Pages

Wednesday, December 28, 2011

BERKORBAN DEMI CINTA-NYA

            Entah mimpi apa hari ini, bangun tidur terus tengok Hindustan. Kal Ho Na Ho. Heronya sudah pasti Shah Rukh Khan dan heroinnya Pretty Zienta. Pelakon lelaki tambahan dan sebagai sahabat baik Pretty adalah Saif Ali Khan.

            Jangan kata apa, sekali aku tonton Hindustan. Sudah pasti terleka. Ceritanya yang sweet dan menyayat hati membuatkan aku makin ‘feeling’ untuk menontan. Maklum lah, hati perempuan. Ada saja yang ‘sweet’ nya.

            Kisah bermula dengan Rahul [ Shah Rukh Khan] yang datang membawa perubahan besar dalam keluarga Neina [Pretty Zeinta]. Keluarga yang dahulunya suram, dingin saban hari..berubah menjadi sebuah keluarga yang bahagia.




            Neina sendiri turut berubah. Dari seorang gadis yang sangat sukar untuk tersenyum, berubah menjadi seorang gadis yang periang. Penangan seorang pemuda. Dari rasa kagum, lahirnya rasa cinta.

            Neina jatuh cinta pada Rahul. Hakikatnya, sejak kali pertama mereka bertemu, Rahul sudah jatuh cinta. Cinta pandang pertama. Ya, hati mereka merasa benda yang sama. Sayangnya, sahabat baik Neina, Rohit [ Saif Ali Khan] menyimpan perasaan yang sama pada Neina. Dia meluah rasa pada Rahul, dan tahulah Rahul bahawa Neina bukan miliknya.

            Rahul sedaya upaya membantu Rohit untuk membuatkan Neina jatuh cinta pada Rohit. Pengorbanan demi kebahagiaan gadis yang dia cintai. Meleleh air mata apabila menonton scene sedih itu. Cerita dia panjang lagi. Point yang paling penting hendak aku khabarkan ialah, Rahul berkorban cintanya demi kebahagian orang lain. Dan dia sendiri mati di penghujungnya akibat dari sakit yang dia deritai.

Berkorban?

            Hebat bukan pengorbanan dia. Demi cintanya pada seorang gadis. Dia korbankan cintanya. Begitulah cinta. Cinta seorang pemuda buat gadis. Sanggup dia korbankan segala-galanya demi cinta yang dia agungkan. Tetapi dia lupa, siapakah yang menghadirkan rasa cinta itu?

            Lebih indah kalau kita berkorban demi mengejar cinta Ilahi. Bukan mudah untuk kita mengejar cinta Dia. Tambahan iman yang senipis bawang, rasa malu untuk mengatakan kita cinta pada Allah bukan?

            Sukar untuk kita berkorban nafsu dunia demi Allah? Ya.. sukar, andai kita masih biarkan nafsu memagari diri. Nafsu yang senantiasa menyekat kita dari berkorban demi-Nya.

Kerana nafsu badan binasa..

            Acap kali kita kalah. Kalah dalam melawan hawa nafsu sendiri. Sedarkah kita, kerana turutkan nafsu badan binasa. Kerana nafsu iman kita goyah.

            Aku akui. Cukup sukar melawan nafsu. Tetapi, kita tetap perlu melawan hawa nafsu itu. Mahukah kita membiarkan nafsu bermaharajalela di dalam diri? Jijik bukan?

            Apa salahnya kita lawan hawa nafsu itu. Mengorbankan cinta dunia, dan mengejar cinta akhirat? Kita tidak sesekali akan rugi, kerana dunia ini hanya sementara. Sedangkan akhirat sana akan kekal abadi. Di sanalah akan kita duduki. Bukan di dunia yang hanya persinggahan semata.

*****

            Berkorban demi mengejar cinta-Nya terlalu indah untuk diungkapkan. Allah cinta yang paling agung. Cinta pada makhluk tidak membawa apa-apa. Kemanisan yang sementara dan akhirnya hilang begitu sahaja.

