Berat sungguh hati ini untuk meninggalkan bumi maahad tercinta. Setelah 5 tahun lamanya ana bergelumang dengan tarbiyah ruhiyyah jua fikriyyah, akhirnya ana melangkah jua keluar dari situ…. Peritnya ana rasakan. Namun, cuma satu yang harus diingatkan, perjuangan dan perjalanan kita masih panjang. Setelah mengambil keputusan untuk keluar, ana fikirkan apa yang akan ana lakukan sepanjang masa sementara menunggu keputusan SPM. Akhirnya ana terima tawaran sebagai guru tadika.
Pada mulanya, ana rasakan tugas sebagai guru tadika ni senang sahaja. Tak membebankan. Ana rasakan ana bekerja sekadar mahukan duit dan setelah itu berhenti dan sambung belajar. Ana silap…. Kenapa ana boleh fikir macam tu? Selama 2 hari ana ikuti kursus pemantapan guru, dan akhirnya ana rasa malu dan hina kerana ana menggadaikan tugas sebagai seorang guru tadika dengan wang ringgit. Di mana niat ana yang sebenarnya? Ini yang dipersoalkan sepanjang kursus… adakah kita hanya mahukan wang? Ataupun kita mahukan wang tapi beserta pahala?
Ketika jatuhnya khilafah Uthmaniyyah, para sahabat berkunjung ke Turki dan berjumpa dengan Arsalan. Mereka bertanya , kenapa tidak kita bina semula khilafah Islamiyyah. Lantas Arsalan berkata, macam mana kita mahu bina sebuah khifalah andai kata personaliti umat hari ini kosong. Cuba kita darabkan, 10 darab kosong jawapannya 0. Sekalipun kita ada 1000 orang, kalau didarabkan dengan 0 tetap 0.
Jadi untuk membentuk sebuah kepimpinan khilafah islamiyyah, kita peru bentuk generasi kita yang punya personaliti yang diisi dengan ruhiyyah jua fikrah. Ingat “ melentur buluh biar dari rebung…” dari mana kita mahu lentur seorang remaja itu? Kita perlu lentur yakni didiknya sejak dari kecil lagi kerana kita bukan computer yang boleh di ‘save’ maklumat dan di ‘delete’ bila tak perlu. Memori kita takkan pernah luput dari ingatan kecuali kita lupa ingatan. Contohnya…. Seorang kanak-kanak tengok ibunya merajuk, kemudian ibunya nangis dan lari masuk bila, kemudian hempas pintu… dan biarkan dirinya terbaring di atas katil sambil menangis. Cuba kita lihat anak-anak kita, macam tu ka? Kalau merajuk, mesti masuk bilik dan hempas pintu dengan kuat..? Tiru sapa tu?
Puan Aisyah ada menceritakan pengalaman beliau sewaktu beliau menyelia kanak- kanak. Ok, di sini ana sertakan beberapa kes…. Dan cuba renung-renungkan…
Kes 1
Di sebuah sekolah, ada seorang budak lelaki yang rajin pergi surau dan dia yang akan selalu azan di surau sekolah. Budak lelaki ni dikira terbaiklah akhlaknya dan semua orang mengaguminya. Pada suatu hari, ada seorang adik junior datang mengadu kepada beliau bahawa dia ditumbuk oleh seorang abang senior kerana tidak mahu diliwat. Lantas, bila ditanyakan siapa? Rupa-rupanya budak lelaki yang rajin pergi surau tu.
Kemudian, beliau memanggil budak lelaki tersebut dan menyuruhnya menceritakan perkara sebenar. Beginilah kisahnya…. Pada suatu hari, budak lelaki ni balik ke rumah dan dia menjumpai video lucah di bilik ibunya. Lantas dia menonton dan dia membawa adiknya balik untuk melakukan perkara tersebut. Kemudian, apabila dia pulang ke asrama dia terbawa-bawa untuk melakukannya.
Beliau memanggil waris kepada budak lelaki tersebut, ayahnya tidak percaya dan menyatakan anaknya seorang budak yang baik. Beliau menyuruh budak lelaki tersebut menceritakan sepertimana dia bercerita kepada beliau. Sudah sahaja cerita tersebut, ayahnya pengsan. Beliau berkata kepada waris tersebut setelah dia sedar, “ saya tidak akan buat tindakan… terserah kepada encik untuk buat tindakan..” akhirnya si ayah mengambil keputusan untuk menukar anaknya ke sekolah lain.
Kes 2
Seorang ayah tidak dapat menerima anaknya seorang OKU. Anaknya lelaki. Oleh sebab dia merasakan anak dia tidak dapat menyumbang apa-apa, dia menghantar anaknya untuk menjadi seorang pelacur.
Kes 3
Di sebuah sekolah rendah, sewaktu beliau sedang membuat penyeliaan, beliau terlihat sepasang murid lelaki dan perempuan sedang bermain cium-cium secara olok-olok di belakang kelas tetapi guru tersebut tidak peka dengan apa yang berlaku.
Hati ana tercalar mengenangkan kisah ini. Ana rasa bersalah kerana merasakan tugas sebagai guru tadika adalah benda yang remeh sedangkan tugas sebagai guru tadika amatlah penting kerana kita mencorakkan anak-anak kecil yang diibaratkan seperti kain putih. Kita adalah ibu kepada mereka, kita patut mendidik mereka dengan akhlak islamiyyah yang sebenar supaya ada tersimpan di memori mereka tentang hakikat keimanan mereka. Apa KPI seorang guru tadika?
Pada permulaan ceramah, kami disajikan dengan klip video Maher Zain, Never Forget. Jangan lupa kita menyebut LAILAHAILLAH…. Ini yang harus kita tanamkan dalam jiwa anak-anak kecil ini. Seorang guru tadika punya kuasa yang besar untuk mendidik mereka. Aura seorang guru itu meresap jauh ke dalam lubuk hati mereka kerana kita pengganti ibu mereka ketika di tadika.
“ THE POWER OF TEACHER…” seorang budak lelaki, gagal dalam subjek Pendidikan Islam. Ustaznya merotannya lantas berkata : “ kamu anak seorang ustaz, lulusan Al-Azhar… tapi kamu gagal dalam subjek Pendidikan Islam…!” lantas, budak tersebut balik ke rumah dan menceritakan kepada umminya sambil berlinangan air mata. Betapa mendalamnya lukanya hingga dia bangkit dan membuktikan dia boleh. Budak lelaki tersebut senantiasa memastikan dia akan dapat 100 markah dalam subjek Pendidikan Islam. Sekarang dia dah tingkatan 5 dan akan ke UK tahun depan. Umminya masih giat mencari ustaz tersebut kerana jasanya merotan anaknya, menyebabkan anaknya berubah. Aura seorang guru itu begitu hebat!
Tiba-tiba ana rasakan kerdilnya diri ini, beratnya amanah yang akan ana pikul. Ana perlu didik kanak-kanak ini menjadi generasi yang hebat! Personality mereka tidak lagi ‘0’, kerana kita isi jiwa mereka dengan ruhiyyah… hakikat ketuhanan yang sebenar. Mampukah? Kita membawa kepercayaan ibu bapa mereka untuk kita latih dan didik mereka. Kita perlu ikhlaskan niat…. Kita mendidik bukan untuk wang semata-mata, tapi kita mendidik dengan niat anak-anak kecil ini akan menjadi pelapis dan generasi yang akan berjuang mewujudkan khilafah islamiyyah…. Allahuakbar!
tinta seorang serikandi,
serikandiumar93
28 Disember 2010
No comments:
Post a Comment