Pages

Tuesday, March 29, 2011

CINTA FACEBOOK

            Baru sebentar tadi aku berkenalan dengan seorang ukhti. Sememangnya dah lama berhasrat untuk berbual dengannya. Aku teruja melihat gambar perkahwinannya. Subhanallah.. manis.. ^__^

            Aku tambah takjub apabila cinta mereka, cinta FACEBOOK… tapi, bukan bercinta pun hakikatnya. Mereka hanya kenal dalam masa sebulan… subhanallah… aku takjub.

            Tanpa perkenalan dan tidak mengenal langsung antara satu sama lain… dia yakin, lelaki tersebut adalah pilihan Allah buatnya…

            Mereka tidak bercinta di alam FACEBOOK ini… cumanya Allah ketemukan hati mereka melalui laman ini. Melalui laman ini Allah cantumkan dua hati menjadi satu. Allah dekatkan hati hamba-Nya yang terpilih.. halus sungguh percaturan-Mu Ya Allah…

Ukhti…
Engkau adalah insan yang terpilih..
Dia dipilih oleh Allah buatmu..
Kalian adalah pasangan pilihan Allah..
Pilihan Allah adalah pilihan terbaik..

Saat lafaz sakinah itu berlalu…
Telah Allah cantumkan dua hati menjadi satu..
Telah Allah ikat erat hati kalian bersama..
Engkau bukan lagi seorang gadis biasa ukhti..
Engkau ialah seorang isteri buat imammu…
Engkau ialah sayap kiri perjuangan suamimu…

Buatmu ukhti Toiyibah,
Semoga engkau tabah mengharungi kehidupan ini..
Menelusuri sebuah kehidupan sebagai seorang isteri..
Semoga kalian tabah mengharungi kehidupan ini bersama~

Selamat pengantin baru
19 Mac 2011

p/s: Laman FACEBOOK ini ada baik dan buruknya.. kita yang perlu menentukan ke mana arah tuju kita!

Catatanku,
Serikandiumar93
12:58 am
30 Mac 2011

KEMBARAKU (PART 3)

            Dari Gua Musang menuju ke Kuala Berang. Jalannya tak berapa elok… naik pening kepala. Bertambahlah pening kepala yang sejak dari tadi kusut. Hujan sepanjang jalan membuatkan masing-masing kesejukan. Terasa bosan melalui jalan yang berbukit bukau, ditambah pula dengan hujan membuatkan panorama siang tidak dapat dinikmati.

            Leka memandang ke luar tingkap, sambil fikiran terbang entah ke mana… dah masuk Terengganu. Sesiapa yang menghantar mesej pada aku tika ini, lambatlah untuk dibalas disebabkan tiada talian di kawasan ini.

            Kami berhenti di suatu tempat. Tempat gajah ^__^  ada dalam 4 ekor gajah di situ. Gajah besar bergaduh dengan anak gajah. Penjaga di situ segera memukul gajah tu dan mengurung anak gajah. Kesian.. dia menangis. Boleh nampak air mata dia.

            Dia datang dekat kepadaku. Dekat lagi.. aku jadi takut. Tapi seronok.. cuba belai pipi dia dan nampak air mata dia. Subhanallah…binatang juga punya rasa itu. Indahnya ciptaan-Mu Ya Allah… terasa kekok untuk membelai seekor gajah. Namun, atas rasa kasihan aku sebagai seorang makhluk, aku letak juga tangan ini di pipinya… ada air mata…

*****

            Kami meneruskan perjalanan. Kami makin hampir dengan Tasik Kenyir. Di sebalik bukit bukau, dapat juga kami memandang keindahan Tasik Kenyir walaupun hanya sebentar.

            Hari hampir senja… kami berhenti di Tasik Kenyir. Banyak rumah bot di situ… 

Akhirnya kami mengambil keputusan untuk naik bot meronda tasik ini. hujan turun… jadi, masing-masing bertambah sejuk.. seronok sangat...

            Hari hampir gelap…jadi, pemandu tuh pun bawa bot di kelajuan tahap maksima. MasyaAllah.. boleh terjatuh dalam air tu. Aku memasukkan tangan ke dalam air…seronok.. tapi basah ^___^

Luasnya Tasik Kenyir…

            Lama juga kami di atas bot. gelap…. Bersedia untuk berhenti… turun dari bot, kepala dirasakan berpusing-pusing. Untuk melintas dari rumah bot menuju ke daratan perlu melalui titi yang cukup kecil…

Aku orang terakhir nak turun.. tapi… tak berani sebab kepala dah pening, jalan pun tak betul. Riuh sekampung… akhirnya, jalan yang terbaik… merangkak turun.. ^___^

*****

            Akhirnya kami sampai di Kuala Terengganu. Subhanallah.. besarnya mall dia. Teruja.. sebab kat Kedah tak da la sebesar nih. Dari kejauhan sudah nampak masjid Kristal. Sekarang, kami hanya mahu mencari tempat bermalam. Pusing sana sini..sesat. huhu.. aduh.. penat la macam ni.

            Jauh kami merantau mencari.. FULL… akhirnya menuju ke Pasar Payang dan dapat homestay di rumah taman… Alhamdulillah selesa.. jadi… rehat awal.. sambung esok..

Kalau hujan..tak berapa indah la percutian kami…


Tapi hakikatnya pasti ada hikmah yang tersingkap di sebalik semua ini...

Coretanku,
Serikandiumar93
1:56 pm
29 Mac 2011

Monday, March 28, 2011

KANDAS DALAM LULUS


          Hari ini test JPJ.. Opps..silap.. (ulangan JPJ) aku kandas Bahagian 2 kat brek mengejut.. tak puas hati kandas. Hakikatnya ada hikmah … hari ini jumpa lagi sahabat lama, 3 orang naik van sekali. Fuh..lainnya sahabat-sahabat sekolah rendah dulu.

          Sampai di KP… duduk sebelah sahabat lama di Maahad pula. Pandang depan, kawan sekelas di Maahad. Aku senyum.. Ya Allah.. aku meragui percaturan-Mu.. Subhanallah begitu halus percaturan Allah… kalau aku tak kandas, mesti aku takkan punya kesempatan ini. Terima kasih Ya Allah..

*****
          Getaran mula terasa… tak  mahu kandas lagi ^__^ aku tengok ramai sungguh kandas brek, senasib dengan aku ritu. Cikgu pun naik hairan. Dalam hati.. YA ALLAH… Jangan bagi kandas lagi.

          Aku kena no 7 baju kuning (round kedua) lambat tuh… akhirnya aku akan memulakan langkah. Ambik jarak jauh sikit… dengan lafaz bismillah naik titi, hah.. sikit lagi nak jatuh… fuh, lepas.. alhamdulillah…

          Sedang menuju ke arah kon.. dan akhirnya sampai untuk melakukan brek mengejut. Ha… di sinilah aku kandas ritu. Camna nak buat nih… ritu dalam kertas tulis aku bawa perlahan, takpa.. kali ni bawa laju…

          Gear 1…

          Gear 2…

          Gear 3… laju…

          BREAK!

          FUH..terseret.. aku dah tarik muka.. KANDAS punya nih!

          Aku terus bawa motor menuju ke selekoh dan pusing untuk  melakukan pusingan 8.. muka dah lain. KANDAS dah ni.. tengok dari jauh JPJ dah panggil orang lain untuk naik titi, walhal aku belum habis.. ( kalau kandas brek, automatik pusingan 8 dan selekoh tajam dia tak tengok dah.. huhu, kejam)

          Argh… kandas..sedih-sedih..

          Aku keluar dari selekoh tajam untuk balik ke tempat asal… turun dari motor dengan muka yang tension. Sudah pasti kandas. Aku tak mahu datang dah! Naik ke menara, menuju ke meja JPJ, sambut huluran kertas. KANDAS…

          Eh.. saya lulus ka encik!

          Ya la.. tak percaya?

          Aku geleng.. turun tangga dengan senyum… meleret..

Haha.. KANDAS DALAM LULUS!

p/s: aku adalah orang pertama yang datang dengan Pengarah Urusan lulus! Orang lain kandas, jadi PU photostat borang yang kandas dan komen semuanya sama! Eh.. PU nak buat laporan.. JPJ nak kena saman dah ni.. huhu.

Biarlah..janji serikandiumar lulus!


Catatanku,
Serikandiumar93
2:16 pm
28 Mac 2011

Sunday, March 27, 2011

KEMBARAKU (PART 2)

                        Hari ini nak menggembara, tetapi kerja tetap kena pergi…. Oleh sebab aku akan bercuti selama 4 hari, hari ini aku kena kerja sorang.. terpaksalah jaga budak-budak ni. Tetapi hati tak runsing, tak serabut sebab ada budak comel ni.. ~firdaus~
           
Tak susah nak jaga dia sebab dia senang dijaga. Cumanya hanya dengan orang tertentu sahaja dia suka.. termasuklah serikandiumar ^__^

            Habis kerja dalam pukul 5 petang. Family datang jemput terus bergerak ke Kelantan melalui Grik. Tak sempat pun sampai Grik, takat Baling sudah berhenti sebab hujan lebat dan aku sendiri sudah tidak tahan. Terpaksa berhenti makan, itupun setelah dipaksa. Muka pucat, pandangan kabur… Nak pengsan dah ^__^ inilah gara-garanya membiarkan perut kosong dari pagi sampai malam.

            Setelah makanan selamat masuk ke perut, kami meneruskan perjalanan dalam keadaan jalan yang suram sebab hujan. Risau juga tak mampu sampai ke Kelantan sebab kami mahu menuju terus ke Gua Musang. Jauh tuh…
***** 
            Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Kami baru tiba di Kuala Krai. Jauh lagi perjalanan untuk ke Gua Musang. Mahu tak mahu…berhenti juga di situ, cari tempat bermalam. Dari pengamatanku, Kuala Krai bukanlah kawasan Pekan seluas Kota Bharu.

            Mencari tempat bermalam pada jam 2 pagi ini memang sukar sekali. Kami jumpa homestay di atas bukit, belakang Tasik Kuala Krai. Bila tengok-tengok balik… macam rumah hantu pun ada. Suram saja… macam tak da orang. Kami tiada pilihan, bermalam juga di situ. Melalui lorong menuju ke bilik yang menyeramkan membuatkan langkah dihayun pantas.

            Esok paginya kami terus berlalu pergi… sembang-sembang balik.. hakikatnya hanya kami saja yang tinggal di situ. Huih..boleh buat tempat berlakon cerita hantu (,”)

            Kami singgah makan di hadapan Hospital Kuala Krai. Aku makan bersama adik-adik. Datang sekumpulan lelaki duduk betul-betul di belakang aku, kalau sama-sama pusing belakang sudah semestinya bertembung muka.

            Aku sedang makan sambil bersembang dengan adik tentang keanehan loghat Kelantan.. kelakar.. tiba-tiba, lelaki tuh order..

            “Teh tarik dangdut satu!..”

            Aku yang tika itu tengah makan..tersedak lantas tersemburlah segala apa yang ada di mulut. Semua orang tengok.. huhu.. dalam hati, tak tahan nak gelak pun ada… dah cakap Kelantan, minta teh tuh pula…  macam-macam…
*****
            Kami meneruskan perjalanan ke Gua Musang. Di sepanjang perjalanan aku teruja melihat gambar Tok Guru Nik Aziz dengan pelbagai ilustrasi gambar. Cukup teruja.. hinggakan tercakap benda nih…

            “Mak…kalau berhenti tangkap gambar mesti lawa kan?”

            Semua gelak… ada ka patut nak berdiri kat poster tuh tangkap gambar ^___^ tapi, memang lawa la… mana ada kat negeri lain. Kelantan saja tau..

            Jalan ke Gua Musang agak membosankan.. kenapa ladang kelapa sawit saja.. tapi, kebosanan kami terubat apabila dah jumpa masjid Gua Musang. Kenapa? Kalau dah jumpa ada masalah ka?

            Aku pun tak tahu kenapa perlu mencari masjid nih… rupa-rupanya, Imam dia kawan abah.. jadi, masjid ni sediakan rumah untuk imam-imam di bawah bukit. Barulah tahu… bagusnya Kelantan, sedia rumah untuk imam. Senang sikit imam nak pergi masjid…

            Kami makan nasi di rumah dia. Suka masakan dia. Oleh sebab isteri orang Pahang, dia orang Kelantan.. maka masakannya bercampur. Masak lemak cili api yang sungguh sedap. Dan…yang paling penting ada ulam dengan budu ^__^ akhirnya pecah rahsia, serikandiumar suka budu….

            Seronok dengan orang Kelantan… ramah.. tak sombong. Mereka sentiasa mengalu-alukan tetamu dan yang paling penting layan tetamu dengan baik sekali, siap bagi hadiah lagi.. ( tapi tak tahu la keseluruhannya orang Kelantan camni ke tak)
            
Pukul 3 petang baru kami bertolak, meneruskan perjalanan ke Terengganu mengikut jalan Kuala Berang. Sebelum balik..sempat bergambar. Seronok.. suka orang Kelantan.. Cuma nak gelak cara diorang cakap saja.. (walhal sama saja, loghat Kedah pun kelakar ^__^)

Ok…nak menggembara lagi…

Titipan kembara,
Serikandiumar93
1:49 pm
27 Mac 2011

Friday, March 25, 2011

NIKMAT USIA



Aku renungi setiap inci gambar ini… seakan ingin menitiskan air mata tatkala memandang wajah tua ini yang bertungkus lumus memikul kayu yang berat itu. Sedangkan… kuatkah lagi tulangnya itu? Mampukah dia menanggung beban itu..? argh.. sudah pasti perit dan sakit dirasakan… kenapa dia gagahkan jua? Kenapa?

          Nikmat usia tua dan muda haruslah kita syukuri… ada hikmah di setiap detik usia yang kita lalui… benar…

*****

          Hari ni terdetik untuk ikut mak ke pasar minggu. Lama dah tak pergi, rasanya dah dekat bertahun… bila dah ikut tuh, mata aku tak boleh lari dari memandang gelagat manusia di sekelilingku. Aku rasakan setiap pandangan akan membuatkan kita berfikir dan mencetuskan satu idea yang bernas untuk diutarakan.

          Peniaga di situ… ada tua dan ada muda. Hati aku cukup tersentuh tika memandang wajah-wajah tua yang bertungkus lumus mencari rezeki. Pada aku, di usia sebegini, mereka patutnya sudah boleh berehat di rumah, menghabiskan masa-masa tua dengan rehat dan ibadah yang secukupnya…

Tapi… kenapa mereka masih bekerja hingga begitu perit aku rasakan mencurahkan keringat itu…

          Mereka perlu bekerja kerana  mereka ingin menyara hidup…

          Mereka perlu bekerja untuk beri anak mereka kehidupan yang selesa…

          Mereka perlu bekerja kerana anak-anak hari ini tidak membantu ibu bapa?

          Ya.. mereka bekerja keras untuk memberi kita kehidupan yang selesa. Sekalipun mereka tua, keringat mereka tidak seberapa, mereka tetapkan teruskan langkah itu hanya ingin memberi peluang kepada kita mendapat segala yang kita kehendaki..

          Kita tidak pernah bersyukur langsung… jika kita inginkan sesuatu, kita merayu kepada mak dan ayah.. kalau tak dapat apa yang kita inginkan, kita merajuk… terguris hati mak dan ayah… sedarkah kita?

          Kita menghambakan mak dan ayah kita dengan meminta sesuatu yang tidak mampu mereka berikan… allah.. kenapa kita kejam sekali melakukan sedemikian rupa kepada kedua ibu bapa kita?

          Bila ku pandang wajah tua itu, aku kenangkan anak remaja hari ini yang sudah rosak aqidahnya… mereka tidak sedarkah orang tua mereka, bertungkus lumus menyara mereka, memberi mereka kehidupan yang selesa… lantas mana rasa hormat kita kepada mereka sebagai ibu dan ayah kita?

          Entahlah… aku sendiri tidak mengerti…

Aku pandang wajah mak… “ anak mak ni menyusahkan dak?”

Dan hatiku menjawab“ kadang-kadang pasti terguris hati ibu ini apabila si anak tidak mengerti apa di hatinya…”

p/s: renungilah wajah ibu dan ayah kita sebelum terlambat .. ^___^


anakmu,
serikandiumar93
12:52 pm
25 Mac 2011

Tuesday, March 22, 2011

AKU MASIH SEMPURNA YA ALLAH

               Aku berjalan kaki menuju ke bilik hasil untuk membuat bayaran rawatanku… masih awal tika itu, dalam puul 8.15 pagi. Dari kejauhan aku rasakan ada orang sedang memandangku, aku alih pandangan ke arahnya. Seorang lelaki yang aku rasakan tampak sempurna…rupa-rupanya dia cacat anggota.

          Aku leka melihat dia menjalankan tugasnya di situ, tangan kanannya kudung… dia bersusah payah, menyelak helaian demi helaian kertas di hadapannya. Dia beruasaha dan terus berusaha hingga dia berjaya. Kalau aku… bisakah aku melaksanakannya andai tanganku tiada? Argh… payahnya..

          Hatiku berdetik… Ya Allah.. Kami yang sempurna tubuh badan ini, kekadang malas untuk melakukan kerja, sedangkan dia yang tidak sempurna anggotanya, sanggup menahan malu, menaikkan semangat bersulamkan usaha yang gigih untuk dia berjaya macam sekarang.

          Kita sering merasakan diri kita ini diuji hebat. Kita selalu mengeluh dengan takdir yang menimpa. Kita rasakan kita paling teruk diuji… teruk hingga membuatkan hati terusik, segala gerak kerja terbengkalai begitu sahaja…

          Sedangkan…kita tidak tahu, ada lagi insan-insan yang lebih teruk ujian yang ditimpakan keatasnya. Lantas, kenapa begitu cepat kita futur?

          Aku keluar setelah membuat bayaran.. aku masuk kembali ke bilik pakar,menunggu giliran. Aku orang pertama.. argh, usah risau…

          Baik buruk kena terima…  bukankah ujian itu tanda cinta Allah buat kita?

          Aku berfikir dan terus berfikir…. Kenapa anak remaja Islam hari ini malas bekerja? termasuklah aku sendiri yang kekadang malas, kekangan waktu dijadikan alas an… aku lihat pemuda tadi, punya semangat yang jitu di dalam dirinya…

          Pasti dia sudah tanamkan azam.. biarlah dia tidak sempurna di sisi manusia, sempurna dia di sisi Allah…

Mampukah kita? Mampu atau tidak…?

Entah…. Aku sendiri merasakan aku tidak mampu melalui bebanan ini. Ceteknya pemikiranmu duhai serikandi, baru diuji sikit sudah mengeluh. Baru diberi tugas sikit, sudah malas… cuba lihat pemuda tadi, dia tidak sempurna..tapi masih kuat dan rajin…

          Tepuk dada, tanyalah iman… kita sempurna atau tidak?

Dan hatiku menjawab… “AKU MASIH SEMPURNA YA ALLAH…”


Monolog serikandi,
Serikandiumar93
1:31 pm
22 Mac 2011

Sunday, March 20, 2011

KEMBARAKU (PART 1)

Cuti penggal persekolahan kini bermula… di awal cuti, kusut fikiran ini untuk membuat pilihan di antara sebuah perjuangan bersama sahabat atau sebuah perjalanan kehidupan bersama keluarga tercinta. Sekian lama aku tinggalkan perjuangan di bumi maahad, hati ini meronta-ronta ingin turun mencurahkan tenaga di setiap program yang dianjurkan.

            Apa kan daya… akur dengan keluarga tercinta, memulakan kembara percutian keseronokan pada zahirnya, sedangkan batin merintih menginginkan tenagaku dicurahkan buat perjuangan suci ini…..

            Aku memilih pakej percutian keluarga dari Kelantan-terengganu-pahang-kl…. Aku tinggalkan pakej perjuangan dan pengorbanan di bumi maahad… Allah semoga ada hikmah di sebalik apa yang berlaku…

            Nasihatku buat kamu yang masih utuh di alam persekolahan, gunakanlah alam persekolahan ini sebaiknya… sebaik sahaja engkau melangkah keluar, peritnya hati ini akan kau tahu… menanggung beban rindu pada perjuangan di alam persekolahan…

            Benar… merindui sebuah rentetan ukhwah bertunjangkan ikatan aqidah yang satu. Aku benar merindui sahabat seperjuanganku… aku berjuang dalam sendu redha tanpa sahabat di sisi.. biarlah si khaliq yang menilai betapa seksanya aku menanggung keperitan rindu ini padamu teman….

            Aku tinggalkan kenangan itu, kembali ke alam realiti. Kembara percutianku bermula… aku yakinkan diri ada hikmah yang tersembunyi di sebalik apa yang terjadi… hikmah yang meruntun hati dan jiwa….

            Setiap detik dan saat ada hikmah yang tersembunyi. Sungguh halus percaturan Allah ini…. indahnya jika kita menghayati setiap detik dan saat itu…

Kembaraku ke bumi Kelantan dan Terengganu bermula….

Salam perjuangan….
Serikandiumar93
1:21 pm

Saturday, March 19, 2011

CETUSAN HATIKU



Lama diri ini menyepi meninggalkan teratak ini. Agak janggal diri ini untuk kembali menulis kerana sudah hampir 2 minggu minda ini tidak mencetuskan sebarang idea penulisan. Alhamdulillah, hari Allah kurniakan aku kesempatan dan kekuatan untuk kembali menulis.
           
         Apa khabar sahabat penaku? Masih utuh kalian di tampuk lama, selesa dengan penulisan yang kalian nukilkan? Ataupun punya keazaman untuk menginjakkan diri kalian ke alam baru bagi melahirkan penulisan yang segar lagi mendalam maksudnya yang bisa menusuk ke kalbu.


            Apa-apa pun aku akan senantiasa mendoakan kalian terus utuh berjuang melarikan pena bagi menyampaikan risalah dakwah buat semua. Sahabatku… pena kita buat semua… setiap pena yang dinukilkan hanya pada Allah semata… bukan atas dasar pujian manusia semata yang mungkin akan menyebabkan timbulnya bunga-bunga riak dan ujub… nauzubillah…


            Apa khabar sahabat seperjuanganku? Masih giat di pentas dakwah melatih mad’u kalian untuk digilap menjadi generasi pelapis yang akan terus berjuang di medan dakwah? Ataupun…ada di antara kalian yang sudah goyah imannya, yang sudah future semangat perjuangannya dek hasutan duniawi yang mengasyikkan… Allah… ini semua ujian-Mu untuk kami.,,,


            Aku doakan kita sama-sama utuh di pentas dakwah ini kerana kita telah berjanji menginfakkan diri kita untuk perjuangan Islam semata. Ingat… diri kita untuk perjuangan suci ini… berkorbanlah apa saja demi melestari sebuah daulah dan khilafah.. allahuakbar.. aku nantikan saat itu dengan penuh sabar bersulamkan usaha yang gigih bagi memastikan semua itu tercapai… insyaallah…    
    

Salam perjuangan ku utus buat kalian…..


Cetusan hatiku,

Serikandiumar93

19 Mac 2011
10:56 am

Friday, March 4, 2011

SANAH HELWAH

            Kita dilahirkan di dalam keadaan yang suci. Ibu dan ayah yang menentukan titik mula perjalanan kita. Mereka mencorakkan kita dengan jalan yang betul.

            Setelah 18 tahun aku bertatih menelusuri kehidupan ini, maka hari ini genaplah usiaku 18 tahun. Masyaallah… dah 18 tahun serikandiumar?

            Hari ini aku sudah besar, tumbuh menjadi seorang gadis yang telah pasakkan aqidah yang benar di dalam dirinya. Sejak lahir, aku tidak tahu apa yang akan jadi padaku pada masa depan. Ya Allah… aku bersyukur sangat, jalanku ini… jalan yang benar…

Buat mak, terima kasih ku ucapkan pada dirimu, kerana mendidikku menjadi seorang gadis yang berada di landasan yang benar…. Tumbuh menjadi sekuntum mawar yang sudah mekar… Aku pandang diriku, mak… dah besar anak mak ^___^

            Sanah helwah serikandiumar!

Credit ucapan dari sahabat :

            Tiada madah yang berbunga padaku..hanya diriku mengharapkan ukhwah yang telah Allah tetapkan di atas ikatan ini kan kekal selamanya beserta rahmat-Nya… MOga dirimu serikandiumar kan terus membangun sehebat sejarah saidina Umar.. hebat mempertahankan amanah menegakkan agama-Nya.. ku doakan dirimu tabah, sabar, kuat dan istiqamah atas apa yang Dia telah tetapkan untuk kita.. Cuma hakikatnya, kehidupan kita ini sebenarnya semakin hari, semakin dekat dengan kematian.. moga di hari yang bahagia dalam hidupmu ini dapat taqarubkan lagi dirimu sahabat dengan Khaliqmu….

               Salam Eidmilad yang ke-18.. Barakallahufik… sayang ana padamu sahabat biarlah antaraku dengan khaliq yang mengetahui…

p/s: sekalipun lambat ucap, kata-katamu amat bermakna buat diriku sahabat!

Catatanku,
Serikandiumar93
7:46 am
4 Mac 2011

Wednesday, March 2, 2011

BUDAK KECIL DAN API NERAKA

Seorang budak menangis ketika melihat unggun api yang sedang marak menyala.

Khalifah Harun al-Rasyid bertanya kepadanya kenapa dia menangis. Budak itu menjawab : Aku takutkan api neraka…”

Khalifah yang adil itu memujuk : “Anak kecil sepertimu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka..”

Namun, apakah jawapan budak itu? Katanya : Aku lihat ketika orang menyalakan api, mereka akan memasukkan ranting-ranting kecil dahulu. Setelah ranting kecil terbakar, barulah dimasukkan kayu-kayu yang besar. Aku takut hal yang sama berlaku di dalam neraka kelak. Aku umpama kayu kecil itukah?”
Mendengar jawapan itu, khalifah turut menangis….

Pengajaran : Apabila rasa takutkan Allah berada dalam hati, semua yang dilihat akan memberi pengajaran dan hikmah. Yang dilihat biasa oleh kebanyakan manusia, dilihat luar biasa oleh orang yang takutkan Allah, lantas menghalang mereka melakukan maksiat dan dosa.

Catatanku,
Serikandiumar93,
1:25 pm
2 Mac 2011

Tuesday, March 1, 2011

NOVEL


            
Allah…cepatnya masa berlalu. Hari ini sudah 1 Mac! Allah…           

Hari berganti hari… novel ini masih di situ. Tidak terusik langsung oleh aku. Entah bila akan siap pun aku tak tahu. ^___^ mampukah aku siapkan? kenapa la selalu fikir macam tu... huhu. Sedangkan synopsis telah aku hantar ke Telaga Biru dan sudah dapat balasan email untuk teruskan menulis sebelum dipertimbangkan nanti.

           Think positive! Kena berusaha dan yakin… Insyaallah akan ada la rezeki aku untuk terbitkan novel islami yang diidamkan selama ini. bingkisan istimewa yang ku tulis sebelum mata terlena…

            Allah..makbulkan doaku ya Allah….

p/s: doakan novel ini dapat diterbitkan!

Catatan serikandi yang hina,
Serikandiumar93
6:08 am
1 Mac 2011