Pages

Wednesday, May 30, 2012

I'M BACK TO MALAYSIA

 
Tinggal lagi sejam Qaniah akan turun ke bawah, angkat semua beg. Qaniah nak balik Malaysia. Flight pukul 6.30 petang nanti. 3 jam sebelum berangkat kena ada di airport. Airport ada nun jauh di Amman. So, perjalanan ke sana ambil masa dalam 2 jam macam tu, kami pun pergilah pukul 12 satgi. Naik MPV yang ditempah.

Hmmm... sedih ada, gembira ada :') Sedih sebab ini hari last di sakan, lepas ni kena merempat. Hoho..tak dalah. Sebab tahun 1 saja yang boleh duduk sakan, oleh sebab qaniah tak ambik semester musim panas [soifi], dan qaniah balik Malaysia..semua barang qaniah dah angkut keluar. Tinggal berbaki beberapa jam lagi untuk duduk dalam bilik ini.

Monday, May 28, 2012

SYRIA HARI INI

Bismilillahirrahmanirrahim...


Tika ingin menulis entry ini, air mata sedapa upaya dibendung. Sedih Ya Rabb... Melihat wajah bayi kecil di atas ini sudah cukup membuatkan qaniah sebak. Nama dia Sham, kanak-kanak termuda di Syria. Dia baru lahir 10 jam, dan dia syahid :'(


Ya Rabb...


Allah..Allah..Allah..



Saturday, May 26, 2012

ABAYA JORDAN

CODE : AB 1
SIZE : M
HARGA : RM100
CODE : AB2
SIZE: XL
HARGA : RM100

Wednesday, May 23, 2012

MURABBI

Murabbi.
Manisnya senyumanmu.

Murabbi.
Aku rindu tarbiyahmu.

Aku bertatih hari ini wahai murabbi,
Rupanya, tidak mudah untuk jadi solehah.

Qani'ah Mawaaddah
Sakan Yarmouk
1.36 am
23 Mei 2012

Monday, May 21, 2012

KISAH KITA

Bismillahirrahmanirrahim..


Tengok picture atas ni, rasa sweet sangat. Rasa seronok dan gembira. Hari ini teringat sahabat-sahabat. Sahabat-sahabat tersayang yang aku tinggalkan di bumi Malaysia dan seorang di Mesir.


Ya Rabb...hanya Engkau mengerti betapa diri ini rindu pada mereka.
Aku sayang mereka, dan aku cinta mereka Ya Allah..

Friday, May 18, 2012

SYADIDKAH AKU

"Ustazah..jangan garang sangat..."

Ammar mencelah.

Jannah memanggung kepala. Memandang tepat ke muka Ammar yang memecah sunyi mesyuarat mereka pada hari ini.

Thursday, May 17, 2012

SURAT BUAT ADAM

Bismillahirrahmanirrahim...

Mata terasa berat, tapi hati kuatkan diri untuk menulis. Sebenarnya sudah lama ingin menulis, tetapi dipendamkan rasa.

Adam,
Ini bukan surat biasa. Ini surat memohon maaf dari hati yang penuh dosa. Diri ini, sebagai seorang wanita ingin meminta maaf tersangat-sangat minta maaf kerana telah melalaikan kalian. Kami bawa kalian ke lembah kelalaian.

Wednesday, May 16, 2012

CERPEN : DAKWAH ITU CINTA

Jalan di Pekan Rabu sungguh sesak. Tambah pada musim cuti sekolah. Ramai yang pulang ke kampung dan masa sebeginilah bandaraya Alor Setar sesak dengan kenderaan. Kebanyakkan jalannya, jalan sehala menyebabkan laluan bertambah sesak.

Ada yang mahu berpatah balik. Ada yang tidak sabar mahu ke depan, hingga bunyi hon jelas kedengaran, tanda masing-masing sedang marah. Humaira hanya mengeluh panjang. Penat dengan keadaan sedemikian. Hampir sejam dia cuba untuk keluar dari kesesakan ini, namun gagal. Hanya sabar yang masih ditahan.

Telefon Humaira tiba-tiba berbunyi. Matanya masih fokus ke hadapan, hanya tangan yang digerakkan untuk mencapai telefon bimbit di dalam beg tangannya. Dalam kekalutan, telefon bimbitnya jatuh ke bawah. Dia terus tunduk untuk mengambilnya.

Saturday, May 12, 2012

FINAL EXAM

 
Badan terasa perit. Gagahkan diri bangun setelah seorang sahabat gerak untuk solat isyak. Jam sudah hampir menunjukkan pukul 11 malam. Hari ini merantau lagi, tidur rumah kawan. Sakan tak da air :P

Terus pijak lantai. Sakit kaki. Subhanallah..masyaallah..di ambang final exam, kesakitan makin menjengah. Namun, tetap ingin mengucapkan Alhamdulillah...kerana masih hidup walaupun sakit. Terima kasih ya Allah :)

Dari Allah aku datang..
Maka dari Allah juga aku kembali..

Wednesday, May 9, 2012

CERPEN : LAYAR KEINSAFAN

Petang di Irbid sungguh indah. Kelihatan budak-budak Arab berlari ke sana sini di hadapan Sakan Yarmouk. Gembira dengan keluarga masing-masing. Aku duduk bersimpuh di bawah pohon Tin, tersenyum seorang diri memandang gelagat mereka. Tercuit juga hati meskipun dalam keadaan tengah sedih.

"Apa khabar... saya sayang kamu" Seorang kanak-kanak Arab, menyapa.

Aku tersenyum. Itu saja perkataan Malaysia yang mereka tahu.

"Khabar baik.. saya sayang kamu juga.."

Mereka ketawa. Entah faham atau tidak apa yang aku jawab.

Monday, May 7, 2012

ABAYA RM55 [READY FOR SALE]

Size : M
Kod : M1
RM55
Size : M
Kod : M2
RM55

CERPEN : HOPE

"Argghhhh... bodoh!"

Aku yang sedang menonton televisyen terkedu. Terus bangun menuju ke bilik.

"Timaaah mai tarik telefon adik kamu ni.."

Mak bergelut dengan adik. Kenapa? Aku terus cuba merampas telefon di tangannya. Aku tahu kenapa.

"Oiii..janganlah bodoh!"

Sunday, May 6, 2012

ABAYA SIZE L [READY FOR SALE]

Size : L
Kod : QM 3
RM80

 Okeh, tadi size 2XL kan? Besar sangat korang rasa. Ini size L. Macam-macam ada, nak size apa kena emailkan kat qaniah la. Senang qaniah nak cari, korang nak size apa :)

Ok, kat atas ni corak dia warna biru. Sulam di leher dan di tangan. Cantik sangat ^_^

ABAYA 2XL [READY FOR SALE]


Size :  2XL
Kod : QM1
RM 80

Salam, maaf qaniah tak pandai snap picture :P Ini sahaja yang termampu qaniah snap. Jadi, kepada sahabat-sahabat yang suruh qaniah tunjuk picture Abaya, inilah Abaya tu. Butiran Abaya seperti berikut :

Corak berwarna emas di leher dan tangan seperti di bawah.

Thursday, May 3, 2012

ABAYA


Salam sahabat-sahabat. Apa khabar? ^__^ Lama betul qaniah tak update. Mentarbiyah diri mengambil masa yang sangat lama tau. Alhamdulillah berkesempatan tulis entry bertajuk ABAYA, sempena qaniah yang nak balik Malaysia nanti.

Macam ni.. ramai pula yang nak tempah jubah atau lebih dikenali sebagai abaya kat qaniah, kalau kat Malaysia sepasang Abaya dah RM100 ke atas tau. Bila qaniah datang sini, kedai jubah merata..murah-murah dari Malaysia. Jadi, qaniah post picture Abaya, lebih kurang macam ni la corak-corak dia. Kalau ada yang nak hantar email kat qaniah boleh? Senang sikitkan nak listkan. Ni kat fb tu banyak sangat. Pening dah mana 1 yang korang nak.

Senang cerita, emailkan size dalam nombor dan huruf kat qaniah, nak corak atau yang style colour ka.. nanti qaniah pilih. Nak tangkap satu-satu banyak ni picture. Kebetulan bawa phone dan phone dah habis bateri, so tak jelas sangat ni picture dia ;)

Selamat memilih!