Pages

Tuesday, November 4, 2008

UNTUKMU MUJAHIDAH SEJATI

Mujahidah sejati
Intan permata mutiara mahkota
Seindah pelangi di cakerawala
Menghiasi taman indahnya permai

Mujahidah sejati
Engkaulah serikandi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri
Subur dengan iman dan ketaqwaan

Mujahidah sejati akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa

Mujahidah sejati
Berbekal al-quran dan as-sunnah
Bersulam pengorbanan
Bisa menggegarkan isi dunia

Mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menerangi bumi
Harapan ummah yang abadi

Mujahidah sejati
Menyoroti langkah Khadijah
Aisyah Fatimah, menjadi muqarrabin
Bbermujahadah, merebut cinta
Dan kasih Allah

Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama di sisi Tuhan
Cuma ibadah yang membezakan
Wanita solehah di sisi Tuhan
Berhati-hatilah hasutan dunia
Kerana ia merbahaya
Jangan dibiarkan ia bertakhta
Dalam iringan dosa-dosa

Monday, November 3, 2008

.::Gadisku..renungkanlah....::.

Gadisku,
Sebelum aku menulis perkataan-perkataan seterusnya, sebelum ku bisikkan luahan rasa, izinkan aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari kalian. Andai apa yang aku tulis menyentuh hati dan perasaan kalian, maafkan aku.

Gadisku,
Kau dijadikan oleh Allah dengan anggota tubuh yang sempurna. Rambut yang bersinar ikal mayang, hidungmu yang mancung, bibirmu yang kemerah-merahan, raut wajahmu yang lembut lagi ayu, anggota badanmu yang tiada cacat celanya. Cukup dan lengkap. Syukur alhamdulillah gadisku.

Gadisku,
Mengertilah... sebagai tugu pertahanan dalam jiwa, lebih sopan dan cantiknya jika rambutmu yang ikal mayang itu ditutupi dengan sehelai kain tudung. Alangkah manisnya jika bibirmu diamalkan dengan perkataan-perkataan yang suci, zikirrullah. Alangkah indahnya jika raut wajahmu yang ayu itu, dibasahi dengan air mata keinsafan... dipancari dengan cahaya nur, dihiasi dengan senyuman ikhlas.. alangkah baiknya...


Gadisku,
Kau adalah insan istimewa. Itu adalah hakikat yang tersurat dan yang sebenar-benarnya. Ketahuilah gadisku... kecantikan bukanlah segala-galanya, kecantikan bukanlah perbezaan antara manusia. Kerna... semua manusia adalah sama di sisi Allah, yang membezakan sesama manusia hanyalah amal ibadat, bekal ke alam lain selepas mati.

Gadisku,
Mahkota kewanitaan adalah penting bagimu. Auratmu adalah pelindung dirimu. Percayalah, batas-batas yang Allah berikan kepadamu sebagai seorang wanita, ada hikmah yang tersembunyi.

Gadisku,
Janganlah kau riak dengan segala kelebihan yang kau miliki. Semua itu hanyalah pinjaman belaka, hanya sementara sahaja...

Gadisku,
Sekali lagi aku memohon maaf. Sesungguhnya hanya kita, gadis sesama Islam yang layak dinasihatkan dan menasihati demi kebaikan kita bersama. Jadikanlah pengajaran dan sempadan, bahawa hidup di dunia ini hanya sementara. Mati tidak mengenal usia. Semoga Allah membuka hati dan pintu keinsafan buat diriku dan diri kalian semua.. gadisku.