Pages

Friday, December 16, 2011

[ALHAMDULILLAH] --> HANYA INI MAMPU AKU UCAPKAN

            Sekian lama menyepi. Post-post sedih yang banyak mengisi ruang blog yang kian suram ini. Hari ini aku tampil lagi, setelah lama terkedu, tiada sebaris kata untuk dilontarkan di sini. Hanya kalimat Alhamdulillah yang mampu untuk aku ucapkan tika ini.

            Anda lihat keratan di atas bukan? Tika aku sudah melepaskan Saiful Islam Fetrus bin Abdullah, ada sinar cahaya yang hadir. Terkejut. Dia kembali. Namun, dengan identitinya yang berbeza. Dia tidak mengenali aku.

            Beberapa hari aku diserang oleh sepupunya kerana membiarkan Saiful 'search' namanya di internet, lalu dia menemui blog aku. Aku hanya biasa. Melawan kata-katanya. Itu bukan salah ku andai Saiful bisa mencari namanya. Itu hak dia. Dia berhak tahu. Siapakah dirinya.



            Aku segera membuka blog apabila ada seorang teman khabarkan bahawa Saiful meninggalkan komen di blog. Allah.. seakan ingin menitis air mata ini. Sedaya upaya ditahan. Ya! Akhirnya air mata ini menitis jua.. Ya Allah..dia lupaa… sungguh, dia lupa siapa dirinya.. walhal, tiap kisah yang aku tulis adalah kisah dirinya. Allah..

            Aku cuba berbual dengannya di Fb, dan ternyata.. dia lupa dan dia tidak percaya bahawa dia Islam kerana familynya begitu kuat berpegang pada ajaran Kristian. Aku terkedu. Aku cuba jernihkan keadaan. Bersahabat dengannya sekalipun atas nama ‘Fetrus’ bukan ‘Saiful’.

            Ya, sedih! Namun.. aku yakin.. ada hikmah yang tersendiri.

            Saban hari, pelbagai persoalan dan bukti aku lontarkan padanya bahawa dia Islam. Ya, dia tidak melawan. Dia cuba mengkaji. Adakah benar dia Islam? Aku hanya tersenyum dan terus berdoa supaya Allah makbulkan doa semua supaya dia ingat kembali. Biarlah dia tidak mengingati Qani’ah Mawaddah.. tetapi biarlah dia mengenali bahawa dia adalah Islam..

*****
            Aku tidak pernah berhenti berharap. Dan saat ini, Subhanallah.. MasyaAllah.. dia sedar akan dia Islam. Azan Subuh pertama yang memecah sunyi pagi, membuatkan tangis seorang insan baru kedengaran. Aku syukur tatkala aku mengetahui bahawa dia sedar dia Islam. Cuma, dia perlukan masa lagi untuk semakin mengenali.. apakah Islam yang sebenar pada dirinya. Aku kagum!

            Dia kian sedar dan makin pulih. Doa kalian amat aku harapkan. Keazaman dia untuk menarik adik dan kakaknya pada Islam kian utuh. Buktinya, mereka sudah menerima keislamannya. Nah! Ini bukti betapa luasnya rahmat Allah. Subhanallah.. benar.. dia lupa. Dan ‘lupa’ dia ada hikmah yang sangat besar.

            Hari ini, dia mahu Islam dengan Islam sebenar-benarnya. Dia mahu mendalami apa itu Islam. Ya Allah..aku bersyukur dengan rahmat-Mu..

Qani’ah Mawaddah,

            Jika seorang muallaf mahu beriman dengan sebenar-benarnya.. adakah engkau seorang muslim mahu  mensia-siakan nikmat Islam yang Allah kurniakan dari kecil? Renungilah..

Qani’ah Mawaddah,
Sakan Yarmouk
1.32 pm
16 Disember 2011

1 comment:

Annur said...

Alhamdulillah...syukur!..sesungguhnya rahmat Allah tu besar!AllahuAkbar..Percayalah,,Allah itu ingin menguji hambanya pada titik kelemahan hambaNya..Allah mahu lihat bgaimana kita boleh brtahan kpd ayatNya juga pd janjiNya..Allah x akan mnyusahkn hambaNya..ya! Saya pasti!..mungkin ujian yg Allah lemparkn ini adlah untuk menguji saudari Qani'ah dn sahabat..semua itu disediakn hnya buat hambaNya yg berupaya dan bersedia untuk mbolosinya..InsyaAllah,,diakhirnya,,psti kan trjumpa ssuatu yg amat manisss--->iaitu SYURGA..