Aku ke pejabat seperti biasa. Buat kerja seperti biasa. Yang luar biasanya aku pergi dan balik dengan orang lain. Petang ni budak skema akan datang ambik sebab ustaz dah ada kat airport mungkin. Bersiap sedia untuk ke China…
Hari sudah lewat petang. Dah nak maghrib. Drebar ‘skema’ tak datang lagi. Nasib baik aku tak puasa hari ini seperti kebiasaan. Tiba-tiba ada orang hantar mesej..
“Ana akan sampai dalam beberapa minit lagi…”
Oh ok!!! Budak skema nak sampai dah. Aku tunggu punya tunggu. Mana ni? Tak sampai-sampai pun…
Tiba-tiba ustaz telefon..
“Salam.....Nasuha..Amin dah ada kat bawah…”
“Wassalam…oh ok..”
Hek eleh! Budak skema dah datang. Tapi sanggup call orang jauh dari call aku. Ish.. ish.. aku pun kalut mengemas barang dan menutup lampu. Tiba-tiba pintu terkuak.. aku menjerit kecil. Ish, budak skema naik atas!
“Dah siap..?”
“Dah..”
“Puasa dak?”
“Ha..eh..ha..”
Apa aku jawab ni? Aku tak puasa pun sebenarnya… ^__^ sepantas kilat budak skema turun bawah. Pecut laju!!! Terus masuk ke dalam kereta sepantas mungkin.
“Dah nak azan ni… kita singgah kedai dulu la..”
“Ha…? Eh..tak pa..tak pa..”
“Dahtu..nak buka puasa kan.. ka nak balik SAIF terus..”
“Balik terus…”
Kereta terus dipecut laju. Aku naik kecut perut. Alamak! Aku mana puasa pun… aku hanya mampu mengetap bibir. Memang kelakar kot.. kereta ni macam nak terbang dah rasanya. Aduh!!! Kanak-kanak ribena ni pun pi mengaku puasa kenapa? Kantoi..kantoi…
“Salam..Timah..pi tengok makanan kat kantin sat…ana dah bawa balik Nasuha ni.. dia puasa..”
Ya Allah!!!! Pak cik… macam mana aku nak cakap ni.. aku tak puasa. Aku hanya mampu berdiam diri. Tak senang duduk dah. Macam mana kalau kak Timah kata aku tak puasa? Malu kot……….
Aku terus capai phone…
“Kak Timah……..!!!!! jangan bagitau Amin yang Nasuha tak puasa.. dia ingat Nasuha puasa daaaa… jangan kasi saya malu!!!”
Fuuhhhh…hanya mampu berdoa. Jangan bocor rahsia ini. Malu jadinya. Bayangkanlah kalau budak skema ni tau, aku tak puasa. Mesti aku kena punya. Dia punya pecut selaju mungkin kerana mati-mati ingat aku puasa. Walhal… tidak ^__^
*****
Akhirnya..aku sampai SAIF. Terus keluar kereta dan menuju ke asrama. Ternampak kak Timah di tepi tingkap surau. Terus aku panggil… kak Timah!!!!!!! ^__^
“Awat cek…”
“Jangan bocor rahsia..”
“La..bukan kamu puasa ka..?”
“Mana ada..pagi tadi melantak tu apa dia?”
“A’a la…hehe… tu yang kak hairan.. apasal kalut saja pak cik tuh.. siap suruh pi tengok makanan..”
“Apa-apa aja lah..jom..naik atas dulu..daaa…”
p/s : ‘budak skema’ ni tak skema pun..just first impression aku..hakikatnya.. rakan sekerjaku semuanya baik.. yang setia menjaga kanak-kanak ribena ini ^__^
Bersambung…
Qani’ah Mawaddah,
11.09 am
14 Oktober 2011
Irbid, Jordan
No comments:
Post a Comment