Pages

Tuesday, January 29, 2013

IBRAH DARI BUKU USTAZ ZAHARUDDIN [1]


Salam sedingin salju bumi Urdun buat sahabat-sahabat pembaca sekalian... Apa khabar iman? Apa khabar hati? Moga baik-baik saja..

Hari ini qaniah, sukacita nak berkongsi something dengan kawan-kawan pembaca sekalian. Qaniah nak berkongsi sikit mengenai buku Ustaz Zaharuddin yang lebih dikenali sebagai UZAR. Ustaz ada menulis sebuah bukku yang bertajuk Diari Musafir : JANGAN BERHENTI BERLARI.



Subhanallah, banyak input yang qaniah dapat dari buku ini. Setakat ini qaniah baru membaca di muka surat 238. Lagi suku buku berbaki untuk dibaca. Suka sangat banyak buku ni, musafir ustaz sepanjang beliau menyambung pengajian di Jordan dan UK. Yang paling best sewaktu di UK, sebab ustaz sentiasa dijemput oleh student-student di negara yang berdekatan untuk memberi ceramah, sekaligus mencorakkan perjalanan ustaz yang cukup indah untuk dibaca dan di ambil ibrah.

Tambah-tambah, di UK ustaz menyambung Phd dalam bidang Ekonomi Islam, lagi bersemangat qaniah mahu membaca kerana ilmu-ilmu ini adalah sebuah pengalaman dari seorang yang melaluinya, ilmu ini tidak dapat di dalam kuliah, tetapi ilmu ini perlu dicari. Dan ya, qaniah mengesyorkan kepada semua untuk membeli dan membaca buku ini. Sangat bermakna :) Insyaallah.

Di bawah, qaniah taipkan part-part yang amat best untuk diambil manfaat. Qaniah hanya taipkan part-part yang punya point penting untuk dikongsi bersama. Insyaallah. Selamat membaca. Semoga Allah redha :)

*****

INGINKAN ULAMA MALAYSIA SEPERTI QARDHAWI

Menghadiri pengajian intensif bersama syeikh al imam Dr Yusuf Al Qardhawi di Doha, Qatar memberi seribu satu macam kesan dan semangat baru buat diri saya, tercapai juga hasrat untuk mengaji secara berdepan bersama Syeikh yang telah lama tersimpan sebelum ini.

Terkenang pada hari pertama, Syeikh menceritakan kepada kami liku-liku pengajiannya sehingga tertulisnya buku pertama AL-HALAL WAL AL-HARAM FIL ISLAM. Sebelum syeikh sampai ke majlis, setiausaha ahli jawatan kuasa penganjur , menceritakan pelbagai latar belakang syeikh yang amat menarik perhatian seperti cara syeikh menulis kitab-kitabnya dan lain-lain.

Dari pelbagai yang diceritakan, ada satu perkara yang ingin saya sentuh dalam tulisan ringkas ini, iaitu kebijaksaan Syeikh Yusuf Al Qardhawi yang terserlah sejak beliau di peringkat sekolah rendah lagi. Menurut maklumat yang diberikan, Syeikh adalah tergolong dalam 100 pelajar terbaik seluruh Mesir sejak peringkat rendah lagi sehinggalah ke peringkat universiti.

PILIHLAH PELAJAR CEMERLANG UNTUK JADI USTAZ

Dari situ, saya kerap terfikir betapa perlunya seseorang ilmuwan Islam itu dipilih daripada kalangan pelajar-pelajar yang terkenal bijak dan rajin sejak peringkat rendah lagi. Malah sudah sekian lama, saya mencadangkan kepada pelbagai pimpinan NGO Islam termasuk parti politik berkaitan, agar membuat satu perancangan tersusun untuk melahirkan lebih ramai ulama Malaysia yang berwibawa, menembusi peringkat global dan berperanan besar.

Sebelum ini sering kali melihat, ibu bapa yang mempunyai anak-anak bijak dan rajin serta memperolehi keputusan peperiksaan cemerlang, dijuruskan oleh ibu bapa mereka ke arah menjadi doktor perubatan dan bidang- bidang profesional lain berasaskan ilmu sains.

Keadaan dan kecenderungan sedemikian menjadikan jumlah pelajar berminda cerdas dan rajin JARANG dapat disalurkan menjadi seorang ilmuwan dan PEMIKIR ISLAM YANG HEBAT.

Teringat bagaimana Syeikh Yusuf Al Qardhawi merupakan 'cream of the cream' ketika di Mesir sejak kecil. Justeru, dengan pengajian bersungguh, penuh minat, ikhlas dan istiqamah, beliau mampu menjadi seorang ilmuwan Islam dan da'ie yang terulung di dunia.

Saya amat berharap kepada sesiapa sahaja yang membaca artikel ini agar cubalah membentuk anak muda yang terbukti berminat, rajin dan cerdas akal fikirannya untuk dibentuk menjadi seorang alim besar.

BERSAMBUNG...

No comments: