Pages

Friday, November 19, 2010

Salam Imtihan Buat Semua


Bismillahirrahmanirrahim…

            Salam sayang buat sahabat sahabar seperjuangan sekalian… apa khabar diri kalian? Sudah lama diri ini tidak mengutus sebarang berita di teratak kecil serikandiumar ini. Alamak, terkejut la pula tengok dengan kehadiran pengunjung di teratak yang tidak seberapa ini. Maafkan diri ini andai kata tiada apa yang dapat ana sajikan untuk memenuhi kehendak kalian. Hanya sekadar ini yang termampu untuk serikandiumar ini berikan.

            Insyaallah, 23 November 2010 ini akan bermulanya jihad ilmu serikandiumar ini bersama-sama sahabat seperjuangan yang lain untuk bertungkus lumus membuktikan kesungguhan kami untuk berjaya di dalam SPM ini. Di kesempatan ini ana ingin memohon seribu kemaafan andai kata ada salah dan silap yang telah dilakukan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja kerana diri ini juga manusia biasa yang seringkali melakukan kesilapan.

            Justeru itu, serikandiumar akan memberhentikan penulisannya buat seketika untuk memberi ruang kepada diri ini menumpukan sepenuh perhatian terhadap SPM nanti. Moga menemui syahid dan andai kata kematian menjemput tika itu, doakan ana syahid kerana ana sedang berjihad dengan jihad ilmu. Allahuakbar!!!

            Buat sahabat-sahabat yang bakal menduduki SPM bersama ana, bukan sahaja sahabat maahad malahan sahabat seluruh Malaysia, semoga berjaya dan mencapai apa yang anda impikan! Salam imtihan dari ana… ingat pelajaran NO 1, perjuangan bukan NO 2!



sahabat seperjuangan,
Serikandiumar93
19 November 2010 

Sunday, November 14, 2010

Hati Itu



            Hatilah mencoretkan segala suka duka perasaan kita. Jika hati kita berbunga riang, maka gembiralah kita. Jika hati kita mendung seperti awan berarak di langit kelam, maka sedihlah kita. Jika hati kita menyimpan sekelumit dendam, maka jadilah kita seorang yang pendendam. Hati punca segalanya. Jika hati kita bersih maka bersihlah keseluruhannya. Jika hati kita kotor makan kotorlah keseluruhannya.

            Hati perlu di jaga. Hati perlu diperbaiki. Kenapa? Supaya hati kita tidak gersang segersangnya padang pasir. Hati kita harus dibaja dengan iman supaya hati kita menjadi tenang sedamai lautan Sungai Nil. Manusia lupa dan alpa. Kita hanya tahu makan dan minum untuk menggalakkan tumbesaran badan kita, tetapi kita lupa untuk beri hati kita makan dengan makanan iman dan minuman zikrullah supaya hati kita terarah pada kebaikan bukannya pada keburukan.

            Manusia jarang sekali menjaga perasaan orang lain. Dia biarkan hati orang lain terguris tetapi dia mahukan hatinya dijaga. Argh...sungguh tidak adil kita. Kita mahukan orang lain menjaga perasaan kita tetapi kita mengguris hatinya sewenang-wenangnya. Contohnya dalam konsep persahabatan. Sepatutnya sesama sahabat kita harus berkorban dan akur bukannya bertelagah tidak mahu mengalah dan hanya mahu kemenangan berpihak kepada kita. Sahabat yang baik ialah sahabat yang menjaga hati sahabatnya dan membiarkan dia yang terguris.

“Biarlah kita menjadi ibarat matahari, membiarkan dirinya terbakar untuk kegunaan umat sejagat. Biarlah kita terluka asalkan sahabat kita gmbira...”

            Jadi, jagalah hati kita. Jangan biarkan hati kita dikotori maksiat hati kerana ia akan menggelapkan hati kita. Lantas apa yang halal dikatakan haram dan apa yang haram dikatakan halal. Kenapa terjadi semua ini? Kerana maksiat telah merangsang pertumbuhan titik hitam di dalam diri kita dan menutup hati kita dari menerima sebarang kebaikan terutamanya ilmu. Ingat, ilmu tidak boleh menembusi hati yang gelap kerana ilmu itu cahaya. Ilmu tidak boleh masuk kepada dirinya penuh dengan kotoran maksiat.




hati nuraniku,
serikandiumar93
14 November 2010

Saturday, November 13, 2010

.::Senyum Itu Satu Keindahan::.



“Ukirlah senyuman yang paling manis kerana selain sedekah, senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati…Senyuman itu tidak menyakitkan tapi menjadi penawar hati yang sakit..”


            Senyum itu satu keindahan…. Senyum itu mendamaikan…. Senyum itu anugerah yang terindah… lantas, kenapa kita tidak selalu tersenyum. Masih ada lagi yang sukar untuk melemparkan senyuman buat insan di sekelilingnya. Senyumlah selagi kalian boleh tersenyum….

            Orang selalu kata, senyuman itu pengikat jiwa sebab bila kita pandai wajah seseorang yang sedang tersenyum kita juga pasti tersenyum dan senang dengan perbuatannya. Betulkan? Kalau kita lihat orang yang sedang serius dan bermuka masam, pasti kita tak suka sebab keadaan nampak tegang dan kita juga tak senang duduk. Nah, manusia memang inginkan keadaan tenang dan mendamaikan. Jadi senyuman adalah cara terbaik untuk membuatkan kita menjadi tenang dan mengikat jiwa kita pada insan yang suka tersenyum.

            Senyumlah kalian selagi kalian diberi peluang untuk tersenyum. Wajah kalian pasti kelihatan manis andai kalian suka melemparkan senyuman. Senyuman itu kan satu sedekah. Tahu tak para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

            Kadang-kadang kita terfikir, mampukah kita tersenyum di sebalik kesedihan yang kita alami. Kita kena cuba! Sebagai pejuang kita tidak boleh menangis, menangislah di malam hari tika menghadap Rabbul Jalil tetapi senyumlah di pagi hari buat penenang jiwa yang sepi. Sembunyikanlah kesakitan dan kesengsaraan di sebalik senyuman yang paling manis kita hadiahkan buat insan di sekeliling kita.

            Hipokritkah kita? Tidak...apa salahnya kita tersenyum pada zahirnya, tetapi batin kita merintih penuh pengharapan. Biarlah kita tersenyum supaya orang melihat kita sentiasa gembira supaya tiada rasa gusar dan resah di hati mereka memikirkan kita. Siapa yang tidak mahu orang mengambil berat tentang diri kita... tetapi biarlah kita bermujahadah bersendirian kerana mujahadah itu indah!

            Justeru itu sahabatku, biarlah perit mana penderitaan ini, senyumlah kalian kerana ia penenang jiwa yang sepi. Senyuman mampu membahagiakanmu kerana insan di sekeliling senang dengan perwatakanmu. Hindarkan riak wajah yang masam mencuka kerana ia perosak sebuah ikatan. Setiap insan inginkan sahabatnya tersenyum bukannya sentiasa bersedih. Jadi...senyumlah. Hakikatnya kalian sungguh manis kalau tersenyum.....



tinta serikandi,
serikandiumar93
13 November 2010

Thursday, November 11, 2010

.::HATI WANITA::.


Hati wanita,
Hatinya begitu lembut,
Namun agak sukar untuk disentuh,
Bila sudah disentuh jangan sesekali melukainya.

Hati wanita,
Bila sudah ditawan dia bagai layang-layang yang memerlukan tali,
Semakin kuat tali semakin kuat kebahgiannya,
Ketenangan hatinya akan kekal selagi mana tali itu tidak dikasari oleh orang lain.

Hati wanita,
Lembutnya bagaikan kapas dan embunan salji diTurkey,
Sekali digapai dia akan tetap dalam genggaman,
Apabila dilepaskan ia akan cair dan mengalir ke tanah,
Namun dia tetap akan mengingati siapa yang menggenggamnya pada awal penurunannya.

Hati wanita,
Kelembutannya itu tersirat pada batinnya,
Luarannya terkadang seperti kerasnya batu di Bukit Fraser,
Bila tiba waktu kekerasannya menonjol, biarkan lah dia untuk seketika,
Kerana kelembutannya akan terserlah selepas matahari senja terbenam.

Hati wanita,
Cemburumu membuktikan kasih sayangmu tidak terperi,
Kasih sayang terpancar dengan segala ragam kemarahanmu,
Cemburumu itu kadang-kadang tidak difahami oleh mereka yang bergelar lelaki,
Namun jauh di sudut hati mereka, sangat menyayangimu.

Hati wanita,
Ku mohon kemaafan pada hati yang telah terluka,
Bukan niatku untuk melakukannya,
Namun terkadang aku terleka dengan ujian dunia,
Menjadikan aku alpa pada PENCIPTA.

Hati wanita,
Biarpun hatimu itu telah terluka,
Kesalahanku tidak mendapat kemaafan,
Kau biarkan diri ini menanggung derita,
Hidup dalam rasa bersalah menjadikan diriku tidak keruan,
Namun percayalah tidak pernah terlintas untuk menyakitinya.

Hati wanita,
Bila disentuh ia akan bergoncang,
Berkoncang seperti mana gempa bumi di Medan,
Jangan dikotori kesuciannya,
Lupakan kisah lama,
Semailah ia dengan roh KEIMANAN,
agar segala luka dan lara dapat diubati sebaiknya.

"MAAFKKAN DIRI INI WAHAI TEMAN"

Wednesday, November 10, 2010

~Langkah Tercipta....~


Ya Allah aku jatuh cinta….
Aku jatuh cinta pada kelazatan berkhalwat dengan-Mu di malam sepi…
Aku jatuh cinta pada kebasahan bibirku yang asyik menyebut asma Ilahi…
Aku jatuh cinta pada kehangatan titisan air mata yang gugur di hening pagi…
Aku jatuh cinta pada keindahan kalam indah Al Quran-Mu Ya Rabbi….

Ya Allah….
Aku asyik dengan kelazatan beribadah ini….
Aku seronok dengan perubahan ini….
Aku terbuai-buai dengan cinta yang hakiki ini…

Ya Allah….
Izinkan aku memiliki cinta-Mu yang suci ini…
Izinkan aku titip kesucian cinta Rabiatul Adawiyah buatku…
Izinkan aku bergelar serorang Qaniah yang asyik dengan cinta-Mu….


             Sedang aku asyik mengejar kelazatan beribadah ini…. Sedang aku leka dengan cintaku ini, hadir ujian dari-Mu untuk menguji aku sebagai pengemis cinta-Mu…. Bukan mudah untuk mendapatkan cinta-Mu… lantas Engkau mengujiku untuk membuktikan kebenaran cintaku itu….


            Jujur ku katakan ya Allah… pada mulanya, aku meraung… merintih… mohon penjelasan… kenapa begini? Kenapa ini terjadi kepadaku….? Aku jadi tidak tentu arah dengan ujian ini. Aku lupa satu perkara…. Ujian tanda cinta-Mu buat hamba-Mu Ya Allah….

            Ku renungi hari-hariku dengan mata hatiku hingga menusuk ke kalbu yang kini sedang dirundun pilu. Sesekali menitis jua air mataku yang selama ini ku tahan…. Argh…akhirnya aku tewas. Akhirnya tidak tertanggung lagi derita di jiwa. Ku mohon sokongan dari sahabat seperjuanganku…. Tapi kekadang ada yang tidak memahami apa yang serikandi kecil ini lalui. Argh… sukarnya untukku jelaskan. Payahnya untuk fahamkan kalian… aku biarkan ia berlalu. Biarkan kemarahan kalian padaku semakin membuak-buak kerana mungkin itulah kenangan yang takkan kalian lupakan. Kemarahan itu mungkin membuatkan kalian terkenangkan serikandi kecil yang punya ego tersendiri menepis segala kekurangan diri dengan ketegasan yang tidak beerti.

            Serikandi kecil ini tersenyum sendirian. Biarkan bibir ku mengukir senyuman supaya kesakitan ku tidak dapat dikesan. Apa gunanya ku khabarkan andai ianya tidak membawa erti…? Apa gunanya ku pohon simpati pada insan yang tidak mengerti? Cukuplah Allah tempatku mengadu… cukuplah Allah sebaik-baik penolongku…. Allah sahaja  yang mengerti apa yang ada di benak hati serikandi kecil ini kerana dari-Nya juga aku diuji…maka dari-Nya juga ku bakal peroleh kegembiraan yang hakiki….

            Sahabatku sayang, terima kasih yang tidak terhingga di atas perhatian kalian. Tapi buat masa ini ku tak perlukannya kerana apa yang penting kita tumpukan perhatian kita pada pelajaran dan perjuangan suci ini kerana perjuangan kita masih panjang…. Namun serikandi kecil ini mungkin akan berlalu pergi menghadap Ilahi tetapi perjuangan kita masih tetap berterusan sahabatku sayang……

            Sahabatku sayang, sekalipun kesakitan merantai di jiwa kita, sebagai pejuang… jangan biarkan diri kita kalah dengan ujian ini. Bersabarlah…kerana sudah pasti ada ganjarannya kelak. Teruskanlah perjuangan ini sahabatku sayang…. Istiqamahlah dalam perjuangan ini…. Sematkan kata-kata ini dalam sanubari kalian….. “ana adalah enti, enti adalah ana, kita dalah roh dalam satu jasad………”

            Ya, kita adalah roh dalam satu jasad. Ayuh bersama kita teruskan perjuangan ini sahabatku sayang. Usah kau gusar tentang diriku. Aku senantiasa gembira dan tersenyum seperti sediakala. Jangan kau bimbangkan diriku, kerna ku takut kalian lalai dalam perjuangan ini…. Usah kau tangisi sahabatmu ini, tangisilah perjuangan ini…. Perjuangan kita masih panjang sahabatku sayang…. Aku nantikan kemenangan!!!!


            Ku titipkan lirik lagu ini buat kalian. Semoga kita sama-sama kuat dalam menghadapi ujian ini………

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan.

Mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

ALLAH..
inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,

Haruskah aku mengalah,
namun hati kuberbisik,
inilah dugaan.

Dan mataku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),

Tak dilontarkannya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

ALLAH..
pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku.

Kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
PadaMU ku meminta.

Daku mohon agung kudratMU,
Wahai Tuhan yang Satu,
Segalanya dariMU.


p/s: ini hanyalah coretan dariku untukmu sahabat sekalian. Usah bertanya apakah ia coretan hidupku atau hanya omong kosong atau sekadar pandangan biasa. Ambillah yang baik, yang buruk tinggalkan.



nukilan hati nuraniku,
serikandiumar93
10 Oktober 2010

Sunday, November 7, 2010

"Bicara Pedusi"


Judul : Bicara Pedusi
Harga : LE 23
Terbitan : Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Sinopsis :

Jati diri seorang Durrah Fatinah, diadun dengan peribadi Islam yang kebal pada cabaran biar rencam duri memburu. Dia ingin menyusur langkah yang tegar sebagai seorang da'ei namun penuh kasih dan sayang dalam meniti silaturrahim sesama manusia. Dia percaya, kebahagiaan hanya akan dikecapi dengan menuai sabar lantas itu jalan sufi yang selalu dipilihnya.

Perjalanan hidup seorang wanita yang merupakan mahasiswa di perantauan. Keberadaannya di negara asing bukanlah halangan untuk terus memelihara maruah dan cara hidup yang berlandaskan syariat. Sahabat baiknya Nafisah juga mahasiswa Timur Tengah, mereka terpisah antara benua demi mengejar impian dalam mencipta kejayaan. Hanya berhubung melalui internet dapat mengubati kerinduan antara mereka dan segalanya dikongsi bersama. Sejarah srikandi dijadikan sandaran bagi Fatinah dalam menelusuri kehidupan seorang muslimah sejati.

Fatinah, seorang gadis yang punya dorongan motivasi diri yang tinggi dalam menilai erti hidup, bijak merencana masa depan dan punya kualiti seorang srikandi.

"Ombak tak jahat. Kerana ombak, hari itu aku mengerti hakikat seorang hamba yang meminjam segala-galanya dari Allah. Kerana ombak juga aku tahu setiap muslim itu perlu berkongsi. Kerana ombak juga aku tahu Allah menyayangiku. Dan kerana ombak, aku belajar menjadi manusia yang memanfaatkan pinjaman Allah padaku..."

Atas kerana inilah, kisah ini menggambarkan bahawa kehidupan dengan berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah sudah pasti akan sentiasa dilindungi oleh Allah biarpun di mana kita berada. Penghormatan dan maruah seorang wanita adalah anugerah paling berharga bagi insan yang bergelar PEDUSI.


Komentar

"Sebuah penulisan yang mempunyai teknik penyampaian yang menarik. Setiap mesej yang diketengahkan sarat dengan nasihat dan makna yang tersirat. Bagi saya ia sebuah karya yang bisa meruntun hati pembaca kerana sudah pasti kita akan tertanya apakah ini realiti kehidupan seorang pedusi. Apa yang pasti kaum Hawa juga mampu melakar sejarah sepertimana kisah lampau yang memartabatkan srikandi Islam dalam menjadi mata rantai perjuangan menegakkan kalimah Allah yang satu." - Zulhafeez Ahmad Zahidi, Pengarah Kem Latihan Penulis (KELAP) '09


"Buku yang diberikan judul 'Bicara Pedusi' ini merupakan satu seni susunan ayat dalam mengisahkan suasana Islam yang diinginkan oleh seorang wanita dan suasana sekelilingnya. Suasana Islam yang damai dan amat bertolak ansur dalam membawa satu-satu method ajarannya. Mengajar seorang wanita khususnya, manusia amnya menilai akan keindahan Islam dalam suasana yang cuba dibicarakan oleh penulis.

Kisah yang amat menarik tidak kurang hebatnya dengan sastera-satera lain yang hebat. Saya kira susunan ayat yang mudah dan jelas oleh penulis ini akan membuatkan para pembaca lebih meminati seni dan sastera kerana keindahan Islam bukan dek kerana khayalan yang dicetuskan sebagaimana penulis-penulis cerpen yang semata-mata beralasan cinta suci." - Shahrizan Mohd Hazime, Presiden PMRAM 2010.

Komen Penulis

Alhamdulillah. Atas rahmat Ilahi yang menganugerahkan pinjaman ini kepada ana, yang memberi ilham kepada ana untuk menulis. Atas rasa dan tanggungjawab untuk memberi sesuatu untuk ummah, tidak mampu mewaqafkan kudrat fizikal di medan perjuangan maka hamparan fikrah ini dilebarkan sebagai jaringan untuk menyampaikan risalah dakwah.

Seandainya mahu menikmati penulisan yang berlandaskan hadith dan dalil Quran untuk berhujah dalam menegakkan kebenaran, buku ini BUKAN yang terbaik sebagai bahan bacaan tetapi pada yang mencintai keindahan dan nilai sastera, moga buku kecil yang dhaif ini mampu membelai perasaan dan jiwa pembaca untuk menghayati jalan sufi yang dibelai dengan keindahan sastera melayu.

Mudah-mudahan Allah memberi ilham Nya untuk terus menulis...



Di Kau Terlalu Jauh....


Duhai diri,
Ku rasakan dikau terlalu jauh dari Ilahi
Ku rasakan diri ini terlalu kosong
Jiwaku sunyi dari kelazatan cinta Ilahi
Ke mana hilangnya kelazatan itu?
Kenapa begitu gersang hatimu duhai diri?

Ku semak helaian buku kesayanganku…
Buku berjudul BAWA HATIMU KEPADA TUHAN…
Ku singkap lembaran demi lembaran
Akhirnya ku temui jawapan…

Ku hayati bait katanya
Ku selami jiwa penulisnya
Ku tersentuh membacanya
Lantas ku renungi diri yang hina

Duhai serikandi,
Maksiat itu akan menutupi hatimu
Maksiat hati
Maksiat mata
Sudahkah kau jaga duhai serikandi?
Arghhh….
Jika ini tidak kau juga
Makin gelaplah hatimu

Ingat serikandi!
Ilmu itu cahaya
Ilmu tidak dapat menembusi objek legap
Yakni hati yang penuh titik noda….

Allahurabbi!!!
Ampunkan aku Ya Allah
Aku biarkan diriku ternoda dek nafsu durjana
Argghhh....
Kenapa begini?
Kenapa kau biarkan hatimu lalai duhai serikandi?

Ya Allah,
Di keheningan pagi
Ku menangis tersedu sedan menyesali perbuatanku
Tapi…
Di kala siang hari
Ku masih mengulangi perkara yang sama…

Argghhh…
Kenapa ku tidak mampu melawan nafsu durjana ini?
Kenapa hatiku masih terpaut pada benda yang sia-sia ini….
Ampunkan aku ya Allah…
Aku mengkhianati penyesalanku…
Aku hipokrit!
Aku bohong!
Aku berdusta….!

Kau ampunkanlah aku ya Allah,
Ku tidak sengaja menyakiti hati-Mu
Ku tidak mahu perjalanan hidupku tidak diredhai…
Ku tidak mahu perjuangan ini dilayari penuh noda dan dosa

Duhai serikandiumar…
Sedarlah engkau bahawa hatimu sudah lalai
Di mana prinsip yang engkau pertahankan?
Maafkan aku ya Allah….
Aku tidak setegas Umar yang aku agungkan….
Malah aku semakin goyah…

Ya Allah…
Bantulah diri ini bangkit kembali…
Kembali menautkan hatiku kepada-Mu
Kerana sesungguhnya perjalananku masih jauh
Ketepikan diriku dari duniawi yang sia-sia
Supaya ku kejar ukhrawi yang nyata!!!



~monolog serikandiumar~
serikandiumar93
7 November 2010

Saturday, November 6, 2010

Dosa 24 Jam Di Facebook!!!




Gadisku,
Izinkan aku menulis bait kata ini buatmu,
Aku tahu, siapalah aku untuk menulis semua ini,
Namun, aku punya harapan,
Penaku ini menusuk ke kalbumu,
Membawa satu perubahan,
Untuk bergelar wanita solehah.

Ukhtiku sayang,
Aku gusar melihat kalian,
Aku sedih melihat kalian,
Aku takut melihat kalian,
Kalian begitu asyik dengan arus teknologi,
Aku gusar kalian hanyut dibuai badai duniawi….

Aku menonton pita video ini
Allahurabbi….
Apa sudah jadi pada gadisku?
Begitu mudah kalian menayangkan tubuh kalian,
Buat khalayak ramai….

Arghh,,,,
Ke mana rasa malu kalian?
Ke mana hilangnya maruah kalian?
Di mana tingginya nilai seorang wanita Islam?
Ke mana?
Di mana?
Harus ku cari silapnya…..

Gadisku…
Engkau sebaik-baik ciptaan,
Tika masyarakat Arab Jahiliah…
Mempergadaikan harga diri wanita…
Rasulullah bangkit mempertahankan
Hak wanita Islam…

Tapi…
Sekarang…
Kita abaikan…
Kita biarkan…
Maruah kita tergadai…
Malu kita direndahkan…

Ya Allah,
Kau ampunkanlah dosa gadis-gadis ini
Mereka tidak sedar akan kesilapan mereka Ya Allah
Mereka asyik dengan keseronokan duniawi
Hingga mereka lalai untuk mengingati ukhrawi….

Ya Allah,
Sedarkanlah mereka sebelum terlambat
Janganlah Engkau meghukum mereka dengan seksaan yang berat
Kau tautkan hati mereka kembali kepada Islam
Kau bangunkanlah mereka dari lena yang panjang


nukilan hatiku iman,
serikandiumar93
6 November 2010