Pages

Wednesday, December 22, 2010

Perkongsian : ' Tin Kosong '


            Orang selalu kata, orang cakap banyak ni selalunya ‘tin kosong’ je… iya la, cakap ja banyak, itu tak kena, ini tak kena, mengarah orang pandai, hebat la… tapi hakikatnya kerja tak jalan. Ni yang kita namakan tin kosong. Hmm… ni yang banyak terjadi. Dalam satu gerak kerja, kita mahukan jundi dan anak buah yang banyak buat kerja dan tak banyak ragam. Betul tak?

            Kenapa ya? Sebab sudah lumrah…kita mahukan orang yang buat kerja bukannya orang yang hanya tahu bercakap tapi kerja tak jalan. Tapi… boleh juga kita ambil pendapat kerana mungkin ideanya bernas. Cuma… argh..sudah pasti geram kalau orang yang hanya tahu menilai dan memperbetulkan itu dan ini tanpa dia menjalankan tugasnya. Hanya tahu mengarah… suka ke? Tak kan…?

            Apa yang paling penting dan perlu kita geruni ialah… benda ni bukan hanya berdasarkan pendapat semata-mata. Tetapi benda ini sudah termaktub dalam ayat quran. Cuba sahabat-sahabat semak balik ayat al quran dalam surah As-Soff ayat 3 muka surat 551 : “Sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan…”

            Allahurabbi… diri ini juga kadang-kadang tak lepas dari melakukannya. Kita insan biasa. Jadi… bersama-samalah kita renungi. Jangan kita jadi seperti tin kosong je... tapi…ana nak anjurkan satu benda. Cuba tengok gambar kat atas tu… dulu, dia tin kosong juga… tapi… oleh sebab dia ada semangat untuk berubah, dia digilap, dicuci, diwarnakan dan dirapikan menjadi tin yang berguna dan dijadikan sebagai hiasan.

            Wah…hebatkan? Hakikatnya kita boleh berubah. Dari tin kosong yang tidak beerti menjadi tin yang berguna buat semua. Ingat lagi zaman sekolah rendah? Alar… kan kalau time pendidikan seni, cikgu selalu suruh kita balik cari benda-benda terpakai untuk kita buat barang hiasan… betul tak? Sapa tak ingat entahlah…. Tapi ana ingat, cikgu suruh balik cari tin kosong, kemudian rapikan permukaannya supaya tidak ada sisa tin yang tajam dan kemudian bawa ke sekolah. Di sekolah, cikgu suruh hias tin dengan pembalut, warna…. Macam-macam lagi la. Dan hasilnya tin tersebut menjadi cantik dan dibuat hiasan serta dijadikan tempat letak pensil, warna dan alatan tulis yang lain.

            So… nak jadi dak macam tu? Nak kan…? Ke tak nak..? hmm…. Tarik nafas dalam-dalam. Cuba fikir balik. Kalau diri kita ni tak sehebat mana untuk jadi qiyadah rabbaniyah… apa kata kita cuba berusaha menjadi jundi attoah? Senang ja, kita jadi macam tin yang dah dihias tu… berguna buat pimpinan kita, menjadi jundi yang senantiasa bersedia mencurahkan tenaga di samping memberi pendapat untuk melancarkan perjalanan dakwah kita.

            Oklah, nampaknya ana dah berceloteh panjang. Takut ana juga menjadi ibarat ‘tin kosong’ yang hanya pandai cakap ja…. Serikandiumar ni pandai cakap je ka? Hmm…. ntah la. Allahuwarrasulu’alam….




Sebelum tu, ana rasa belum terlambat untuk ana ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Ustaz Najhi. Suka tema ustaz, MEMBINA BAITUL MUSLIM DEMI SEBUAH DAULAH DAN KHILAFAH ISLAMIYYAH… ya, bersama kita melestari Baitul Muslim untuk membina DAULAH ISLAMIYYAH. Ingat, perkahwinan bukan atas dasar nafsu semata-mata, perkahwinan adalah satu jalan untuk kita bina Daulah Islamiyyah merealisasikan MARHALAH DAKWAH…..


Pencinta keadilan,
serikandiumar93,
22 Disember 2010

No comments: