Pages

Saturday, September 29, 2012

HAVE A NICE DAY


Hari ni qaniah bangun lewat. Badan rasa berat sangat. Mungkin sebab semalam migrain teruk. Entah, qaniah cepat rasa sayu. Qaniah pun tak tahu. Ada orang kata, kalau nak berjaya kita kena berkorban segala-galanya. Tinggalkan orang yang kita sayang dan fokus kepada study.

Tapi, kenapa qaniah rasa benda macam tu lagi rasa buat seksa diri. Qaniah bukan orang yang boleh larikan diri, menipu, berlagak kebalkan diri. Sebab qaniah tahu, qaniah tidak mampu. Qaniah hanya akan berperang dengan perasaan sendiri.


MIGRAIN SAKIT YANG PENUH SEKSA

Damn! Macam nilah rasa kalau migrain!

Qaniah boleh dikatakan kategori orang yang mengalami migrain. Sekarang ni pun tengah migrain. Buat pasal pula tulis blog dalam keadaan diri tengah berkecamuk. Damn! Sakit kot!

Qaniah pun tak faham kenapa qaniah selalu boleh sakit kepala. Salah satu faktor yang cepat qaniah sakit kepala kalau qaniah suka fikir masalah, marah, sedih, nangis.. satgi confirm migrain!


SALJU HATIKU

Bilakah hatimu kan kembali lunak..
Aku tidak mampu engkau terus membeku..
Engkau berhak bahagia..

Dekatilah Allah..
Dia ada penawarnya...

Friday, September 28, 2012

TENSION

Aku rasa sepanjang hari
muka aku macam budak ni...

Tension!

Thursday, September 27, 2012

I'M HURT


Allah...
Bawalah daku pergi...
Mencari ketenangan dalam diri..

Aku terluka...
Balutlah hatiku dengan rahmat 
dan kasih sayang-Mu...

Aku rindu...

Dari kuliah syariah terkoncoh-koncoh qaniah cepatkan langkah. Mahu ke kuliah iqtisad lama pula, ada subjek BI. Kelas yang langsung tiada gap buatkan kaki sentiasa dihayun laju mengikut rentak waktu. Andai waktu yang berbaki masih banyak, santai sahaja ayunan langkah qaniah. Andai waktu sudah sampai ke penghujung, bagai mahu tercabut kaki qaniah berlari.

Sampai di tingkat 4, peluh sudah merinik penuh di sekitar dahi. Nafas tercungap-cungap. Dari jauh sudah dengar suara doktor mengajar. Qaniah gagahkan diri masuk dengan penat yang masih bersisa. Kedudukan tempat duduk betul-betul di hadapan sekali. Di barisan tengah. Masyaallah, deru nafas masih kelihatan.


Tuesday, September 25, 2012

CHEERS UP GIRL!


Alhamdulillah, hampir 3 hari sudah mula ke kelas. Hari first boleh gagah perkasa lagi. Hari kedua mula rasa sebal dan menangis. Dan hari ini hari ke 3 demam terus. Allahuakbar.. lemahnya imun kami qaniah. Kenapa tak kuat ni?

Ya la, rumah qaniah sekarang dekat hijazi. Dulu dalam hostel dalam kawasan universiti, masih mampu berlari dan berjalan. Tapi sekarang, Allahurabbi.. nak panjat bukit tu yang seksa. Krem kaki T.T


Monday, September 24, 2012

JORDAN.. I'M BACK

Bersama adik bongsu yang nakal dan manja ^^

Hampir seminggu qaniah pulang ke bumi Jordan. Hari ini baru sempat menulis lagi di sini. Apa khabar sahabat seaqidahku? Semoga semuanya sihat dengan rahmat Allah Maha Besar. Pantas masa berlalu, sekejap saja dah sampai masa untuk qaniah pulang ke bumi Jordan :)

Alhamdulillah, sempat beraya bersama keluarga tercinta di kediaman kami di Jitra, Kedah. Raya yang agak meriah, alhamdulillah. Kunjungan dari family tidak kira jauh dan dekat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita.

Monday, September 3, 2012

BINGKISAN BUAT BAKAL IMAMKU [6]


Binalah rumah tangga di atas tapak iman
Tuluskan niat luruskanlah matlamat
Suami pemimin arah tujuan
Isteri pembantu sepanjang jalan
Lalu mulakanlah kembara berdua
Kerana dan untuk....Allah jua