkan jilbabnya ke wajahnya di hadapan laki-laki asing, sebagaimana hadits tentang hal ini. (Lihat haditsnya pada edisi terdahulu, pada dalil ke 13 yang mewajibkan cadar). Maka hadits ini menunjukkan bahwa cadar tidaklah wajib bagi wanita, walaupun dia memiliki wajah yang cantik, tetapi hukumnya adalah disukai (sunah). Peristiwa ini terjadi di akhir kehidupan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, di hadapan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, sehingga hukumnya muhkam (tetap; tidak dihapus). (Lihat Jilbab Al Mar’ah Al Muslimah, hal. 61-64).

DALIL-DALIL YANG MEWAJIBKAN BERNIQA'

Berikut ini akan ana paparkan secara ringkas dalil-dalil para ulama yang mewajibkan cadar (purdah)bagi wanita.
Pertama, firman Allah subhanahu wa ta’ala:
وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka.” (QS. An Nur: 31)
Allah ta’ala memerintahkan wanita mukmin untuk memelihara kemaluan mereka, hal itu juga mencakup perintah melakukan sarana-sarana untuk memelihara kemaluan. Karena menutup wajah termasuk sarana untuk memelihara kemaluan, maka juga diperintahkan, karena sarana memiliki hukum tujuan. (Lihat Risalah Al-Hijab, hal 7, karya Syaikh Muhammad bin Shalih Al-’Utsaimin, penerbit Darul Qasim).
Kedua, firman Allah subhanahu wa ta’ala:
وَلاَ يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka.” (QS. An Nur: 31)
Ibnu Mas’ud berkata tentang perhiasan yang (biasa) nampak dari wanita: “(yaitu) pakaian” (Riwayat Ibnu Jarir, dishahihkan oleh Syaikh Mushthafa Al Adawi, Jami’ Ahkamin Nisa’ IV/486). Dengan demikian yang boleh nampak dari wanita hanyalah pakaian, karena memang tidak mungkin disembunyikan.
Ketiga, firman Allah subhanahu wa ta’ala:
وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
“Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dada (dan leher) mereka.” (QS. An Nur: 31)
Berdasarkan ayat ini wanita wajib menutupi dada dan lehernya, maka menutup wajah lebih wajib! Karena wajah adalah tempat kecantikan dan godaan. Bagaimana mungkin agama yang bijaksana ini memerintahkan wanita menutupi dada dan lehernya, tetapi membolehkan membuka wajah? (Lihat Risalah Al-Hijab, hal 7-8, karya Syaikh Muhammad bin Shalih Al-’Utsaimin, penerbit Darul Qasim).
Keempat, firman Allah subhanahu wa ta’ala:
وَلاَ يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَايُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ
“Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” (QS. An Nur: 31)
Allah melarang wanita menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasannya yang dia sembunyikan, seperti gelang kaki dan sebagainya. Hal ini karena dikhawatirkan laki-laki akan tergoda gara-gara mendengar suara gelang kakinya atau semacamnya. Maka godaan yang ditimbulkan karena memandang wajah wanita cantik, apalagi yang dirias, lebih besar dari pada sekedar mendengar suara gelang kaki wanita. Sehingga wajah wanita lebih pantas untuk ditutup untuk menghindarkan kemaksiatan. (Lihat Risalah Al-Hijab, hal 9, karya Syaikh Muhammad bin Shalih Al ‘Utsaimin, penerbit Darul Qasim).
Kelima, firman Allah subhanahu wa ta’ala:
وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَآءِ الاَّتِي لاَيَرْجُونَ نِكَاحًا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَن يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ وَأَن يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَّهُنَّ وَاللهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
“Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kawin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. An Nur: 60)
