Pages

Saturday, February 11, 2012

SYRIA STOP KILLING

Sukar untuk aku katakan. Biarlah blog ini menjadi saksi, bahawa aku cakna dirimu Umat Islam Sunni. Aku tidak mampu untuk turun berjuang bersama kalian di bumi Homs, Syria. Hanya ini yang mampu aku lakukan, sebarkan pada dunia bahawa betapa seksanya dirimu. Berjuang. Umat Islam Sunni dibunuh oleh Syiah.

Jijik.

Kotor.

Hina.

            Dunia, lihatlah kekejaman mereka. Membunuh umat Islam Sunni. Menghalalkan darah umat Islam Sunni. Dunia, lihatlah mereka membunuh saudaraku, mereka merogol gadis-gadis sebayaku. Aku tidak rela wahai seisi dunia. Aku tidak rela.

            Dunia, tolong dunia. Berhenti kalian, seisi dunia, dari hidup berfoya-foya. Tolonglah, sekarang bukan masa untuk engkau bangun tidur, pergi sekolah, pergi kerja, makan, dan tidur kembali. Tapi hari ini masa untuk engkau turut sama-sama berjuang, bangkitkan rasa bahawa engkau menyokong perjuangan umat Islam ini.


*****
Rasulullah,

            Maafkan kami, umatmu. Kami tidak bersatu. Kami berbunuhan sesama sendiri. Ya Rasulullah, maafkan kami Ya Rasulullah, kami abaikan saudara Islam Sunni kami di Syria sana. Ya Allah.. bantulah kami, kuatkan sahabat seaqidah kami. Amin. Amin. Amin.

Di bawah ini sahabat, video konspirasi Iran dengan Syria.

[Cukuplah hatimu tertutup selama ini, hari ini jangan biarkan lagi hatimu tertutup]


Video bawah ini sangat sebak. Jangan gerun untuk tonton. Lihatlah sendiri, samseng Bashar memijik mayat ini, dan menyuruh pemuda yang sudah mati ini menyebut Bashar.. Bashar. Sangat kurang ajar. Kalaulah mayat ini boleh berkata-kata, akan aku suruh di ucap..

‘Laknatullah Bashar…!’


‘Bangkit Umat Islamku, cakna isu ummah!’


Apa yang perlu kita tahu berkenaan isu yang berlaku di Syria, antaranya ialah :

1) Siapakah Bashar Asad yang sebenarnya?

Basyar Assad merupakan anak kepada Hafez Assad yang sangat dikenali dengan kejam sejak rejim ini memerintah Syria. Sejak kecil Basyar Assad diajar oleh ayahnya membunuh bayi. Pada tahun 1982, peristiwa yang berlaku di HAMA hampir 40,000 rakyat Syria mati dibunuh oleh regim Assad. Selepas itu mereka berterusan melakukan kekejaman terhadap rakyat Syria.

2) Apa hubungan Rejim Syria dengan Iran?

Rejim Syria dan Syiah Iran menjadi sekutu yang kuat sejak sekian lamanya. Hal ini kerana bagi menjamin Syiah terus berkembang. Ia juga diketahui umum setelah Khamainie Iran membuat kenyataan terbuka menyokong Assad. Beberapa insiden ketika rakyat Syria melarikan diri ke Lubnan, Hizbullah menghalang dan menembak mereka. Tentera Iran pula ditempatkan di bumbung-bumbung rumah sebagai penembak tepat.

3) Apa hubungan Rusia dan China dengan Assad sehingga mereka menggunakan VETO menghalang usul bagi memberi tekanan kepada rejim? 

Sebenarnya mereka merupakan sekutu lama yang saling memberi sokongan terutamanya dalam kebijakan faham sosialis dan komunis mereka (tidak sama tapi hampir serupa terutama dalam menzalimi rakyat). Di samping itu juga, Rusia adalah pembekal senjata paling banyak ke Syria.

4. Apa pula hubungan Rejim Syria dengan Israel?


Secara zahirnya kita akan melihat mereka bertindak sebagai anti israel, US, Barat dan memberi ruang dan kesempatan kepada Hamas menentang Israel. Dakwaan ini meleset ketika ditemukan fakta yang menyatakan bahawa Assad telah melakukan kesepakatan sulit dengan Israel dalam isu yang berkaitan dengan Bukit Golan dan lain-lain. 

Assad mendapat imbalan yang besar dari pakatan sulit ini dan dibantu oleh US. Apakah logik bagi sebuah kerajaan yang punya kekuatan tentera dan berada bersempadanan dengan Israel termasuk Iran duduk diam terhadap kekejaman Israel tehadap saudara mereka di Gaza. Manakala menyerahkan Bukit Golan kepada Israel tanpa ada sebab yang munasabah.

(Nota : Maklumat ini diambil daripada penceritaan sendiri oleh rakyat Syria yang diperolehi oleh seorang rakyat Malaysia yang ke Syria baru-baru ini)

Kenyataan ulamak terkenal Syria, Syeikh Muhammad Abul Huda Al-Ya'aqubi yang menyeru kebangkitan rakyat menentang kezaliman rejim Basyar: 

Wahai rakyat Syria! Sesungguhnya rejim telah melakukan penyembelihan terbaru setiap hari di Homs dan di tempat-tempat lain yang dikepung, maka sudah sampai masanya untuk tidak harus kita duduk berdiam diri. Demikian itu kerana wajib kita membantu golongan yang lemah, mengharamkan mereka dari meneruskan pembunuhan, mempertahankan hak manusia. Ini kerana rejim hari ini sudah hilang kelayakan memerintah, maka kami mengeluarkan fatwa bahawa wajib bagi kita memikul senjata dan meniup semboyan bagi menghapuskan mereka yang membunuh secara berluluasa demi menyelamatkan nyawa-nyawa lelaki dan wanita, kanak-kanak dan warga tua di Homs, Zabdani, Dir Zur, Lazaqiyah, pinggir Halab dan semua bandar-bandar Syria. Ramai penduduk yang sudah disembelih, rumah-rumah dimusnahkan dan manusia yang dibunuh oleh skuad penembak. Oleh itu, kami mengeluarkan fatawa bahawa:

Pertama: Wajib bagi tentera dan polis rejim keluar dan menyelamatkan diri

Kedua: Wajib bagi pasukan tentera simpanan untuk menyertai tentera yang berpaling tadah dan tidak boleh bagi mereka menyertai tentera rejim. Wajib bagi rakyat memberikan bantuan sedaya mungkin kepada pasukan tentera yang berpaling tadah ini dari sudut perlindungan dan apa jua bantuan.

Ketiga: Wajib bagi para peniaga dan usahawan mengumpulkan sumbangan kewangan bagi membantu daerah yang dikepung.

Keempat: wajib bagi para ulamak dan khatib menyeru kepada kebangkitan selain mendirikan solat ghaib untuk roh mereka yang terkorban.

Kelima: Kami menyeru kepada penduduk Damsyik dan Halab menyertai kebangkitan ini

Keenam: Kami menyeru kepada para pegawai tinggi kerajaan, ahli-ahli politik dan pegawai diplomatik kerajaan untuk keluar dari pentadbiran rejim.


Gambar terbaru Syeikh Yusuf Qardhawi ketika menyampaikan khutbah Jumaat hari ini. Beliau meletakkan bendera Syria di atas bahunya sebagai tanda menyertai Revolusi Syria ketika ini..Semoga ALLAH memelihara beliau dan memanjangkan usia beliau. Amin Ya Rabb.


             Pemimpin tertinggi Iran, 'Ayatullah Al-Uzma' Ali Khomeini meminta Iran membantu rejim Syria yg berhadapan dgn kebangkitan rakyat sementara di Bahrain pula, mereka terang-terangan menyokong Revolusi Pemuda Syiah Bahrain yang cuba menggulingkan kerajaan Sunni..Sementara di Iraq pula, kerajaan pimpinan PM Nuri Maliki cuba menyingkirkan menteri-menteri Sunni antaranya Naib Presidennya yang Sunni.


Siapakah Bashar Al-Asad?


            Sudah begitu banyak perilaku keji yang dilakukan tentara Bashar, seorang Syiah Nushairiyyah terhadap para tahanan Sunni di dalam penjara. Yang paling parah adalah ketika mereka menyuruh para tahanan untuk mengagungkan Bashar, bahkan bersujud kepada presiden Suriah itu. Jika ada yang membangkang, maka akan dibunuh pada saat itu juga. Bentuk-bentuk perintah keji yang dilakukan tentara Bashar ini bukan sekadar seksaan belaka. Bahkan lebih teruk dari itu.


            Hari ini, saya berani katakan pada dunia, Bashar Al-Asad adalah pemimpin Syiah Nushairiyyah. Dan dia membunuh umat Islam Sunni. Aku berani katakan pada dunia, aku Sunni. Aku benci Syiah. Kalian membunuh saudara seaqidahku, nantikan hari kemenangan di akhirat sana, Allahuakbar!


Jom baca lebih lanjut di sini.

Dalam agama kita ISLAM hukum berzina, membunuh tanpa hak (kecuali dgn diizinkan syarak) dan membohong adalah berdosa besar..Tetapi dlm Syiah smua itu halal..Zina ditukar kpd istilah "nikah Mut'ah", membohong ditukar kepada "Taqiyyah" manakala membunuh pula dihalalkan kepada golongan Syiah untuk membunuh Sunni, bahkan mendapat ganjaran pahala yang besar sesiapa yg menumpahkan darah Sunni.

Kuffar! Membunuh sesama Islam, baik bunuh Yahudi Laknatullah.

            Ini ajaran yang betulkah wahai puak Syiah? Aku tanya kamu, inikah ajaran yang suci andai kalian halalkan perkara yang sehina ini?

Nikah Mut’ah seakan-akan kalian mencabar maruah seorang wanita, kami berhak dinikahi dengan baik bukan dipermainkan. Jujur aku katakan, kembalilah ke jalan yang benar. Rahmat Allah itu Maha Luas. Bangkit umat Islam Sunni, jangan berdiam saja.

*****

            Hari ini, berhentilah kalian berseronok dengan cinta. Maafkan aku teman, maafkan aku insan-insan yang tersayang, aku mencintai perjuangan ini.  Maafkan diri ini yang dahulunya ego, yang sangat degil. Demi ummah, demi Islam aku ingin berubah. Tiada masa untuk aku berfoya-foya.

Jadikan medan blog, twitter, Facebook dan sebagainya sebagai medan untuk kita berdakwah. Berfoya-foya atau bercinta, kita ketepikan sebentar. Jadikan cinta kita menuju perjuangan, cinta yang menuju syurga Allah.

Jom sama-sama kita memikirkan isu ummah. Sama-sama cakna.

Aku cintakan perjuangan ini. Nasuha, stop berfoya-foya. Stop membuang masa. Stop jadi insan ego dan degil. Fikir isu Ummah Nasuha. Para pembaca dan Allah jadi saksi!

Sabar Syria, Sabar Palestin, kami pemuda yang akan datang menyelamatkanmu!

Allah..bantu kami.

P/s : Ayuh sama-sama sebarkan, sama-sama cakna!

Qani’ah Mawaddah
Sakan Yarmouk
1.33 pm
11 Februari 2012

2 comments:

Aliyah Al~Istiqamah said...

semoga Allag temukan kita dengan sebuah langkah perubahan yang terbaik dalam mengembalikan islam :)

Khuzaimah said...

Kita masih pengsan.
masih belum sedar lagi yang ummat Islam di sana bergadai nyawa mempertahankan Islam.

Ayuh pemuda!bangkit berjuang!