Salam Maal Hijrah ku utus buatmu sahabat seakidahku. Moga kita buka lembaran baru ini dengan keazaman dan semangat yang jitu penuh dengan ruh tarbiyyah berteraskan al quran dan as sunnah yang hakiki. Ayuh bawa hatimu kepada Sang Pencipta. Sempena tahun baru ini, sucikanlah hati kita dari noda dan dosa. Ayuh pasakkan keyakinan untuk satu perubahan. Berhijrah dari yang lama kepada yang baru.
Ingat sahabatku, kita berhijrah bukan beerti kita kalah. Ayuh bersama kita singkap rentetan hijrah Rasululluh, hijrah bukan beerti Islam mengaku kalah. Tetapi kita berhijrah untuk kita kuatkan Islam itu di samping mengatur srategi baru untuk kita tampil lebih bertenaga dan keimanan kita lebih jitu dan kental.
Justeru itu, berhijrahlah kita untuk kita kumpulkan segala kekuatan dan kita buangkan sifat mazmumah di dalam diri kita, lantas kita tampil lebih berketrampilan dan yakin dengan peribadi kita yang terbaru. Hal ini kerana di dalam hati kita sudah ada semangat baru dan punya keazaman yang jitu. Insyaallah derap langkah kita makin tersusun kerana niat kita cuma satu. Mengharapkan keredhaan Ilahi di dalam hidup kita.
Sekian sahaja untuk kali ini, malam maal hijrah di sini ku terasa syahdu sekali. Rintik-rintik hujan rahmat yang turun seakan mengerti hati insan yang mahukan perubahan menuju cinta-Mu Ya Allah. Malam ini ana kebuntuan idea, masih berdenyut kepala ini memikirkan ceritera kehidupan ini yang penuh mehnah dan tribulasi.
Jadi setakat ini sahaja yang mampu ana coretkan. Salam penuh mahabbah buatmu sahabat…. Teruskan perjuangan kita dan kenangkanlah rentetan hijrah Nabi buat pembakar semangatmu wahai mujahid dan mujahidah sejati!
Jadi setakat ini sahaja yang mampu ana coretkan. Salam penuh mahabbah buatmu sahabat…. Teruskan perjuangan kita dan kenangkanlah rentetan hijrah Nabi buat pembakar semangatmu wahai mujahid dan mujahidah sejati!
perindu syahid hakiki,
serikandiumar93
1 Muharram 1432
No comments:
Post a Comment