Pages

Friday, April 5, 2013

BINGKISAN TARBIYAH BUATMU [PART 1]


Peristiwa ini terlakar, 8 tahun yang lalu. Masih segar kenangan indah ini. Izinkan saya, melakar bingkisan-bingkisan indah ini buat kalian, adik-adik yang masih setia di bumi waqafan itu. Usah pertikai nada penulisannya, usah persoalkan benar atau tidak kisah ini, tapi ambillah ibrah di sebalik bingkisan yang ingin ku titipkan buat kalian, adik-adikku sayang.

Dalamilah..dengan penuh cinta...

" Adah bangun... lambat dah kamu ni..! " Puan Suzana melaung kepada anaknya.

"Ya mak....Adah tengah siap laaah ni..."



Terkoncoh-koncoh Mawaddah berlari keluar. Beg sandang digalas kemas. Baju kurung merah jambu beserta tudung tiga segi merah jambu menjadi pilihan.

Dia sudah lambat. Hari ini ada temuduga kemasukan pelajaran Tingkatan 1 ke Maktab Mahmud. Dia sudah berjanji dengan Nadia hari ini, untuk pergi bersama-sama.

"Mak...Adah tak da kasut laah makk...macam mana ni" Gelisah Mawaddah mencari kasut yang sesuai untuk dipakai.

Puan Suzana hanya menggeleng melihat keletah anaknya. Sekarang sudah pukul 7.45, janji dengan kawan pukul 8 nak pergi. Mana dengan nak mengayuh basikal lagi, cari kasut lagi. Mana sempat.

"Adah, kamu pinjam lah kejap kasut tok kamu tu hah.." Puan Suzana bersuara.

Mawaddah terus memandang ke arah pintu rumah neneknya. Kalau di Kedah, panggilan nenek lebih sinonim dengan 'tok'.

Great idea!

Mawaddah terus meluru ke rak-rak ubat Tok Chah. Selalunya Tok Chah letak kasut kat bawah rak. Mawaddah tersenyum. Dia sudah jumpa apa yang dicari.

Kasut. Size 4. Kecilnya!

Oklah tu, memang kaki dia kecil pun. Badan besar, kaki kecil. Nampak tak di situ ketidakseimbangnya tubuh budak bernama Mawaddah ni?

"Tokkkk.. Adah pinjaaam kasuuut... balik ni Adah bagi..." Segera dia menyarung kasut Tok Chah ke kakinya.

Menyalami Puan Suzana, dan terus mencapai basikal lantas mengayuh laju.

"Bye maaakk... doakan cheee...!"

'Che' panggilan yang selalu digunakan orang Utara, yang bermaksud 'saya'.

Puan Suzana hanya memandang dari jauh. Tersenyum dengan perangai anak sulungnya. Pagi-pagi dah riuh sekampung.

*****

Sekuat hati Mawaddah memecut basikalnya. Terkial-kial dengan selipar Tok Chahnya. Pagi Jumaat yang hening. Tambah-tambah cuti sekolah. Lengang saja jalan. Hanya sekali dua kelihatan kenderaan yang lalu-lalang.

Arghhh lambat! Omel Mawaddah sambil mengayuh basikalnya keluar dari Taman Tengku Maheran menuju ke jalan besar. Rumah Nadia tidaklah jauh mana dari rumahnya. Cuma, Kampung Muhibbah tu dipenuhi dengan masyarakat kaum India yang sah-sah membela anjing.

Penuh berhati-hati Mawaddah mengayuh basikal, jika kelihatan anjing, terus dipecutnya basikal. Takut benar dia dengan anjing. Fuh!

Masuk sahaja ke lorong rumah Nadia, kelihatan Pak Cik Azmi sudah menunggu di luar. Sedia untuk menghantar kami ke Maktab Mahmud Alor Setar, kerana di sanalah kami akan menduduki ujian.

Berdebar tak?

Mestilah. Maktab Mahmud tu. Tak tahu nanti kena tanya apa. Mawaddah siap bawa kitab-kitab lama Wan Razaknya, dengan al quran yang besar lagi. Nampak tak semangat Mawaddah dekat situ?

Nak pergi sekolah agama ni. Get ready lah sikit. Ustazah to be! Haish.

8.15 kami bertolak dari Jitra ke Alor Setar. Berdebar-debar. Sepanjang perjalanan Mawaddah dan Nadia berbual tentang rakan-rakan sekolah, ke mana hala tuju? Buat apa sekarang? Nak study mana?

Sekolah rendah, sebuah kenangan. Zaman di mana suka ria bersama kawan-kawan. Bertepuk tampar lelaki perempuan.

Eh ya ka?

Maaf, Mawaddah tidak sampai bertepuk tampar, cuma sembang tu sudah pasti. Kelas campur kan? Duduk pula , cikgu susun lelaki perempuan. Katanya supaya tak bersembang dan main-main.

Ya ka?

Jangan datang bibit cinta sudah! Oh my, ramai saja yang bercinta zaman sekolah rendah. Nak gelak pun ada. Cinta monyetlah katakan. Tak lojik betul. Pakai baju warna sama. Gaduh dengan kawan kalau kawan curi pakwe atau makwe dia.

Oh, memang kelakar zaman itu.

Baru 12 tahun chee oi! Baru nak ambik UPSR.. bukannya nak menikah lagi pun! 

*****

Seronok bergelak ketawa, mengimbau kisah lama, sedar tidak sedar, dah sampai pun Maktab Mahmud.

Fuh, dari jauh pun dah gerun.

Ramainya orang! Siap ada pak cik polis jaga dekat jalan.

Gulp! Macam mana nak terpilih ni kalau beginilah? 

Bersambung...


No comments: