Pages

Tuesday, September 25, 2012

CHEERS UP GIRL!


Alhamdulillah, hampir 3 hari sudah mula ke kelas. Hari first boleh gagah perkasa lagi. Hari kedua mula rasa sebal dan menangis. Dan hari ini hari ke 3 demam terus. Allahuakbar.. lemahnya imun kami qaniah. Kenapa tak kuat ni?

Ya la, rumah qaniah sekarang dekat hijazi. Dulu dalam hostel dalam kawasan universiti, masih mampu berlari dan berjalan. Tapi sekarang, Allahurabbi.. nak panjat bukit tu yang seksa. Krem kaki T.T



Kena pergi setengah jam awal ke kelas. Sebab kaki qaniah dah bengkak. Sudah mula luka. Allahuakbar. Baru tahun 2 nie, apasal lemah dah? 


Kelas hari Ahad-Selasa- Khamis

8-9 pagi   = hafazan quran 1 [kuliyah syariah, tingkat 5]
9-10 pagi = mafahim tarbiyah [kuliyah tarbiyah, tingkat 1]
10-11 pagi = sunnah [kuliyah syariah, tingkat 4]

Huhu. Kelas yang ni letih bukan sebab apa. Terkejar sana sini. Bayangkan dari tingkat 5 kuliyah syariah kena berlari ke kuliah tarbiyah. Then, lari pula ke kuliyah syariah tingkat 4. Krem kaki qaniah ^^ Mana tidaknya, mana ada gap antara kelas tu. Yang gerunnya, doktor time 9-10 pagi style halau keluar student kalau masuk lambat.

Glurrrpp.. bayangkan kalau qaniah kena halau. Malu! Sudah lah tempat duduk sebelah budak lelaki melayu. Tak tahu nak letak muka dekat mana kalau kena halau =.=

Kelas hari Isnin- Rabu

8-9.30 pagi = nazariyah macro [kuliyah syariah, tingkat 1]
12.30-2 petang = bahasa inggeris [kuliyah ekonomi lama, tingkat 4]
3.30-5 petang = micro [kuliyah ekonomi baru, tingkat 1]

Ha, kelas yang ni letih. Huhu. Sebab kelas pukul 3.30 tu nun jauh di sana. Jauh sangat. Setengah jam qaniah jalan kaki nak pi kuliyah tu. Terkenang peristiwa semalam. Sudahlah kaki sakit sebab berjalan jauh. Sampai-sampai silap kelas. Bila check kertas, rupanya itu jadual waktu tak tukar kelas lagi =.=

Nak telefon kawan tak da kredit. Akhirnya tersandar dekat dinding. *nangis* Ya la, jalan jauh-jauh. Last-last salah kelas. Kecewa sangat. T.T


Allah...macam-macam ragam bila dah masuk tahun 2 ni.

Hmmm.. dan hari ini Allah uji dengan demam. Meleleh air mata, sebak. Qaniah..qaniah. Asyik menangis kerja dia. Manja sangat. Menangis rindu sama kot?

Ye ke..? Hmm.. ye la kot.

Badan kena kasi kebal sikit. Fighting untuk semester nie qaniah :)

Cheers up girl! Awak berguna untuk orang lain.

Doakan qaniah kuat! yeah.. thanks sahabati. Love you ^^

Salam rindu buat orang yang tersayang...


Qani'ah Mawaddah
8.19 pm
25 September 2012
Bayt Dar Azzahra

No comments: