Pages

Thursday, April 11, 2013

PART 1 : SAHABAT SAMPAI SYURGA



“Awak..nama awak sapa?” Ain terkejut. Bahunya diciut lembut oleh seseorang. Segera dia menoleh ke belakang.

Ada seorang gadis, tinggi lampai, cantik dengan blouse dan tudung yang sedondon, dikenakan pula dengan seluar jeans yang menampakkan bentuk kaki. Eh, rasanya macam sekelas? Gadis itu tersenyum memandangnya sambil tangan dia melambai mesra. Ain tersenyum kembali.


“Oh..nama saya Ain..awak?” Ain terus menghulurkan tangannya seraya dibalas mesra oleh gadis tadi.

“Amira..boleh saya duduk?” Ain masih kaget. Tidak pernah dia ditegur gadis-gadis seperti ini di universiti. Barangkali kerana identiti pakaiannya yang menakutkan mereka untuk mendekatinya.

Ain hanya mengangguk. Senyuman manis dilemparkan kepada Amira. Gadis yang baru dikenalinya.

“Awak.. saya nak kawan dengan awak boleh? Saya tengok awak macam tak da kawan pun dekat sini…dalam kelas pun sorang-sorang..” Amira memulakan bicara.

“Eh..boleh saja. Awak nampak saya ya?” Ain terkejut. Tidak sangka pula gadis semoden Amira memerhatikan budak kolot sepertinya.

“Of course lah..sapa tak nampak tak tahulah..awak kan lain dari yang lain dalam kelas kita.. kalau awak ambik pengajian lainlah.. ini awak di kampus engineering kot…mesti jarang ustazah-ustazah ambik engineering..sebab tu awak tak da kawan kan?” Amira mencuit bahu Ain yang masih terkebil-terkebil.

“Emm… saya tak da kawan dekat sini. Dah 2 bulan dekat sini, tak da sapa yang mahu tegur saya. Saya ada juga tegur diorang, tapi kebanyakkannya buat endah tak endah dekat saya. Saya malulah nak tegur lagi. Saya tahu, mungkin saya nampak macam kolot dan selekeh bila pakai tudung labuh, jubah semua ni. Tapi saya dah terbiasa dari zaman sekolah. 5 tahun awak.. 5 tahun saya diajar sebegini.. Nak tahu tak? Awak…awaklah orang pertama yang tegur dan sudi berkawan dengan saya. Terima kasih awak..” Ain mengenggam tangan Amira.

Amira tersenyum. Suka dia melihat Ain yang melemparkan senyuman manis kepadanya. Rupanya periang dan mudah mesra Ain ini. Cumanya sesiapa yang tidak mendekatinya, mereka akan nampak Ain ni seakan pendiam.

“Ye ke.. baguslah… dapat kawan dengan ustazah ni..hehe” Amira mengenyit matanya kepada Ain.

“Alaaa.. saya memang nampak macam ustazah kaaa?” Ain terus mencengkak pinggangnya. Matanya tertancap kepada Amira.

“Ustazah lah..lainlah kalau budak macam saya ni.. haa, pakai seluar jeans, tshirt, tudung pun pendek saja, ini baru engineer gitu!” Amira terus bangun , dan menggayakan posisi badannya dengan penuh berkarisma.

Ain diam. Ya Allah… sesungguhnya, mereka telah salah menilai. Tidak semestinya apabila kita berada di jurusan professional, pakaian kita juga harus mengikut arus itu. Tidak semestinya mengenakan pakaian yang menutup aurat itu tidak nampak professional atau berkarisma. Ain meraup mukanya.

Amira terkaku. Erk.

“Awak..saya salah cakap kaa?” Amira terus duduk kembali di sebelah Ain.

“Eh mana adaaa… bagusnya Amira ni, nanti jadi engineer muslimah yang berjaya ya? Eh.. Ain nak kena balik dah ni.. jumpa esok…” Ain bangun. Tangan dihulurkan tanda perpisahan sementara ini. Moga esok mereka bertemu lagi. Insyaallah.

Amira lambat-lambat menyalami Ain. Berat untuk dia lepaskan. Entah, walaupun sebentar cuma mereka berbual. Hatinya terpaut kepada peribadi Ain.

Ain sudah beberapa langkah menapak ke hadapan. Hatinya juga selesa dengan Amira walaupun dia gadis moden, akhlaknya dan kemesraannya tidak dapat dinafikan.

“Eh..Ain!” Amira menjerit melaung namanya.

Ain terus berpusing. Menghadap Amira yang kini sedang berlari ke arahnya.

“Nak nombor phone boleh?” Amira menghulurkan pen dan kertas kepada Ain. Berharap nombor phone Ain akan dimilikinya.

Ain tersenyum. Terus dia menulis nombornya.

“Saya balik dulu Amira.. Assalamualaikum..” Ain tersenyum seraya menepuk bahu Amira lembut.

Amira membalas dalam hati. Terkedu.

Selalunya, dia hanya pandai sebut, Hello..Bye..

Ain, awak lain dari yang lain. Amira tersenyum memandang Ain yang kini makin jauh darinya.

*****

Ain baru sahaja menunaikan solat fardhu Isyak. Terus dia mencapai al quran dan membaca surah Al-Mulk. Begitulah rutin hariannya.

Dulu, time zaman sekolah, selepas solat berjemaah bersama kawan-kawan, mereka akan sama-sama membaca surah Al Mulk dan 10 ayat awal dan akhir surah Al Kahfi.
Rutin hariannya yang akhirnya sebati dengan diri. Apabila dah masuk alam universiti, cabaran demi cabaran datang, menguji kesungguhan diri untuk istiqamah. Alhamdulillah, dia memilih untuk duduk bersama kakak dan abang iparnya. Dia takut, jika dia duduk di hostel, dia tidak kuat melawan godaan persekitarannya.

Ya Allah..

Sedang dia mengelamun, phonenya bergetar menandakan ada kiriman mesej yang masuk. Beristigfar dia untuk seketika. Terkejut. Inilah padahnya, apabila silentkan phone, kemudian letak di atas meja, ianya akan menghasilkan getaran.

Terus dia bangun. Mencapai phone dan membuka inbox.

+6014XXXXXXX

“Hai awak.. buat apa tu? Amira ni.. rindu saya tak…hehe”

Oh, budak Amira ke? Tersenyum Ain membaca mesej itu. Ingatkan lelaki mana nak rindu merindu ni.

“Ehem.. Assalamualaikum Amira.. Saya baru saja baca al quran.. rindulah Amira yang cantik ni..” Terus butang send ditekan.

Amira telan air liur membaca mesej balas dari Ain. Macam manalah dia boleh lupa bagi salam pula ni. Amira menepuk dahinya. Kan ustazah sudah tegur.

“Waalaikummussalam ustazah… mintak maaf, Amira lupa bagi salam.. hehe. Bagusnya baca al quran, Amira pun dah lupa bila last baca al quran..haha”

Ain terkesima.

Lupa bila last baca al quran?

Ada perkara yang perlu dia lakukan ni. Mempraktikkan, sisa-sisa tarbiyah zaman sekolah dulu untuk diaplikasikan kepada Amira. Membawa Amira mengenal identiti muslimah dan kewajipan sebagai seorang muslihah dalam kehidupan hairan.

Ya Allah… bantulah aku dalam membawa sahabatku ini menuju redha-Mu. Amin.

“Amira.. esok kita date sama-sama ya? Jom tidur, esok kelas awal kan. Selamat malam”

“Date? Ok, selamat malam ustazah.

Ain melipat telekungnya. Menepuk-menepuk tempat tidurnya sebelum dia beradu. Ini sunnah Rasulullah, membersihkan tempat tidur sebelum kita berehat.

Ain segera berbaring. Memusingkan badannya ke sebelah kanan sambil merekotkan badan, dan kedua tangannya diletakkan di bawah kepala, lantas berdoa.

“Ya Allah, mudahkan urusanku pada esok, moga esok lebih baik dari hari ini.. amin”

Bersambung..


No comments: