Pages

Saturday, April 13, 2013

PART 4 : SAHABAT SAMPAI SYURGA



Syafika sedang sibuk menelaah pelajaran di biliknya. Ain hanya memerhati dari biliknya. Dari tadi dia hanya buka tutup sahaja buku yang dipegangnya. Acap kali dia mengeluh panjang. Langsung tidak dapat memberi fokus kepada isi buku tersebut.

Dia terus bangun. Menuju ke bilik Syafika. Ain memberi salam.

“Assalamualaikum..amboi Ika..hebatnya enti study…tergamam ana..hehe” Ain berseloroh.


Ika yang dari tadi khusyuk mengulangkaji mengalih perhatiannya kepada Ain. Ain terus duduk bersandar di pintu almari Ika.

“Waalaikummussalam..mestilah mak cik..kita nak SPM dah cheee oii.. yang enti awat tak study ni?” Ika memerhati Ain.

“Alaaa.. tak moodlah Ika.. masuk telinga kanan keluar telinga kiri gitu..baik tak payah baca buku..huh..” Ain mengadu. Muka masam mencuka sambil badan diguling-gulingkan ke lantai.

Ish..ish. Ika hanya menggeling memandang sahabat baiknya yang seorang itu.

“Pandailah mak cik..awat yang tak da moodnya nii..? cuba bagitau tengok.. Ana nak dengar..

 Ika terus menutup buku. Posisi badannya sudah terarah ke arah Ain. Bersedia untuk mendengar apa yang mahu diluahkan sahabatnya.

Ain yang sedari tadi memalingkan badan ke lantai, memanggung kepala sedikit memandang Ika. Sekejap sahaja pandang, terus dia menghentakkan kakinya ke lantai.

“Arghhh…” Ain menjerit kecil.

“Oit..histeria ka apa ni???” Ika terkejut. Terus bangun mendekati sahabatnya.

“Hoiii..muluutt tak da insurans..” Ain terus bangun menampar peha Ika.

“Lorrhh..dah dok terjerit-jerit ni apasal..risau ana..” Ika kebingungan.

Ain terus bangun duduk bersila. Menghadap Ika yang sejak tadi setia menunggunya bercerita.

“Ikaa.. hmm kita dah nak ambik SPM kan?” Ain bertanya sambil memandang Ika.

“Hmm ya lah..awatnya?” Ika bertanya sambil menggaru kepala. Pelik dia dengan perangai Ain sorang ni.

Nanti kita dah pakat pisah..” Mendatar suara Ain memberikan jawapan.

“Meansss?” Ika bertanya lagi.

“Tadi Ain ada usrah dengan Kak Min dengan kumpulan usrah kitorang.. Yana..Amal.. Farhana semualah..”

“Untunglah usrah dengan geng hebat-hebat..ana cikai-cikai saja..” Ika berseloroh. Terbeliak biji mata Ain.

“Eiiii..enti ni..ana bukan nak cakap pasal hebat tak hebat..aduii..tgkk tuuuu.. huhh” Ain mencebik. Lain yang nak dikhabarkan, lain pula yang jadi.

Ika ketawa.

“Yela..yela…ha dah tuu…pasai apa yang nak sedihnyaa..” Ika bertanya kehairanan.

Ain diam. Lama dia menekur ke lantai. Menarik nafas panjang dan dilepaskan. 

Pandangannya tertancap kembali kepada wajah sahabat tersayangnya, Ika.

“Kak Min kata..nanti..kakak-kakak akan habis STAM.. kita akan habis SPM.. masing-masing akan jalan tuju masing-masing.. entah bila kita akan jumpa lagi.. kautkah kita nanti kat luar sana? Bagaimana dengan perjuangan kita..ukhwah kita? Andai, kalau salah seorang dari kita, ada yang ke luar negara.. berlainan universiti..berlainan tempat..jauh beribu batu.. bagaimana kita nak hadapi.. ana takut.. dan ana takut tak dapat tanggung rindu untuk sahabat-sahabat..” Air mata ain tumpah. Terus wajahnya ditundukkan.

Ika terkedu. Seram sejuk badannya. Ya, dia baru sedar. Mereka akan berpisah. Bagaimana hatinya nanti jika tidak dapat bertemu dengan sahabat-sahabatnya yang lain, terutamanya, Ain. Bertahun mereka menyulam ukhwah, suka duka bersama.

Ika diam. Tidak tahu untuk berkata apa lagi. Ada tangis sedu kedengaran. Ain menangis. 
Allah, inilah sahabatnya. Cepat sangat menangis, tambah-tambah kalau berkaitan sahabat-sahabat. Cepat benar hatinya tertusuk duka.

Allah..bagaimana untuk aku berjauhan dengan sahabatku ini kelak?

*****

Ain berlari sekuat hati. Sehabis daya dia berlari. Air mata mengalir laju. Dia sudah tidak berdaya lagi. Lemah badannya dirasakan. Dia mencari tempat untuk berpaut. Duduk keseorangan, menangis hiba.

Sebuah kenangan telah berlalu. Rindunya pada sahabat-sahabat tidak dapat dibendung lagi. Syafika dan sahabat-sahabat adalah sebuah kenangan. Masing-masing sudah berjauhan dan punya komitmen masing-masing. Entah bila mereka akan bertemu kembali.

Ain melepaskan satu keluhan berat. Meraup mukanya. Mengelap peluh yang bersisa. Puas dia berlari hari ini. Meluahkan segala tekanan. Hujung minggu dimanfaatkan sebaiknya. Beginilah dirinya, tatkala ada masa terluang sahaja, hatinya ditusuk rasa rindu. Oleh sebab itu, dia perlu sibukkan dirinya selalu, supaya rindu yang dibendungnya tidak terlampau terluah melalui emosi dan tindak tanduknya.

Argh!

Teet… teettt..

Poket seluar tracknya bergetar. Ada mesej masuk.

“Salam ustazah..ada dekat mana? Amira boringlah cuti-cuti ni..jom kita pergi jalan-jalan nak?

‘Amira’ Getus hati Ain. Ain terkesima. Ya Allah, tatkala aku dilambung bayu rindu kepada sahabat-sahabatku, Engkau hadirkan aku, Amira, yang kini realitiku.

Amira yang makin hari, makin cuba merapatiku. Menagih sebuah persahabatan yang tulus ikhlas dariku.

Mampukah aku Ya Allah? Bersahabat dengannya, lantas mendidiknya mengenal Islam dan menjadi muslimah yang terbaik?

Ain memejamkan matanya rapat-rapat.

Ya, ke mana hilangnya semangatmu wahai Nurul Ain? Bukankah di sekolah dulu, engkau hebat menyebarkan dakwah. Ini mad’u mu sudah datang. Apa tunggu lagi? Tangkap dan pegangnya erat-erat. Dakwahlah kepadanya.

Ain terus membalas mesej Amira.

Ya, dia perlu memulakan langkah baru. Amira Allah hadiahkan buat dirinya, untuk menjadi sahabat dan untuk dia didik Amira menjadi seorang wanita Islam yang muslimah , muslehah lagi mukminah.

“Waalaikummussalam..Ya Amira, boring kah? Kesiannya.. datang rumah Ain nak tak? Eh silap, rumah abang Ain lah..hehe..”

“Waaaahh..boleh ka? Teringin nak pergi..okeh..pukul 5 , Amira sampai..kasi alamat dekat Amira ehh? Tata..”

“Insyaallah..” Ain tersenyum. Riang sungguh Amira, persis Syafika.

Argh. Rindu itu datang lagi!

Bersambung..

No comments: