Pages

Wednesday, April 24, 2013

MOOD EXAM



Salam semua. Ok, sekarang tengah mood exam. Esok exam. Sambil kepala mengira markah. Takut. Pointer turun. Toink!
Jadi, saja search pasal pointer. Jemput tengok semua :)

Saturday, April 13, 2013

PART 4 : SAHABAT SAMPAI SYURGA



Syafika sedang sibuk menelaah pelajaran di biliknya. Ain hanya memerhati dari biliknya. Dari tadi dia hanya buka tutup sahaja buku yang dipegangnya. Acap kali dia mengeluh panjang. Langsung tidak dapat memberi fokus kepada isi buku tersebut.

Dia terus bangun. Menuju ke bilik Syafika. Ain memberi salam.

“Assalamualaikum..amboi Ika..hebatnya enti study…tergamam ana..hehe” Ain berseloroh.

Friday, April 12, 2013

PART 3 : SAHABAT SAMPAI SYURGA



Usai menunaikan solat fardhu Asar, Ain siap-siap mahu keluar. Dia ada usrah dengan kakak naqibahnya, Kak Yasmin. Dia sudah lambat. Sepatutnya dia solat Asar di surau blog E.

“Ika pinjam basikal boleh?” Dari luar rumah sewa, Ain menjerit ke dalam ruang rumah. Berharap Syafika yang berada di atas akan mendengar suaranya.

“Oit nak pi mana?” Tiba-tiba Ika terpacul di sebalik tangga rumah teres dua tingkat itu. Terkejut Ain. Sejak bila pula Ika ada dekat situ.

Thursday, April 11, 2013

PART 2 : SAHABAT SAMPAI SYURGA


Ain sedang tekun membaca buku di dalam kelas. Ruang di sebelahnya masih kosong. Tiada sesiapa yang mahu duduk di sebelahnya. Masing-masing duduk secara berkumpulan bersama kawan-kawan yang disukai mereka.

Ain? Mungkin dirasakan bukan ‘taste’ mereka, dengan berpakaian ala-ala ustazah. Nampak kolot. Tidak ada ‘class’ katanya kalau berkawan dengan budak macam ini. Ain hanya mampu diam jika ada sindiran-sindiran yang pedih didengarinya.

“Hai ustazah..!” Terkejut Ain.

PART 1 : SAHABAT SAMPAI SYURGA



“Awak..nama awak sapa?” Ain terkejut. Bahunya diciut lembut oleh seseorang. Segera dia menoleh ke belakang.

Ada seorang gadis, tinggi lampai, cantik dengan blouse dan tudung yang sedondon, dikenakan pula dengan seluar jeans yang menampakkan bentuk kaki. Eh, rasanya macam sekelas? Gadis itu tersenyum memandangnya sambil tangan dia melambai mesra. Ain tersenyum kembali.

Tuesday, April 9, 2013

RAPATKAN SAFF!


Ada beza tak Saf dalam gambar ni, dengan Saf di Masjid kampung kita ?

Monday, April 8, 2013

INI BARU DEMOKRASI!


"Abah, ramainya orang? Apa diorang buat tu?"


"Diorang buat himpunan membantah Presiden depan kediaman beliau."

"Tapi kan abah, adik tak nampak polis pun?

Sunday, April 7, 2013

STUDY..STUDY!


Buat kawan-kawan yg tengah study..
Study petang-petang memang best.. =)

Saturday, April 6, 2013

MENANTU DAN MERTUA


Suka tengok gambar ni. Sheikh Usamah Al-Azhari dan Sheikh Dr. Yusri Rushdi Al-Hasani Hafizokumullah. Menantu dan ayah mertua, ulamak kesayangan ummah.

Ya Allah kurniakanlah kami, isteri, anak-anak dan keluarga penyejuk mata dan dikalangan orang-orang yang beriman.
 

Friday, April 5, 2013

BINGKISAN TARBIYAH BUATMU [PART 1]


Peristiwa ini terlakar, 8 tahun yang lalu. Masih segar kenangan indah ini. Izinkan saya, melakar bingkisan-bingkisan indah ini buat kalian, adik-adik yang masih setia di bumi waqafan itu. Usah pertikai nada penulisannya, usah persoalkan benar atau tidak kisah ini, tapi ambillah ibrah di sebalik bingkisan yang ingin ku titipkan buat kalian, adik-adikku sayang.

Dalamilah..dengan penuh cinta...

" Adah bangun... lambat dah kamu ni..! " Puan Suzana melaung kepada anaknya.

"Ya mak....Adah tengah siap laaah ni..."


'What are those 'suspended' coffees ?'


This story will warm you better than a coffee in a cold winter day:

"We enter a little coffeehouse with a friend of mine and give our order. While we're approaching our table two people come in and they go to the counter -


'Five coffees, please. Two of them for us and three suspended'



Thursday, April 4, 2013

DARAH ULAMAK!


Mushaf al Quran yang berlumuran darah Syeikh Dr Said Ramadhan al Buty.

Ternyata muka surat itu menceritakan kisah Nabi Zakaria dan Nabi Yahya. Kedua nabi ini dibunuh oleh Yahudi dengan kejam.

Ternyata Syeikh as Syahid Dr Said Ramadhan al Buty juga dibunuh dengan sebegitu rupa.

Allahu Akbar!

Wednesday, April 3, 2013

MUTIARA KATA [7]


Setiap pejuang Islam perlu mempunyai jiwa yang sufi supaya Allah SWT memberikan kemenangan Islam dengan izin daripadaNya.

Justeru, amalan sufi akan menjadikan seseorang Islam semakin kuat bekerja untuk menegakkan Islam. Amalan sufi bukan menjadikan seseorang semakin mandom dan lesu dalam gerak kerja Islam.

Golongan yang hebat di zaman dahulu, mereka berqasidah dan berzikir sebelum keluar berperang melawan musuh Allah SWT

Tuesday, April 2, 2013

Nik Aziz Jawab Tulisan Pelacuran New Straits Times – Kelantan After Dark



Baca Tulisan Rasmi Jawapan Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat: 

Bismillah, saya membaca laporan muka hadapan New Straits Times semalam yang memaparkan di muka hadapan laporan mengenai masalah sosial di Kelantan dengan tajuk Kelantan After Dark. Ia disambung pula dengan paparan Buletin Utama TV3 malam semalam dan juga kenyataan seorang pemimpin utama UMNO Kelantan yang mengatakan bahawa ini adalah bukti Kelantan tidak sempurna.

Help me spread the news please!


Help me spread the news please! Nor Fariza ialah kawan saya. Thank you!


SINAR HARIAN - Saluran pernafasan sempit , Harish perlu RM9,000


KETIKA orang lain menyambut kelahiran bayi dengan gembira dan bahagia, pasangan suami isteri Hasril Abu Hassan, 35, dan Nor Fariza Daud, 29, hanya mampu menahan air mata apabila bayi mereka, Harish Ar Rizqin, disahkan menghidap saluran pernafasan sempit, tiga bulan lalu.

T-O-L-A-K



"Bang, kami tak bawa pistol, pisau pelit pun tak bawa, kami hanya bawa segulung kertas memorandum"

cc: Dato Seri Najib RazakMuhyiddin Yassin

MUTIARA KATA [6]


Monday, April 1, 2013

MUTIARA KATA [5]


Prinsip kita adalah prinsip islam yang tulen.Bekerja supaya tertegaknya keadilan dan menentang segala kemungkaran

ASTAGFIRULLAH!


Dalam Sibuk "Mempertahankan Kalimah Allah". Kerajaan umno Bina Gereja Paling Besar Di Asia Tenggara....Lu Ada Otak..Lu Fikir Sendiri !!

Gereja terbesar Asia Tenggara dibuka di Bukit Jalil hari ini... satu lagi kejayaan Barisan Nasional

Gereja terbesar di Asia Tenggara membuka pintunya hari ini berlatarbelakangkan perdebatan tentang kebebasan beragama di Malaysia dan dakwaan diskriminasi halus terhadap orang bukan Islam.


DAP tegas angkat Melayu jadi MB Negeri Sembilan



KUALA LUMPUR: DAP tetap melantik orang Melayu menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan jika Pakatan Rakyat (PR) diberi mandat memerintah negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Demikian ditegaskan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook dalam wawancara eksklusif dengan Roketkini.com baru-baru ini.

Kenyataan itu sekaligus menafikan pelbagai tuduhan jahat dan fitnah yang mendakwa orang bukan Melayu akan dilantik menjadi Menteri Besar jika PR memenangi majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri itu.



MUTIARA KATA [4]


Ahli Gerakan Islam perlu berintimak dengan Jemaah atas dasar Kefahaman dan Semangat.

Mana2 ahli yang terlibat dengan Jemaah berbekalkan semangat semata-mata maka dia bakal mengalami penyakit Futur (putus asa).

Mana2 ahli gerakan yang terlibat dengan Jemaah berbekalkan ilmu semata-mata maka dia abakal mengalami penyakit mengktitik pimpinan (pada masa yang sama tidak melakukan apa2 usaha).

Justeru ahli gerakan Islam perlu mendalami Usul 20 yang ditulis oleh As-Syahid Imam Hasan Al-Banna bagi memahami Islam yang sebenar.


Syeikh Zainul Asri bin Haji Romli

Hipokrit..


Admin : Hirup Kuah Laksa.


Admin : Hirup Kuah Laksa.
Gambar ini telah dirakamkan oleh Ahmad Boestaman Majid didalam Majlis Jamuan laksa bagi mengumpul dana PRU13 UPU Rhu Muda yang telah diadakan pada hari Jumaat 29 Mac 2013 di Perkarangan Masjid Rhu Muda, Marang ~Admin~

Remaja Inggeris berduyun- duyun memeluk Islam


LONDON - Menurut kajian terbaru, di Inggeris, selama 6 tahun terakhir, jumlah umat Islam telah berkembang sebanyak 37% dan jumlah masjid sudah mencapai hampir 1,500, termasuk banyaknya surau. Berdasarkan data British Institute of Gatston, rata-rata, ratusan warga Inggeris masuk Islam setiap bulan, Al-Jazeera melaporkan.

Jumlah mualaf sangat terlihat di dalam penjara, dan jumlah remaja yang masuk Islam di sekolah, seperti dilansir KC pada Sabtu (30/3/2013)

MUTIARA KATA [3]


Tabahkanlah hati hati kita ketika berhadapan dengan musuh. Kemenangan itu terbina dari hati yang tabah, dan kekalahan itu berpunca daripada hati yang berbolak balik dan tidak yakin dengan kemenangan Islam

Syeikh Zainul Asri Haji Romli