Pages

Tuesday, October 4, 2011

EPISOD 6 : BERJALAN TANPA HENTI


HOPE… aku membawa harapan yang tulus ke Kuala Lumpur kali ini. Harapan supaya aku bisa melanjutkan pelajaran ke bumi Jordan.     Jika minggu lepas aku temankan Syafiqah untuk selesaikan urusannya untuk ke Jordan, kali ini, aku sendiri yang akan menguruskan urusan aku ke sana. Benda yang terjadi sekelip mata. Seakan kerja gila.

Sampai di Puduraya pada pukul 5.30 pagi. Kami sudah cekap selok belok jalan di sini. Jadi, kami tidak mengambil masa yang lama di sini. Usai solat Subuh, terus naik LRT ke Wangsa Maju untuk ambik terjemahan Sijil Kelahiran dan result SPM.

Dari Wangsa Maju , aku dan Syafiqah ke Putrajaya untuk cop pengesahan seterusnya menghantar terus borang ini ke Kementrian Pelajaran Tinggi. Macam-macam Allah uji… kena marah dengan pak cik bus. Duit kena telan. Hmmm…bukan senang untuk capai kemanisan. Allah….

Selesai segala urusan..kami berpatah balik ke Putrajaya Sentral. Rehat di situ sampai solat Jumaat. Pak long nak datang ambik. Bawa ke pejabat dia di Kementrian Dalam Negeri. Penat dan sedih. Saja aku tak tunjuk kepada sahabat tercinta, rasa hati yang bagai disiat-siat. Aku dah pilih jalan ini, maka terimalah segalanya duhai diri.

Berehat di surau. Aku menuju ke tandas. Nangis ^__^ Ya Allah..berat sungguh ujian-Mu ini..tika aku memilih jalan ini, maka aku redha menerima segala ujian yang bakal Engkau berikan. Berjalan keluar menuju ke surau. Syafiqah sudah berlari keluar.

“Weh…kenapa?”

“Pak long nti telefon…dia sampai dah…”

“Ya ka…”

Aku berlari menuju ke pintu utama. Dari jauh kelihatan sebuah kereta mewah sedang menunggu. Malu nak masuk. Aku tak rapat sangat dengan pak long. Pak long dah tak kawin lagi. Inilah kali pertama meminta bantuannya berikutan pejabatnya bersebelahan dengan Kementrian Pengajian Tinggi.

Membuka pintu kereta dan duduk di sebelahnya.

“Lama dah sampai..?”

“Err…lama la juga…”

“Dah settle urusan kat Kementrian Luar Negeri?”

“Dah..tinggal nak Photostat..kat office pak long boleh Photostat dak?”

“Erm..boleh ja..nak cop sekali kan?”

“A’a…nak cop sekali…

*****

Kami bergerak ke Putrajaya. Wah…jauh juga kalau kami nak naik bus pastu jalan kaki ke sini. Jalan yang bersimpang siur. Mungkin bakal sesat. Pertama kali menjejakkan kaki ke bangunan kementrian. Mengikut sahaja langkah Pak Long. Maklum la, nak masuk office kena guna cop jari. Kami ni sapa la sangat.. ^__^

Terkedu dengan officenya. Setiausaha Kanan ICT, KDN kot…Hebat! Dapat anugerah pekerja terbaik kot. Pejabat yang tersusun rapi. Kemas. Dari sini, boleh nampak pemandangan yang cantik. Dari sini juga boleh nampak bangunan KPT. Apasal tak buat sambungan jambatan ja, tak payah aku turun bawah..jalan kaki.

“Hmm…mana benda yang nak Photostat..”

“Ok..ni dia..”

“Duduklah dulu… buat macam bilik sendiri ya..”

Waaa…aku landing sakan atas sofa. Siap posing tangkap gambar lagi. Last-last pintu bilik terbuka, pak long dah masuk. Baru padan muka, malu. Duduk di mejanya. Lihat dia mengecop sijil kami. Kemas!

“Ok…ni dia. Bawa ni ke KPT. Jalan kaki kat bawah tau. Pak long ada meeting. Satgi, kalau dah sudah.. kalau awal lagi, naik pejabat dulu. Rehat kat situ. Kalau nak tidur, tutup ja pintu ni.. ok?”

“Ok ja… terima kasih ^__^”

*****

Berjalan kaki menuju ke KPT. Fuh..luasnya kawasan. Penat juga kami berjalan. Aku nak makan dulu. Lapar. Tapi Syafiqah kata, selesaikan dulu urusan. Aku OK ja! Tapi hakikatnya..tak larat nak melangkah dah ni. Tak jumpa-jumpa lagi KPT.

Mendaki punya mendaki. Akhirnya..kami dah jumpa KPT. Berhenti sebentar di bahu jalan. Menyusun segala borang dan maklumat yang perlu sebelum kami hantar. Berjalan masuk ke dalam KPT. Terus menuju ke kaunter pertanyaan.

“Assalamualaikum…erm.. saya nak hantar borang sambung belajar ke Jordan..”

“Waalaikummussalam..oh..itu, adik kena turun ke bawah, cari bangunan 8 ya..”

“Oh ok..”

Kena berjalan lagi. Mujahadah sungguh. Kami nak naik lif. Pastu pak cik tu kata, kena masuk ikut pintu depan. Tapi, dia kata tak pa lah. Dia panggil seorang staff. Ikut dia. Kami naik lif dengan dia. Pastu dia buka pintu pejabat.

Eh! Apasal semua orang tengok kami. Rupanya kami masuk pintu belakang. Staff tu bawa kami masuk terus dalam pejabat. Tercengang juga kami. Aku menuju ke sebuah meja.

“Err…cik..saya nak hantar borang sambung belajar ke Jordan..”

“Oh..ini adik kena ke pintu utama, ini pintu belakang..”

“Ha..ya ka..ok…”

Malunya. Apasal boleh masuk pintu belakang ni. (Rezeki dan pertolongan dari Allah barangkali). Aku terus menuju ke ruang utama. Duduk di sofa. Rezeki kami. Allah..allah.. pegawai besar datang sendiri duduk depan kami. Dia semak segala dokumen dan terus terima. Cepat dan pantas! Aku dan Syafiqah saling memandang..

“Rezeki kita kan Syafiqah???”

“A’a…rezeki kita… ^___^”

*****

Aku berjalan keluar dengan hati yang lapang. Puas! Allah… aku kian tenang. Inilah puncanya. Jordan milikku rupanya. Maka hati yang dulunya gundah kian menjadi tenang. Inilah kasih dan cinta-Mu buat diriku. Deringan telefon mematikan lamunanku.

“Assalamualaikum… along..abang ni?”

“Waalaikummussalam..abang? abang mana pula..?”

“Abang busu la…ada kat pejabat abang Eii ka?”

“Oh..abang busu..a’a.. kenapa?”

“Datang tidur rumah abang nah? Abang Eii dah bagitau..”

“Iya la..tengok dulu… ni nak gi pejabat dia la..”

“hmm..ok..mai taw..”

Talian telefon dimatikan. Lawak betul. Aku pandang Syafiqah. Sejak bila aku ada abang ni? Ish..ish… kami sama-sama gelak. Tiba-tiba dapat pula mesej pula.

“Salam..pak long ada dalam meeting. Satgi, kalau nak naik pejabat, pergi kat pak guard kata nak naik bilik pak long. Takut korang tak lepas nak naik..kalau dia minta ic, tinggal ic kat situ…pastu minta kad”

Betul juga. Nak naik pejabat pak long kena lepasi banyak pintu. Aku menuju ke pak guard.

“Err..pak cik..nak naik bilik pak long saya..”

“Ha…?”

Weh..silap cakap!

“Saya nak naik bilik Encik Yusri..Setiausaha kanan ICT..”

Dia bagi kad. Gelak kat aku. Argh..payah betul nak masuk pejabat orang ni. Kanak-kanak ribena ini pun naik ke pejabat. Berjalan dua orang kami dengan galas beg di belakang. Macam kanak-kanak sekolah terlepas ^__^

Mulut kami tak boleh berhenti bercakap. Tiba-tiba..ada mata-mata yang melihat kami. Alamak! Bilik meeting pak long. Kami pecut. Mencari bilik dia. Masuk dalam dan tutup pintu. Memalukan! Hampir sejam di dalam bilik tu, pak long masuk. Dia bagi kami guna internet.

Aku pun buka internet. Membelek computer bilik dia. Tengok picture dia bercuti di England. Wah… seronoknya. Sambil membelek gambar, aku buka web KPT. Check jawapan Universiti. Tanpa disangka-sangka. Aku mendapat tawaran ke UIAM dalam jurusan ASASI SAINS KEMANUSIAAN. Aku pandang Syafiqah..

“Nasuha…jangan buat pasal. Kata nak pi Jordan!!!!!”

Terkedu…………!!!!!!

Bersambung..


Qani’ah Mawaddah,
1.10 pm
4 Oktober 2011
Irbid, Jordan

1 comment:

ainaa syahirah said...

kelakar.tapi,macam tu la hidup kannn.Allah uji dulu,nikmat kemudian,selepas banyak cubaan :)