Pages

Wednesday, May 16, 2012

CERPEN : DAKWAH ITU CINTA

Jalan di Pekan Rabu sungguh sesak. Tambah pada musim cuti sekolah. Ramai yang pulang ke kampung dan masa sebeginilah bandaraya Alor Setar sesak dengan kenderaan. Kebanyakkan jalannya, jalan sehala menyebabkan laluan bertambah sesak.

Ada yang mahu berpatah balik. Ada yang tidak sabar mahu ke depan, hingga bunyi hon jelas kedengaran, tanda masing-masing sedang marah. Humaira hanya mengeluh panjang. Penat dengan keadaan sedemikian. Hampir sejam dia cuba untuk keluar dari kesesakan ini, namun gagal. Hanya sabar yang masih ditahan.

Telefon Humaira tiba-tiba berbunyi. Matanya masih fokus ke hadapan, hanya tangan yang digerakkan untuk mencapai telefon bimbit di dalam beg tangannya. Dalam kekalutan, telefon bimbitnya jatuh ke bawah. Dia terus tunduk untuk mengambilnya.



Paaaanggg!

Tiba-tiba bunyi kuat dari arah belakang keretanya. Humaira terkejut. Dia terjerit kecil.

'Astagfirullah..' Dia beristigfar di dalam hati sambil mengurut dada. Masih kaku di dalam kereta, memandang ke hadapan. Kelu.

Tok.Tok.Tok.

Tiba-tiba cermin tingkap keretanya diketuk. Terus Humaira memandang ke kanan dengan wajahnya yang ketara kaget.

Lelaki.

*****

"Cik ok ka?" Ucapan pertama yang meluncur keluar dari mulut lelaki itu ketika Humaira keluar.

"Ya.. ok ja.." Humaira menjawab tergagap-gagap. Masih terkejut.

"Hmmm..maaf ya, salah saya ni. Saya kalut-kalut nak jalan bila tengok lampu hijau.. cik pula yang tak bergerak lagi..maaf sangat.." Dia cuba memohon maaf. Kelihatan rasa serba salah di raut wajahnya.

Humaira masih memandang kosong. 'Aduh, sudah la sesak. Accident pula' Bisik hati kecilnya.

Tangannya kaku mengenggam telefon bimbit. Telefon yang menyebabkan dia leka. Dan kali ini dia sedang leka lagi.

"Cik..cik.. ok ka ni?" Lelaki tersebut melambai tangannya di hadapan wajah Humaira.

Humaira terkejut. Dia tersedar kembali.

"Awak..boleh tolong alihkan kereta saya dulu.. ramai lagi orang nak lalu. Saya masih ketar.. tak berani nak alihkan.." Humaira berseloroh seraya menunjukkan kunci yang dipegangnya.

Tanpa sepatah kata, lelaki tersebut terus mengambil kunci yang dipegangnya dan terus masuk ke dalam kereta. Cepat dan pantas dia mengalihkan kereta Humaira. Humaira hanya memandang. Kelu.

Lelaki tersebut menghampirinya. Humaira mengamati. Tinggi, kulit sawo matang dan boleh tahanlah juga kan. 'Tapi, huh.. kereta aku kau langgar...' Humaira mencebik.

"Cik nak balik macam mana ni?" Lelaki tersebut mengangkat kening sedikit sambil bertanya kepada Humaira.

Ewww.

"Ehem..nak balik rumah la... sekarang sudah pukul 6 petang ni...mesti ummi saya risau.." Humaira memandang jam di tangannya.

"Hmm...macam mana ya, cik boleh ka bawa kereta ni? Ketar lagi?" Dia bersuara.

"Ok ja ni..insyaallah..lagipun tak teruk sangatkan kereta saya tu.. biarkan sajalah.. salah saya sebab lambat jalan.. by the way.. nak kunci..nak balik..."

Humaira menunjukkan tapak tangannya. Tanda dia mahu kunci dia kembali.

"Oooo ok..hati-hati... ehem.. nama cik apa ya? Mana tahu nanti nak tuntut ganti rugi.. oh ya, saya Qayyum..." 

Terus Humaira mengambil kuncinya kembali.

"Ok thanks." Humaira berpusing membelakangi lelaki tersebut sambil mencebik. Terus masuk ke dalam kereta.

'Amboi..sombong!' Bisik Qayyum.

*****

Kedengaran bunyi kereta masuk ke halaman rumah. Puan Ainun terus menyelak langsir rumah. Kereta Honda Civic kepunyaan anak lelaki bongsunya kelihatan. Terus Puan Ainun membuka pintu rumah. Qayyum yang baru keluar dari kereta tersenyum.

"Amboii.. senyum pula dia. Lewatnya anak umi balik hari ini.. pergi mana Umar Qayyum sayang?" Puan Ainun berseloroh.

"Alaaa..umi ni... umar pergi Pekan Rabu tadi, jalan-jalan dengan kawan-kawan.." Umar. Nama panggilan di rumah. Umi dan abuya selesa memanggil dia dengan nama Umar, jika dengan kawan-kawannya dan jika berurusan diluar sana dia lebih gemar dikenali dengan Qayyum.

"Ye la tu...awak tu dah la esok lusa nak balik Kuala Lumpur dah..patutnya luang masa dengan keluarga tau Umar..." Puan Ainun mencengkak pinggang.

Umar Qayyum duduk mencangkung di halaman rumah sambil membuat memek muka kasihan. Minta simpati.

"Ummi.. dah malam ni... masih nak cekak pinggang ka..nak suruh Umar masuk ni umii.. lapar.." Umar Qayyum merayu simpati.

Puan Ainun tersenyum sambil menggamit tanggannya. Terus Umar Qayyum berlari masuk bersama Puan Ainun. Kerjaya sebagai seorang engineer membataskan masa lapangnya untuk bersama keluarga dan kawan-kawan. Waktu cuti yang ada dimanfaatkan sebaiknya, tambah-tambah dia sebagai anak bongsu, meskipun lelaki, dia tetap manja dengannya uminya, Puan Ainun.

Sungguh, dia lelaki yang penuh dengan kasih sayang.

Humaira membaringkan tubuhnya di atas katil. Dia cuba memejam mata. Tetapi sukar. Memikirkan bebanan kerja dan amanah yang diberi membuatkan dia tampak letih dan terpaksa mengorbankan masa tidurnya.

Laptop di atas meja terus dicapai. Terus dihidupkan.

Membuka email dan menyemak tugasan-tugasan yang diberi. Meskipun Humaira sudah berkerja sebagai guru, tetapi hatinya masih terpaut dalam arena dakwah. Maahad Mahmud yang mengajar dia erti sebuah perjuangan dan sebuah amanah dalam dakwah.

Meskipun sudah bekerja.
Meskipun sudah berkahwin.

Dakwah ini tidak pernah berhenti. Takkan pernah.

Tok.Tok.Tok.

Pintu bilik diketuk dari arah luar.

'Masukkk' 

Wajah uminya kelihatan. Humaira terus duduk sambil tersenyum.

"Oooo umi.. meh duduk tepi Humaira.." Humaira menolak kertas-kertas dan laptopnya yang memenuhi ruang katilnya.

Umi terus duduk. Menepuk lembut peha kanannya.

"Kenapa umi?" Humaira memandang uminya.

"Humaira dah besar.. dah kerja..." Umi berhenti bercakap. Terus toleh ke kanan. Memandang wajah Humaira sambil tersenyum.

"Soooo..?" Humaira bertanya.

"Bila anak umi nak kawin..?" Spontan Puan Mariam, umi Humaira menyoal.

"Ummmmmiiiiiiiiiiiiiii....." Terus Humaira baring sambil menutup mukanya dengan bantal.

Kedengaran Puan Mariam ketawa.

Puan Mariam menepuk-nepuk Humaira. Terus dia keluar. Memahami anak perempuannya itu. Cukup payah nak dibawa berbincang bab kahwin. Puan Mariam hanya menggeleng.

*****

Bas MaraLiner yang disewa terus meluncur laju di jalan Naka. Bas ini membawa rombongan pelajar Badan Dakwah untuk mengadakan aktiviti tamrin di sebuah kawasan resort di Naka. Perjalannya memakan masa hampir satu jam dari Maahad Mahmud. Semua peserta sudah terlena rasanya, manakala Ajk masih tidak henti berbincang mengenai perjalanan program.

"Humaira..Humaira..." Liyana menepuk lembut pipi Humaira.

Humaira membuka mata.

"Dah sampai?" Dia menyoal.

Liyana mengangguk.

Terus Humaira memperbetulkan laras duduknya. Liyana dan Humaira, sahabat baik sejak dari Maahad Mahmud lagi. Masing-masing sudah bekerja. Kesempatan yang ada dan masa lapang yang terluang dipenuhi dengan turun menyertai program adik-adik. Mereka selaku senior yang pernah berada di arena dakwah Maahad Mahmud perlu memberi pendapat dan pandangan mengenai perjalanan dan perkembangan Badan Dakwah ini pada masa hadapan.

Sungguh, kecintaan pada dakwah itu tidakkan pernah mati.

Adik-adik semua sudah turun ke tempat penginapan. Tinggal Humaira dan Liyana yang masih duduk di tepi bas. Berbual dengan Ajk program. Mereka berdua mewakili senior muslimat, ada juga di sebelah sana senior muslimin. Masing-masing turun memberi sokongan kepada adik-adik, supaya tarbiyah ini terus dilestari.

Humaira membaca papan tanda mengenai resort ini. Kem Seri Juluk Resort. Menarik. Ada ladang buah, ada kolam ikan, boleh naik basikal. Humaira membaca lagi.

Tapi...

Dia terpandang akan seseorang.

Glurrrp. Humaira menelan air liur.

Dia memandang sekali lagi untuk memastikan betul atau tidak apa yang dia pandang.

Mata mereka bertaut. 'Dia' mengangguk sedikit tanda hormat kepada Humaira. Humaira terkaku.

Terus dia menarik tangan Liyana dan berjalan cepat-cepat ke tempat penginapan. 

Ada debar di dada. Ya Allah.

*****

Pagi yang hening. Suka dengan panaroma resort  ini. Humaira dan Liyana sudah bersiap, T-shirt Muslimah, seluar track, tudung labuh dan kasut sukan. Lengkap, pakaian seorang muslimah.

Mereka terus ke checkpoint yang ditetapkan. Mahu juga turut serta dalam modul check point pagi ini. Humaira dan Liyana berpisah. Akur akan tugas masing-masing yang datang sini untuk membantu adik-adik memahami lagi apa itu dakwah.

Liyana ke checkpoint Tadhiyah yakni Pengorbanan.

Humaira ke checkpoint Ukhwah.

Tema yang dia sangat suka. Tambah pula modulnya yang sangat best. Humaira berjalan melintasi sekumpulan muslimin, check point mereka di tepi kolam ikan. Manakal checkpoint Humaira di bawah pokok limau bali. Hanya 1 meter yang membezakan checkpoint muslimat dan muslimin.

Humaira menunjukkan tanda bagus kepada adik-adik di sebelah muslimin. Sebagai tanda sokongan. 

Baldi penuh dengan belon. Humaira teruja untuk bermain dengan modul ini. Terus dia ambik satu. Belon warna oren. Warna kegemerannya.

"Eh..eh..kak Humaira..jaga-jaga.. itu bukan belon biasa.." Khadijah, selaku Ajk program mengingatkan dia.

Humaira terpana. Bukan belon biasa?

"Belon apa ni Dijah..? Jangan main-main dengan akak.. akak nak baling ni..."

Humaira mengertak. Tangannya sudah ke depan, bersedia nak baling belon tersebut.

"Jangaaan kak Humaira.. itu sirap basi..huhu.." Khadijah tersipu malu menyatakan rahsia di sebalik belon itu.

Serius?

Humaira terus letak kembali. Nanti pecah, habis basi dia nanti. Huhu.

Khadijah sibuk berceloteh menceritakan perjalanan modul ini nanti.Teruja pula. Bukan teruja nak main modul. Teruja nak kenakan adik-adik dengan sirap basi. Hehe.

Hampir sejam menunggu, kumpulan pertama datang.

*mangsa sedang masuk perangkap ^__^ *

*****

1....2....3... 

Peserta kumpulan Ruhul Jadid bertempiaran lari. Tambah pula, modul Ukhwah berdekatan kawasan lapang. Puas Humaira berlari ke sana sini. Ingin mengenakan adik-adik dengan belon sirap basinya.

Dia sudah dapat mengesan peserta kegemarannya, terus dia baling belon tanpa berfikir panjang. Menjerit mereka melarikan diri. Humaira sangkakan, sudah mengena sasaran . Tapi sayangnya tidak. Malah dia tersalah sasaran.

Seorang muslimin tertunduk dengan seluruh badannya merah.

Sirap basi!

Dia melibas tangannya dan meraup muka. Humaira menggigit bibir. Para peserta kumpulan Ruhul Jadid menekup mulut, menahan ketawa.

Tak baik gelakkan senior. *ajaran seniorlah ni*

Humaira hanya memandang. 'Dia'?

Terus Humaira melarikan diri ke checkpoint lain.

Umar Qayyum mencari kelibat Humaira. Dia hanya menggeleng sambil tersenyum.

'Aik..hilang dah? Tadi bukan main seronok, sekarang dah menikus nampak..' Umar Qayyum hanya ketawa kecil.

Umar Qayyum terus bergerak ke bilik penginapan.

Rata-rata peserta dan Ajk program yang berjumpa dengannya hanya mampu bertanya. Ada juga yang ketawa. Lucu tengok senior bermandikan sirap. Bukan calang-calang sirap, sirap basi!

'Humaira... hmmm' Umar Qayyum menutur lembut nama itu.

Umar Qayyum terus menyalin pakaian. Sebenarnya dia tidak boleh lama di sini, hanya datang melawat adik-adik. Dia perlu pulang ke Kuala Lumpur. Lusa sudah mula kerja.

Dia tinggalkan pesanan kepada adik-adik dan terus dia bergerak, menuju ke destinasi utamanya.

Kerana cintakan dakwah, dia turun seketika.
Melihat generasi adik-adik,
Dakwah dan tarbiyah yang dia tinggalkan untuk mereka.

Subhanallah,
Sungguh dia pemuda yang sejati.

*****

Akur dengan kehendak umi dan abi. Humaira bersetuju untuk membenarkan kawan umi datang melihatnya. Katanya mahu merisik. Humaira hanya mengikut. Hampir 3 bulan Humaira mengelak, kali ini dia rasakan tindakan menerima pandangan umi dan abi adalah satu keperluan.

Mereka lebih mengetahui yang terbaik buat puteri mereka ini.

Umi dan abi seronok dengan penerimaan Humaira. Meskipun berat, Humaira akur. Umi masak sedap-sedap hari ini. Kak long, Abang Ngah pun balik. Nak tengok bakal keluarga adik ipar merekalah katakan. Humaira hanya mencebik setiap kali mereka mengusik dia.

Nasib baik dua orang adik lelakinya tidak balik, minggu ini bukan minggu balik kampug. Kalau tidak, lagi teruk mereka menyakat Humaira.

Humaira menjengah ke dapur. Wow, ada ikan masak tiga rasa, sambal sotong, puding karamel. Macam tetamu VIP datanglah umi ni. Humaira mengambil sudu ingin merasa puding karamel.

Belum sempat nak merasa, umi ketuk tangannya dengan sudip.

'Auuchhh...!' Humaira mengaduh sakit.

"Ya Allah..budak ni... tak siap-siap lagi.. dah tu gatal pula nak makan yaa..!" Umi mencengkak pinggang.

"Alaa umi ni...tak sporting langsung.. " Humaira berseloroh. Terus berlari masuk ke dalam bilik, sebelum umi cubit pipinya.

*Umi, cubit pipi macam ketam cubit*

^________^

Jubah berwarna purple siap sedia digosok. Humaira hanya memandang.

'Hmmm...' satu keluhan lembut dilepaskan.

Kotak comel di atas meja soleknya dicapai. Hadiah istimewa dari Liyana sempena 'peristiwa hari ini'. Terus dia buka, ada loket berbentuk hati di dalamnya. Humaira menarik loket itu keluar dari tempatnya. Dia tersenyum.

Dia mengerti maksud Liyana.

Tiba masanya untuk dibuka hati ini, menerima 'seseorang' dalam hidup yang berbaki.
Melaksanakan sunnah.
Menyempurnakan satu agenda dakwah.

Telah aku didik diri ini sebaik-baik muslimah,
Tiba masa untuk aku menerima diri ini..
Masuk ke satu alam..
'Bait Muslim..'
Melestari Bait Muslim untuk sebuah daulah..

Allah.. bukakan hatiku, menerima baik buruk, apa yang bakal berlaku hari ini.

Humaira mengenggam loket berbentuk hati itu. Terus dia bangun mengenakan jubah purple tadi. Keluar dengan penuh yakin.

Pilihan umi dan abi, pilihan yang terbaik.

Insyaallah..

*****

Riuh ruang tamu rumah Encik Abdul Aziz dan Puan Mariam. Rancak mereka berbual. Kelihatan juga bakal menantu mereka di situ. Sungguh, mereka senang dengan pemuda ini. Sesuai digandingkan dengan anak perempuan mereka. Pasti. Humaira masih di dapur. Menolong mana yang patut.

'Humaaairaa..' terdengar namanya dilaung dari arah depan.

Humaira terus berpaling.

Berdebar.

Dia berjalan ke depan. Menahan debar di dada. Bukan tidak pernah berjumpa dengan tetamu umi dan abinya sebelum ini. Tapi, kali ini tetamunya luar biasa.

Tetamu yang istimewa.

Datang dan pulang mereka membawa sesuatu yang istimewa.

"Ya..." Humaira menyahut sambil memandang uminya.

"Ha...inilah Humaira... Humaira Mukhlisah binti Abdul Aziz.." Umi menarik tangan Humaira ke arahnya.

Dia bersalaman dengan  dua orang wanita dihadapannya. Seorang mungkin ibu kepada si 'dia' dan seorang lagi mungkin kakak kepada si 'dia'.

Humaira tersenyum.

Dia terpandang seseorang di hujung sana.

Eh, Dia!

Bukan 'dia' yang baru. Tetapi 'dia' yang sama!

Yang selalu muncul.. 

Kemalangan.

Kem Seri Juluk.

Sirap basi!

Macam mana 'dia'? Errr...

"Eh... awak!" Humaira spontan membeliakkan biji matanya. Jari telunjukknya dituju ke arah Umar Qayyum.

Dia lantas menekup mulut kembali setelah sedar dia sudah tersasur.

"Kenal ka?" Ibu 'dia' bertanya.

Suasana sepi. Masing-masing memandang Humaira dan Umar Qayyum. Menantikan jawapan.

Umar Qayyum hanya tersenyum.

"Umi... Umar tidak salah datang rumah hari ini... Umar mahu peristerikan Humaira Mukhlisah.." Berani Umar mengaku.

Humaira menelan air liur. Matanya tidak henti-henti berkedip.

'Alhamdulillah...' suasana kembali riuh.

Ada debar di dada. Ya Allah..

Apakah ini?

*****

Umar Qayyum masuk ke dalam bilik. Humaira Mukhlisah masih duduk menyandar di birai kata sambil memegang Al Quran. Sudah hampir sejam selesai menunaikan solat berjemaah bersama 'dia'.

Tapi, Humaira masih di situ. Tidak berganjak. Telekung masih disarung.

"Ehem..jauh mengelamun.." Umar Qayyum berdehem. Dia berdiri di sisi Humaira sambil tangganya dibelakang.

Humaira hanya memandang. Sepi.

Umar Qayyum meletakkan kotak berwarna merah jambu di atas riba Humaira.

"Apa ni?" Humaira bertanya.

Umar hanya menjungkitkan bahu. Terus dia duduk di atas katil sambil membaca al quran. Tidak dihiraukan Humaira yang terpingan bertanya.

Humaira meletakkan al qurannya di atas meja kecil bersebelahan katilnya. Tangannya lembut membuka kotak berwarna merah jambu itu.

Kosong. Tiada benda berharga.

Tapi hanya ada 1 kad kecil di dalamnnya. Hairan.

Humaira membuka kad tersebut.

'Dakwah itu Cinta..'

Hanya itu. Aneh.

Dia terus memusing badannya menghadap Umar Qayyum yang sedang tekun membaca al quran. Lama dia menunggu. Baru Umar Qayyum mahu memandangnya.

"Awakk..apa ni?" Humaira bertanya.

"Dakwah itu cinta.." Umar Qayyum bersahaja menjawab.

"Yeahhh.. I know, Dakwah itu cinta.. but.. apa yang awak nak sampaikan ni?"

Humaira menyoal.

Umar menarik nafas dalam-dalam.

"Saya menikah dengan awak bukan kerana nafsu, saya menikah dengan awak kerana dakwah. Kecintaan kepada dakwah dan tarbiyah memupuk cinta kepada Allah. Saya mahu pupuk benda ini dalam pernikahan saya. Jadikan pernikahan sebagai jalan memperkuatkan dakwah dan meningkatkan keimanan serta bermanfaat untuk Islam. 

Humaira Mukhlisah, saya nikahi awak bukan saja-saja, bukan suka-suka. Saya tahu awak cintakan tarbiyah, izinkan saya bersama awak kuatkan dakwah ini. Kerana dakwah itu cinta, kita bertemu dalam pernikahan ini...

Kemalangan di Pekan Rabu.. hati saya sudah tersentuh. Tak sangka pula kita bertemu di Kem Seri Juluk, dan tak sangka saya bermandi sirap basi kerana awak.

Malangnya tidak sempat untuk saya mengenali awak lebih lama, saya perlu segera balik ke KL. Tapi awak.. hebat betul kekuasaan Allah, Allah masih temukan kita. Dan waktu nampak awak di rumah keluarga awak, saya tekad.. awak jodoh Allah untuk saya.. serius.. saya rasa macam nak menangis Allah temukan kita lagi..temukan dengan pelbagai rasa dan keadaan..

Saya yakin.. awak layak menjadi isteri saya, dan oleh sebab itu saya bernikah dengan awak.. untuk bersama saya..awak boleh faham ke hasrat saya ni Humaira Mukhlisah?..."

Umar Qayyum memandang Humaira. Puas meluahkan rasa hatinya.

Meskipun mereka sudah sah sebagai suami isteri. Masing-masing kaku. Dan malam ini biar apa yang terbuku di hati terluah di hadapan seorang Humaira, yang kini sudah sah menjadi isterinya.

Humaira tersenyum. 'Dia' benar-benar seorang pemuda yang terbaik yang Allah hadirkan dirinya. Tidak salah dia membuka hatinya untuk Umar Qayyum. Mereka sudah berkahwin.

Tangan Umar Qayyum dicapai, digenggam..

Terpaku Umar, pertama kali melihat senyuman seorang 'isteri'.

"Awak... saya sudi bersama awak jadikan pernikahan ini satu medan dakwah kerana saya yakin.. dakwah itu adalah cinta..."

Alhamdulillah.

Mereka sama-sama tersenyum.

Ya, dakwah itu cinta.
Cinta itu Dakwah.

Bagaimana pupuk cinta itu selari dengan dakwah?
Jawapannya ada pada diri anda sendiri.

Selamat menjadikan dakwah itu cinta ^___^

-END-

Note : maaf kalau tidak sampai maksud cerpen ini :)

Qani'ah Mawaddah
Sakan Yarmouk
9.07 pm
16 Mei 2012

3 comments:

Khair-Jiha said...

sy sukeeee :)

Nur Iman said...

kak suha...rindu kem..kita segroup kan..grup muslimat plg semangat sekali..sampai suara tadak..huhu

Anonymous said...

Dakwah itu ILMU.

Harap tingkatkan lg penulisan anda.

cerita sebegini dah selalu sgt dah.