Pages

Wednesday, January 30, 2013

IBRAH DARI BUKU USTAZ ZAHARUDDIN [2]


PROSES PPERLU PELAN TERSUSUN DAN TERANCANG

Proses ini tentunya perlu kepada ibu bapa yang sudah menyediakan alim di bidang agama, atau jika tidak ia lebih mudah disusun dan dirangka oleh sesebuah organisasi, mempunyai dana khusus untuk itu dan sekumpulan pakar yang diberikan tugasan membentuk diri anak terbabit.

Saya teringat maklumat yang diberi oleh seorang pelajar Melayu yang telah menjadi doktor di Ireland dan kini sudah hampir menjadi pakar dalam bidangnya. Beliau mendedahkan proses untuk mencapai apa yang telah dan sedang beliau capai itu, banyak juga bergantung kepada doktor-doktor pakar di Malaysia. Mereka menasihatinya selalu, agar beliau faham dan tahu bahagian teknikal apa lagi yang perlu diperkukuhkan dan dimantapkan bagi memenuhi tuntutan kerjaya doktor pakar di Malaysia. Proses ini menuntut beliau untuk bertugas dan belajar di Ireland hampir 15 tahun.


Tuesday, January 29, 2013

HIBAH


Diceritakan di dalam kitab Al-Hikam yang ditulis oleh Syeikh Ibnu Atho`illah:

Abu Qasim al Junaid ra. berkata: "Ketika saya sedang menunggu jenazah bersama orang ramai yang akan disembahyangkan di Masjid Assyuniziyah, tiba-tiba ada seorang miskin meminta-minta, maka dalam perasaan hatiku: Andaikan orang itu bekerja sedikit-sedikit supaya tidak meminta-minta, tentu akan lebih baik baginya.

IBRAH DARI BUKU USTAZ ZAHARUDDIN [1]


Salam sedingin salju bumi Urdun buat sahabat-sahabat pembaca sekalian... Apa khabar iman? Apa khabar hati? Moga baik-baik saja..

Hari ini qaniah, sukacita nak berkongsi something dengan kawan-kawan pembaca sekalian. Qaniah nak berkongsi sikit mengenai buku Ustaz Zaharuddin yang lebih dikenali sebagai UZAR. Ustaz ada menulis sebuah bukku yang bertajuk Diari Musafir : JANGAN BERHENTI BERLARI.


[HILANGNYA SEBUTIR PERMATA]


[HILANGNYA SEBUTIR PERMATA]

Inna LILLAHI wa inna ILAIHI raajiun. Telah hilanglah sebiji Permata Ulama Tanah Serambi Mekah Al Allamah As Sufi Al Wara` Tn Guru As Syeikh Abd Qadir Bin Md Yussof Al Madani (Tn Guru Paksu Haji Musa, Tumpat) pada jam 2.15 pagi ini setelah beberapa minggu berada di wad CCU HUSM Kubang Kerian. Semoga ALLAH Jalla Wa Aala menetapkan beliau bersama para Aulia, Siddiqin, juga Soolihin....... Al Faatihah.



Thursday, January 24, 2013

RESULT SUDAH KELUAR!


21-Januari-2012

Tahun 1 qaniah terpalit sejarah hitam. Qaniah banyak main-main. Akhirnya, result qaniah jatuh. Jatuh sampai dah dekat nak nazak. Qaniah takut sangat. Kalau bawah dari 50 kena buang universiti terus, kalau bawah 60 sebanyak duit kali qaniah kena tukar takhasus/kos.

Malu sangat. Inilah balasannya kepada orang yang malas study. Sia-sia datang jauh-jauh. Qaniah mula fokus pada tahun 2, usaha sungguh-sungguh untuk naikkan muaddal.

Payah wooooooo nak cover balik. Rasakan keperitan dan kesakitan kemalasan diri sendiri wahai diri.


SEM 1 DAH HABIS

14- Januari-2013

Alhamdulillah, syukur qaniah telah berjaya menamatkan exam yang terakhir dengan jayanya. Sepatutnya exam dah habis 9-Januari-2013 hari itu lagi. Apakan daya, cuaca buruk, hujan dan salji turun dengan lebatnya menyebabkan exam ditunda.

Mula-mula, tak percaya juga, bila baca pengumuman yang dibuat universiti. Kena tunggu respond persatuan dulu. Selang beberapa minit, persatuan pun mengeluarkan arahan exam ditangguh. So, apa lagi, tutup buku panjat katil. huhu.


Friday, January 11, 2013

SNOW IN IRBID


Salam sedingin salju bumi Syam buat kawan-kawan. Mintak maaf, sudah 2 hari entry ini jadi draft dalam blog. Nak menulis tapi sejuk sangat. Keras tangan-tangan sebab waktu qaniah nak menulis, suhu -1'celcius di tempat tinggal qaniah Irbid. Dan salji sedang turun dengan lebatnya. Huhu.

Hanya gambar mampu berbicara :)


Saturday, January 5, 2013

BERMINAT DENGAN ABAYA QATAR?


Salam. Alhamdulillah, mentang-mentang exam final makin nak habis. Aktif balik dengan Abaya. Ya la, segala masih ada kudrat dan keringat kena berusaha. Allah suruh hamba dia berusaha baru boleh tawakal dan berserah. Kan?

Alhamdulillah, qaniah nak promote, sapa yang mahu Abaya Qatar boleh contact qaniah ^^


Friday, January 4, 2013

JUMAAT DATANG LAGI


ADAB-ADAB HARI JUMAAT
1) Hendaklah engkau bersedia baginya mulai hari Khamis dengan menyuci kain dan menyuci baju dan membanyakkan mengucap tasbih dan istighfar pada petang-petang hari Khamis itu kerana waktu yang demikian itu menyamai fadhilatnya akan waktu pada hari Jumaat.

2) Sunat engkau puasa pada hari Jumaat itu, tetapi hendaklah engkau sertakan dengan puasa hari Sabtu atau hari Khamis, kerana makruh puasa pada hari Jumaat itu dengan tiada disertakan dengan hari Sabtu atau hari Khamis.


Thursday, January 3, 2013

DON'T GIVE UP

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah, qaniah baru selesai menjawab exam Madkhal Ilal Sunnah. Maka, hanya tinggal 2 paper lagi berbaki. Untuk qaniah tunjukkan yang terbaik, insyaallah.

Exam hari ini memang terbaiklah. Dalam banyak-banyak subjek/madah yang qaniah ambik padal fasal/sem ini, subjek inilah yang paling rendah qaniah dapat kaut. Memang paling risaulah subjek ini. Asyik call tanya kawan, apa yang tak faham.


Tuesday, January 1, 2013

1 JANUARI 2013

Semalam takut-takut mahu tidur. Pukul 2 baru merangkak naik ke katil, masuk celah hirom. Takut menghadapi tahun 2013. Yang membawa diri qaniah dan sahabat-sahabat makin hari makin mampir ke tahun-tahun yang makin gayat untuk digapai.

Besarnya angka, Masyaallah!

2013, 2014, 2015...

Arghh... pelik bila didengar dan ditulis.


2012 HANYA TINGGAL KENANGAN


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Syukur pada-Mu Ya Allah. Tanggal 30 Disember 2012, Engkau ubat rasa rindu ini pada murabbi tercinta. Takdir-Mu dan dengan izin-Mu, murabbi melangkah kaki ke bumi barakah Syam ini. Syukur :') Terima kasih Ya Allah..