Pages

Thursday, April 11, 2013

PART 2 : SAHABAT SAMPAI SYURGA


Ain sedang tekun membaca buku di dalam kelas. Ruang di sebelahnya masih kosong. Tiada sesiapa yang mahu duduk di sebelahnya. Masing-masing duduk secara berkumpulan bersama kawan-kawan yang disukai mereka.

Ain? Mungkin dirasakan bukan ‘taste’ mereka, dengan berpakaian ala-ala ustazah. Nampak kolot. Tidak ada ‘class’ katanya kalau berkawan dengan budak macam ini. Ain hanya mampu diam jika ada sindiran-sindiran yang pedih didengarinya.

“Hai ustazah..!” Terkejut Ain.

Seorang budak lelaki duduk di sebelahnya tanpa dipinta. Ain hanya membantu sambil meneruskan pembacaannya. Agak janggal duduk bersebelahan dengan lelaki ajnabi.
Lebih-lebih lagi, ada pandangan-pandangan sinis dari budak-budak kelasnya. Mungkin kelihatan dia sebenarnya layan juga lelaki. Oh maaf. Jangan terlalu cepat menilai saya!

“Maaf…jangan ganggu saya..” bergetar suara Ain.

“Amboi sombong…tegur sikit pun tak boleh..” Budak lelaki tersebut cuba merampas buku yang dibaca Ain untuk mengalih perhatiannya. Ain pantas memeluk buku tersebut dan menghadiahkan pandangan yang tajam. Tanda dia tidak suka diganggu.

“Woo..woooo” Budak lelaki tersebut mengangkat tangan. Tanda mengalah.

Dari jauh Ain nampak Amira jalan dengan laju menuju ke arah mereka. Buku di tangannya terus dihayun ke bahu budak lelaki tadi.

“Hoi.. Jo, yang kau ganggu Ain ni apasal…?” Mendatar suara Amira memarahi budak lelaki yang bernama Jo itu.

“Oh..Ain..sedapnya nama.. hek eleh.. nak kenal-kenal pun tak boleh ke?” Jo tersengih-sengih macam kerang busuk.

Ain hanya diam. Syukur Amira ada.

“Tak da kenal-kenal.. Ain ni bukan taste kau okey? Jo pi duduk tempat kau balik.. aku nak duduk sini.. so please.. sila jalaaan..” Amira mencengkak pinggang.

“Bukan taste aku? Hmm.. hina sangatlah aku ni yaaa? By the way… nama saya Johan, nama glamour Jo..hehe..” Jo menghulurkan tangan tanda ingin bersalaman.

Ain memandang huluran tangan tadi dengan pandangan sepi. Dia hanya diam. Amira sudah berdehem.

“Opss…lupa..haram…hehe” Jo terus menarik tangannya. Menggaru kepala yang tidak gatal sambil tersengih.

Terus dia berjalan ke tempat duduknya sambil ketawa kecil. Takut Ain dibuatnya. Gila ka apa? Ketawa sorang-sorang? Grrrr..

*****

“Hai awak, awak okey ke ni?” Amira memegang bahu Ain. Ain hanya mengangguk sambil tersenyum.

“Terima kasih Amira..” Ain mengucapkan terima kasih di atas pertolongan dari Amira sebentar tadi.

“Sama-sama..no hallah..lain kali ada orang kacau awak..bagitahu saja saya.. saya kan kawan awak..hmmm?” Amira tersenyum riang.

Subhanallah, bagusnya Amira. Walaupun mereka baru kenal sehari dua, tetapi Amira tidak kekok berkawan dengannya malah kemanisan dalam bersahabat itu sangat terasa.

Terima kasih Ya Allah..

“Emm.. Ain..awak duduk dengan sapa dekat KL ni? Kadang saya lepak dekat hostel dengan geng lain tak nampak pun awak?” Amira bertanya sambil tangannya sibuk mengeluarkan buku-buku dan kotak pensil dari begnya tanpa sikit pun memandang ke wajah Ain.

“Oh..saya tinggal dengan abang dan kakak ipar saya.. kenapa Amira?” Ain bertanya sambil memandang ke arah Amira.

Amira menoleh. Berkerut dahinya. Memikirkan sesuatu.

“Eaaa..bagusnya..duduk dengan abang dengan kakak ipar.. kenapa tak duduk hostel? Kan ramai kawan? Peliklah awak ni..hehe” Amira ketawa kecil.

Ain turut tersenyum.

“ Ye ke pelik? Tak dalah..saya selesa duduk dengan abang sendiri dari duduk dengan kawan.. saya takut saya tak kuat..” Mendatar sahaja suara Ain.

“Tak kuat? Tak faham. Macam mana tu ?” Amira terus berpusing menghadap Ain. Soalan demi soalan diajukan. Makin pelik dibuatnya dengan budak bernama Ain ni.

“Emm…tak kuatlah..suatu hari nanti awak akan tahuuu..” Ain tersenyum. Manis.

“Errr… alaaa…” Belum sempat Amira meneruskan kata-kata, Ain memberi isyarat menandakan lecturer mereka telahpun masuk ke dalam kelas.

Ain terus membuka buku. Mata terus terarah ke hadapan. Membiarkan Amira dengan tanda soal. Dia toleh sebentar. Menolak pipi Amira supaya mukanya ditoleh ke hadapan.

Amira ketawa kecil.

‘Ain..lainnya awak ni..misteri..’ Amira bermonolog sendirian sambil tersenyum simpul.

Ain terus menoleh ke arah Amira. Rasa macam Amira ada cakap sesuatu tadi.

‘Eh, imaginasi aku saja ni..hmm’ Ain hanya memandang Amira. Sepi. Masing-masing diam membisu.

Hmmm…

Bersambung..

No comments: