Pages

Thursday, January 24, 2013

RESULT SUDAH KELUAR!


21-Januari-2012

Tahun 1 qaniah terpalit sejarah hitam. Qaniah banyak main-main. Akhirnya, result qaniah jatuh. Jatuh sampai dah dekat nak nazak. Qaniah takut sangat. Kalau bawah dari 50 kena buang universiti terus, kalau bawah 60 sebanyak duit kali qaniah kena tukar takhasus/kos.

Malu sangat. Inilah balasannya kepada orang yang malas study. Sia-sia datang jauh-jauh. Qaniah mula fokus pada tahun 2, usaha sungguh-sungguh untuk naikkan muaddal.

Payah wooooooo nak cover balik. Rasakan keperitan dan kesakitan kemalasan diri sendiri wahai diri.



Semua markah dah keluar kecuali markah last, micro. Alhamdulillah semua ok, kecuali markah sunnah qaniah dapat bawah 60. Kucewa...kucewa...

Memang debar dada menanti markah last kerana ianya adalah penyelamat kepada muaddal/CGPA qaniah.

Qaniah target 65-70 saja.

Serius, risau..risau..risau...

 Di kala waktu dhuha yang hening. Qaniah try nak buka.

Allah.....menjerit qaniah.

Ya Allah...
Demi waktu dhuha-Mu... Engkau limpahkan rezeki kepada hamba-hamba-Mu..

Syukur, markah terakhir keluar dengan jayanya.
Titisan air mata kesyukuran.

Seindah waktu dhuha, Engkau limpahkan aku dengan markah yang tidak tersangka.
Terima kasih Ya Allah...

Walaupun tidak setinggi mana, tetap syukur kerana melepasi garisan yang digeruni.

------------------------------
Allah..Allah.. Allahurabbi..
Hasbiyallahu wani'amal wakil...

:') Terima kasih Ya Allah...
Abah , mak.. kakak berjaya :')



Syukur kepada-Mu Ya Allah... sememangnya waktu dhuha adalah waktu kegemaran qaniah, dan markah terakhir keluar di waktu itu dengan jayanya.

Qaniah menangis sebak. Serius tak percaya diri ini mampu rupanya. Qaniah mengaku, qaniah banyak main-main waktu tahun 1. Bila dah naik tahun 2, banyak sudah dikurangkan, fb...blog.. semua menjadi malap dan samar... qaniah jarang lagi menulis.

Ya, dan inilah hasilnya. Walaupun sedikit saja, qaniah tetap bersyukur. Qaniah akan usaha lagi semester hadapan.

Chaiyok..chaiyok..


Buat abah mak.... inilah hasilnya..
Buat insan tersayang... inilah hasilnya..
Buat kawan-kawan... inilah hasilnya..

Hasil kepada kemarahan, ketegasan dan keperlian kalian kepada qaniah. Qaniah tahu, kalian mahukan qaniah berjaya sebab itu saja kalian tegas, perli qaniah kan? :')

Terima kasih...terima kasih...

I love all of you...

Fighting.. fighting...!

Qani'ah Mawaddah
Bayt Dar Azzahra
24 Januari 2012
1.53 PM



2 comments:

Alhaqeerah ilallah(Shauqatul Iman) said...

tahniah Qaniah :) semoga terus sukses... ana sentiasa dokan...insyaAllah..^^

batman said...

tahniah :)