Pages

Wednesday, July 14, 2010

(^-^) Buat bakal imamku...




Salam sedingin titisan embun pagi ku utus buat fatayat Islam sekalian… apa khabar iman di hati? Moga-moga sentiasa mekar dengan kuntuman iman dan zikrullah. Hmmm..sudah lama rasanya ana tak meluangkan masa untuk mencoretkan sesuatu di laman ini. Post-post sebelum ini hanya mampu untuk ana copy sahaja. insyaAllah hari ini kesibukan itu makin berkurangan, ana bakal menurunkan mandat ana tepat jam 2.30 petang nanti. MasyaAllah, sungguh pantas masa berlalu. Sedar tak sedar ana sedang menghampiri SPM, bakal meninggalkan bumi bertuah Maahadil Mahmud ini, arghh…begitu pantas masa berlalu, tapi Ya Allah hati kecil ini mahu tetap di sini hingga tamat tingkatan 6 namun Yaman seakan-akan melambaiku dari sini. Impianku adalah untuk menjejakkan kaki ke tanah bertuah bumi kelahiran Habib Umar.
Maahadku,
                Di sinilah ana mula mengenali erti tarbiah yang sebenarnya. Di sinilah ana dlatih untuk menjadi kuntuman mawar yang mekar untuk agama tercinta. Jiwaku sufi, mindaku haraki. Azam ana untuk menjadi serikandi sufi, sekalipun tak sehebat Rabiatul Adawiyah cukuplah sekadar menjadi serikandi sufi yang sentiasa menagih cinta-Mu, menanti Syurga-Mu Ya Allah. Saban hari ku terfikir, mampukah diri ini menghijabkan cinta manusia dari diriku Ya Allah…? Kadang-kadang hadir perasaan hati untuk menyukai Syabab,namun ana tepis jua, cintaku pada-Mu melebihi segala-galanya, ku cuba untuk menjadi keras, keras seperti batu. Ku takut ya Allah, Kau akan mengujiku lagi dengan gelodak perasaan ini.

Syabab harapan agama,
                Ana sedih melihat kalian.Di mana syabab yang boleh diharap untuk menjaga kami kaum Hawa yang lemah? Baru-baru ini ana terbaca surat khabar, seorang lelaki merogol teman wanitanya di hadapan ibunya sendiri. Ana beristigfar panjang tika membaca berita ini. Lelaki hari ini hanya seperti binatang yang bertopengkan manusia. Sunggu jijik!. Sedih hati ini, masih ada lagikah lelaki yang boleh diharap pada hari ini? Syabab harapan agama, turut menjadi harapan ana, kerana syabab harapan agama juga adalah bakal imam buat diriku dan buat fatayat sekalian.
          Ana bermonolog sendirian, pernah ana nyatakan untuk tidak berkahwin, kerana perkahwinan bukan suatu yang mudah. Tambah pula apabila mengenangkan syabab hari ini sudah tidak berkualiti, sesungguhnya ku merindui syabab keluaran Madrasah Nabi… Tapi…perkahwinan kan satu sunnah, hmm…ana serahkan segala-Nya pada Allah, jika ada jodoh ada la. Ana pun tak pasti siapakah bakal imamku? Pengharapan kita pada Allah jadi serahkan segala-galanya pada-Nya.
Buat bakal imamku,
          Aku tak pasti dan tak tahu siapakah bakal imam yang akan mengemudi masjid yang bakalku bina suatu hari nanti. Namun,hanya satu harapan ana, ana mengharapkan Allah menghadirkan ana seorang syabab yang mampu membimbing diri ke jalan yang diredhai-NYA. Buat bakal imamku, ketahuilah aku bukanlah seorang wanita yang cantik rupa parasnya, yang lembut tuturnya, ku hanya insan biasa yang terkadang melakukan salah dan silap, jangalah mengharapkan kesempurnaan dari diri yang hina ini.
          Aku inginkan seorang suami yang mampu menjadi imam tika ku ingin solat, yang mampu bersamaku dalam perjuangan ini. Sedarlah bakal imamku, telahku pasakkan cintaku buat perjuangan Islam. Sedarlah bahawa bakal isterimu ini telah menginfakkan dirinya untuk perjuangan Islam kerana syahid impiannya. Jadilah dikau bakal imamku, yang sentiasa membenarkan setiap derap langkahku untuk perjuangan jihad ini.
Buat bakal imamku,
          Cita-citaku adalah untuk mati syahid sebagai mujahidah yang memperjuangkan Islam. Sanggupkah engkau bersamaku dalam perjuangan ini. Aku tak mahu bakal imamku tidak menyibukkan dirinya untuk memikirkan masalah ummah. Tak sanggup rasanya aku melihat bakal imamku hanya bersenang di rumah sedangkan ummahnya sedang menderita. Buat bakal imamku, jika kau mengahwiniku, maka kau juga perlu berkahwin dengan perjuangan jihad ini. Ya Allah Kau kurniakanlah aku seorang suami yang turut berjuang bersama untuk menegakkan syiar ISLAM. ALLAHUAKBAR!

Coretan hatiku,
Serikandiumar93
14 Julai 2010


4 comments:

Mawa said...

salam ukhuwah fisabilillah..
ya Allah..Sungguh indah tinta2 seorang mujahadah,,

.:aku bukan siapa2:. said...

Subhanallah.. hebat ayatmu. moga Allah tunjukkan siapa bakal imammu itu. dan ana doakan moga selamat berangkat ke Yaman insyaAllah.

QASEH MAWADDAH said...

insyaALLAH..ana doakan...tetapi dik,ingatlah selalu..apa yang kita impikan nie tak selalunya kita dapat..maka, berdoalah kita selalu kepada-NYA..=)

MOHD MAHATHIR SUGUA said...

salamun 'alaik...

minta kebenaran utk copy coretan ni
http://syabab-umar.blogspot.com/