Pages

Friday, May 18, 2012

SYADIDKAH AKU

"Ustazah..jangan garang sangat..."

Ammar mencelah.

Jannah memanggung kepala. Memandang tepat ke muka Ammar yang memecah sunyi mesyuarat mereka pada hari ini.



Ammar duduk menyandar di dinding, sambil memeluk tubuh. Cermin mata jatuh sedikit ke atas hidungnya, dibiarkan sahaja. Sambil matanya merenung tajam Jannah.

"Hmm...ehmm.." Jannah berdehem seraya membetulkan laras duduknya.

Semua ahli mesyuarat turut terdiam. Terkaku.

Perang bakal berlaku lagikah? Mungkin?

"Ana garang?" Jannah mula bersoal dengan wajah yang tampak serius.

Ammar mengangkat kening. Tanda mengiakan.

Sudah. Sekali lagi perang dingin akan bermula.

*****

Zaman maahad

Maahad sudah lengang dengan para pelajar. Hanya tinggal pelajar muslimin yang bermain bola tampar di kawasan sekolah. Jannah dan kawan-kawan sedang berjalan dari luar kawassan maahad, mahu masuk melalui pintu pagar utama.

Dari jauh mereka sudah perasan akan sekumpulan pelajar yang sedang bermain.

"Jannah... malunya nak jalan.." Khalida bersuara.

Jannah dan yang lain turut menyuarakan pendapat yang sama.

"Dah la berangin ni...." Amal mencebik.

Jannah hanya memandang. Terpaksa juga lalu, hanya itu jalan yang ada untuk ke block E, mereka ada mesyuarat di surau maahad.

"Kita jalan cepat-cepat saja la yaa..ok tak?" Jannah memberi pendapat.

Masing-masing mengangguk. Mereka terus berjalan laju-laju. Dari pintu pagar utama mereka membelok ke kiri, terus berjalan dan semakin menghampiri kumpulan tersebut.

Kepala ditundukkan, tudung dipegang ke depan, mengelakkan angin yang membuatkan tudung melekat pada tubuh, terus berjalan. Sunyi sepi.

"BADAK lalu daaaaah.." Terdengar seorang muslimin menjerit.

Kawan-kawan lain ketawa. Jannah dan kawan-kawan memekakkan telinga.

Huh. BADAK?

'Badan Dakwah laaaa..' Omel Jannah dalam hati.

"Jaga-jaga..nanti langgar tiang.." Seorang lagi menyakat.

Mereka masih setia berjalan, terus ke bangunan block E.

"Beeeencccciii..gatal!" Amal menjerit kecil. Tanda geram.

Jannah hanya ketawa sambil menggeleng. Sudah biasa dengan perangai segelintir dari mereka.

Mereka terus naik ke surau. Mesyuarat akan bermula tidak lama lagi.

*****

Mesyuarat tanpa guru boleh jadi fitnah. Bila ada guru bersama, atau orang yang lebih besar, barulah mesyuarat boleh berjalan. Mesyuarat tidak boleh dibuat di tempat yang tertutup. Nanti orang pandang lain.

Ustaz Akhiyari selaku guru penasihat sudah ada bersama Ajk Muslimin di dalam surau. Mesyuarat terus dimulakan dengan bacaan Al Fatihah. Dipengerusikan oleh Ketua Biro Dakwah dan Tarbiyah sendiri.

Selesai bacaan al fatihah, pengarah program bangun berucap.

"Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memberi kesempatan kepada kita untuk mengadakan mesyuarat pada petang ini. Terima kasih juga pada ustaz yang sudi turun menemani kami dalam mesyuarat ini.

Insyaallah, pada minggu hadapan kita akan mengadakan program untuk adik-adik Tingkatan 3. Mesyuarat pada hari ini diadakan untuk menyelaraskan gerak kerja antara muslimin dan muslimat. Oleh sebab kata sepakat sudah diambil untuk program ini bercampur antara muslimin dan muslimat, beberapa perkara perlu kita samakan.

Mungkin dari segi tempat ceramah, modul, makan dan sebagainya. Dan insyaallah.. program ini akan dilaksanakan di dalam maahad sendiri, atas faktor kos dan sebagainya.

Ana rasa itu saja dari ana, cumanya ana nak dengan dari pihak muslimat, macam mana persediaan dan sebagainya.

wallahua'alam.."

Jannah berbincang dengan para Ajk pelaksana. Apa lagi yang perlu dibentangkan sebentar lagi kerana dia selaku timbalan pengarah perlu berucap.

"Dah ka ustazah?" Pengerusi majlis bertanya.

Jannah terus berpusing ke hadapan. Bangun berdiri. Ketar. Tidak biasa bercakap dengan lelaki. Dia hanya menunduk sambil bercakap, begitu juga pihak muslimin.

"Bismillahirrahmanirrahim..alhamdulillah..terima kasih kepada semua yang sudi hadir pada hari ini.. insyaallah.. ana akan bercakap sedikit.. hmm..mengenai makanan program, ana rasa asing..kiranya muslimat akan tempah di kantin muslimat..dan muslimin di kantin muslimin.. dan untuk dewaan..."

Jannah berhenti sebentar. Menyelak helaian buku.

"Ustazaaah.." Satu suara menegur.

Jannah terus berdiri terpacak. Takut ada silap di mana-mana.

"Errr..yaaa.." Tergagap dia menjawab sambil menundukkan wajah.

"Cakap tu tegas sikit..jangan lembut sangat.." Meluncur laju dari mulut muslimin tersebut.

Glurrrrp.

Berubah riak wajah Jannah. Pipi terasa panas. Tekak terasa kering. Macam sudah terkunci mulut untuk bercakap.

Lembut?

*****

Itu zaman maahad.
Sekarang zaman universiti.

Jannah duduk di birai katil. Pening memikirkan. Bagaimana untuk dia selarikan.

Dulu cakap lembut kena marah.
Sekarang cakap tegas kena marah.

'Garang dia kata? Berapa kali dah asyik kena marah dengan dia..' Jannah bermonolog.

Tiba-tiba telefon berdering.

Malas-malas saja Jannah mahu mengangkatnya. Lemah longlai dia bangun berjalan ke meja study di penjuru bilik.

'Ammar..'

Hmmmm..

Baru saja ingin diangkat sudah diletak. Jannah biarkan saja. Dia mahu duduk kembali ke katil. Tapi sekali lagi telefon berdering. Terus dia angkat.

"Assalamualaikum.." Terdengar suara di hujung talian.

"Waalaikummussalam..ya ada apa?" Jannah menyahut lantas menyoal.

"Amboi.. tak sempat nak cakap apa, dia tanya dulu.." Ammar berseloroh.

Gluuurrp. Jannah dari wajah yang biasa-biasa, terus bertukar jadi serba salah.

"Err..maaf ustaz..ada apa ya?" Jannah cuba menjernihkan keadaan.

"Ana nak laporan mesyuarat hari tuu..bla..bla.blaa.." Di hujung sana, ada seseorang yang sedang berceloteh.

Dan di hujung, ada seorang yang sedang mengelamun.

Garang?
Syadid?

"Ustazah..ustazah..ustazah.." Ammar memanggil.

"Ya..ya..maaf.." Jannah sedar dia terleka.

"Laaa..ana dok cakap sorang-sorang ja kaaa..?" Ada nada tidak puas hati di situ.

"Ana garang sangat ka ustaz?" Spontan Jannah menyoal.

Sepi.

Ammar memula bicara. Bercerita panjang.

Jannah hanya mendengar.

Ya...dan ya.

Hanya bersetuju.

*****

Kipas di atas siling bulat berputar. Hingga sudah tidak menampakkan sayap kipas, terlalu laju kipas berputar. Jannah hanya mendongak ke siling. Tangan diletakkan di atas dahi.

Berkerut dahi. Tanda memikirkan sesuatu yang berat.

'Hmmmm...' satu keluhan berat dilepaskan.

Dia mengiring ke kiri.

Terpandang sesuatu di atas meja, terus tangan mencapai.

Satu keychain comel, hadiah dari sahabat baiknya.

Sahabat kata , "syadid jangan jumud.. terbuka jangan hanyut.."

Mudah berkata-kata, tetapi tidak mudah melaksanakannya.

Teringat perbualan dia dengan ustaz Ammar petang tadi. Rupanya ustaz Ammar senior dia. Beza jauh. Ustaz kata, kita jangan terlampau garang dan syadid. Kita bermuamalat antara ketua dan timbalan. Kita nak buat kerja untuk setahun, kena ada chemistry. Bukan nak galak atau menggatal. Tapi itu adalah keperluan dalam satu gerak kerja.

Contoh.

Nak berdakwah dengan orang lain, kita berdakwah dengan serius? tegas? Siapa yang mahu terima dakwah kita?

Boleh balik duduk rumah, jangan kawan dengan orang kalau asyik nak serius dan syadid memanjang.

Terkesan.

Kita buat kerja macam biasa. Jangan serius sangat, jangan manja-manja sangat. Serius pada tempatnya. Ada masa kena serius, ada masa kena senyum juga.

Be cool. Jangan kalut-kalut.

Ya, be profesional. Be cool.

*****

Syadid?

Mungkin pada setengah orang, dia nak menjaga hati.

Tapi, tak ke mana pun hati tu. Hati tetap pada tempatnya. Orang yang ada hati itulah yang perlu mengawalnya.

Anda bayangkan, tidak mungkin buat kerja sikit dengan seorang lelaki terus jatuh cinta?

Kalau macam tu, urus program dengan 100 orang lelaki lain-lain, 100 kalilah anda jatuh cinta?

Nope.

Kita kena bezakan, antara kagum dan cinta.

Mungkin waktu buat kerja, peribadi dia yang baik membuatkan kita suka. Ok, itu kagum.

Kagum ok?
Bukan cinta.

So, situasi Jannah di atas.

Syadidkah dia?

Ok, sahabat-sahabat, kita nak buat kerja. Kita di waqi / suasana yang berbeza, buka sedikit minda takkan hanya semata-mata kita tidak mahu serius dalam mesyuarat dan muamalat atas dasar kerja, terus prinsip dan pegangan kita berubah?

Tidak.

Jangan samakan. Tolong bezakan.

Jannah harus membezakan. Dia perlu syadid dan garang pada tempatnya, dalam situasi yang perlu. Tapi dalam situasi dia bermuamalat dalam buat kerja jangalah garang dan syadid sampai orang yang nak buat kerja dengan kita rasa takut.

Come on.

Terbuka jangan hanyut. Takkan dengan senyum dan gurau dalam mesyuarat sikit, terus jatuh iman?

Kalau mesyuarat itu santai dan tidak garang terus jatuh thiqah?

Thiqah terletak pada peribadi dalaman atau pada peribadi luaran?

Wallahu'alam.

Ini hanya pendapat. Jika salah tolong betulkan.

Remember this forever "terbuka jangan hanyuut"


Qani'ah Mawaddah
Sakan Yarmouk
5.45 pm
Bait Mughirat

4 comments:

Nur Iman said...

huhu..u talks by experience..^^..ana baru rasa yg 1..satu lg blum..btw thanks a lot ya ukhti..^^..honestly rindu maahadi..

AnA ImTiYaZ.. said...

ana uwafiq..=)

kita pun bila melihat orang yang 'agak' menjaga,tak perlu rasanya,dok kata2,atau perli2..

saling bersedia menerima keadaan orang lain..

wardatul shaukah said...

ye setuju sgt :) x perlu sampai terlalu serius sgt, dan jgn melebihi batas...
tp tiap2 org ade pendirian msg2...

جوهر الفقر said...

itu yang dikatakan be profesional.. jangan jumudkan islam .. islam itu bukan agama yg penuh larangan tpi islam adalah agama yg punya peraturan .. :)