Pages

Tuesday, October 18, 2011

ABAH

          9 Ramadhan.. Allah...pantas masa berlalu.. sedar tak sedar.. sudah 9 hari aku berada di bulan yang mulia ini. Seperti kebiasaan, aku dan rakan-rakan akan ke Darul Hadith pada setiap petang. Bersama menadah kitab, berbuka beramai-ramai dan menunaikan solat terawih berjemaah… Sudah 2 tahun, Darul Hadith sebati dengan diriku. Terasa keindahan menuntut ilmu dengan ulamak di sini. Kehangatan dan pelukan sebuah ukhwah yang bertunjangkan tauhid sentiasa meresap ke dalam kalbuku…Allah~

          Aku datang awal hari ini. Namun, hatiku terasa kosong. Tiada rasa untuk masuk dan duduk bersama sahabiah yang lain. Aku bangun dan duduk di luar. Aku runsing. Menunggu sahabatku, dia janji nak bawa telefon aku. Aku tertinggal di Qurratul Ain.. Ya Allah.. kenapa aku tak tenang sangat ni?

          “Lilie..kenapa lambat sangat ni? Mana telefon ana..?”

          “Sori la Suha..macam tak faham pula.. kitorang jalan kaki.. nah.. tadi mak nti call..”

          “Yeke..ok.. terima kasih Lilie ^__^”

          Aku segera mencapai telefon. 3 sms. 5 miscall dari umi! Kenapa ya? Aku buka satu persatu mesej.

          “Salam..adik ada kat mana ni? Abah sakit teruk semalam..”

          Allah..aku terus terduduk. Air mata sudah laju membasahi pipi. Segera aku mendail nombor telefon ummi.

          “Ummi…abah macam mana?”        

          “Alhamdulillah nampak ok sikit..adik pergi mana semalam?”

          “Telefon adik tertinggal kat rumah sewa kawan.. adik nak balik boleh dak?”

          “Ummi rasa tak payah la.. ummi nampak abah dah ok sikit.. lagipun adik kan nak exam kan..?"  

          “Alaaa..ummi..ummi, nak balik..”

          “Dengar cakap ummi..tak boleh sayang..”

          “Ye la…..”

*****

          Sepanjang kuliah. Hatiku sangat tidak tenteram. Aku nak balik! Ya Allah..kuatkan hati hamba-Mu ini Ya Allah… dari kejauhan, azan maghrib sudah berkumandang. Aku segera berbuka puasa. Sekadar berbuka dengan kurma dan air kosong. Tiada rasa untuk makan.

          Aku bangun untuk mengambil wudhuk dan solat maghrib berjemaah. Hatiku sebak! Entah kenapa hatiku diruntun pilu. Imam sudah selesai mengimamkan solat maghrib. Kami bersama menadah tangan, mengaminkan tiap bait doa yang dibaca.

          Tiba-tiba angin kuat datang menerpa. Muslimat bersolat diluar. Hanya beralaskan tikar getah. Kami terpaksa bangun. Angin yang kuat membawa hujan yang lebat. Allah.. hujan yang turun selebat perasaanku tika ini. Apakah petanda ini Ya Allah? Aku sudah tidak sedap hati.

          Aku berlari anak menuju ke dalam rumah ustaz. Mencari telefon bimbit dan mendail nombor ummi.

          “Ummi…adik nak balik? adik nak tengok abah..”

          “Sayang… ummi penat hari ini. Lagipun tak da sapa yang boleh pergi ambil adik.. adik tunggu hari Jumaat ni ya? Ummi pergi ambik..”

          “Ummi…”

          “Adik…bolehkan?”

          Aku terus menekan punat merah tanpa menjawab pertanyaan ummi. Sedih! Aku nak jumpa abah. Aku dah rasakan lain. Hujan yang lebat. Kesejukan di malam 10 Ramadhan. Aku rindu abah….aku terus menangis di situ juga.

*****

          15 minit kemudian. Telefonku berdering. Ummi?

