Salam sayang buat sahabat sahabar seperjuangan sekalian… apa khabar diri kalian? Sudah lama diri ini tidak mengutus sebarang berita di teratak kecil serikandiumar ini. Alamak, terkejut la pula tengok dengan kehadiran pengunjung di teratak yang tidak seberapa ini. Maafkan diri ini andai kata tiada apa yang dapat ana sajikan untuk memenuhi kehendak kalian. Hanya sekadar ini yang termampu untuk serikandiumar ini berikan.
Insyaallah, 23 November 2010 ini akan bermulanya jihad ilmu serikandiumar ini bersama-sama sahabat seperjuangan yang lain untuk bertungkus lumus membuktikan kesungguhan kami untuk berjaya di dalam SPM ini. Di kesempatan ini ana ingin memohon seribu kemaafan andai kata ada salah dan silap yang telah dilakukan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja kerana diri ini juga manusia biasa yang seringkali melakukan kesilapan.
Justeru itu, serikandiumar akan memberhentikan penulisannya buat seketika untuk memberi ruang kepada diri ini menumpukan sepenuh perhatian terhadap SPM nanti. Moga menemui syahid dan andai kata kematian menjemput tika itu, doakan ana syahid kerana ana sedang berjihad dengan jihad ilmu. Allahuakbar!!! Buat sahabat-sahabat yang bakal menduduki SPM bersama ana, bukan sahaja sahabat maahad malahan sahabat seluruh Malaysia, semoga berjaya dan mencapai apa yang anda impikan! Salam imtihan dari ana… ingat pelajaran NO 1, perjuangan bukan NO 2!
No comments:
Post a Comment