Pages

Tuesday, January 1, 2013

1 JANUARI 2013

Semalam takut-takut mahu tidur. Pukul 2 baru merangkak naik ke katil, masuk celah hirom. Takut menghadapi tahun 2013. Yang membawa diri qaniah dan sahabat-sahabat makin hari makin mampir ke tahun-tahun yang makin gayat untuk digapai.

Besarnya angka, Masyaallah!

2013, 2014, 2015...

Arghh... pelik bila didengar dan ditulis.



Ya Rabb... Mampukah kami berjalan menghampir dan mendaki tahun -tahun ini dengan keimanan yang masih teguh?

Allah..Allah..Allah... Hari ini, walaupun sudah hampir 20 tahun hidup di atas muka bumi ini, iman masih ibarat ditiup angin. Terawang-awang, masih mampu kukuh persis sebuah bangunan yang tinggi.

Pejal dan tegap.

Ya Rabb...

Sahabat Adam dan Hawaku...
Buat teman seaqidahku..
Khas untukmu pemuda pemudiku..

Mungkin tahun 2012, kita masih bermain-main dengan dunia. Mungkin banyak silap kita. Banyak maksiat yang telah kita lakukan. Menggunung tinggi dosa-dosa yang kita buat.

Tapi, ucaplah ALHAMDULILLAH. Kerana hingga saat ini, detik ini, Allah memberi nikmat kepada kita untuk merasa sebuah kehidupan.

Ada sebab Allah masih hidupkan kita sahabat-sahabat. Ada sebabnya..

Kerana Allah mahu memberi PELUANG kepada kita untuk BERTAUBAT, MEMOHON AMPUN kepada-Nya. Ingatlah sahabatku, ALLAH MAHA PENGAMPUN lagi MAHA PENYAYANG.

Masih belum terlambat. Ya, masih ada waktu untuk kita mampir kepada-Nya. Dekatilah Allah, mulalah tinggalkan keseronokan dunia sikit demi sedikit.

Ayyuhal syabab wal fatayat..

Qaniah pohon kepada kalian. Mari kita berubah. Berubah ke jalan yang diredhai Allah. Kita terlampau lalai. Tolong, meskipun qaniah sedar, diri ini juga terpalit dosa yang teramat banyak, tapi qaniah tetap mahu mencuba mendekati-Nya lagi, kerana qaniah tahu, Allah amat sayangkan diri qaniah. Qaniah tidak mahu mensia-siakan peluang ini.

Sahabat-sahabat juga, ayuh..jangan sia-siakan nikmat yang ada.

Ini bukannya masa lagi mahu tunggu TUA baru nak berubah. Bukan tunggu IKHLAS datang baru nak pakai tudung.

Tidak. Tidak. Tidak. 

Engkau sudah tidak banyak masa. Manfaatkan masa yang ada, untuk ISLAM. Siapkan DIRIMU untuk menghadapi ZAMAN FITNAH itu.

Qaniah merayu. Kepada adik-adik, sahabat-sahabat, kakak-kakak.. yang masih belum menutup aurat, tutuplah segera. Yang masih memegang anak dara sana sini, hentikanlah. Yang masih meninggalkan solat, tunaikanlah.

Yang masih bergelumang dengan maksiat , HENTIKANLAH.

Tolong HENTIKAN.


*****

Semalam... orang sambut HAPPY NEW YEAR.

Ramai tak yang keluar DATING dekat DATARAN?
Lepas DATING pergi MANA?

JANGAN kata KORANG pergi BUAT MAKSIAT????

DOSA kawan-kawan..
Qaniah merayu..
Kembalilah ke pangkal JALAN...

HENTIKANLAH... Jom kita jadi pemuda dan pemudi yang mengenal PENCIPTA... Kembalilah SEBELUM TERLAMBAT..

"..Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan...."

~Ali Imran : 185~ 

Sahabat-sahabat... setiap jiwa yang hidup..akan merasa mati. Bersediakah kalian untuk menghadapi saat itu dengan jiwa dan diri yang sebegini rupa.

Allah... qaniah tidak sanggup.

Qaniah tengah dengar lagu ni sekarang...


Hati dipagut rasa sayu. Dulu suatu ketika, qaniah berjiwa SERIKANDIUMAR. Sahabat-sahabat yang mengikuti perkembangan blog ini, tahulah, qaniah adalah orang yang sama dengan SERIKANDIUMAR.

Serikandiumar jiwanya sangat KENTAL.

Qaniah cuba mencari jiwa Serikandiumar itu kembali. Subhanallah, tanggal 2013, menampakkan hati dan jiwa ini berkobar-kobar seperti dulu.

SEMANGAT. SYAHID. FISABILILLAH.

Ya, qaniah mahu menjadi seperti itu.

Jom kawan-kawan, kita jadi JILUL GHURABA. 

Siapa jiwa JILUL GHURABA?

Merekalah jiwa-jiwa yang dianggap pelik di akhir zaman ini. Prinsipnya masih diteguhkan. Pakaian dan identiti Islamnya masih dikekalkan. 

Meskipun hari ini dunia sudah moden dan maju ke depan.

Ya Allah... Aku pohon, kuatkanlah imanku.. iman kami semua.. iman keluarga ku.. sahabat-sahabatku.. guru-guruku.. bakal imamku.. teguhkan kami Ya Allah... Kuatkan kami di zaman yang penuh fitnah ini..

Jangan Kau pesongkan kami.. Bantulah kami.. Pimpinlah kami Ya Allah...

Buat mak abah.. Kakak doakan, amal ibadat dan kecintaan mak abah kepada Sang Pencipta makin ditingkatkan.. Kakak sentiasa doakan yang terbaik.. Kerana aliran kasih sayang seorang anak kepada mak abah yang tak pernah luntur, menguatkan kakak untuk bersama mak abah menghadapi hari-hari yang mendatang..

Buat adik-adik kakak... Kakak doakan, kalian bersungguh-sungguh ke arah Islam. Tinggalkan kemungkaran. Kakak tahu..jiwa remaja. Kalian diuji dengan nikmat dunia.. Ingatlah adik-adikku, kita sedang mendaki hari-hari yang makin hampir ke penghujungnya.. Kuatkanlah iman kaliana dik-adikku...

Buat bakal imamku... Jiwa yang muda.. jiwa seorang muslimah pasti terdetik mahu ke alam perkahwinan.. Makin hari..makin mendaki hari yang makin gayat untuk digapai... Siapkanlah diri kita dengan Iman.. Usaha seiring dengan akhirat... Kerana kita tidak pasti... siapakah yang bakal pergi dulu.. Biar cinta sebuah perkahwinan... cinta kerana Allah semata.. bersama pimpin ke arah redha Allah..

YA ALLAH..KURNIAKAN KESEMPATAN KEPADAKU UNTUK MERASAI NIKMAT ITU.. 

Buat anak-anak yang bakal lahir.. Allahurabbi.. makin jauh untuk digapai... Usap rahimku.. dan ungkapkanlah... YA ALLAH... AKU SERAHKAN SEGALA-GALANYA KEPADA-MU.. ENGKAU YANG MENGETAHUI PERCATURAN HIDUPKU DI MASA HADAPAN.. ANDAI MASIH ADA WAKTU DAN KESEMPATAN.. KAU KURNIAKANLAH NIKMAT KEPADA KU UNTUK MENGISI RUANG KOSONG DI DALAM RAHIM INI DENGAN JIWA-JIWA YANG AKAN BERJUANG UNTUK MEMPERTAHANKAN AGAMA-MU..

KURNIAKAN AKU KESEMPATAN UNTUK MELAHIRKAN JUNDI-JUNDI YANG AKAN MENJADI TENTERA MELAWAN DAJJAL KELAK..

ALLAHUAKBAR!

*****

Sahabat... rakan..teman dan insan-insan yang qaniah cintai sekalian... Jom kita kembali kepada Allah :')

Jom kita jadi soleh, solehah, musleh, muslehah.. mukmin dan mukminah..

Allah..Allah.. Allah..

Mintak maaf untuk segalanya..

Jom buka buku baru :')

Salam sayang dari qaniah..

Qani'ah Mawaddah
Bayt Dar Azzahra 
1 Januari 2013
8.28 am

No comments: