Pages

Thursday, July 22, 2010

Nota Cintaku






           Salam seharum kuntuman mawar ku utus buat sahabat seperjuangan yang amatku sayangi sekalian. Nota cinta ini ku utus buat sahabat seperjuanganku yang amat setia menemaniku dalam perjuangan ini. Buat sahabatku,ingatlah kata-kata ini, sematkan ia di hati… “ana adalah enti, enti adalah ana…kita adalah roh dalam satu jasad..” ya, kita adalah roh dalam satu jasad, jika kau bersedih pastu ku turut merasakan kesedihan itu, pahit manis perjuangan kita rasa bersama, ana harap ukhwah kita kan berkekalan, salam sayang ana utus buat kalian… ana sayang sahabat-sahabat ana!
 Sekerat akar mampu kuhulur padamu
Di saat dikau terkapai dan kelemasan
Di arus hidup yang tinggal sejengkal cuma
Katamu kau tak bisa berenang ke sana

Engkaulah teman tanpa sangsi dan curiga
Setelah aku mendengar lirih ratapmu
Harumnya sekuntum melati di embunan pagi
Sewaktu kita melewati sebidang tanah perkebunan
Persahabatan

Tersasar aku di dalam mentafsir
Aksara jujur dan ketelusan yang terpamer di wajahmu
Terlalu na
if untuk ku fahami
Metafora puisi dusta dan personafikasi

Sukarnya untuk aku membuktikan
Kebenaran yang berpihak padaku
Kerna peluang langsung tiada padaku
Sedarlah aku erti senyuman
Ada dendam yang tidak pernah padam
Pada lirik matamu ada pedang tajam yang merejam
Ohh….

Terima kasih atas pengalaman itu
Mengajak aku kembali mengenal diri
Terpaksa lagi menyusuri jalan-jalan sepi
Masih bisakah kutemui sekuntum melati mewangi yang tidak berduri

Sahabat, betapa ku rindu padamu… entah kenapa hati ini meruntun pilu mengenangkan ukhwah kita. Saban hari ku berdoa agar ukhwah kita berkekalan kerana ukhwah yang terbina antara kita adalah persaudaraan berlandaskan ikatan aqidah yang satu, ukhwah kita demi perjuangan tercinta, demi Islam semata. Persahabatan kita acap kali diuji dengan sengketa yang mengguris luka, namun entah kenapa sengketa kali ini meruntun jiwa. Ya ALLAH betapa deritanya diri ini, sesungguhnya ku merindui sahabatku, ku rindui senyumannya YA ALLAH, namun aku cuba mendidik hatiku supaya redha dengan ujian-Mu.
Duhai serikandi, redhalah dengan apa yang terjadi. Jadikan kisah Urwah sebagai pengajaran. Pada suatu hari, dalam suatu peperangan, Urwah terkena penyakit kudis yang merebak teruk ke kakinya, lalu dia pergi berjumpa dengan tabib dan tabib itu menyatakan kakinya perlu dipotong supaya kudis tersebut tidak merebak teruk. Ketika ingin memotong kakinya, Urwah tidak membenarkan tabib tersebut menggunakan ubat bius, dia mahu merasa sendiri kesakitan kakinya dipotong. masyaAllah betapa sabarnya putera kepada Asma binti Abu Bakar ini. Dia begitu redha dan sabar menghadapi ujian yang menimpa dirinya.
Oleh itu serikandiumar…cubalah dirimu memupuk sifat redha dalam sanubarimu, sekalipun hatimu terguris, redhalah…sesungguhnya Allah mengujimu. Ingatlah bahawa seseorang itu tidak akan dikatakan beriman jika dia belum diuji. Duhai diri, letakkan pengharapanmu kepada Allah. Bukannya Allah tidak tahu betapa deritanya hatimu, namun ingatlah bahawa ada hikmah di sebalik apa yang terjadi…

Nukilan hatiku,
Serikandiumar93
22 Julai 2010

Wednesday, July 14, 2010

(^-^) Buat bakal imamku...




Salam sedingin titisan embun pagi ku utus buat fatayat Islam sekalian… apa khabar iman di hati? Moga-moga sentiasa mekar dengan kuntuman iman dan zikrullah. Hmmm..sudah lama rasanya ana tak meluangkan masa untuk mencoretkan sesuatu di laman ini. Post-post sebelum ini hanya mampu untuk ana copy sahaja. insyaAllah hari ini kesibukan itu makin berkurangan, ana bakal menurunkan mandat ana tepat jam 2.30 petang nanti. MasyaAllah, sungguh pantas masa berlalu. Sedar tak sedar ana sedang menghampiri SPM, bakal meninggalkan bumi bertuah Maahadil Mahmud ini, arghh…begitu pantas masa berlalu, tapi Ya Allah hati kecil ini mahu tetap di sini hingga tamat tingkatan 6 namun Yaman seakan-akan melambaiku dari sini. Impianku adalah untuk menjejakkan kaki ke tanah bertuah bumi kelahiran Habib Umar.
Maahadku,
                Di sinilah ana mula mengenali erti tarbiah yang sebenarnya. Di sinilah ana dlatih untuk menjadi kuntuman mawar yang mekar untuk agama tercinta. Jiwaku sufi, mindaku haraki. Azam ana untuk menjadi serikandi sufi, sekalipun tak sehebat Rabiatul Adawiyah cukuplah sekadar menjadi serikandi sufi yang sentiasa menagih cinta-Mu, menanti Syurga-Mu Ya Allah. Saban hari ku terfikir, mampukah diri ini menghijabkan cinta manusia dari diriku Ya Allah…? Kadang-kadang hadir perasaan hati untuk menyukai Syabab,namun ana tepis jua, cintaku pada-Mu melebihi segala-galanya, ku cuba untuk menjadi keras, keras seperti batu. Ku takut ya Allah, Kau akan mengujiku lagi dengan gelodak perasaan ini.

Syabab harapan agama,
                Ana sedih melihat kalian.Di mana syabab yang boleh diharap untuk menjaga kami kaum Hawa yang lemah? Baru-baru ini ana terbaca surat khabar, seorang lelaki merogol teman wanitanya di hadapan ibunya sendiri. Ana beristigfar panjang tika membaca berita ini. Lelaki hari ini hanya seperti binatang yang bertopengkan manusia. Sunggu jijik!. Sedih hati ini, masih ada lagikah lelaki yang boleh diharap pada hari ini? Syabab harapan agama, turut menjadi harapan ana, kerana syabab harapan agama juga adalah bakal imam buat diriku dan buat fatayat sekalian.
          Ana bermonolog sendirian, pernah ana nyatakan untuk tidak berkahwin, kerana perkahwinan bukan suatu yang mudah. Tambah pula apabila mengenangkan syabab hari ini sudah tidak berkualiti, sesungguhnya ku merindui syabab keluaran Madrasah Nabi… Tapi…perkahwinan kan satu sunnah, hmm…ana serahkan segala-Nya pada Allah, jika ada jodoh ada la. Ana pun tak pasti siapakah bakal imamku? Pengharapan kita pada Allah jadi serahkan segala-galanya pada-Nya.
Buat bakal imamku,
          Aku tak pasti dan tak tahu siapakah bakal imam yang akan mengemudi masjid yang bakalku bina suatu hari nanti. Namun,hanya satu harapan ana, ana mengharapkan Allah menghadirkan ana seorang syabab yang mampu membimbing diri ke jalan yang diredhai-NYA. Buat bakal imamku, ketahuilah aku bukanlah seorang wanita yang cantik rupa parasnya, yang lembut tuturnya, ku hanya insan biasa yang terkadang melakukan salah dan silap, jangalah mengharapkan kesempurnaan dari diri yang hina ini.
          Aku inginkan seorang suami yang mampu menjadi imam tika ku ingin solat, yang mampu bersamaku dalam perjuangan ini. Sedarlah bakal imamku, telahku pasakkan cintaku buat perjuangan Islam. Sedarlah bahawa bakal isterimu ini telah menginfakkan dirinya untuk perjuangan Islam kerana syahid impiannya. Jadilah dikau bakal imamku, yang sentiasa membenarkan setiap derap langkahku untuk perjuangan jihad ini.
Buat bakal imamku,
          Cita-citaku adalah untuk mati syahid sebagai mujahidah yang memperjuangkan Islam. Sanggupkah engkau bersamaku dalam perjuangan ini. Aku tak mahu bakal imamku tidak menyibukkan dirinya untuk memikirkan masalah ummah. Tak sanggup rasanya aku melihat bakal imamku hanya bersenang di rumah sedangkan ummahnya sedang menderita. Buat bakal imamku, jika kau mengahwiniku, maka kau juga perlu berkahwin dengan perjuangan jihad ini. Ya Allah Kau kurniakanlah aku seorang suami yang turut berjuang bersama untuk menegakkan syiar ISLAM. ALLAHUAKBAR!

Coretan hatiku,
Serikandiumar93
14 Julai 2010


Saturday, July 10, 2010

Aku Malu. Tidakkah Kamu?


Rasa MALU..
Yang seharusnya ada pada setiap wanita..
Rasa MALU..
Yang seharusnya menjadi benteng maruah kita..
Rasa MALU..
Juga yang seharusnya menyedarkan kita akan siapa diri kita..
Jadinya..
Setiap langkahmu selama ini..
 Tanpa rasa takut padaNya..
Tanpa rasa berdosa padaNya..
Apa masih tidak cukupkah rasa malu dalam dirimu?





"Sesungguhnya wanita itu aurat. Dan seorang wanita benar-benar keluar dari rumahnya tanpa ada halangan atasnya, lalu syaitan mengangkat pandangan kepadanya seraya berkata,

 'Sesungguhnya engkau tidak melewati seseorang melainkan engkau menjadikannya tertarik kepadamu....'" - (HR Thabrani)

Takutlah wahai diriku dan dirimu yang bergelar wanita.. Sesungguhnya engkau umpama bunga.. Yang mungkin baru berputik menunjukkan warna.. Merah, biru, kuning, apa sahaja..

Tapi awas!
Kuntuman yang sedang mekar..
Turut bersamanya haruman yang tersebar..
mungkin saja dirimu tidak sedar..
Engkau tidak bersendirian..
Sebenarnya engkau diperhatikan..
Dek kumbang yang berpergian..
Mencari tempat persinggahan..
Lebih ku khuatiri..
Dirimu dihampiri..
Engkau kemudiannya lupa membina bentengmu..
Yakni rasa MALU dengan sang kumbang yang menghampirimu..
Juga ku khuatiri..
Pabila dirimu dihampiri..
Kau semakin lupakan diri..
Membiarkan dirimu disinggahi..
Wahai diriku dan dirimu yang bergelar wanita..

Sedarlah..  
Dirimu di dalam pengawasanNya..
Engkau bukan Khadijah wanita mulia..
Engkau juga bukan Aisya Humaira..
Apatah lagi rabiah kekasihNya..
Engkau hanya insan biasa..
Umpama bunga..
Mudah saja dipetik kelopaknya..
Seandainya tak dipagari malu,
Kan mudah juga layu..

Wahai saudariku..
Aku malu..
Pada diriku..
Pada dirimu..
Ya Allah..
Aku juga rasa malu..
Malu kerna aku lupa untuk malu,
Malu yang seharusnya hanya padaMu..

Tahukah kamu Rasulullah s.a.w pernah bersabda..
"Wanita itu aurat yang tertutup.."

Maka..
Wahai diriku dan dirimu yang ku kasihi keranaNya..
Tutuplah dirimu dengan pakaian malumu..
Bentengilah dirimu dengan rasa malu..
Lebihkan rasa malumu Lebih lagi di hadapan Penciptamu..

Saudariku..
Ayuh. Takut padaNya..
Sungguh, kebanyakan 'kayu api' di neraka adalah golongan kita..
Ini satu peringatan..
Buat diriku dan kita semua..






 Bismillahirrahmanirrahim
Wassalam...