            Mula-mula mungkin kita rasa nikmatnya cinta. Lama-lama baru kita sedar, bahanya cinta pada makhluk. Melalaikan jua membawa ke lembah kehinaan. Kenapa hina? Kerana kita tidak meletakkan cinta itu pada tempatnya. Sebelum kita mencintai makhluk-Nya, cintailah Penciptanya terlebih dahulu yakni Allah.

            Mencintai Allah adalah nikmat yang sangat indah. Di setiap detik dan nafas, hanya Allah.. subhanallah, sangat indah untuk aku nukilkan. Tidak terluah dek kata-kata. Berdua-duaan dengan Allah di malam hari, terasa manis dan nikmat. Terluah segala kekusutan, pada Allah jua kita mengadu.

Gadisku,

            Seringkali aku termenung. Memikirkan diri kita gadisku. Kita ciptaan yang indah. Kita pelengkap hidup seorang lelaki. Tetapi sayang jika hati kita dimiliki pada bukan yang tidak sepatutnya.

            Aku pernah merasa. Hati gadis sangat cepat tersentuh. Seorang gadis terasa ingin disayangi. Seorang gadis mahukan seseorang di sisi, yang mendengar segala kisahnya setiap hari. Bermacam ingin dia luahkan pada seseorang.

            Seorang gadis itu juga mudah jatuh cinta. Kerana hatinya tersangat lembut. Cepat cair dengan kata-kata seorang pemuda. Dan seorang gadis itu cepat kagum pada seorang pemuda. Kerana hatinya tersangat lembut dan rapuh untuk menahan rasa.

Lantas…

Pemudaku,

            Jangan kau permainkan hati gadis itu. Dia terlalu lembut untuk engkau sakiti. Acap kali aku lihat, seorang gadis dan aku sendiri menangis kerana merasakan seorang pemuda mencarik-carik hatinya. Mempermainkan hati dengan meletakkan maruah seorang gadis itu di bawah.

            Jangan kalian lakukan sedemikian rupa. Gadis itu terlalu indah ciptaannya. Jangan permainkan cintanya. Jangan permainkan imannya. Jika betul engkau ingin menagih kasih si gadis, lakukanlah dengan cara yang terbaik dan terhormat. Bukan dengan cara yang jijik dan kotor. Kerana… gadis itu, tidak sehina itu.

*****

…Demi cinta-Nya…

            Sama-sama kita korbankan cinta kita pada dunia. Demi mengejar cinta-Nya. Jika kita kejar Allah..kita dapat segalanya. Pada Allah segala nikmat itu, kerana dari Allah datangnya kesenangan itu.

            Ayuh kita tinggalkan jahiliyah itu. Masih belum terlambat untuk kita berubah. Benda yang lepas, kita lupakan. Terukan langkahmu ke hadapan. Yakinlah, jika kita berhijrah demi cinta Allah..kita akan selamat, kerana Allah senantiasa bersama..

            Allah..dakapi kami dengan rahmat kasih sayang-Mu. Jangan Kau jauhkan kami dari-Mu Ya Allah.. hadirkan secebis keimanan kepada kami, supaya lebih utuh rasa cinta kami kepada-Mu Ya Rabb..

            Ya Allah..kami hamba yang tersangat kerdil. Seringkali melakukan dosa. Izinkan kami menagih cinta-Mu. Akan kami cuba lupakan kesedapan dunia, berkorban segalanya demi cinta-Mu Ya Allah…

Nota kaki:

-tinggalkan jahiliyah itu, berkorban demi cinta-Nya
-doakan aku, istiqamah dalam mencintai-Nya..


Qani’ah Mawaddah
Sakan Yarmouk
5.50 pm
28 Disember 2011

2 comments:

Siti Nr Syahira ●̮̮̃• said...

salam alaik.sy trsenyum bila bca blog kamu.hebat! subhanallah =)

Qani'ah Mawaddah said...

Wassalam..

tersenyum? Alhamdulillah.. jom sama-sama senyum =.=

syukran ukhtiku sayang..