Pages

Saturday, February 2, 2013

KAIN KECIL ITU DI WAJAHKU


Gambar di atas, diambil pada 5 tahun yang lalu. Zaman dulu-dulu. Bukan purdah pun, tapi tudung bidang 60 ditarik bucu bawah dan dipin di tepi. Ini waktu zaman mula-mula nak pakai purdah dulu.

2/2/2008 --- > Umur 15 tahun, Form 3. Masih student di Maahad Mahmud.

Tahun itu tahun penuh mehnah. Allah uji macam-macam. Waktu mula pakai tu 2/2. Masih awal tahun. Baru naik form 3. Kanak-kanak lagi. Tapi, jiwa yang kental menguatkan semangat qaniah.



Mak tak terima. Family tak terima. Kena buang seketika.

Tak balik rumah. Duit tak ada. Tapi Allah ada... :')

Membawa diri.. Tambah pula, piliharan raya makin dekat. Hidup di markaz-markaz, membantu perjuangan Islam. Turun bersama PERSADA. Kenal kakak-kakak..abang-abang.. Sungguh, itu zaman yang benar-benar mendidikku dengan tarbiyah..


Dan hari ini..

2/2/2013 --- > Umur sudah 20 tahun. Tahun 2, Universiti Yarmouk.

Masyaallah.. pantas masa berlalu..

5 tahun lamanya. Rasa makin banyak kekhilafan diri. Banyak yang perlu diperbaiki. Qaniah rindu diri yang dulu.

'Serikandiumar' yang dulu.

Haip, tapi tak baiklah qaniah.. Fikir masa lepas.. Fikir ke depan dan nikmat yang Allah berikan hari ini.. Maka berusahalah untuk menjadi yang terbaik..

Yang silap perbetulkan.. ok qaniah? :')

Sahabat-sahabat sekalian.. Doakan qaniah istiqamah.. Hingga ke akhir hayat untuk berpurdah.. Amin..

Mintak maaf banyak-banyak semua..

Qani'ah Mawaddah
Bayt Dar Azzahra
10.03 PM
2 Februari 2013

2 comments:

Mursyida AZ-ZAHRA said...

amin,,ya rabbi
ukhti..moga istiqamah ye...dOakan utk ana jugak

Izzah Haneefa said...

ALLAH...moga dgn niqab mampu menjadi 'motivasi' buat kita utk terus memperbaiki diri :))