Pages

Monday, February 28, 2011

TERSENYUM CERIA ^___^


          Semalam, aku berwajah duka, kerna menahan perit kesakitan yang menusuk ke kalbu. Aku cuba yakinkan diri ada hikmah yang tersendiri. Aku yakin sangat-sangat ya Allah…

Hari ini… aku disahkan sebagai pemenang contest 3 series : ayu rashidah. Allahuakbar… tak sangka sangat-sangat. Sedikit monolog hati yang aku tulis hanya sekadar suka-suka setelah di ‘tag’ oleh blog Menongkah Arus Kehidupan, kini menjadi realiti akulah pemenangnya. Terima kasih ya Allah…Kau hadirkan kegembiraan pada hatiku ini.

Terima kasih buat pemilik blog Ayu Rashidah yang sudah memilih aku sebagai pemenang contest ini. Moga Allah permudahkan urusanmu ukhti mahbubah… 

p/s: hadiah ini khas buat ibu tercinta yang tekun mendidikku menjadi seperti ini…


monolog serikandi,

serikandiumar93

1:49 pm

28 Februari 2011

Sunday, February 27, 2011

KEMUSYKILAN


           Di sini ada sedikit kemusykilan… jadi, ana harap, sesiapa yang membaca artikel ini dapatlah memberi pendapat kalian untuk dikongsi bersama dan menghilangkan kemusykilan di benak fikiran ana ini.

Soalan :
1.    Air wudhuk akan batal jika kita menyentuh tangan lelaki ajnabi. Macam mana pula kalau kanak-kanak lelaki yang kita sentuh? Boleh atau tidak kita sentuh?

2.    Kalau boleh sentuh, kanak-kanak hingga umur berapa?

Syukran, sesiapa yang ingin mencurahkan pendapatnya, sila la komen.. ana musykil sangat-sangat bila budak kelas KAFA tanya… budak-budak tadika sengaja tersentuh diorang, jadi diorang terpaksa pergi ambik wudhuk berulang kali. Jadi, ana perlukan penjelasan….

Al faqirah ilallah,
Serikandiumar93,
1.11 pm
27 Februari 2011

Saturday, February 26, 2011

FIRST TIME

          Tepat jam 7.20 pagi aku dah tercegat depan kedai ‘uncle’. Uncle tak datang lagi, jadi kena tunggu la kejap. Tiba-tiba ada orang turun dari kereta. Eh… Syuhada!

          Dia pandang aku.. la… ni kawan sekelas sekolah rendah dahulu. masyaAllah lainnya sahabatku. Bertambah manis^__^ kami bersembang untuk seketika. Tiba-tiba… aku tunjuk kat dia, pusing belakang jap!

          Eh..budak lelaki tu ketua kelas kita dulu! Lainnya… haha… kami gelak. Teringat zaman sekolah rendah. Tiba-tiba Syuhada cuit aku… aku pula pusing ke sebelah kanan… eh, dia pun budak sekolah kita… la…jodoh betul ka ni.. hehe

          Van uncle dah sampai, aku dan Syuhada duduk kat belakang. Kami berbual panjang. Perihal kawan sekolah lama… geng-geng lama. Dah lain la YA Allah…

          Seronok dengar dia aktif balik syarahannya… dia tanya… Nasuha dah tak aktif macam dulu ka?

          Aku geleng sambil senyum… tak dah. Sedih-sedih. Rindu zaman sekolah rendah. Penglibatan aku dalam silat hingga mewakili daerah ke Langkawi, choral speaking peringkat negeri… bola jaring, catur… taek wando… ah… rindunya zaman keaktifan itu. Zaman tu dah berlalu… haha… dah tak da…

*****
Kesejukan di dewan kuliah membuatkan demam aku semakin parah. Kelas tamat lebih kurang dalam pukul 11 pagi. Syukur sangat aku dapat sesi pagi untuk teori memandu sekejap lagi. Tunggu punya tunggu cikgu datang. Aku mulakan dengan ‘mood’ yang ceria. Cikgu suruh masuk duduk sebelah. Aku ikut…

          “Kamu selesema ka?”

          “Ya…demam sikit…”

          “Ha…satgi berjangkit kat saya macam mana? Buka tingkap, kita tutup air-cond…”

          Ok…akur. Cikgu terus jalan dan tunjuk macam mana nak buat dan satgi kena bawa sendiri terus. Alamak…first time ni. tak tahu…

          Kemudian cikgu berhenti di bawah pokok dan tunjuk macam mana nak tukar gear. Ok…bila dah faham. Tukar pemandu. Aku pula bawa. Haha…ketawa saja,. Boleh ka?

          Aku pun mula bawa kereta. Teragak-agak juga. Tiba-tiba cikgu tanya….

“Kamu sekolah mana?”

“Maktab Mahmud…”

“Oh…ni, nak tanya sikit..”

Budak-budak sekolah agama ni ada ka yang dok bercinta dengan lelaki ni?

            Aku terpana. Fuh…soalan. Sebenarnya ada saja…

Ada ka?

            Ada ja… bergantung pada individu la. Bukan salah sekolah tu. Sekolah dah ajar benda baik, siap hukum hakam, tapi kalau dia buat juga… itu individu dia sendiri la bermasalah.

Betul-betul.. sekolah ajar benda baik…

Cikgu nak tanya kamu… ada seorang budak perempuan ni, bagus sangat, pakai purdah, tudung labuh, bagus sangat, dia minat kat seorang lelaki ni, minat sungguh-sungguh ni, siap sembahyang… memang nak sangat la, tapi keluarga tak setuju. Apa pendapat kamu?

            Aku meneruskan pemanduan sambil cikgu meneruskan bicara. Kenapa family dia tak bagi?

Sebab lelaki tu bukan warganegara sini, dia orang Pakistan

            Ish, biar betul cikgu. Macam mana yang dia boleh suka? Risau sangat haih… bukan boleh percaya.

Kes tertukar nombor telefon saja pun… pastu lama-lama dia kenal la. Pastu berkenan… cikgu nak tanya kamu… kenapa orang perempuan ni, dia tak pernah kawan dengan sapa-sapa… kemudian bila ada orang minat kat dia, dia terus boleh suka. Orang perempuan ni sayang sungguh-sungguh pula…

          Ish, tula orang perempuan…kes tukar nombor telefon saja pun boleh melekat. Itu bergantung pada individu cikgu. Antara dia pandai kawal atau tak.

Ya…saya tahu. Tapi..kamu tak dapat lari kan dari naluri perempuan kamu? Kamu tengok kawan-kawan dah ada pasangan, kamu dak pun…. Macam naluri kamu sendiri, mesti ada punya kan? Ha…jawab!

          Aku senyum saja la… memang la cikgu, naluri perempuan tu tidak dapat lari dari meminati seorang lelaki. Tetapi kita kena jaga la perasaan tu, kena kawal. Bukan senang nak jaga hati ni cikgu.. ya, memang la, saya pun perempuan… mesti ada juga rasa tu, Cuma bila dah tersilap tu, cepat-cepat la tersedar…

Kalau kamulah… ada orang nak kat kamu. Seorang warga asing tu, contohnya Pakistan, dan seorang lagi duda anak empat. Kamu pilih mana?

            Saya pilih duda lagi. Sebab dia warganegara sini. Senang… tak tertipu.

Baik.. kalau ada orang nak kat kamu. Contohnya senang, macam cikgu nak kat kamu… tapi cikgu dah ada isteri, cikgu nak kamu jadi isteri kedua..mahu ka?

            Tak mau!

(Cikgu gelak…) kenapa pula?

            Kesian kat isteri pertama tu. Orang lelaki ni tak pernah puas ka? Sebab tu saya benci lelaki…

Kenapa pula kamu benci lelaki?

            Sebab lelaki ni hipokrit. Tak pernah puas dengan apa yang ada. Kesian isteri pertama tu…

Kamu kata lelaki hipokrit? Perempuan hipokrit juga!

          Kenapa pula?

Ada satu kes ni, seorang ustazah dari Mesir, dia berkawan dengan seorang duda, kemudian mereka selalu berjumpa di rumah kedai perempuan tu. Bila dah rasa orang syak, mereka pindah ke tempat lain. Kemudian bila Jais datang serbu, diorang kena tangkap. Bila ditanya perempuan tu, dia tak mengaku kenal lelaki tu. Lelaki tu pula kata mereka dah banyak kali terlanjur.. macam mana tu?

          Allah…biar betul cikgu. Hmm… tu la, kita tidak boleh menilai sejauh mana peribadi seseorang itu. Kadang..yang pakai tudung labuh, yang pakai purdah itu belum tentu baik. Bila tengok balik, budak perempuan yang biasa-biasa pula yang kuat sikit ketahanannya.

Betul… nak salah sapa sebenarnya? Yang cikgu hairannya… dia sekolah agama, ustazah lagi… macam mana boleh jadi macam tu. Dah tak boleh tahan nafsu ka? Orang perempuan ni memang tak boleh lari punya dari naluri hati tu….

            Ya, betul cikgu. Biasa la, perasaan hati. Gelodak nafsu yang kadang turun naik. Kita kena kuat menahannya, jika tidak musnah cikgu… orang perempuan ni hati dia lembut, sekali kena…cair la. Tu la pasal, senang ja perempuan ni berubah hati… macam pokok dilambai angin…

Betul-betul. Bila kamu dah kata macam tu… macam kamu sendiri? Takkan tak da minat sapa-sapa kot? Naluri hati kamu sendiri…

            Aku senyum. Aku rasa dah dekat 10 kali aku ulang alik, kat trek ni. Nak kena jawab ka cikgu? Aku jawab juga la… ya, memang saya akui, naluri perempuan tu tetap ada. Saya pun ada, Cuma bergantung pada diri kita untuk mengawalnya dengan cara yang dilunaskan oleh Islam.

          Bagi seorang pelajar agama yang faham kefahaman Islam itu, bila dah dia rasa hati dia terdetik menyukai seseorang, dia kena lunaskan dengan cara yang betul. Minta petunjuk pada Allah hingga kita betul-betul yakin dan jagalah syariat itu selagi boleh…

          Dan…yang terbaik, itu adalah pasangan untuk ‘ke depan..’

Maksud kamu kahwin? Bukan untuk kawan saja-saja…. Kalau ada orang minta nak kenal ngan kamu untuk saja-saja nak berkawan? Takkan tak da kot….

            Ya la…buat apa kawan untuk saja-saja. Tak elok tu cikgu. Tujuan kita untuk mendirikan rumah tangga. Itu yang terbaik supaya tak da berlaku benda yang salah di sisi agama.

          Memang la ada kawan dengan lelaki ni, bila pergi program. Cuma bila program fasilitator, macam tu. Kalau ada orang minta tolong apa-apa, kita Bantu la. Tanya apa-apa bab agama ka, kita tolong la selagi boleh. Tak pernah nak pergi saja-saja sembang. Tak da la… sebab tu, budak sekolah agama bila keluar dari suasana mereka, mereka akan berubah sebab terikut dengan suasana baru. Yang baik…bertukar jadi buruk ada. Macam-macam….

Kenapa kamu kata untuk berkahwin pula…umur kamu berapa?

18 tahun…

Muda lagi… kenapa pula?

          Sebab saya sakit… bukanlah saya nak kahwin sekarang ni.. dak haih, saya nak belajar nun jauh di Jordan la...maksud saya, kita kena fikir mendatang, apa gunanya suatu hubungan sebelum nikah? kita boleh kawan sekadar atas dasar urusan penting...

Kamu sakit? Sakit apa?

            Ada la… yang pasti sakit la.

Baik…kalau macam tu, kamu dah sakit teruk, buat apa nak kahwin. Kamu mampu ka?

            Mampu…? Macam mana tu… ish, saya tak faham la…

Mampu dari segi segenap aspek. Dan cikgu rasa kamu faham… takkan kamu kahwin, kamu biar dia macam tu, nak kena jaga kamu pula?

          Dia lelaki pilihan Allah untuk saya cikgu. Kalau ALLAH dah tetapkan dia untuk saya, dan dia adalah ‘imam’ saya, dia akan terima saya seadanya dan dia kena yakin yang saya akan sembuh.

          Ada satu kisah ni… perempuan ni memang dah sakit nak mati la. Kemudian diorang pergi buat umrah, suami dia mandikan dia dengan air zam zam kemudian mereka berdoa di hadapan Kaabah.

          Kemudian…bila balik Malaysia. Doctor buat medical check-up, dia disahkan selamat dari sebarang penyakit. Inilah keajaiban Tuhan cikgu. Kalau kita yakin dengan kuasa Allah, Allah akan bantu kita. Jadi, saya pun kena yakin saya akan sembuh!

Macam tu sekali ya… jadi, kita serah kat  Allah? Berbalik kepada soalan cikgu tadi…. Lelaki ni dia kahwin 2 tu bukan apa, dia pun nak merasa yang baru. Macam guna barang lama la..lama-lama nak tukar baru juga ka?

            Lelaki ni tak pernah puas ka? Tak cukup dengan satu…. Lelaki ni pandang perempuan dengan pandangan nafsu. Kenapa? Dia rasa dia mampu ka untuk berkahwin lain….

Memang la, lelaki ni kadang pandang perempuan dengan pandangan nafsu. Apa yang cikgu nak cakap, ni…lelaki ni dah mampu, dia mampu dah adil. Duit cukup, adil..semua dah ada. Tapi kenapa perempuan ni tak boleh terima juga hakikat?

            Hati perempuan ni lembut. Senang terguris. Dia mesti sedih dia akan berkongsi suami. Perempuan mana yang tak sedih? Memang la kahwin 4 ni sunnah. Saya tak  tolak poligami, tetapi saya geram bila  orang salah konsep mengenai poligami.

          Rasulullah, tak pernah menduakan Siti Khadijah. Isteri pertama terlalu istimewa.  Setelah Khadijah wafat, barulah RASULULLAH bernikah lagi. Rasulullah bernikah dengan ada tujuan untuk membantu hamba.. membantu golongan wanita…

Zaman sekarang mana ada hamba…

            Memang la tak da cikgu, kita kena berbalik kepada niat kita, apa tujuan kita untuk berkahwin lagi? Kita kena fikir dari segi kemampuan kita. Kita kena fikir beban mendatang. Memang kita kata kita mampu, tapi…hari yang mendatang adakah kita masih akan mampu, ataupun menyesal?

Kalaulah…ayah kamu nak kahwin lain. Kamu bagi dak?

            Xmau… (cikgu gelak)

Kenapa pula?

          Sebab saya tahu..ayah saya tak mampu. Kesian kat mak!

Contohnya kalau ayah kamu mampu… kamu bagi ka?

            Ish..tak tau la cikgu. Saya tak hadapi lagi benda-benda macam ni. wallahu’alam…

Cikgu hairan la… kenapa la perempuan ni payah sangat nak terima? Tapi… bagi saya, saya sendiri kalau boleh, saya tak mau… saya rasa saya tak mampu..

            Isteri cikgu bagi ka ? dia nak payung emas tu.. ^___^

Dia bagi…dia kata kalau nak kahwin lain, mai cakap kat dekat dia sendiri daripada dia dengar dari mulut orang  lain. Cikgu bagi contoh kat kamu, kalau kamu sendiri.. beli cincin mesti nak lawa-lawa, nak 2-3 bentuk kan? Macam kahwin la…


            Itu nafsu la cikgu… memang la nak banyak. Tapi… manusia ni mana boleh disamakan dengan benda macam tu, manusia ada hati dan perasaan la cikgu….

Baik…tapi kenapa perempuan ni tak boleh terima sangat ni kahwin banyak? Sepupu saya… 3 kalah di mahkamah minta cerai kat suami dia sebab tak boleh terima suami dia kahwin lain. Dia kiranya isteri pertama… suami dia bagus. Adil semua dah… ha, jawab lekas…

            Oh..hmm…kalau macam tu salah perempuan la. Selalunya kita akan suruh suami kita solat hajat, buat amal ibadah dulu, kalau lepas tu dia nak kahwin juga… kita kena izinkanlah, sebab dia kahwin bukan atas dasar nafsu semata-mata tetapi kerana Allah.

          Kalau dia tak izinkan…memang salah dia la cikgu… suami dia dah jadi suami yang terbaik, kiranya dia kena jadi isteri yang terbaiklah…

*****
          Akhirnya aku dah tamat untuk LESEN L. cikgu suruh berhenti. Sebenarnya.. banyak lagi soalan yang begitu ‘dahsyat’ sekali. Tapi… biar menjadi rahsia ^___^ aku berhenti di garaj, cikgu minta maaf sebelum aku turun. Senyum saja…

          Apa yang aku cerita ini sekadar perkongsian ilmu. Perbualan antara orang lelaki yang sudah ‘masak’ dengan kehidupan hari ini dan aku hanya mencurahkan segala pandanganku kepadanya.

p/s: ambillah yang baik…yang buruk minta tegur diri yang hina ini!


Muhasabahku,
Serikandiumar93,
7:14 pm
26 Februari 2011

' MOOD '

          Semalam, usai mengenyangkan perut, aku mencari kelibat adik bongsu. Tak nampak dari tadi. Aku mencari di depan rumah, rupanya tengah cuci kolam ikan sorang-sorang. Kesian pun ada, tapi dah dia yang nak bela… buat sendiri la ^___^

          Oleh sebab kasihan, tolong la juga…. Tanya abah, yang lain-lain mana… tak tolong pun? Senang ja jawapannya : “nak buat macam mana….yang lain tak da ‘mood’ nak buat… ish, pelik la kan… makan ada ‘mood’ pula? Haha… aku senyum ja. Betul la…

Kita kalau mahu buat sesuatu kena ada ‘mood’ dulu….

Teringat entry aku DIBELENGGU KEBUNTUAN. Ni gara-gara tak da mood juga ka. Ya la… sama la.

          Mood kita selalu berubah. Tak dijangka mood kita macam mana dalam sehari. Mood ni macam cuaca la. Pagi cerah…petang hujan… berubah-berubah.

Ceria!

          Kalau mood ni memang terbaik sekali. Kalau kita ceria semua orang pun gembira tengok kita. Senyum dan happy sentiasa. Zone ceria ni selamat untuk ditegur atau buat lawak dengan dia.

Masam!

          Mood ni kita berada di zone berjaga-jaga. Janganlah buat sesuatu yang menyakitkan hatinya kerana dia sedang ‘tension’ barangkali. Dia sedang cuba mengawal emosinya supaya kembali stabil.

          Cuba ceriakannya dan kembalikannya dalam keadaan asal supaya hatinya kian tenang.

Marah!

          Zone merbahaya! Awas… jangan cuba-cuba menambah kemarahannya lagi. Bila dia dah jadi api, kita kenalah jadi airnya… jangan pula kita jadi api! Api lawan api… bertambah marak, lantas hangus terbakar. Betul tu…. Bila dah masing-masing marah… terputuslah satu ikatan ukhwah di situ, maka berdekah-dekahlah syaitan laknatullah ketawa dengan kejayaannya yang telah dapat merosakkan hubungan anak Adam di muka bumi ini.

Buat kerja bila ada ‘mood’?

          Ini kes bahaya juga…. Memang la orang kata, la…dah tak da mood nak buat, baik tak payah buat..!” habis, kalau dah semua orang berfikiran dan berperangai macam tu, habislah!

          Kita kena cuba ubah mindset kita, kita kena cuba untuk laksanakan sesuatu kerja. Jangan berada di zone yang merbahaya sentiasa, kena berada di zone selamat juga. Positive thinking!

          Sebenarnya… tiada istilah tidak ada mood untuk buat kerja tu… jawapannya ialah… kita MALAS! M.A.L.A.S ha… inilah jawapannya.

          Diri kita yang malas untuk berusaha sebenarnya. Kita suka tak ambil kisah dengan apa yang berlaku. Kita selalu rasakan sesuatu perkara itu mudah dan senang untuk dilaksanakan. Kemudian, bila buat…baru tahu susah, last-last… malas dah nak buat.

          Kita kena usaha baru kita dapat hasilnya. Jika kita buat sesuatu kerja tanpa usaha maka tiadalah hasilnya.

          Kita kena cuba lawan mood kita tu. Mungkin kita bawa mood masalah di rumah di tempat kerja. Kita dah dikira tidak adil kerana tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Kita jadi malas buat kerja sebab memikirkan masalah di rumah hingga mendatangkan kesulitan di tempat kerja. Ini tidak boleh…. Kita membebankan satu pihak yang lain pula.

          Kesimpulannya, sama ada ada mood atau tidak, kerja kena diteruskan… sebab… cuba kita fikir, andailah… kita sentiasa tiada mood, macam mana kerja kita tu? Terkubur macam tu sahaja… tak boleh, tak boleh…

Jadi, sama-samalah kita koreksi diri kita ini ya! Selamat bermujahadah… moga sentiasa di zone ceria sentiasa ^___^


p/s: satgi nak pergi belajar kereta… sekalipun demam.. mood kena ceria, positive thingking… set cepat!


Muhasabahku,
Serikandiumar93,
6:14 am
26 Februari 2011

Friday, February 25, 2011

THINK POSITIVE!

“…Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran[690]. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.”

~surah yunus : 36~

[690]. Sesuatu yang diperoleh dengan prasangkaan sama sekali tidak bisa mengantikan sesuatu yang diperoleh dengan.

Think positive!

Ini yang harus kita tanamkan dalam diri kita setiap hari supaya kita tidak membuat kesimpulan kita yang tersendiri….

                          Lumrah manusia… bila rasa ada yang tak kena, mulalah membuat kesimpulan sendiri. Ada setengah manusia yang siap dah marah-marah kat seseorang. Tapi…apabila dah tahu kebenarannya…dia senyap pula. Macam tak bersalah… eh, dah salah tu kena minta maaf tau.

“…Allah tidak menyukai ucapan buruk[371], (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya[372]. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui…”

~surah an nisaa’ : 148~

[371]. Ucapan buruk sebagai mencela orang, memaki, menerangkan keburukan-keburukan orang lain, menyinggung perasaan seseorang, dan sebagainya.

[372]. Maksudnya: orang yang teraniaya oleh mengemukakan kepada hakim atau penguasa keburukan-keburukan orang yang menganiayanya.

                          Kita kena selalu think positive supaya kita sentiasa tenang dengan apa yang berlaku. Jika kita selalu think negative, dan langsung tidak mahu mengharapkan penjelasan, maka rosaklah hari-hari kita mendatang kerana diselubungi syak wasangka hingga membuatkan langkah kita tempang. Serba tak kena… akibat dari tusukan syaitan yang sudah menutup hati kita… aduh, bahaya ni!

Kes 1

Jika kita mendengar satu khabar yang tidak baik tentang seseorang, kita mestilah bertanya kepadanya terus. Jangan kita hanya menerima pekhabaran itu tanpa memeriksa kebenarannya. Kita sudah dikira menganiaya dia dengan perbuatan kita yang sudah tidak sebaik dulu.

“…Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu),..”

~surah at takassur : 3~

“…Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang…”

~surah al hujurat : 12~

Kes 2

                          Setiap manusia akan diuji. Ada yang akan kalah dengan ujian yang diberikan Allah. Ada pula yang berjaya menelusuri ujian itu dengan baik sekali. Semuanya bergantung pada diri. Sama ada positive atau negative.

Positive

                                 Yakin bahawa ujian adalah tinda cinta Allah buat hamba-Nya dan jika dia sabar mengharungi ujian ini bersulamkan keimanan maka dia akan mendapat ganjaran yang sudah dijanjikan Allah.

“…Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia akan berkata: "Tuhanku telah memuliakanku…”

~surah al fajr : 15~

Negative

                          Ada yang meragui ujian lantas sering kebuntuan dan merasakan sudah tidak ada jalan keluar bagi mereka. Akhirnya mereka terjerumus ke lembah kehinaan.

Sesungguhnya binatang (makhluk) yang seburuk-buruknya pada sisi Allah ialah; orang-orang yang pekak dan tuli[604] yang tidak mengerti apa-apapun.

~surah al anfaal : 22~

[604]. Maksudnya: manusia yang paling buruk di sisi Allah ialah yang tidak mau mendengar, menuturkan dan memahami kebenaran.

Kes 3

                          Jika kita ditegur oleh seseorang di atas perbuatan kita, kita kena berlapang dada menerima teguran. Janganlah kita marah di atas tegurannya. Kasar atau lembut haruslah kita berlapang dada menerimanya sebagai suatu teguran kerana segala situasi yang terjadi adalah dengan izin Allah yang dizahirkan ke atas perbuatan manusia. Jadi ambillah hikmah di sebalik teguran itu. Berlapanglah dada..

“…Jadilah engkau pema'af dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf, serta berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh…”

~surah al a’raaf : 199~

Kes 4
                          Jika kita inginkan sesuatu, kita selalu tidak yakin dengan tindakan kita. Kita masih ragu-ragu hingga membuatkan diri kita sentiasa di dalam zone negative! Kita kena yakin dengan tindakan kita, jangan ragu-ragu. Yakin bahawa kita sudah berusaha, dan seterusnya kita hanya mampu berdoa dan bertawakal kepada Allah. Akhirnya kita akan masuk ke zone positive

Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu[246]. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.

~surah ali ‘imran : 159~

[246]. Maksudnya: urusan peperangan dan hal-hal duniawiyah lainnya, seperti urusan politik, ekonomi, kemasyarakatan dan lain-lainnya.

Kesimpulannya, think positive always ^__^ baru hidup ceria dan gembira dari segala keburukan. Jangan lupa senyum! Senyum lebar-lebar supaya hati kita pun sentiasa tersenyum. Smile from ear to ear….

                                 “The positive thinker sees invisible, feels the intangible and achieves the impossible….”

p/s: entri ini ada kena mengena dengan yang hidup…. ^__^ koreksilah diri kita!


Muhasabahku,
Serikandiumar93
8:36 am
24 Februari 2011 

Wednesday, February 23, 2011

HIJAU HASILKAN KETENANGAN

Aku suka hijau! Hijau…kenapa? Sebab hijau warna yang cukup tenang aku rasakan. Bila pandang warna hijau…sejuk saja mata. Tenang saja hati….
Aku seorang yang suka ambil kisah hal sekeliling, benda yang kecik pun aku ambil kisah. Jadi, setiap apa yang aku pandang, aku akan bermonolog sendirian, sebab tu suka bermadah….

Tiap kali pergi jalan-jalan…dan lalu dekat dengan hutan, ataupun lebih tepat lagi…sepanjang jalan untuk ke air terjun, sekeliling dia dikelilingi pokok kan? Kalau kita buka tingkap kereta apa akan kita rasa?
Rasa kesejukan flora dan fauna… bau daun-daun hutan yang meresap ke dalam diri. Suka! Apa warna dia? Hijau….

Hijau ialah warna yang biasa dinampak dalam alam semula jadi, khususnya tumbuh-tumbuhan. Kebanyakan tumbuh-tumbuhan berwarna hijau, terutamanya kerana tumbuh-tumbuhan mempunyai klorofil, sejenis sebatian yang terlibat dalam proses fotosintesis.

Cahaya hijau mempunyai panjang gelombang di sekitar 520–570 nanometer, dan dianggap sebagai salah satu daripada warna primer tambahan. Hijau ialah warna pelengkap untuk warna magenta; lebih tepat, warna hijau dengan kod perenambelasan#FF00FF. Orang-orang yang buta warna seringnya dapat membezakan kedua-dua warna ini, tetapi keliru antara warna-warna ini dengan warna-warna yang lain; umpamanya, hijau terang dengan kuning, dan hijau tua dengan coklat.

Istilah "hijau" tidak mentakrifkan warna yang tepat, kecuali istilah itu digunakan bersama-sama dengan sesuatu piawaian, seperti warna-warna X11, atau ruang warna mutlak seperti sRGB.

          Warna hijau juga dianggap sebagai warna tradisi untuk agama Islam, disebabkan perkaitannya dengan alam semula jadi. Nabi Muhammad disebut dengan pasti dalam hadis sebagai berkata bahawa "air, tumbuhan-tumbuhan hijau, dan wajah yang jelita" merupakan tiga benda sejagat yang baik. Selain itu, dalam surah Al-Insan di dalam al-Quran, pengikut-pengikut Allah di Jannah dikatakan memakai sutera hijau yang bagus sekali.

"Ada banyak kata "hijau" di dalam ayat-ayat Al-Qur'an dan menjelaskan akan keadaan penghuni jannah ataupun segala yang ada disekelilingnya, berupa kenikmatan, suasana, kesenangan, ketenangan jiwa. Kita mendapati di dalam surat Al-Rahman:

"Mereka bertelekan (bertelekan: tiduran
menyamping, tubuh lurus, dengan salah satu
tangannya dilipat dan telapak tangannya menyangga
kepala -pent) di atas bantal-bantal yang hijau dan
permadani yang indah" 

(QS. Al-Rahman: 76)

"Mereka mengenakan pakaian sutra halus yang hijau,
dan sutra tebal, serta dipakaikan gelang dari
perak kepada mereka. Dan Rabb mereka memberi minum
mereka dengan minuman yang suci" 

(Q.S. Al-Insan: 21)

"Mereka mengenakan pakaian sutra halus yang hijau
dan sutra tebal"
(Q.S. Al-Kahf: 31) 

Salah seorang pakar psikologi, Ardatsham, mengatakan

"Sesungguhnya pengaruh warna terhadap manusia sangat besar, dan saya pernah melakukan sejumlah penelitian dan menjelaskan bahwa warna berpengaruh terhadap kejiwaan dan semangat serta vitalitas kita; merasa panas; atau dingin; atau nyaman; atau
bahagia; bahkanbisa berpengaruh terhadap kepribadian seseorang dan berpengaruh terhadap menyikapi kehidupan.

Dan warna bias menjadi sebab relung jiwa yang dalam terpengaruh dengannya. Sebuah rumah sakit pernah mengundang sejumlah pakar untuk memberikan saran bagi warna dinding ruang pasien atau warna dinding rumah sakit, sehingga bisa banyak membantu
dalam mengobati mereka. Rumah sakit juga meminta saran tentang warna yang terbaik untuk pakaian pasien. Sejumlah percobaan telah membuktikan bahawa warna kuning bisa membangkitkan semangat di syaraf pusat. Adapun warna ungu bisa membangkitkan
ketenangan.

Adapun warna biru, maka orang yang melihatnya akan merasa dingin. Sebaliknya, warna merah maka orang akan merasa panas atau gersang. Dan para pakar tersebut mengatakan bahwa warna yang bisa membangkitkan kebahagiaan, gembira, bersemangat hidup (bergairah) adalah warna hijau.

Oleh karena itu, warna yang utama dan sesuai untuk kamar atau ruang operasi, pakaian para ahli bedah dan pakaian pasien adalah warna hijau. Sebuah pengalaman unik akankami kemukakan di sini bahwa ada sebuah pengalaman yang terjadi di London,Inggeris, di kawasan Black Fryer yang dikenal dengan "kawasan bunuh diri" karena mayoritas kejadian bunuh diri banyak terjadi di kawasan ini. Kemudian diadakan perubahan warna dari warna gelap gurun ke warna hijau metalik. Denganhal ini ternyata terjadi penurunan jumlah kejadian bunuh diri dengan sangat signifikan. Warna hijau juga bisa menjadikan pandangan mata nyaman.

Sumber:

Kitab: Ma'a Al-Thib fii Al-Qur'an Al-Karim,
dari. Abdul Hamid Diyab, dari. Ahmad Qarquz,
Mu'assasah Ulum Al-Qur'an, Dimasyq.

p/s: warna bendera jihad…warna hijau… bendara Malaysia tak da warna hijau.. ^__^

nukilah hatiku iman,
serikandiumar93
6:00pm
23 Februari 2011