Pages

Monday, March 4, 2013

SAYA DAH TUA!


Bismillah..

Masyaallah, lama sudah tidak update blog yang berhabuk ini. Alhamdulillah, sekarang qaniah dah tepat-tepat berumur 20-tahun. Terima kasih Allah atas nikmat kehidupan ini, hingga qaniah sekarang menjangkau usia 20-an. Melepasi usia belasan tahun.

Subhanallah, indahnya hidup ini jika bersulamkan keimanan yang teguh kepada Allah. Qaniah bersyukur, sepanjang hidup selama 20 tahun ini, bermacam pengalaman, tarbiyah dan pengislahan diri yang qaniah dapat.


Syukur, terima kasih Ya Allah.. mengurniakan qaniah kakak-kakak yang telah mendidik diri ini.. Terima kasih Ya Allah.. kerana mengurniakan qaniah sahabat-sahabat yang setia berukhwah dengan ini...

Sesungguhnya, diri ini yang bernama Nur Nasuha binti Abdul Rahman, sangat-sangat bersyukur tidak terhingga atas nikmat-Mu Ya Allah... :')


Semalam 3/3, sehari sebelum birthday diri. Masa yang terluang di malam hari di isi dengan talaqi Fiqh Mar'ah : Dr Uqlah. Subhanallah, seronok berpeluang duduk bersama ulamak ini. Indahnya rasa. Sebelum ini, hanya membaca nama Dr Uqlah dan melihat photo beliau di dalam buku Ustaz Zaharudin : Jangan Berhenti Berlari.

Syukur. Semalam berpeluang bersama beliau dalam majlis ilmu yang cukup syahdu qaniah rasakan. Sejak dari awal majlis, air jernih meniti di tubir mata ini, rasa sebak mendengar setiap kalam yang dilontarkan. Sungguh indah kalamnya. Sangat terkesan di hati.

Wahai bintu, saat kamu baligh, dosa dan pahala di atas bahumu sendiri. Malaikat akan mencatat segala-galanya!

----------
Lakukan segala-galanya kerana Allah..
Jika kamu tidak makan dan minum, jasad kamu yang mati..
Jika kamu tidak menuntut ilmu, maka akalmu akan mati..
Jika kamu tidak sempurnakan tuntutan al quran dan sunnah, maka kalbumu akan mati...

Allah... tazkirah sebelum hari lahir diri ini.
Selamat Hari Lahir yang ke 20-tahun duhai diri ♥

Terima kasih buat mak yang melahirkan diri ini, Suzaina Shuib..

Terima kasih buat abah, yang banyak berkorban untuk diri ini, Abdul Rahman Abd Razak :')

Terima kasih buat adik-adik, yang sentiasa sabar dengan kak long :')

Terima kasih buat kawan-kawan yang setia bersahabat dengan diri ini.. :')

Terima kasih semua.. ♥
Maafkan segala kekhilafan saya sahabat-sahabat... :')
 

Salam sayang..

Qani'ah Mawaddah
Bayt Darazzahra
2.55 pm
4 MAC 2013

1 comment:

Unknown said...

Met milad ya..
Semoga di beri kesehatan keberkahan dan keridhoan untukmu selamanya..