Pages

Friday, December 31, 2010

Selamat Tinggal 2010



  
            Bersama kita merenung 2010 yang bakal ditinggalkan sebentar lagi… adakah 2010 kita isi dengan ceritera penuh suka atau pun ceritera penuh duka? Mungkin ada yang gembira dan mungkin ada yang bersedih. Semua itu bergantung kepada diri kita sendiri. Bagi ana sendiri ada perasaan sedih meninggalkan 2010 kerana alam persekolahan sudah tamat takat ini sahaja. Selamat tinggal maahad! Sekalipun perit tapi kita kena ingat, cepat atau lambat kita pasti berpisah jua.

            Hati ini juga gembira, kerana petang ini buat pertama kalinya, dapat menjejakkan kaki ke tadika. Comel tadika ni. Kini ana sedang menulis di tadika ini, kerana keseorangan membuatkan idea untuk menulis bertambah ~_^  terasa seronok sangat di sini, sejuk mata memandang lukisan kanak-kanak. Hmm… dan tika ini juga kedengaran bunga api dimain di sana sini. Aneh… malam tahun baru pun memang kita raikan dengan bunga api dan mercun ka? Keseronakan mereka cari…. Aduh…

“Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.”

~surah al a’raaf ayat 56~

            Sempena tahun baru ini, ayuh kita tanam azam untuk jadikan tahun 2011 sebagai tahun yang terbaik buat diri kita. Jadikan tahun 2010 sebagai pengajaran. Bagi ana sendiri, tahun 2010 ini paling manis. Kadang-kadang gembira… kadang- kadang sedih… tahun 2010 inilah yang mengajar erti kesabaran tambah-tambah diuji dengan dugaan yang berat sangat… tapi… keteguhan hati meneruskannya membuatkan ana rasakan tahun 2010, tahun yang pasti menjadi kenangan dan memori indah dalam hidup ana…

            Sahabat seaqidahku, ana rasa elok kita melabuhkan tirai 2010 dengan bermunajat kepada Ilahi. Bersama kita bersujud memohon keampunan agar dosa-dosa kita sepanjang tahun 2010 diampunkan. Semoga kita melalui tahun 2011 dengan hati yang suci murni dari sebarang kekotoran….



Di atas hamparan sejadah suci

Hamba menadah kedua telapak tangan ini
Bagi memohon keampunan dan rahmat dariMu
Agar diberikan hamba hidayah serta taufiqMu
Supaya tidak tersimpang hamba dari jalanMu…

Hati hamba merasa hambar dan sunyi
Tanpa iman dan semangat taqwa dalam hati
Jiwa hamba kosong dan takkan berisi
Melainkan dengan redha Yang Maha Mengetahui
Yang menemukan hamba dalam bingkisan restu Yang Maha Mengasihani…

Saat tasbih mengisi ruang kosong di jari-jari
Mulut dan hati hamba bersatu berzikir mengingat ILAHI
Jiwa hamba terisi dengan munajat di malam hari
Diri ini hamba abdikan buat Pencipta langit dan bumi
Moga dosa-dosa lampau dapat dihapusi dan diampuni…

Kening ini hamba rapatkan di atas hamparan murni
Sujud dahi hamba mencecah ke bumi
Tanda syukur hamba akan kebesaran ILAHI
Tidak terukur nilai cintaMu yang tinggi
Tidak terhitung nilai kasihMu yang bertambah setiap hari…

Ya Rabbul Izzati…
Sudikah Kau menerima cinta hamba yang hina dengan longgokan dosa ini??
Semoga keampunan mendapat tempat untuk hamba yang sering lupa diri
Semoga rahmatMu sentiasa hadir menemani
Agar kehidupan duniawi dan ukhrawi hamba diredhai …

Hamba amat mendambakan cinta dariMu
Hamba juga mengharapkan pertemuan denganMu
Diri hamba ini dahaga akan belaian kasihMu
Hamparan sejadah suci hamba buktikan padaMu
Sujud cinta hamba hanyalah untuk Tuhan yang berkuasa di atas segala sesuatu…

No comments: