Pages

Friday, December 31, 2010

Selamat Tinggal 2010



  
            Bersama kita merenung 2010 yang bakal ditinggalkan sebentar lagi… adakah 2010 kita isi dengan ceritera penuh suka atau pun ceritera penuh duka? Mungkin ada yang gembira dan mungkin ada yang bersedih. Semua itu bergantung kepada diri kita sendiri. Bagi ana sendiri ada perasaan sedih meninggalkan 2010 kerana alam persekolahan sudah tamat takat ini sahaja. Selamat tinggal maahad! Sekalipun perit tapi kita kena ingat, cepat atau lambat kita pasti berpisah jua.

            Hati ini juga gembira, kerana petang ini buat pertama kalinya, dapat menjejakkan kaki ke tadika. Comel tadika ni. Kini ana sedang menulis di tadika ini, kerana keseorangan membuatkan idea untuk menulis bertambah ~_^  terasa seronok sangat di sini, sejuk mata memandang lukisan kanak-kanak. Hmm… dan tika ini juga kedengaran bunga api dimain di sana sini. Aneh… malam tahun baru pun memang kita raikan dengan bunga api dan mercun ka? Keseronakan mereka cari…. Aduh…

“Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.”

~surah al a’raaf ayat 56~

            Sempena tahun baru ini, ayuh kita tanam azam untuk jadikan tahun 2011 sebagai tahun yang terbaik buat diri kita. Jadikan tahun 2010 sebagai pengajaran. Bagi ana sendiri, tahun 2010 ini paling manis. Kadang-kadang gembira… kadang- kadang sedih… tahun 2010 inilah yang mengajar erti kesabaran tambah-tambah diuji dengan dugaan yang berat sangat… tapi… keteguhan hati meneruskannya membuatkan ana rasakan tahun 2010, tahun yang pasti menjadi kenangan dan memori indah dalam hidup ana…

            Sahabat seaqidahku, ana rasa elok kita melabuhkan tirai 2010 dengan bermunajat kepada Ilahi. Bersama kita bersujud memohon keampunan agar dosa-dosa kita sepanjang tahun 2010 diampunkan. Semoga kita melalui tahun 2011 dengan hati yang suci murni dari sebarang kekotoran….



Di atas hamparan sejadah suci

Hamba menadah kedua telapak tangan ini
Bagi memohon keampunan dan rahmat dariMu
Agar diberikan hamba hidayah serta taufiqMu
Supaya tidak tersimpang hamba dari jalanMu…

Hati hamba merasa hambar dan sunyi
Tanpa iman dan semangat taqwa dalam hati
Jiwa hamba kosong dan takkan berisi
Melainkan dengan redha Yang Maha Mengetahui
Yang menemukan hamba dalam bingkisan restu Yang Maha Mengasihani…

Saat tasbih mengisi ruang kosong di jari-jari
Mulut dan hati hamba bersatu berzikir mengingat ILAHI
Jiwa hamba terisi dengan munajat di malam hari
Diri ini hamba abdikan buat Pencipta langit dan bumi
Moga dosa-dosa lampau dapat dihapusi dan diampuni…

Kening ini hamba rapatkan di atas hamparan murni
Sujud dahi hamba mencecah ke bumi
Tanda syukur hamba akan kebesaran ILAHI
Tidak terukur nilai cintaMu yang tinggi
Tidak terhitung nilai kasihMu yang bertambah setiap hari…

Ya Rabbul Izzati…
Sudikah Kau menerima cinta hamba yang hina dengan longgokan dosa ini??
Semoga keampunan mendapat tempat untuk hamba yang sering lupa diri
Semoga rahmatMu sentiasa hadir menemani
Agar kehidupan duniawi dan ukhrawi hamba diredhai …

Hamba amat mendambakan cinta dariMu
Hamba juga mengharapkan pertemuan denganMu
Diri hamba ini dahaga akan belaian kasihMu
Hamparan sejadah suci hamba buktikan padaMu
Sujud cinta hamba hanyalah untuk Tuhan yang berkuasa di atas segala sesuatu…

Thursday, December 30, 2010

XPDC DAKWAH TAHUN BARU 2011



XPDC DAKWAH TAHUN BARU 2011
Tarikh : 31 Disember 2010
Masa : 6.30 pm
Tempat : Masjid Asy-Syakirin KLCC
Aktiviti
6.30 pm : Berkumpul di ruang legar Masjid Asy-Syakirin KLCC
7.00-9.00 pm : Solat Maghrib, Solat Hajat dan Solat Isyak berjemaah
9.30-10.30 pm : Forum Sempena Tahun Baru (Masjid Asy-Syakirin & JAWI)
11.00 pm : Taklimat OPS Dakwah dan seterusnya bergerak mendekati masyarakat
di sekitar KLCC ( Edar risalah dll)
12.30 am : Berkumpul semula di Masjid Asy-Syakirin KLCC
1.00 am : Berehat dan qiyamulail di Masjid Asy-Syakirin KLCC
4.00 am : Bersama JAWI dalam operasi cegah maksiat di hotel-hotel sekitar KL
6.00 am : Solat subuh berjemaah
6.30 am : Bergerak ke Himpunan Mahasiswa Malaysia 1.1.11 di Padang Majlis
Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)

Pertanyaan : Ridhuan (013-2229803)
Syahirah (013-3932657)

Kemudahan Pengangkutan : Ke KLCC : LRT Aliran Kelana Jaya ke Stesen KLCC
Ke Padang MBPJ : LRT Aliran Kelana Jaya ke Taman Jaya


SEMUA MAHASISWA SELURUH MALAYSIA DIJEMPUT HADIR

Wednesday, December 29, 2010

Sabarlah duhai hati....



 Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”

~surah ali imran : 142~

            Sebagai manusia dan sebagai seorang hamba, kita takkan terlepas dari sebarang ujian. Kita diuji dengan pelbagai ujian hinggakan ada yang sudah berputus asa untuk teruskan. Bagi hamba yang beriman, seberat mana pun ujian, dia pasti akan kenangkan janji Allah…. Allah menguji hamba-Nya kerana Allah tahu sejauh mana kemampuan hamba-Nya menanggung seksa bebanan ujian itu.

            Argh…sudah tidak terkira berapa kali kita mengeluh. Sudah kering air mata ini menangisi kesakitan ujian ini. Perit! Sakit! Pedih! Semuanya ada…. Kadang-kadang ada yang meraung… kenapa aku dipilih untuk menerima ujian ini? Tersenyumlah saudaraku, kerana tidakkah engkau sedar…ujian adalah tanda cinta Allah buatmu. Betapa Allah menyayangimu lantas Dia turunkan ujian buatmu supaya engkau senantiasa mengadu kepada-Nya….menitiskan air mata kesyahduan di atas sejadah cintamu…. Allahurabbi…….

            Hati ini menjadi tenang tatkala memandang gambar ini. Entah kenapa kehijauan alam membuatkan diri ini tenang dan rasa begitu selesa. Mampukah hati kita sedamai gambaran ini? Tiap kali diuji, keimanan kita goyah….. kekadang kita rasakan kita sudah tidak mampu melalui semua ini. Hebatnya ujian ini Ya Allah… kita terbaring lesu mengenangkan keperitan ini. Termenung jauh mengenangkan nasib diri….

            Sahabat seaqidahku…bersabarlah… sabarlah kita kerana Allah tidak akan sia-siakan usaha kesabaran dan ketabahan kita dalam melalui ranjau ujian-Nya. Ingat… Allah yang member kesakitan ini dan Dia jugalah yang akan menarik kesakitan ini pergi jauh dari diri kita. Tapi… sedarkah kita akan keindahan keperitan ujian ini? Bila kita dilanda ujian, air mata ini tidak henti mengalir… kita luahkan segalanya kepada Allah yang satu… namun, bila kita gembira, kita ketawa hingga kita lupakan Allah yang member nikmat keseronokan itu…….

            Ya….ana tahu, jika kita tidak merasa keperitan itu, kita usah bercakap banyak dan berceloteh panjang bukan? Jangan begitu sahabatku…setiap orang diuji… namun salahkah sahabat seaqidahnya bersama menelusuri mehnah ujian yang ditempuh? Di kala kita jatuh, kata-kata semangat perlu untuk memberi kita kekuatan untuk bangkit kembali…. Duhai diri jua sahabat sekalian, perjalanan kita masih jauh… banyak lagi ujian yang bakal kita tempuh.

            Ayuh rakan jihadku, kita bergandingan bahu, berpimpin tangan membantu antara satu sama lain. Andai kau sedih, ku sedih jua…andai kau gembira, ku gembira jua. Bukankah kita adalah roh dalam satu jasad? Gunakanlah nikmat persahabatan untuk membantu kita bangkit semula meneruskan perjalanan hidup yang masih panjang…..




~coretan hatiku iman~
29 Disember 2010

Tuesday, December 28, 2010

Diari : Perjalananku Masih Jauh



Berat sungguh hati ini untuk meninggalkan bumi maahad tercinta. Setelah 5 tahun lamanya ana bergelumang dengan tarbiyah ruhiyyah jua fikriyyah, akhirnya ana melangkah jua keluar dari situ…. Peritnya ana rasakan. Namun, cuma satu yang harus diingatkan, perjuangan dan perjalanan kita masih panjang. Setelah mengambil keputusan untuk keluar, ana fikirkan apa yang akan ana lakukan sepanjang masa sementara menunggu keputusan SPM. Akhirnya ana terima tawaran sebagai guru tadika.

            Pada mulanya, ana rasakan tugas sebagai guru tadika ni senang sahaja. Tak membebankan. Ana rasakan ana bekerja sekadar mahukan duit dan setelah itu berhenti dan sambung belajar. Ana silap…. Kenapa ana boleh fikir macam tu? Selama 2 hari ana ikuti kursus pemantapan guru, dan akhirnya ana rasa malu dan hina kerana ana menggadaikan tugas sebagai seorang guru tadika dengan wang ringgit. Di mana niat ana yang sebenarnya? Ini yang dipersoalkan sepanjang kursus… adakah kita hanya mahukan wang? Ataupun kita mahukan wang tapi beserta pahala?

            Ketika jatuhnya khilafah Uthmaniyyah, para sahabat berkunjung ke Turki dan berjumpa dengan Arsalan. Mereka bertanya , kenapa tidak kita bina semula khilafah Islamiyyah. Lantas Arsalan berkata, macam mana kita mahu bina sebuah khifalah andai kata personaliti umat hari ini kosong. Cuba kita darabkan, 10 darab kosong jawapannya  0. Sekalipun kita ada 1000 orang, kalau didarabkan dengan 0 tetap 0.

            Jadi untuk membentuk sebuah kepimpinan khilafah islamiyyah, kita peru bentuk generasi kita yang punya personaliti yang diisi dengan ruhiyyah jua fikrah. Ingat “ melentur buluh biar dari rebung…” dari mana kita mahu lentur seorang remaja itu? Kita perlu lentur yakni didiknya sejak dari kecil lagi kerana kita bukan computer yang boleh di ‘save’ maklumat dan di ‘delete’ bila tak perlu. Memori kita takkan pernah luput dari ingatan kecuali kita lupa ingatan. Contohnya…. Seorang kanak-kanak tengok ibunya merajuk, kemudian ibunya nangis dan lari masuk bila, kemudian hempas pintu… dan biarkan dirinya terbaring di atas katil sambil menangis. Cuba kita lihat anak-anak kita, macam tu ka? Kalau merajuk, mesti masuk bilik dan hempas pintu dengan kuat..? Tiru sapa tu?

            Puan Aisyah ada menceritakan pengalaman beliau sewaktu beliau menyelia kanak- kanak. Ok, di sini ana sertakan beberapa kes…. Dan cuba renung-renungkan…

Kes 1

            Di sebuah sekolah, ada seorang budak lelaki yang rajin pergi surau dan dia yang akan selalu azan di surau sekolah. Budak lelaki ni dikira terbaiklah akhlaknya dan semua orang mengaguminya. Pada suatu hari, ada seorang adik junior datang mengadu kepada beliau bahawa dia ditumbuk oleh seorang abang senior kerana tidak mahu diliwat. Lantas, bila ditanyakan siapa? Rupa-rupanya budak lelaki yang rajin pergi surau tu.

            Kemudian, beliau memanggil budak lelaki tersebut dan menyuruhnya menceritakan perkara sebenar. Beginilah kisahnya….  Pada suatu hari, budak lelaki ni balik ke rumah dan dia menjumpai video lucah di bilik ibunya. Lantas dia menonton dan dia membawa adiknya balik untuk melakukan perkara tersebut. Kemudian, apabila dia pulang ke asrama dia terbawa-bawa untuk melakukannya.

            Beliau memanggil waris kepada budak lelaki tersebut, ayahnya tidak percaya dan menyatakan anaknya seorang budak yang baik. Beliau menyuruh budak lelaki tersebut  menceritakan sepertimana dia bercerita kepada beliau. Sudah sahaja cerita tersebut, ayahnya pengsan. Beliau berkata kepada waris tersebut setelah dia sedar, “ saya tidak akan buat tindakan… terserah kepada encik untuk buat tindakan..” akhirnya si ayah mengambil keputusan untuk menukar anaknya ke sekolah lain.

Kes 2

            Seorang ayah tidak dapat menerima anaknya seorang OKU. Anaknya lelaki. Oleh sebab dia merasakan anak dia tidak dapat menyumbang apa-apa, dia menghantar anaknya untuk menjadi seorang pelacur.

Kes 3

            Di sebuah sekolah rendah, sewaktu beliau sedang membuat penyeliaan, beliau terlihat sepasang murid lelaki dan perempuan sedang bermain cium-cium secara olok-olok di belakang kelas tetapi guru tersebut tidak peka dengan apa yang berlaku.

            Hati ana tercalar mengenangkan kisah ini. Ana rasa bersalah kerana merasakan tugas sebagai guru tadika adalah benda yang remeh sedangkan tugas sebagai guru tadika amatlah penting kerana kita mencorakkan anak-anak kecil yang diibaratkan seperti kain putih. Kita adalah ibu kepada mereka, kita patut mendidik mereka dengan akhlak islamiyyah yang sebenar supaya ada tersimpan di memori mereka tentang hakikat keimanan mereka. Apa KPI seorang guru tadika?

            Pada permulaan ceramah, kami disajikan dengan klip video Maher Zain, Never Forget. Jangan lupa kita menyebut LAILAHAILLAH…. Ini yang harus kita tanamkan dalam jiwa anak-anak kecil ini. Seorang guru tadika punya kuasa yang besar untuk mendidik mereka. Aura seorang guru itu meresap jauh ke dalam lubuk hati mereka kerana kita pengganti ibu mereka ketika di tadika.

            “ THE POWER OF TEACHER…” seorang budak lelaki, gagal dalam subjek Pendidikan Islam. Ustaznya merotannya lantas berkata : “ kamu anak seorang ustaz, lulusan Al-Azhar… tapi kamu gagal dalam subjek Pendidikan Islam…!” lantas, budak tersebut balik ke rumah dan menceritakan kepada umminya sambil berlinangan air mata. Betapa mendalamnya lukanya hingga dia bangkit dan membuktikan dia boleh. Budak lelaki tersebut senantiasa memastikan dia akan dapat 100 markah dalam subjek Pendidikan Islam. Sekarang dia dah tingkatan 5 dan akan ke UK tahun depan. Umminya masih giat mencari ustaz tersebut kerana jasanya merotan anaknya, menyebabkan anaknya berubah. Aura seorang guru itu begitu hebat!

            Tiba-tiba ana rasakan kerdilnya diri ini, beratnya amanah yang akan ana pikul. Ana perlu didik kanak-kanak ini menjadi generasi yang hebat! Personality mereka tidak lagi ‘0’, kerana kita isi jiwa mereka dengan ruhiyyah… hakikat ketuhanan yang sebenar. Mampukah? Kita membawa kepercayaan ibu bapa mereka untuk kita latih dan didik mereka. Kita perlu ikhlaskan niat…. Kita mendidik bukan untuk wang semata-mata, tapi kita mendidik dengan niat anak-anak kecil ini akan menjadi pelapis dan generasi yang akan berjuang mewujudkan khilafah islamiyyah…. Allahuakbar!


tinta seorang serikandi,

serikandiumar93
28 Disember 2010

Thursday, December 23, 2010

Diari : Dapat Award ~_^



1)   Thanks the person who gave you this award & link them

Syukran buat ukhti Saidah Manan sebab bagi serikandiumar award ni ~_^ I’m so happy…  dan tak sangka blog serikandiumar boleh dapat award… syukran ‘ala kulli hal, semoga kita sama-sama istiqamah menulis demi Islam semata….


2)   Spread the award to 15 bloggers who you like and you think their blogs are awesome!

Buat sesiapa yang blog nye tersenarai, and agak pelik… maaf la, tak tahu nak pilih sapa, ana letak ja ni… jadi terima ja la anugerah ni dengan senang hati … ~_^





















3)   Tell 7 hell things about yourself

Tiada apa yang menarik mengenai diri serikandiumar… hanya ini sahaja yang termampu ana tonjolkan….


Tegas
Suka menulis
Suka bermadah pujangga
Sensitif
Boleh menjadi pendengar yang setia
Pantang dicabar
Mudah gelabah



    Wednesday, December 22, 2010

    Perkongsian : ' Tin Kosong '


                Orang selalu kata, orang cakap banyak ni selalunya ‘tin kosong’ je… iya la, cakap ja banyak, itu tak kena, ini tak kena, mengarah orang pandai, hebat la… tapi hakikatnya kerja tak jalan. Ni yang kita namakan tin kosong. Hmm… ni yang banyak terjadi. Dalam satu gerak kerja, kita mahukan jundi dan anak buah yang banyak buat kerja dan tak banyak ragam. Betul tak?

                Kenapa ya? Sebab sudah lumrah…kita mahukan orang yang buat kerja bukannya orang yang hanya tahu bercakap tapi kerja tak jalan. Tapi… boleh juga kita ambil pendapat kerana mungkin ideanya bernas. Cuma… argh..sudah pasti geram kalau orang yang hanya tahu menilai dan memperbetulkan itu dan ini tanpa dia menjalankan tugasnya. Hanya tahu mengarah… suka ke? Tak kan…?

                Apa yang paling penting dan perlu kita geruni ialah… benda ni bukan hanya berdasarkan pendapat semata-mata. Tetapi benda ini sudah termaktub dalam ayat quran. Cuba sahabat-sahabat semak balik ayat al quran dalam surah As-Soff ayat 3 muka surat 551 : “Sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan…”

                Allahurabbi… diri ini juga kadang-kadang tak lepas dari melakukannya. Kita insan biasa. Jadi… bersama-samalah kita renungi. Jangan kita jadi seperti tin kosong je... tapi…ana nak anjurkan satu benda. Cuba tengok gambar kat atas tu… dulu, dia tin kosong juga… tapi… oleh sebab dia ada semangat untuk berubah, dia digilap, dicuci, diwarnakan dan dirapikan menjadi tin yang berguna dan dijadikan sebagai hiasan.

                Wah…hebatkan? Hakikatnya kita boleh berubah. Dari tin kosong yang tidak beerti menjadi tin yang berguna buat semua. Ingat lagi zaman sekolah rendah? Alar… kan kalau time pendidikan seni, cikgu selalu suruh kita balik cari benda-benda terpakai untuk kita buat barang hiasan… betul tak? Sapa tak ingat entahlah…. Tapi ana ingat, cikgu suruh balik cari tin kosong, kemudian rapikan permukaannya supaya tidak ada sisa tin yang tajam dan kemudian bawa ke sekolah. Di sekolah, cikgu suruh hias tin dengan pembalut, warna…. Macam-macam lagi la. Dan hasilnya tin tersebut menjadi cantik dan dibuat hiasan serta dijadikan tempat letak pensil, warna dan alatan tulis yang lain.

                So… nak jadi dak macam tu? Nak kan…? Ke tak nak..? hmm…. Tarik nafas dalam-dalam. Cuba fikir balik. Kalau diri kita ni tak sehebat mana untuk jadi qiyadah rabbaniyah… apa kata kita cuba berusaha menjadi jundi attoah? Senang ja, kita jadi macam tin yang dah dihias tu… berguna buat pimpinan kita, menjadi jundi yang senantiasa bersedia mencurahkan tenaga di samping memberi pendapat untuk melancarkan perjalanan dakwah kita.

                Oklah, nampaknya ana dah berceloteh panjang. Takut ana juga menjadi ibarat ‘tin kosong’ yang hanya pandai cakap ja…. Serikandiumar ni pandai cakap je ka? Hmm…. ntah la. Allahuwarrasulu’alam….




    Sebelum tu, ana rasa belum terlambat untuk ana ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Ustaz Najhi. Suka tema ustaz, MEMBINA BAITUL MUSLIM DEMI SEBUAH DAULAH DAN KHILAFAH ISLAMIYYAH… ya, bersama kita melestari Baitul Muslim untuk membina DAULAH ISLAMIYYAH. Ingat, perkahwinan bukan atas dasar nafsu semata-mata, perkahwinan adalah satu jalan untuk kita bina Daulah Islamiyyah merealisasikan MARHALAH DAKWAH…..


    Pencinta keadilan,
    serikandiumar93,
    22 Disember 2010