Wanita-wanita tua dan tidak ingin kawin lagi ini diperbolehkan menanggalkan pakaian mereka. Ini bukan berarti mereka kemudian telanjang. Tetapi yang dimaksud dengan pakaian di sini adalah pakaian yang menutupi seluruh badan, pakaian yang dipakai di atas baju (seperti mukena), yang baju wanita umumnya tidak menutupi wajah dan telapak tangan. Ini berarti wanita-wanita muda dan berkeinginan untuk kawin harus menutupi wajah mereka. (Lihat Risalah Al-Hijab, hal 10, karya Syaikh Muhammad bin Shalih Al ‘Utsaimin, penerbit Darul Qasim).
Abdullah bin Mas’ud dan Ibnu Abbas berkata tentang firman Allah “Tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka.” (QS An Nur:60): “(Yaitu) jilbab”. (Kedua riwayat ini dishahihkan oleh Syaikh Mushthafa Al-Adawi di dalam Jami’ Ahkamin Nisa IV/523)
Dari ‘Ashim Al-Ahwal, dia berkata: “Kami menemui Hafshah binti Sirin, dan dia telah mengenakan jilbab seperti ini, yaitu dia menutupi wajah dengannya. Maka kami mengatakan kepadanya: “Semoga Allah merahmati Anda, Allah telah berfirman,
وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَآءِ الاَّتِي لاَيَرْجُونَ نِكَاحًا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَن يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ
“Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kawin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan.” (QS. An-Nur: 60)
Yang dimaksud adalah jilbab. Dia berkata kepada kami: “Apa firman Allah setelah itu?” Kami menjawab:
وَأَن يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَّهُنَّ وَاللهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
“Dan jika mereka berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. An-Nur: 60)
Dia mengatakan, “Ini menetapkan jilbab.” (Riwayat Al-Baihaqi. Lihat Jami’ Ahkamin Nisa IV/524)
Keenam, firman Allah subhanahu wa ta’ala:
غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ
“Dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan.” (QS. An-Nur: 60)
Ini berarti wanita muda wajib menutup wajahnya, karena kebanyakan wanita muda yang membuka wajahnya, berkehendak menampakkan perhiasan dan kecantikan, agar dilihat dan dipuji oleh laki-laki. Wanita yang tidak berkehendak seperti itu jarang, sedang perkara yang jarang tidak dapat dijadikan sandaran hukum. (Lihat Risalah Al-Hijab, hal 11, karya Syaikh Muhammad bin Shalih Al- ‘Utsaimin, penerbit: Darul Qasim).
Ketujuh, firman Allah subhanahu wa ta’ala:
يَآأَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلاَبِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلاَ يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللهُ غَفُورًا رَّحِيمًا
“Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mu’min: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Al Ahzab: 59)
Diriwayatkan bahwa Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhu berkata, “Allah memerintahkan kepada istri-istri kaum mukminin, jika mereka keluar rumah karena suatu keperluan, hendaklah mereka menutupi wajah mereka dengan jilbab (pakaian semacam mukena) dari kepala mereka. Mereka dapat menampakkan satu mata saja.” (Syaikh Mushthafa Al-Adawi menyatakan bahwa perawi riwayat ini dari Ibnu Abbas adalah Ali bin Abi Thalhah yang tidak mendengar dari ibnu Abbas. Lihat Jami’ Ahkamin Nisa IV/513)
Qatadah berkata tentang firman Allah ini (QS. Al Ahzab: 59), “Allah memerintahkan para wanita, jika mereka keluar (rumah) agar menutupi alis mereka, sehingga mereka mudah dikenali dan tidak diganggu.” (Riwayat Ibnu Jarir, dihasankan oleh Syaikh Mushthafa Al-Adawi di dalam Jami’ Ahkamin Nisa IV/514)
Diriwayatkan Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhu berkata, “Wanita itu mengulurkan jilbabnya ke wajahnya, tetapi tidak menutupinya.” (Riwayat Abu Dawud, Syaikh Mushthafa Al-Adawi menyatakan: Hasan Shahih. Lihat Jami’ Ahkamin Nisa IV/514)
Abu ‘Ubaidah As-Salmani dan lainnya mempraktekkan cara mengulurkan jilbab itu dengan selendangnya, yaitu menjadikannya sebagai kerudung, lalu dia menutupi hidung dan matanya sebelah kiri, dan menampakkan matanya sebelah kanan. Lalu dia mengulurkan selendangnya dari atas (kepala) sehingga dekat ke alisnya, atau di atas alis. (Riwayat Ibnu Jarir, dishahihkan oleh Syaikh Mushthafa Al-Adawi di dalam Jami’ Ahkamin Nisa IV/513)
As-Suyuthi berkata, “Ayat hijab ini berlaku bagi seluruh wanita, di dalam ayat ini terdapat dalil kewajiban menutup kepala dan wajah bagi wanita.” (Lihat Hirasah Al-Fadhilah, hal 51, karya Syaikh Bakar bin Abu Zaid, penerbit Darul ‘Ashimah).
Perintah mengulurkan jilbab ini meliputi menutup wajah berdasarkan beberapa dalil:
Makna jilbab dalam bahasa Arab adalah: Pakaian yang luas yang menutupi seluruh badan. Sehingga seorang wanita wajib memakai jilbab itu pada pakaian luarnya dari ujung kepalanya turun sampai menutupi wajahnya, segala perhiasannya dan seluruh badannya sampai menutupi kedua ujung kakinya.
Yang biasa nampak pada sebagian wanita jahiliah adalah wajah mereka, lalu Allah perintahkan istri-istri dan anak-anak perempuan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam serta istri-istri orang mukmin untuk mengulurkan jilbabnya ke tubuh mereka. Kata idna’ (pada ayat tersebut يُدْنِينَ -ed) yang ditambahkan huruf (عَلَي) mengandung makna mengulurkan dari atas. Maka jilbab itu diulurkan dari atas kepala menutupi wajah dan badan.
Menutupi wajah, baju, dan perhiasan dengan jilbab itulah yang dipahami oleh wanita-wanita sahabat.
Dalam firman Allah: “Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu”, merupakan dalil kewajiban hijab dan menutup wajah bagi istri-istri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, tidak ada perselisihan dalam hal ini di antara kaum muslimin. Sedangkan dalam ayat ini istri-istri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam disebutkan bersama-sama dengan anak-anak perempuan beliau serta istri-istri orang mukmin. Ini berarti hukumnya mengenai seluruh wanita mukmin.
Dalam firman Allah: “Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu.” Menutup wajah wanita merupakan tanda wanita baik-baik, dengan demikian tidak akan diganggu. Demikian juga jika wanita menutupi wajahnya, maka laki-laki yang rakus tidak akan berkeinginan untuk membuka anggota tubuhnya yang lain. Maka membuka wajah bagi wanita merupakan sasaran gangguan dari laki-laki nakal/jahat. Maka dengan menutupi wajahnya, seorang wanita tidak akan memikat dan menggoda laki-laki sehingga dia tidak akan diganggu.
(Lihat Hirasah Al-Fadhilah, hal 52-56, karya Syaikh Bakar bin Abu Zaid, penerbit Darul ‘Ashimah).
Kedelapan, firman Allah subhanahu wa ta’ala:
لاَّ جُنَاحَ عَلَيْهِنَّ فِي ءَابَآئِهِنَّ وَلآ أَبْنَآئِهِنَّ وَلآ إِخْوَانِهِنَّ وَلآ أَبْنَآءِ إِخْوَانِهِنَّ وَلآ أَبْنَآءِ أَخَوَاتِهِنَّ وَلاَ نِسَآئِهِنَّ وَلاَ مَامَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ وَاتَّقِينَ اللهَ إِنَّ اللهَ كَانَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ شَهِيدًا
“Tidak ada dosa atas istri-istri Nabi (untuk berjumpa tanpa tabir) dengan bapak-bapak mereka, anak-anak laki-laki mereka, saudara laki-laki mereka, anak laki-laki dari saudara laki-laki mereka, anak laki-laki dari saudara mereka yang perempuan, perempuan-perempuan yang beriman dan hamba sahaya yang mereka miliki, dan bertakwalah kamu (hai istri-istri Nabi) kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu.” (QS. Al Ahzab: 55)
Ibnu Katsir berkata, “Ketika Allah memerintahkan wanita-wanita berhijab dari laki-laki asing (bukan mahram), Dia menjelaskan bahwa (para wanita) tidak wajib berhijab dari karib kerabat ini.” Kewajiban wanita berhijab dari laki-laki asing adalah termasuk menutupi wajahnya.
Kesembilan, firman Allah:
وَإِذَا سَأَلْتُمُوهُنَّ مَتَاعًا فَسْئَلُوهُنَّ مِن وَرَآءِ حِجَابٍ ذَلِكُمْ أَطْهَرُ لِقُلُوبِكُمْ وَقُلُوبِهِنَّ
“Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (istri-istri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir. Cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka.” (QS. Al Ahzab: 53)
Ayat ini jelas menunjukkan wanita wajib menutupi diri dari laki-laki, termasuk menutup wajah, yang hikmahnya adalah lebih menjaga kesucian hati wanita dan hati laki-laki. Sedangkan menjaga kesucian hati merupakan kebutuhan setiap manusia, yaitu tidak khusus bagi istri-istri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabat saja, maka ayat ini umum, berlaku bagi para istri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan semua wanita mukmin. Setelah turunnya ayat ini maka Nabi shallallahu ‘alihi wa sallam menutupi istri-istri beliau, demikian para sahabat menutupi istri-istri mereka, dengan menutupi wajah, badan, dan perhiasan. (Lihat Hirasah Al-Fadhilah, hal: 46-49, karya Syaikh Bakar bin Abu Zaid, penerbit Darul ‘Ashimah).
Kesepuluh, firman Allah:
يَانِسَآءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِّنَ النِّسَآءِ إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلاَ تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَّعْرُوفًا {32} وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلاَتَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ اْلأُوْلَى وَأَقِمْنَ الصَّلاَةَ وَءَاتِينَ الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللهَ وَرَسُولَهُ إِنَّمَا يُرِيدُ اللهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا
“Hai istri-istri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik. dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan ta’atilah Allah dan Rasul-Nya.Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.” (QS. Al Ahzab: 32-33)
Ayat ini ditujukan kepada para istri Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, tetapi hukumnya mencakup wanita mukmin, karena sebab hikmah ini, yaitu untuk menghilangkan dosa dan membersihkan jiwa sebersih-bersihnya, juga mengenai wanita mukmin. Dari kedua ayat ini didapatkan kewajiban hijab (termasuk menutup wajah) bagi wanita dari beberapa sisi:
Firman Allah: “Janganlah kamu tunduk dalam berbicara” adalah larangan Allah terhadap wanita untuk berbicara secara lembut dan merdu kepada laki-laki. Karena hal itu akan membangkitkan syahwat zina laki-laki yang diajak bicara. Tetapi seorang wanita haruslah berbicara sesuai kebutuhan dengan tanpa memerdukan suaranya. Larangan ini merupakan sebab-sebab untuk menjaga kemaluan, dan hal itu tidak akan sempurna kecuali dengan hijab.
Firman Allah: “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu” merupakan perintah bagi wanita untuk selalu berada di dalam rumah, menetap dan merasa tenang di dalamnya. Maka hal ini sebagai perintah untuk menutupi badan wanita di dalam rumah dari laki-laki asing.
Firman Allah: “Dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu” adalah larangan terhadap wanita dari banyak keluar dengan berhias, memakai minyak wangi dan menampakkan perhiasan dan keindahan, termasuk menampakkan wajah.
(Lihat Hirasah Al-Fadhilah, hal 39-44, karya Syaikh Bakar bin Abu Zaid, penerbit, Darul ‘Ashimah).
.::bersambung..insyaallah::.

Wednesday, June 4, 2008

IsLaM MeLaRaNg CiNTa BeRpAnJaNgAn

Apabila syariat Islam sudah mula dipraktikkan, menjadi tanda tanya di kalangan para remaja bagaimana seharusnya mereka lakukan terhadap pasangan masing-masing. Apakah diputuskan sahaja hubungan yang sudah terjalin? Atau kalau diteruskan bagaimana pula dengan hukuman Tuhan nanti?

Sebenarnya dalam persoalan cinta ini, memang tidak dapat dielakkan, bila sudah timbul keinginan terhadap seseorang, cinta itu akan datang sendiri. Perasaan itu adalah fitrah semulajadi yang tidak perlu diajar atau didatangkan. Sebab itulah Islam amat melarang pergaulan bebas kerana ia boleh merangsang fitrah dan keinginan kepada jantina lain itu.

Apabila seseorang sudah ada keinginan terhadap seseorang yang lain, ada jalan penyelesaiannya yang telah ditentukan oleh Islam. Jika ia mampu untuk berkahwin, digalakkan ia terus berkahwin. Jika tidak ia harus berpuasa untuk melawan keinginannya itu. Bagi mereka yang sudah mampu untuk berkahwin,waktu itulah diharuskan pihak lelaki meminang si anak dara tersebut.

Sewaktu majlis pertunangan itu kedua-dua pasangan teruna dan dara ini boleh dipertemukan dengan ditemani muhrim mereka. Dalam ajaran Islam, harus ditemukan supaya kita tahu apakah mereka setuju untuk meneruskan perkahwinan atau sebaliknya. Waktu kali pertama pertemuan itulah timbul rasa cinta antara mereka. Bila sudah berjumpa dan ada rasa hati, kahwinkan segera agar kehangatan cinta mereka itu boleh merangsang kebahagiaan rumahtangga yang dibina.

Tapi apa yang berlaku di dalam masyarakat kita, setelah lebih tiga atau empat tahun bercinta, barulah mereka hendak memikirkan untuk mendirikan rumahtangga bersama. Ini sudah terlambat. Ibarat tebu yang hilang manisnya; tinggal hampas sahaja. Manisnya sudah hilang sepanjang masa perkenalan itu. Akibatnya bila mereka mendirikan rumahtangga, kasih sayang antara mereka semakin hambar.

Tidak pelik, jika kita dengar ada pasangan yang baru dua tiga bulan mendirikan rumahtangga, terus bercerai. Islam tidak mempersoalkan tentang sama ada perlu bercinta sebelum kahwin atau cinta selepas kahwin. Tapi yang dilarang ialah cinta yang berpanjangan sebelum kahwin boleh menyebabkan kehangatan kasih sayang itu akan terus malap setelah bernikah.

Justeru itu Islam sangat menggalakkan agar pasangan yang sudah jatuh hati antara mereka sewaktu bertunang dicepatkan proses pernikahan mereka agar kasih sayang terus bertaut dan tidak terus malap . Sebaliknya jika sewaktu bertunang, kedua-duanya atau salah seorang dari mereka tidak terpaut antara mereka, eloklah jika pertunangan itu diputuskan sahaja. Begitulah Islam memberi jalan keluar kepada persoalan cinta.

HuBuNgAn dEnGaN hArAkAh IsLaMiYyAh

HUBUNGAN DENGAN HARAKAH ISLAMIYYAH
بسم الله الرحمن الرحيمفأحســـن الــكلام كلام الله و أحســن الهدى هدى محمد صلى الله عليه و سلم ألا و إياكم و محدثات الأمور فإن شـر الأمور محدثاتها و كل محدثات بدعة كل بدعة ضلالة و كل ضلالة فى النار .

MUQADDIMAH .

Zakat dan Infaq adalah sebuah institusi yang berfungsi penting ke arah membina kekuatan luaran dan dalaman bagi sebuah Harakah Islamiyyah. Justeru zakat membekalkan keupayaan Maaliah (ekonomi) untuk melengkapi kekuatan yang diperlukan oleh sebuah Harakah Islamiyyah yang beraksi membebaskan ummah dari belenggu Jahiliyyah dan serentak itu berusaha membina Daulah Islamiyyah di atas runtuhan Jahiliyyah tersebut .

Kekuatan Maaliah antara pelengkap kepada kekuatan yang mesti disediakan oleh Harakah Islamiyyah berasaskan perintah Ilahi :

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.
( Surah Al Anfaal – 60 )

Tanpa syak , bahawa Harakah Islamiyyah beroperasi di atas pengorbanan anggotanya yang memiliki kesedaran dan keinsafan untuk menegakkan Daulah Islamiyyah . Tanpa pengorbanan , Harakah Islamiyyah hanya wujud pada namanya sahaja dan tidak mungkin berjaya dalam operasinya.

Mengharapkan pertolongan Allah swt. tanpa pengorbanan adalah suatu sikap yang sia – sia , kerana ia jelas bertentangan dengan sunnatullah dalam perjuangan ini . Sedang Allah memerintahkan setiap individu beriman supaya berjuang menegakkan kalimah Allah swt. dengan jiwa , tenaga dan harta mereka .
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
( At Taubah – 41 )


ZAKAT DAN INFAQ

Zakat adalah suatu hak yang diambil dari harta kekayaan tertentu dengan jumlah yang telah ditetapkan oleh syara’ pada waktu yang tertentu . Hukumnya adalah wajib dan ia adalah sebahagian dari rukun Islam yang lima . Berdalilkan firman Allah swt :
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.
( Al Baqarah – 43 )

Infaq adalah suatu tanggungjawab perbelanjaan di atas rezeki yang dikurniakan Allah kepada mereka yang memerlukannya dan tanggungjawab tersebut menjadi bukti iman yang dimiliki oleh mereka . Ianya terbahagi kepada dua :

Bahagian 1 : Infaq sunat seperti sedeqah dan seumpamanya.
Bahagian 2 : Infaq wajib seperti zakat dan perbelanjaan
ke atas tanggungan syara’ .
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di Syurga).
( Al An faal – 2- 4 )


KELEBIHAN DAN JANJI ALLAH KEPADA MEREKA YANG INFAQKAN HARTA KE JALAN ALLAH ( FI SABILILLAH )

Sebagai anggota Harakah Islamiyyah , sayugianya kita merasa terpanggil untuk menunaikan tanggungjawab membiayai perjuangan yang suci dan murni ini . Pembiayaan tersebut ( samaada dalam bentuk Zakat ataupun Infaq ) pasti sahaja mendapat ganjaran besar dan setimpal daripada Allah swt.
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
( Al Baqarah 261 )

Namun demikian , seperkara yang wajib disedari dan diinsafi oleh setiap individu pejuang bahawa pembiayaan mereka terhadap Harakah Islamiyyah bukanlah bersifat sukarela tetapi suatu tanggungjawab dan amanah yang wajib ditunaikan . Firman Allah swt:

Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
( Al Baqarah 195 )


ZAKAT ( INFAQ WAJIB ) UNTUK HARAKAH ISLAMIYYAH .

Harakah Islamiyyah adalah salah satu asnaf dari 8 asnaf [1] yang layak menerima zakat justeru misi dan visinya menepati prinsip Fi Sabilillah .

Fii Sabilillah adalah demi kemaslahatan ummah guna melaksanakan urusan agama dan menegakkan Kerajaan Islam ( Daulah Islamiyyah ) Justeru itu , Harakah Islamiyyah yang berjuang untuk menegakkan daulah Islamiyyah dan menyelamatkan aqidah Ummah dikira menepati satu asnaf yang layak menerima zakat .[2]

Ulama’ Fiqhiyyah telah menyenaraikan aktiviti berikut sebagai Jihad Fii Sabilillah di zaman ini .[3]

· Mendirikan Markaz Tarbiyyah dan Da’awah Islamiyyah

· Menyebarkan Kitab Islam untuk membaiki akhlak Muslimin

· Membantu pejuang – pejuang Islam menegakkan kebenaran

· Jamaah yang berusaha mengembalikan Hukum Islam

· Kerja Jamae’I yang menyusun dan menyelaras matlamat bagi memastikan :
1. Pelaksanaan Nizamul Islami
2. Mendirikan Kedaulatan Islam
3. Mengembalikan Khilafah Islam
4. Membangunkan Islam dan da’awahnya

· Memerangi Gerakan Jahiliyyah dan Ideologi modern.

· Membebaskan bumi Ummat Islam dari hukum Kuffar yang menguasainya samada kafir Yahudi , Nasrani , Mulhidin dan mereka yang tidak beragama .


ANCAMAN ALLAH KEPADA MEREKA YANG ENGGAN MENGELUARKAN INFAQ FII SABILILLAH .

Anggota Harakah Islamiyyah yang menahan diri dari mengeluarkan Infaq di Jalan Allah sebenarnya berhadapan dengan ancaman Allah swt . sebagaimana firman Allah swt :

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (ugama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): "Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.
( At Taubah 34 – 35 )
PENUTUP .

Islam terbina di atas Lima Perkara asas[4] yang wajib ditunaikan oleh setiap individu . Mengabaikan salah satu darinya memberi erti Islam telah diruntuhkan olehnya. Lantaran itu , tidaklah selayaknya Islam diruntuhkan oleh seorang pejuang .

Alasan apalagi yang menyebabkan seorang pejuang teragak – agak untuk mengeluarkan Zakat dan menghulurkan Infaq kepada Harakah Islamiyyah yang mereka sertai. Apakah masih terlintas difikiran mereka untuk menyalurkan sumber asas ekonomi itu kepada pihak yang lain , sedangkan mereka menyedari pihak tersebut tidak bersikap adil dalam pengagihan zakat serta berlaku biadab terhadap agama Allah dengan menentangnya secara terbuka.

Kenapa tidak sang pejuang memusatkan pengumpulan zakat dan Infaq ke arah melengkapkan kekuatan dalaman dan luaran Harakah Islamiyyah demi menjayakan hasrat dan usaha membina Daulah Islamiyyah. Tidak Insafkah kita dengan sikap musuh – musuh Allah yang mampu memusatkan pengumpulan “infaq” mereka untuk menentang agama Allah . Firman Allah swt :

Sesungguhnya orang-orang kafir yang selalu membelanjakan harta mereka untuk menghalangi (manusia) dari jalan Allah, maka mereka tetap membelanjakannya kemudian (harta yang dibelanjakan) itu menyebabkan penyesalan kepada mereka, tambahan pula mereka dikalahkan. Dan (ingatlah) orang-orang kafir itu (akhirnya) dihimpunkan dalam neraka jahanam.
( Al Anfaal 36 )

[1] 8 Asnaf tersebut ialah Amil , Riqab , Ibnus Sabil , Gharimin , Fii Sabilillah , Muallaf , faqir dan
miskin .
[2] Rujuk Fiqhul Islam ( Juzuk 1 ) oleh Asy – Syeikh Yusuf Qardhawi .
[3] Rujuk Fiqhul Islam ( Juzuk 1 ) oleh Asy – syeikh Yusuf Qardhawi .
[4] بنى الإسلام على خمس : شـهادة أن لا إله إلا الله و أن محمدا رسول الله و إقام الصلاة و إيتاء الزكاة و الحج و صوم رمضـان . رواه البخاري و مســلم و غيرهما .

Ar RuHuL JaDiD






Arruhul jadid fi jasadil ummah

Hai mujahid luluh lantakkan jiwa pendosa



Kami petualang mencari kebenaran

Mencari makna serta hakikat manusia

Kami berjuang menegakkan kehormatan

Hidup mulia atau mati sebagai syuhada



Kami berbekal alquran hakiki

Meneruskan cita dan risalah para nabi

Kami sandang julukan generasi ghuraba

Biar saatnya datang kami pimpin dunia



Kami semangat baru siap maju hancur semua musuh

Kami tentara Alloh siap korbankan harta bahkan jiwa



Kami serahkan semua hidup pada Allah

Kami tekadkan tuk ikuti rasulullah

Usung panji ilahi iman kuat membaja

Hadapi tirani bebaskan umat dunia


WaNiTa SoLeHaH


wanita solehah
Wanita solehah srikandi Islam
Wajah berseri titisan air wudu'
Bercahaya nur iman dan taqwa
Semarakkan mahabbah ikhlas disanubari

Muslimah sejati aurat dipatuhi
Taat segala suruhan Ilahi
Kemungkaran keingkaran dijauhi
Rabiatul adawiyah dicontohi
Wanita Islam srikandi

Wanita solehah
Ketaqwaan keimanan keutuhan
Penghuni syurgawi
Bertemankan khurain(bidadari)
Khausar mengalir tenang
Nur nur indah terpancar seri

Muslimah sejati
Puncak utama keikhlasan hati
Senyum hiasan diri
Senyuman keimanan
Senyuman ketaqwaan