Pages

Saturday, December 4, 2010

.::Ayuh Rakan Jihadku...::.



            “Kita kena berjuang….”

            “Kenapa pula….?”

            “Berjuang untuk tegakkan kalimah Allah…”

            “Eleh…cakap senang, aku tengok orang yang dok berjuang ni perangai sama ja… nak kata perangai elok tak juga…”

            “Kenapa awak kata macam tu? Kenapa…apa yang awak lihat terhadap golongan pejuang ni?”

            “Korang cakap ja korang ni seorang pejuang..aku tengok ada ja pejuang bercinta, bergaduh sebab jawatan…ada ja pejuang perangai pun tak elok… macam mana orang nak ikut kalau korang semua pun teruk… kata nak perjuangankan kalimah Allah, tapi korang semua pun langgar larangan Dia…”

*****
            Ana tersentak. Betul juga apa yang dia katakan. Fenomena pendakwah dan pejuang hari ini jauh beza. Ada juga ana terdengar dan terlihat sendiri, di kalangan pejuang itu bercinta antara satu sama lain. Atas dasar perjuangan dan Islam la konon! Nampaknya kita sudah tersasar dari landasan niat kita yang sebenar. Di mana keikhlasan kita dalam perjuangan. Kita berjuang untuk menegakkan kalimah Allah, bukannya kita berjuang untuk mencari pasangan hidup masing-masing dan melahirkan rasa cinta bukan pada tempatnya! Tiada istilah cinta kita cinta perjuangan jika kita masih belum berkahwin… keindahan cinta perjuangan ini akan dikecap selepas berkahwin sahaja!

            Ana rasa kesal dengan kalian. Bercinta sesama rakan seperjuangan. Arghh…kenapa boleh jadi macam ni? bagaimana kalian nak menghadapi mad’u kalian? Bukankah kalian seringkali menasihati mereka supaya bercinta sebelum kahwin adalah haram? Aku hairan dan pelik dengan tindakan kalian…. Dulu, kalianlah yang begitu tegar mempertahankan kalimat itu, namun…kini kalian sendiri melakukannya… sudah berkali ku katakan, jangan kalian menghina mereka yang melakukan maksit, tetapi hina dan bencilah dosa yang mereka lakukan. Kita tak tahu, mungkin suatu hari nanti mereka akan berubah dan kita pula yang tersasar. Bukankah iman kita ibarat roda? Kekadang di bawah kekadang di atas….

Sahabat seperjuanganku,
            Aku begitu kecewa sekali apabila kita bergaduh kerana gilakan suatu jawatan di dalam perjuangan ini. Allahurabbi… bukankah jawatan ini satu amanah yang sangat besar? Hanya pilihan Allah sahaja yang mampu membawanya. Kenapa kalian berluma-lumba mahukan jawatan? Sudah hebatkan kalian? Sudah siapkah kalian menghadapi mehnah perjuangan ini? Kalian lupa…kalian hanya seorang hamba yang lemah dan tidak tahu kemampuan kalian. Lantas kenapa kalian begitu megah menyatakan kalian begitu layak memegang jawatan itu? Hebatnya….kalian mengagungkan diri sendiri sedangkan Allah yang mengetahui segalanya…

            Saban hari, ku lihat rakan dakwah ku berubah bentuk. Di mana-mana sahaja, ku lihat golongan pendakwah itu tidak seindah apa yang dia perjuangkan. Peribadinya sendiri membuatkan orang tidak yakin akan apa yang dibawanya. Sebagai pejuang, peribadi muslim yang terbaik harus ditonjolkan… ana yakin kalian sudah arif dengan Marhalah Fardhu Muslim. Ada 10 semuanya… dan ana yakin bagi seorang pejuang, Marhalah Fardhu Muslim ini sudah lumat dikhatam kerana ia perkara asas dalam perjuangan ini. Jika kita mampu beramal dengan kesemua Marhalah Fardhu Muslim ni, insyaallah peribadi kita baik kembali lantas orang akan tertarik dengan kita.

Ayuh rakan jihadku,
            Ku menyeru pada kalian. Di akhir zaman, kita perlu jadi lain dari yang lain. Kita berada di suatu zaman yang penuh mehnah tribulasi. Malahan kita semakin jauh dari Rasulullah. Tapi…genggamlah sunnahnya, teruskanlah perjuangannya…cintailah Rasulullah di setiap degup jantung kita. Ingat sahabatku, setiap derap langkah kita haruslah berpandukan sirah Rasulullah dan apa yang termaktub di dalam al quran supaya perjuangan ini diredhai dan terus diberkati oleh Allah.

            Usahlah kalian seronok mengejar jawatan ini kerana ku takut di akhirat kalian seksa dan azab menanti kerana amanah ini tak mampu kalian pikul. Ingatlah rakan jihadku, kita berjuang untuk Islam… kita berjuang untuk pastikan hukum Allah itu terlaksana. Lantas, ketepikanlah perasaan hati yang penuh noda dosa. Hiasilah hatimu dengan husnuzon supaya tiada syak wasangka di jalan dakwah ini…..


Ku kecewa…

Hampa penuh derita….

Kita bukannya mengindah jalan dakwah ini…

Malahan mengotorinya dengan maksiat kita…

Kita kata kita pejuang…

Tapi peribadi kita tak macam pejuang…

Kita seringkali menghina golongan biasa…

Sedangkan kita tak sedar Allah sedang menguji mereka…

Lantas akhirnya…

Kita yang dahulunya hebat…

Jatuh tersungkur dengan prinsip sendiri…


Ayuh rakan jihadku…

Kita perbetulkan langkah…

Kita siap siagakan diri kita…

Lupakan kisah lama…

Sinarilah kembali jalan dakwah ini…

Dengan cahaya iman dan jihad….


Ayuh rakan jihadku…

Kita buru syahid…

Kita buru kebahagian yang hakiki….

Syahid!!!!

Syahid!!!

Allahuakbar….


Kalam jihadku,
serikandiumar93
4 Disember 2010

No comments: