Pages

Saturday, December 31, 2011

SABARKAH KITA?

            Jarum jam sudah menunjukkan tepat pukul 2.17 pagi. Aku baru selesai menyiapkan ‘samosa’ sebagai santapan esok hari. Teman yang dari tadi menemani, sudah enak dibuai mimpi. Cuma aku yang masih setia di sini. Membuka mata di sebalik kesejukan pagi. Entah kenapa tidak sesejuk pagi tadi, terasa hangat yang menjalari tubuh ini.

            Masih bertelekung, aku capai cermin mata di hujung meja. Terasa ingin menulis di sini. Tersenyum seorang diri mengingatkan suasana ‘Kembara Iman’ di rumah no 9 tadi. Kembara Iman seakan satu usrah yang di bawah Pembangunan Rohani Persatuan Pelajar Malaysia Irbid. Setiap ‘sakan’ yakni asrama diwajibkan melaksanakan ‘Kembara Iman’ ini setiap hari Jumaat malam.



Friday, December 30, 2011

MUJAHADAH ITU PAHIT

            Aku sedang meniti hari, untuk masuk ke tahun baru. Berbaki sehari lagi 2011 akan melabuhkan tirainya. Sehubungan dengan itu, bumi Irbid kian sejuk. Sejuk yang tersangat. Kalau jirus air atas kepala, terasa sakit yang teramat sakit. Mencucuk-cucuk. Nak rasa macam mana sejuk bumi Irbid saat ini? Kalian masuk dalam peti sejuk, itulah rasanya. Kalau nak rasa air bumi Irbid, ambik air dalam peti sejuk, jirus dekat badan. Begitulah rasanya.

            Bila musim sejuk ini, semuanya terasa malas. Segala aktiviti tergendala. Terasa malas untuk keluar sebab terlampau sejuk sangat-sangat! Inilah…namanya sebuah mujahadah. Mujahadah untuk bangun pagi. Mujahadah untuk melawan nafsu dan segala-galanya.



Wednesday, December 28, 2011

BERKORBAN DEMI CINTA-NYA

            Entah mimpi apa hari ini, bangun tidur terus tengok Hindustan. Kal Ho Na Ho. Heronya sudah pasti Shah Rukh Khan dan heroinnya Pretty Zienta. Pelakon lelaki tambahan dan sebagai sahabat baik Pretty adalah Saif Ali Khan.

            Jangan kata apa, sekali aku tonton Hindustan. Sudah pasti terleka. Ceritanya yang sweet dan menyayat hati membuatkan aku makin ‘feeling’ untuk menontan. Maklum lah, hati perempuan. Ada saja yang ‘sweet’ nya.

            Kisah bermula dengan Rahul [ Shah Rukh Khan] yang datang membawa perubahan besar dalam keluarga Neina [Pretty Zeinta]. Keluarga yang dahulunya suram, dingin saban hari..berubah menjadi sebuah keluarga yang bahagia.



Tuesday, December 27, 2011

ENGKAU BUKAN GADIS BIASA

            Usai solat isyak dan menghafaz ayat quran. Aku tarik tilam aku di bawah katil.  Masih dalam keadaan bertelekung, aku duduk di atas tilam.Bilik aku terlampau sejuk sangat. Jadi, terpaksa angkat tilam, tidur bilik kawan. Tiap-tiap malam, akan tarik tilam yang disembunyikan di bawah katil. 

            Netbook aku dekatkan. Sejak dari tadi berdoa pada Allah, moga penulisan aku kali ini dengan hadirnya hati yang tulus kerana-Mu. Sambil mendengar lagu Mawaddah, nyanyian Khaulah, aku relakan diri menaip lagi di sini.

            Rasanya sudah banyak kali aku cuba untuk menulis. Dan akhirnya gagal. Penulisan sekerat jalan yang akhirnya aku delete begitu sahaja. Kenapa? Kerana hatiku tidak hadir. Tiada rasa.

            “Perempuan yang baik takkan luah isi hatinya pada khalayak umum..”


Thursday, December 22, 2011

PENANGAN TASJIL

            Seisi rumah sejak dari tadi menanti dengan penuh debar di hadapan laptop masing-masing. Riuh saja suasana Sakan Yarmouk. Debaran ‘peperangan’ untuk tasjil madah. Ketar. Siapa tak ketar, bila belek syukbah yang tinggal hanya seciput cuma. Walhal jumlah pelajarnya beribu banyaknya. [Hiperbola] tapi hakikatnya, memang jumlah students first year tahun ini tersangatlah ramai. Melimpah ruah!

            5 minit masih berbaki. Terasa debaran. Mana tidaknya, memang persediaan sudah dibuat. Tapi andai kata SIS, [Student Information Student] error atau ‘jem’ di tengah jalan. Terperangkap jua akhirnya! Ini yang ditakuti. Berjuang untuk mendapatkan subjek yang hanya tinggal beberapa kerat saja lagi. Menunggu masa untuk dirembat! [Perjuangan yang tersangat sengit!]

            4.48 pm.. kedengaran di luar bilik.

            “Dah boleh tasjil…!”


Wednesday, December 21, 2011

TADABBUR SURAH AL QIYAMAH

Aku bersumpah demi hari kiamat,
dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali (dirinya sendiri)
Apakah manusia mengira, bahwa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya?
Bukan demikian, sebenarnya Kami kuasa menyusun (kembali) jari jemarinya dengan sempurna.
Bahkan manusia itu hendak membuat maksiat terus menerus.
Ia berkata: "Bilakah hari kiamat itu?"
Maka apabila mata terbelalak (ketakutan),
dan apabila bulan telah hilang cahayanya,
dan matahari dan bulan dikumpulkan,
pada hari itu manusia berkata: "Ke mana tempat berlari?"
sekali-kali tidak! Tidak ada tempat berlindung!

~al qiyamah : 1- 11~

            Terpegun sejenak. Membaca satu demi satu ayat al quran ini. Tadabbur ayat al quran sungguh indah. Tambahan pula, jika kita menghayati maksud dan makna tentang hari kiamat yang bakal kunjung tiba. Hari kiamat yang pasti....

Tuesday, December 20, 2011

TIUPAN ITU


Demi (malaikat-malaikat) yang mencabut (nyawa) dengan keras,
dan (malaikat-malaikat) yang mencabut (nyawa) dengan lemah-lembut,
dan (malaikat-malaikat) yang turun dari langit dengan cepat,
dan (malaikat-malaikat) yang mendahului dengan kencang,
dan (malaikat-malaikat) yang mengatur urusan (dunia)
(Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan) pada hari ketika tiupan pertama menggoncang alam,
tiupan pertama itu diiringi oleh tiupan kedua.
Hati manusia pada waktu itu sangat takut,
Pandangannya tunduk.

~An-naazi’at : 1-9~

            Pen ditangan terus diletak ke tepi. Aku dekatkan diri menghadap skrin laptop, melihat tafsiran ayat quran ini. Inilah rutin harianku, sejak akhir-akhir ini. Mencatat segala tafsiran ayat al-quran yang terkandung dalam kitab Aqidah Islamiyah ini sudah menjadi ‘hobi’. Berikutan final exam yang kian hampir, bersungguh-sungguh aku cuba fahami.

Monday, December 19, 2011

LUAHAN RASA


Kepala terus ligat memikirkan.
Jiwa berterusan memberontak.
Bagai dicarik-carik sembilu.
Titis air mata gugur jua membasahi pipi.

            Aku rindu satu nama itu. Nama yang pasti terpahat di kalbu. Ketegasannya yang aku rindui. Ketabahannya yang aku kagumi. Benar, aku rindu ‘dia’.

Serikandiumar….

*****
Kelemahan itu muncul…

            Hampir 4 bulan aku di bumi Irbid. Selama itu Qani’ah Mawaddah menelusuri kehidupannya. Aku sedar..pandangan orang terhadapku.

            “Pakai purdah..diam di luar, tapi..aktif di FB…”

Friday, December 16, 2011

[ALHAMDULILLAH] --> HANYA INI MAMPU AKU UCAPKAN

            Sekian lama menyepi. Post-post sedih yang banyak mengisi ruang blog yang kian suram ini. Hari ini aku tampil lagi, setelah lama terkedu, tiada sebaris kata untuk dilontarkan di sini. Hanya kalimat Alhamdulillah yang mampu untuk aku ucapkan tika ini.

            Anda lihat keratan di atas bukan? Tika aku sudah melepaskan Saiful Islam Fetrus bin Abdullah, ada sinar cahaya yang hadir. Terkejut. Dia kembali. Namun, dengan identitinya yang berbeza. Dia tidak mengenali aku.

            Beberapa hari aku diserang oleh sepupunya kerana membiarkan Saiful 'search' namanya di internet, lalu dia menemui blog aku. Aku hanya biasa. Melawan kata-katanya. Itu bukan salah ku andai Saiful bisa mencari namanya. Itu hak dia. Dia berhak tahu. Siapakah dirinya.