          Aku mengangkat telefon. Namun sepi.. aku panggil ummi.. terdengar esakan kecil. Kenapa ni?

          “Ummi…kenapa ummi?”

          Ummi masih diam. Hanya esakan kecil kedengaran. Aku sudah kaget. Berkali aku panggil ummi. Sahabatku, Lilie.. dari tadi tidak henti-henti mengusap lembut belakangku. Mengerti perasaanku tika ini..Allah~

          “Adik balik ye sayang..satgi Pak Su datang ambik..”

          “Kenapa ummi?”

          “Abah dan tenat..”

          Aku terus menangis.

          “Kan adik dah kata.. adik nak balik.. ummi tak kasi..”

          “Jangan cakap macam tuh sayang.. sayang tunggu ya.. satgi pak su datang.. adik ada kat mana tuh?”

          “Cakap kat Pak Su.. adik ada kat Darul Hadith..Pak Su tau..”

*****

          Di dalam kereta. Aku tidak henti-henti menangis. Aku rindukan abah. Teringat lagi saat-saat akhirku bersama abah. Abah genggam tanganku. Abah tak izinkan aku pulang ke rumah sewa. Aku segera lepaskan tangan abah. Merengus kasar. Mengatakan yang aku sudah lambat. Abah hanya memandangku. Aku berjalan keluar meninggalkan abah yang masih duduk di kerusi tua itu. Allah! Kejamnya aku Ya Allah..kenapa aku tegar buat begitu kepada abah…sedangkan, itulah saat akhirku bersama abah…

          Sampai di rumah. Kelihatan begitu ramai orang di rumahku. Aku terus berjalan. Masuk mengikut pintu dapur. Aku hanya melihat abah dari jauh. Aku menjenguk di sebalik dinding. Abah sedang terbaring lesu. Air dimasukkan ke dalam tubuh abah. Mata abah terpejam. Abah tidur barangkali. Aku hanya mampu mengelap air mata yang membasahi pipi.

          Tiba-tiba bahuku ditepuk dari arah belakang. Abang Long… aku terus peluk abang.

          “Bila abang balik?”

          “Abang baru sampai tadi..singgah Perak dulu..ambik angah..”

          “Adik balik dengan sapa ni..?”

          “Pak su..abang..adik sedih..”

          “Adik…jangan nangis.. abah tak suka tengok adik menangis.. pergi la dekat abah.. abah panggil nama adik banyak kali tadi..”

          Aku meleraikan pelukan. Memandang abang long. Abang hanya mengangguk. Aku segera berpaling. Memandang wajah abah. Aku segera menghampiri abah. Duduk di sebelah kanan abah. Muka abah pucat. Tangan abah sejuk. Aku mendekatkan bibir aku ke telinga abah.

          “Abah..adik dah balik…”

          Abah cuba untuk membuka mata. Namun hanya sedikit yang mampu.

          “Hrrrrrr….”

          Hanya bunyi itu yang mampu ku dengari. Abah tak kenal adik ka? Abang long datang menghampiriku.. abang long pegang tangan abah.

          “Abah..ni Nasuha..anak abah.. adik dah balik..”

          “Hrrrr…”

          Aku terus menangis. Masakan hanya bunyi itu yang mampu abah keluarkan. Abah… adik rindu suara abah…abang long terus memelukku. Aku menangis sekuat hati. Abah… adik nak abah.. kelihatan saudara mara yang berada di situ turut menangis. Aku lihat ummi hanya mendiamkan diri. Tiada tangisan di mata ummi. Ummi melemparkan senyuman, penguat semangat buatku. Ummi memberi isyarat. Baca Yassin.. aku mengangguk. Memahami.. kehendak ummi.

          Sekalipun abah tidak memberikan sebarang respond kepadaku. Aku masih setia di sisi abah. Membaca yassin untuk abah. Sesekali aku menyeka air mata yang mengalir. Aku sebak!

          Tiba-tiba.. datang sepupuku. Diorang berpakat nak bawa abah ke hospital. Pak Su segera mencabut jarum yang memasukkan air ke dalam tangan abah. Darah terpancut! Aku terkejut. Aku terus menangis. Jangan kasar dengan abah! Sakit!

          Abah tidak mahu ke hospital. Abah mahu duduk di rumah sahaja. Tetapi diorang tetap bertegas untuk bawa abah ke hospital. Aku merintih penuh hiba. Janganlah bawa abah pergi..abah tak mahu.. kenapa semua tidak memahami?

*****

          Tepat pukul 12 malam. Rumah sudah sunyi sepi. Ada yang sudah pulang. Ummi juga sudah terlelap. Letih barangkali. Aku masih setia di situ. Membaca al quran. Mataku sudah bengkak. Menahan rasa! Allah~

          Tiba-tiba telefom bimbit ummi berdering. Abang long!

          “Adik ni bang long..ummi dah tidur..”

          “Adik…”

          Abang long sedang menangis. Sayup-sayup kedengaran tangisan abang di hujung talian.

          “Abang…kenapa?”

          “Suruh ummi siapkan tilam ya..abang nak bawa balik abah..doktor dah tak boleh buat apa.. degupan jantung dah lemah..40%..doktor suruh bawa balik..”

          “Allah..”

          Aku terduduk lesu. Aku menangis. Memukul diriku. Allah.. jangan ambil abahku. Aku masih belum puas bermanja dengan abah. Jangan ya Allah..

          Aku bangun.. menuju ke bilik ummi. Aku tidak sampai hati untuk kejutkan ummi. Terserlah kelihatan di wajah ummi. aku mendekati ummi. mengusap lembut pipi ummi.

          “Ummi..ummi..”

          Ummi membuka mata. Tersenyum memandangku.

          “Kenapa sayang..?”

          “Ummi..abang telefon..suruh siapkan tilam.. diorang nak bawa balik abah..”

          Ummi segera bangun. Memandang ke arahku. Tersenyum. Aku hairan.

          “Abah dah nak balik sayang..? Kejap..ummi ambil wudhuk..”

          Aku rasa aneh. Ummi tenang sahaja? Seakan mengetahui.. teman hidupnya akan pergi tidak lama lagi. Ya Allah..tenangnya ummiku.. kuatkan dia ya Allah..

*****

          Beberapa minit kemudian. Sebuah ambulans masuk ke dalam laman rumah kami. Aku segera membuka pintu utama. diorang mengangkat abah. Allah.. sayunya aku tengok. Badan abah kurus sangat. Diorang terus mengangkat abah dan meletakkan abah di atas tilam. Abah nampak tenang.

          Aku menghampiri abah. Kaki abah sejuk. Perut abah sejuk. Aku terus menekup mulut. Terus bangun. Aku sudah sebak. Ya Allah.. abahku bakal pergi. Kembali kepada-Mu.

          Aku lihat ummi kesejukan. Terhenjut-henjut berjalan merapati abah. Ummi membisikkan sesuatu di telinga abah. Aku nampak abang long masuk. Abang long menghampiriku. Kami berpelukan. Pertama kali abang long melepaskan tangisannya di dalam pelukanku. Aku memahami hati abang.

          Abang meleraikan pelukan. Abang menarik tanganku dan angah menuju ke arah abah. Kami hanya tiga beradik. Aku anak perempuan bongsu. Abang long..angah dan aku.. duduk mengelilingi abah. Kami sebut nama kami satu persatu. Memeluk dan mencium abah. Abah tidak mampu membuka mata langsung. Mungkin kesan ubat yang diberikan.

          Saudara mara sudah memenuhi ruang rumah. Kami bertiga tekun membaca al quran. Waktu sahur semakin hampir. Aku bangun untuk bersahur. Abang long masih setia mengucapkan kalimah Allah di telinga abah.

          Usai bersahur. Aku menunaikan solat sunat dan solat subuh. Aku berbaring untuk seketika. Bila masanya aku tertidur langsung tidak aku sedar. Aku mimpi abah. Aku nampak ummi datang kepadaku… Ummi memanggilku..

          “Adik..cepat adik..abah dah nazak..”

          Aku membuka mata. Duduk seketika. Mimpi atau betul? Dari kejauhan kedengaran kalimah tauhid dilaungkan. Aku segera mencapai tudung. Masih berjalan terhuyung hayang. Aku berjalan mendekati orang ramai. Kenapa ni? Aku segera melajukan langkah walaupun aku masih tidak sedar sepenuhnya.

          Aku nampak abang di sisi abah. Ada angah.. ummi.. abah membuka mata. Bercahaya.. memandang ke atas.. abah mengucapkan kalimah LAILAHAILLAH…

          Aku lihat kerongkong abah bergetar. Laju.. sedikit demi sedikit..getaran itu hilang. Sedarlah aku.. abah sudah pergi. Aku terduduk. Menangis! Aku tak sempat bersama abah untuk saat akhir. Aku menampar pipiku. Geram! Kenapa aku tidur? Kenapa aku tak bersama abah…

          Ummi segera memelukku. Ummi insan yang paling tenang. Ummi tenang melepaskan abah pergi menghadap Ilahi. Aku menangis di dalam pelukan ummi. abah dah tinggalkan adik. Kenapa abah tinggalkan adik…. Kenapa?

Ya ALLAH.. insan ini telah pergi meninggalkanku. Hilanglah tawa riangnya bersamaku. Hilanglah tempat untukku melepas rindu. Sesungguhnya dia telah kembali kepada-Mu.. Aku redha.. melepaskannya pergi kepada-Mu~

Abah..adik sayang abah… ^__^



Nukilan nurani,
Qani’ah Mawaddah
1.23 pm
18 Oktober 2011
          

Sunday, October 16, 2011

EPISOD 15 : BERJALAN TANPA HENTI

          Pagi ini aku ke pejabat seperti biasa. Hari ini hari kedua ‘budak skema’ hantar aku pergi pejabat. Dia tinggalkan aku dekat luar pagar pejabat saja. Hampeh betul! Aku pun ucapkan terima kasih dan segera masuk ke dalam pejabat.

          Apasal ramai sangat orang hari ini? Selalunya awal pagi macam ni, akulah orang pertama datang..tak pun.. Pak Cik Roshidi datang awal dari aku. Semua orang pandai aku semacam. Aku segera peluk beg telekung dan cepat-cepat naik ke atas. Aneh!

          Aku segera membuka pintu. Aku kaget. Apasal ramai sangat ni? Kelam kabut saja pun…

          “Awal hari ini?”

          “Dia la..awal la… ada masalah besar ni..”

          “Ha..? Masalah apa? Apasal ramai sangat orang ni?”

          “La…tak nampak ka?”

          “Nampak apa..?”

          Tiba-tiba ada seorang pak cik panggil aku. Dia tarik langsir pejabat. Aku pun jalan mendekati tingkap. Aku masih kebingungan… benda apa? Allah! Terkejut aku.. lantai penuh dengan cat merah. Kereta Ustaz Azizan kena baling dengan bata. Banner kerajaan Negeri pun kena simbah cat. Siap dapat surat ugut lagi!

          Terbeliak biji mata aku. Mengetap bibir. Naik seram sejuk pula. Allah~

          “Bila jadi ni pak cik..?”

          “Tak tau la..pak cik mai pagi tadi.. nampak benda ni..”

          “Sapa yang buat..eeiii..teruknya!”

          “Ni yang dok telefon polis ni.. satgi diorang mai..”

          “Ha! Diorang naik atas tak? Jangan bagi naik atas.. satgi saya kena menyorok ^__^”

          “Ish budak ni! Duduk diam-diam kat atas… biar kami saja yang menjawab.. semalam balik pukul berapa?”

          “Ha..nasib baik Nasuha balik awal semalam.. dekat maghrib.. kalau balik lewat macam malam sebelum ni..habislah..”

*****

          Dalam 15 minit kemudian.. 4 buah kereta polis tiba di pejabat. Aku hanya melihat dari atas. Jangan sesekali cuba turun bawah ^__^ Aku nampak ustaz Aizat dan geng-geng Dewan pemuda. Kelihatan juga beberapa orang wartawan. Inilah permainan politik. Nampak sangat.. kebetulan Himpunan Bersih.. Sabtu ini. Aku hanya mampu menggelengkan kepala.

          Tiba-tiba Pak Cik Roshidi naik atas. Naik Photostat surat ugutan. Hebat orang yang tulis ni. Guna komputer tu! Huhu.. aku hanya mampu menggeleng ketika apabila membaca ayat ugutan itu. Tak bermaruah sapa yang buat kerja ni! Sesangat tidak bermaruah kerana sanggup melontarkan kata-kata yang tidak harusnya dilontarkan buat seorang pemimpin yang berjuang untuk Islam.. Allah~

          Setelah selesai segala urusan polis.. aku turun ke bawah. Melihat dengan lebih dekat. Apa yang terjadi sebenarnya. Dari segi pemerhatian aku, orang yang buat benda ini pun bukan berani sangat. Lontaran cat dari arah luar dan agak jauh..

          Sekarang tugas aku bermula. Aku dan seorang mak cik yang bekerja di situ, terus mengambil berus dan sabun untuk memberus lantai ini… ^___^ Penat juga nak sental cat ni. Nasib baik cat kapur.. alaaa..cat murah ja korang nak lempar pun..huhu.. cuba kalau simbah cat Nippon ke..kan best sikit..huhu..

          “Pak cik…belanja! Saya sental lantai ni..”

          “Orait..jom..makan nasi ayam!”

          “Alaa…saya puasa..”

          “Ha…puasa? Xda… hari ini ja tawar..”

          Huh! Aku hanya mampu menjuih bibir. Merajuk! Terus menyental lantai. Haish… moga peroleh pahala dari Allah dek setiap sentalan aku ini (^_^) Kenangan terindah… inilah pengalaman..

          Usai solat zohor.. aku terus terlelap di dalam bilik yang disediakan kat tingkat atas ini… Kat atas ini ada bilik yang ada katil. Aku selalu solat kat situ.. alang-alang dah solat.. tidur la sekali.. penat menyental lantai!

          Dalam keadaan mata yang tertutup, aku teraba-raba mencari telefon bimbit. Aku capai telefon.. ada mesej dari abah tadi..

          “Abah tak redha kakak turun Bersih!..”

          Allah~ aku terus pejam mata.. ada linangan air mata yang mengalir.. hebatnya perjuangan suci ini..mehnah tribulasi yang menguji hati!

Bersambung…

Qani’ah Mawaddah
6.16
16 Oktober 2011
Irbid, Jordan

Friday, October 14, 2011

EPISOD 14 : BERJALAN TANPA HENTI


          Aku ke pejabat seperti biasa. Buat kerja seperti biasa. Yang luar biasanya aku pergi dan balik dengan orang lain. Petang ni budak skema akan datang ambik sebab ustaz dah ada kat airport mungkin. Bersiap sedia untuk ke China…

          Hari sudah lewat petang. Dah nak maghrib. Drebar ‘skema’ tak datang lagi. Nasib baik aku tak puasa hari ini seperti kebiasaan. Tiba-tiba ada orang hantar mesej..

          “Ana akan sampai dalam beberapa minit lagi…”

          Oh ok!!! Budak skema nak sampai dah. Aku tunggu punya tunggu. Mana ni? Tak sampai-sampai pun…

          Tiba-tiba ustaz telefon..

          “Salam.....Nasuha..Amin dah ada kat bawah…”

          “Wassalam…oh ok..”

          Hek eleh! Budak skema dah datang. Tapi sanggup call orang jauh dari call aku. Ish.. ish.. aku pun kalut mengemas barang dan menutup lampu. Tiba-tiba pintu terkuak.. aku menjerit kecil. Ish, budak skema naik atas!

          “Dah siap..?”

          “Dah..”

          “Puasa dak?”

          “Ha..eh..ha..”

          Apa aku jawab ni? Aku tak puasa pun sebenarnya… ^__^ sepantas kilat budak skema turun bawah. Pecut laju!!! Terus masuk ke dalam kereta sepantas mungkin.

          “Dah nak azan ni… kita singgah kedai dulu la..”    

          “Ha…? Eh..tak pa..tak pa..”

          “Dahtu..nak buka puasa kan.. ka nak balik SAIF terus..”

          “Balik terus…”

          Kereta terus dipecut laju. Aku naik kecut perut. Alamak! Aku mana puasa pun… aku hanya mampu mengetap bibir. Memang kelakar kot.. kereta ni macam nak terbang dah rasanya. Aduh!!! Kanak-kanak ribena ni pun pi mengaku puasa kenapa? Kantoi..kantoi…

          “Salam..Timah..pi tengok makanan kat kantin sat…ana dah bawa balik Nasuha ni.. dia puasa..”

          Ya Allah!!!! Pak cik… macam mana aku nak cakap ni.. aku tak puasa. Aku hanya mampu berdiam diri. Tak senang duduk dah. Macam mana kalau kak Timah kata aku tak puasa? Malu kot……….

          Aku terus capai phone…

          “Kak Timah……..!!!!! jangan bagitau Amin yang Nasuha tak puasa.. dia ingat Nasuha puasa daaaa… jangan kasi saya malu!!!”

          Fuuhhhh…hanya mampu berdoa. Jangan bocor rahsia ini. Malu jadinya. Bayangkanlah kalau budak skema ni tau, aku tak puasa. Mesti aku kena punya. Dia punya pecut selaju mungkin kerana mati-mati ingat aku puasa. Walhal… tidak ^__^

*****

          Akhirnya..aku sampai SAIF. Terus keluar kereta dan menuju ke asrama. Ternampak kak Timah di tepi tingkap surau. Terus aku panggil… kak Timah!!!!!!! ^__^

          “Awat cek…”

          “Jangan bocor rahsia..”

          “La..bukan kamu puasa ka..?”

          “Mana ada..pagi tadi melantak tu apa dia?”

          “A’a la…hehe… tu yang kak hairan.. apasal kalut saja pak cik tuh.. siap suruh pi tengok makanan..”

          “Apa-apa aja lah..jom..naik atas dulu..daaa…”

p/s : ‘budak skema’ ni tak skema pun..just first impression aku..hakikatnya.. rakan sekerjaku semuanya baik.. yang setia menjaga kanak-kanak ribena ini ^__^

Bersambung…

Qani’ah Mawaddah,
11.09 am
14 Oktober 2011
Irbid, Jordan

Thursday, October 13, 2011

EPISOD 13 : BERJALAN TANPA HENTI

          Tiap hari ini. Inilah rutin harianku. Awal-awal pagi aku akan dihantar ke markaz. Sebelah petangnya pula aku akan diambil pulang ke SAIF. Macam ada driver sendiri.. huhu.. hari ini agak sibuk dan banyak tugasan yang perlu aku siapkan. Pak cik Rosdi dan Encik Muzaini pun sibuk menyiapkan tugas mereka. Kadang-kadang aku rasa agak kaget dan janggal dikelilingi oleh orang lelaki dalam keadaaan aku seorang perempuan di situ. Namun..aku cuba membiasakan diri. Diorang dah anggap aku macam anak diorang ^__^

          “Esok sapa hantar..?”

          “Ustaz la..kenapa?”

          “Eh…dia tak bagitau ka..kata dia nak pi China?”

          “Ya ka..”

          Aku mendiamkan diri. Ustaz!!! Sampai hati tak bagitahu. Kejam…huhu… dari pagi hinggalah ke petang. Aku tekun buat kerja. Aku bagitau kat ustaz yang aku nak balik malam. Banyak kerja yang ingin disiapkan. Ustaz go on ja…

*****

          Jam dah menunjukkan pukul 10 malam. Aku dah naik gelisah. Kenapa ustaz tak datang-datang lagi? Aku dah nak nangis. Takut tinggal sorang. aku telefun ustaz. Ustaz tak angkat. Ustaz.. lupa ka???? Dari pukul 10…dah pukul 11 malam. Aiyyyoooo…. Macam mana ni… aku dah nangis.. huhu… aku tengok bawah..nampak Ustaz Azizan baru balik…

Titttt…titt…

Kiriman sms dari kak Timah…

          “Salam..kamu tak balik lagi..”

          “Wassalam…whuaa….nak balik..ustaz lupa ka?”

          “La..ustaz tak pi ambik lagi ka..?”

          “Dak…”

          Aku dah tak senang duduk. Memang dah nangis ^__^ takut kot… tinggal sorang..

          “Kak dah call..ustaz ada dalam mesyuarat..tunggu sat ye..”

          “Ok..”

*****

          Akhirnya..ustaz sampai. Hampir pukul 12 malam. Aku segera menutup lampu pejabat. Gelap gelita. Aku berlari turun ke bawah takut ^__^ terus tutup pintu dan masuk ke dalam kereta. Duduk betul-betul belakang ustaz.

          “Minta maaf la Nasuha.. ustaz ada mesyuarat tadi..baru habis..”

          “Hmmmm…tak pa..” 

          “Nangis dah pa..”

          “Mana ada..” (walhal memang nangis pun..huhu)

          “Telefon kak Timah ka tadi..”

          “Tak..antar mesej…dia tanya awat tak balik lagi..”

          “Oh..dia call ustaz tadi..risau sungguh pasal adik dia ni..”

          Aku hanya senyum. Ketawa kecil. Dah gembira balik ^___^

          “Banyak lagi ka kerja yang tak siap..?”

          “Ada sikit lagi..ada yang dun yang tak bagi maklumat lagi..itu yang payah nak buat kerja..”

          “Nanti suruh cik muzaini cari…, Nasuha..ustaz nak pi China esok…”

          “Ha…yaka… (buat-buat terkejut..walhal dah tau pun..huhu) pi ngan sapa?”

          “Ustaz yati la..sapa lagi..”   

          “Dua ja? Anak-anak..?”

          “Dok kampung… ha la..berdua… bila lagi..”

          “Amboi..”

          “Kiranya…esok Amin akan antar tiap-tiap hari…”

          “Ha…? Alar…”

          Aku dah menjuih mulut. Takkan budak skema tu nak hantar aku! Tak suka betul. Seminggu juga tu aku nak kena naik kereta dengan dia. Huh! Tiba-tiba ustaz hulur duit.. RM100. Aku tolak. Apasal pula nak bagi duit ni.. last-last aku ambik juga. RM100 tuh…. Rezeki.. ambik ja la… ^__^

          Kami dah sampai depan SAIF. Ustaz tinggal aku kat luar. Aku kena jalan kaki masuk dalam. Whuaaa… kejam juga ni..huhu.. aku pun tolak la pintu pagar. Kawasan sekolah dan senyap sunyi. Gelap! Naik seram aku. Aku berjalan sambil membawa fail-fail kerja. Banyak kerja yang masih belum siap.

          Aku terdengar suara-suara kecil. Sapa pula ni… aku dongak ke atas… nampak warden-warden lelaki.. syed..qoyyum..fakhruddin.. dok bersembang kat luar koridor asrama.. fuhh… turun semangat..ingatkan hantu…

          Melangkah masuk ke dalam asrama. Budak-budak dah sedap tidur.. waaa… best ni. Aku pun terus masuk bilik.. dan.. tataa..selamat malam.. mengantuk!!!

Bersambung..

Qani’ah Mawaddah
2.03 pm
13 Oktober 2011
Irbid, Jordan