Pages

Sunday, March 31, 2013

ANAK MUDA DITANGKAP!


Dalam tempoh dua minggu, TIGA SIRI TANGKAPAN telah dilakukan pihak polis terhadap MAHASISWA !

Siri Tangkapan Pertama : Tiga mahasiswa ditahan di hadapan RTM Angkasapuri ketika berhimpun bagi menuntut jawapan RTM berhubung penganjuran debat antara mahasiswa dan Perdana Menteri 22 Mac 2013 setelah surat jemputan dihantar lebih dua minggu.

Siri Tangkapan Kedua : Lima penuntut Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan ( tiga siswa, dua siswi) ditahan pihak polis ketika mengadakan Speaker's Corner dan edaran risalah di sekitar Labuan pada 24 Mac 2013.

Siri Tangkapan Ketiga : Lima mahasiswa ditahan di Putrajaya pada 31 Mac 2013 kerana menganjurkan Konvoi dan Himpunan Gelombang Anak Muda Tolak Umno/Bn - TOLAK.

MUTIARA KATA [2]


Ilmu merupakan elemen yang cukup penting dalam melibatkan diri dalam Gerakan Islam. Ketandusan ilmu di kalangan pendokong-pendokong gerakan Islam menyebabkan berlakunya tindakan berasaskan akal semata-mata.

Kesannya akan lahir golongan yang mengutamakan matlamat berbanding syariat.Sanggup melakukan apa sahaja asalkan menang walaupun melanggar syariat Allah SWT.

Syeikh Muhd Zainul Asri bin Hj Mohd Romli (SU Dewan Ulamak PAS Kedah)
Ustaz Mohd Amir bin Hj Omar
(AJK Dewan Ulamak PAS Kedah)

TOLAK


Presiden GAMIS ditahan selepas memimpin Gerakan Anak Muda Tolak UMNO - TOLAK. 

Anak muda, ayuh bangkit tolak UMNO dan BN

Saturday, March 30, 2013

MUTIARA KATA [1]


Wahai anakku! 

Sewaktu kecil engkau rajinlah untuk belajar dengan tekun dan menuntut ilmu sebanyak-banyaknya, maka apabila kamu dewasa kelak kamu akan memetik buahnya dan kamu akan menikmatinya.



~Luqman Al-Hakim~

Mohon bantuan sahabat semua~


Mohon bantuan sahabat semua~
Beliau merupakan ustazah yang dedikasi, kini terlantar uzur. Suami beliau merupakan salah seorang yang turut membantu dan memberikan sokongan kepada Pusat Tahfiz Al-Amin. Diharap sahabat-sahabat dapat bantu walau dengan hanya "share" post ini...

Demi Masa.


Demi Masa.

Setiap manusia dikurniakan 24jam sehari semalam.
Terpulang bagi setiap insan untuk memanfaatkan
masa yang dikurniakan dengan bijak sepenuhnya
atau sebaliknya. Kadang-kala berasa pelik melihat
orang lain dapat melakukan banyak pekerjaan,
aktiviti dengan baik dalam masa yang ada. Adakah
dia dikurniakan masa yang lebih daripada kita?


TARBIYATUL AULAD


Kebiasaannya anak kecil kalau ke masjid akan membuat bising tetapi berlainan dengan anak kecil ini. Aku perhatikan gelagatnya dengan teliti. Gambar pertama, dia suka menyusun penyapu habuk. Gambar 2, dia sedang menyapu habuk pada tingkap menggunakan tudung kecilnya dan gambar 3, dia nak capai tabung dengan olok-olok memasukkan duit. Aku terfikir seketika, "Bagaimana agaknya ibu bapanya mendidik anak kecil ini?" Seperkara aku terfikir seketika, untuk mengajar anak kecil menghormati masjid, anak kecil perlu dibiasakan untuk datang ke masjid. Anak kecil ini sering dibawa ke masjid dengan penuh kesabaran oleh ayahnya. 

Friday, March 29, 2013

IBU MAMPUS! IBU MAMPUS! IBU MAMPUS!


Saya ada sebuah kisah yang mahu dikongsikan dengan semua. Mari baca, semoga timbul insaf dalam diri ini. 

Pernah, saya me...nyertai satu operasi di Muar, dan kami bertolak dari Johor Bahru kira-kira jam 10 malam dan operasi selesai jam 6 pagi. Kami terus pulang ke Johor Bahru. Sepanjang perjalanan, saya yang memandu sendiri berhenti hampir tujuh kali kerana terlalu mengantuk.

Pulang ke Johor Bahru, biar bantal memanggil, terpaksa diketepikan. Perlu disiapkan berita yang operasi itu untuk siaran berita tengahari. Bukan mudah. Selesai segalanya, jam sudah hampir 11 pagi. Jam dua pula ada satu lagi tugasan. Begitulah kehidupan. Kais pagi makan petang, jika tak dikais, memang tak makanlah.

PERGINYA SEORANG MUJAHIDAH


Innaalillaahi wainna ilaihi raajiun...
Perginya seorang mujahidah di pagi Jumaat yang hening ini..

Sedekahkan al-Fatihah kepada Kak Amizan Baharudin (Opah Jan), Pengarah Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Pusat. 
Beliau menghidap kanser kira-kira 2 tahun...


Thursday, March 28, 2013

I DO CARE! A LOT!


Kalaulah ada 10 000 org mcm Dr.Harlina ni...

Beberapa hari lalu, kecoh mengenai sekeping gambar Rozita Che Wan memakai skirt pendek bewarna biru sambil bersimpul duduk di sebelah kekasihnya, Zain Saidin.

Gambar berkenaan telah menyebabkan Zain terus memadamkan akaun Instagramnya.

Malah, sehari selepas itu, Rozita tampil dengan kenyataan tentang seksi itu adalah hak miliknya.



Wednesday, March 27, 2013

HILANGNYA PERMATA ULAMAK


Bismillah...
Alhamdulillah, setelah sekian lama tangan ini tidak menari di keyboard, menutur bait-bait kata untuk blog serikandiumar a.k.a qaniahmawaddah. Masyaallah, bersawang. Apa khabar kawan-kawan, teman seperjuangan sekalian.

Pasti banyak perubahan pada kalian. Makin bertambah imankah? :)


Monday, March 4, 2013

SAYA DAH TUA!


Bismillah..

Masyaallah, lama sudah tidak update blog yang berhabuk ini. Alhamdulillah, sekarang qaniah dah tepat-tepat berumur 20-tahun. Terima kasih Allah atas nikmat kehidupan ini, hingga qaniah sekarang menjangkau usia 20-an. Melepasi usia belasan tahun.

Subhanallah, indahnya hidup ini jika bersulamkan keimanan yang teguh kepada Allah. Qaniah bersyukur, sepanjang hidup selama 20 tahun ini, bermacam pengalaman, tarbiyah dan pengislahan diri yang qaniah dapat.