Pages

Friday, April 12, 2013

PART 3 : SAHABAT SAMPAI SYURGA



Usai menunaikan solat fardhu Asar, Ain siap-siap mahu keluar. Dia ada usrah dengan kakak naqibahnya, Kak Yasmin. Dia sudah lambat. Sepatutnya dia solat Asar di surau blog E.

“Ika pinjam basikal boleh?” Dari luar rumah sewa, Ain menjerit ke dalam ruang rumah. Berharap Syafika yang berada di atas akan mendengar suaranya.

“Oit nak pi mana?” Tiba-tiba Ika terpacul di sebalik tangga rumah teres dua tingkat itu. Terkejut Ain. Sejak bila pula Ika ada dekat situ.


“Ana ada usrah lah..dah lambat..nak pinjam basikal enti boleh.. ? hehe” Ain tersengih.

Ika hanya memandangnya. Lantas mengangguk kecil.

“Eh..jaga elok-elok tau mak cik..” Ika memesan.

“Alrite nenek…hehe..” Ain terus menutup pintu rumah. Alhamdulillah, Allah mudahkan urusannya. Walaupun sudah lambat, Allah hadiahkan basikal Ika supaya dia sempat sampai.

“Bismillahirrahmanirrahim…” Ain membaca doa menaiki kenderaan sebelum mengayuh basikal Ika keluar dari pagar rumah sewa mereka.

Sebenarnya, Ain bukanlah berani sangat naik basikal sorang-sorang. Selalunya Ika ada bersama dia. Kalau tak da Ika, janggal pula rasanya Ain nak berbasikal seorang diri ke sekolah. Dengan pakai jubahnya, tudung labuh, siap berpurdah lagi. Kalau muslimin lalu naik motor, memang malu habislah.

Muslimat, naik basikal!

Oklah, muslimat naik basikal saja pun. Bukannya kami buat salah. Ini sahajalah kuda perang yang kami ada. Basikal pun basikallah..

Ain ketawa kecil sambil mengayuh basikal Ika. Matanya liar memerhati takut-takut ada anjing. Kawasan rumah sewa diorang memang penuh dengan anjing pun. Maklumlah, kawasan petempatan orang Cina. Pelik juga, macam mana rumah-rumah di sini disusun, campur Cina, Melayu. Nanti anjing masuk rumah orang Melayu macam mana?

Masuk rumah tidak mengapa lagi. Kalau kejar, gigit, kena badan orang Melayu. Najis mukhollazah tau.

Hmmm..

*****
Termengah-mengah Ain. Laju dia berjalan dari pintu pagar kawasan puteri. Kemudian naik pula ke tingkat 3. Usrahnya berlangsung di situ. Memang dia sudah lambat. Pasti kena tegur dengan Kak Min. Grrrr..

“Assalamualaikum..” Ain membuka pintu. Sambil tersengih-sengih ke arah bulatan usrahnya. Kak Min memandang sambil tersenyum.

“Waalaikummussalam..” Serentak dengan itu, ahli-ahli usrahnya membalas.

“Hai… awal datang Ain.. traffic jem ke?” Kak Min menyoal. Yang menyampahnya, mak cik Nabila boleh buat tangan bagus dekat dia.

‘Mak cik betul Bel ni..’ Omel Ain dalam hati.

Lama Ain membiarkan soalan itu tergantung sambil dia duduk menghimpit Nabila. Terpaksalah ahli-ahli usrahnya yang lain mengesot, membuka ruang untuk Ain duduk.

“Oh..hmm Ain solat Asar dekat rumah tadi.. itu lambat..ini pun nasib baik pinjam basikal Ika tadi Kak Min.. Ain mintak maaf eh Kak Min..” Ain memandang Yasmin.

Yasmin hanya tersenyum.

“Lain kali jangan lambat tahu Ain.. pejuang Islam kena tepati masa..” Kak Min menghadiahkan kenyitan beserta senyuman kepadanya sebelum kembali meneruskan usrah mereka.

Gulp! Kena sebijik.

‘Pejuang Islam kena tepati masa!’

“Adik-adik, kita dah makin hampir penghujung tahun, nanti Kak Min dah habis STAM, adik-adik pula habis SPM. Nanti akak sambung belajar, mungkin ada di antara kalian yang akan sambung STAM , ada pula yang akan keluar selepas SPM..” Mendatar suara Kak Min.

Kami hanya diam. Ain, Nabila, Yana, Farhana, Sofia dan yang lain hanya terdiam. Sensitif benar, jika bab keluar dari sekolah ini diutarakan. Tidak percaya rasanya, kami semua akan berpisah.

“Hmm..Kak Min harap, walaupun apa sekalipun keputusan kita, sama ada keluar dari sekolah atau masih di sini meneruskan STAM dan menghabiskan saki baki gerak kerja dakwah kalian untuk mentarbiyah adik-adik.. itu adalah hak dan pilihan kalian. Jika kalian sudah istikharah, dan itu yang terbaik..maka laksanakanlah..

Buat adik-adik yang akan keluar dari sekolah ini, dan masuk ke alam, sama-samalah kita doa, Allah tetapkan hati kita. Istiqamahkan diri kita dengan apa kita sekarang ini. Kak Min pun tak tahu, apa yang akan Kak Min hadapi nanti di alam universiti. Kita sudah terbiasa dengan kelompok kita, sahabat-sahabat kita, kita memang kuat. Tapi nanti, kita akan duduk dengan kelompok-kelompok di luar sana yang kita tidak pernah kenal. Masihkah kita akan begini? Pakaian kita.. gerak kerja dakwah kita?” Kak Min memandang kami seorang demi seorang.

Yana mengenggam tangan Ain. Sungguh, usrah petang ini meruntun jiwa. Tidak disangka-sangka, Kak Min akan bercakap perihal ini. Walhal tadi mereka bukan main ceria. Mungkin benar, ada kegusaran di hati kecilnya. Kegusaran memikirkan adik-adiknya ini.

Akan istiqamah kah? Atau akan terbuai di bawa arus kemodenan dan budaya baru nanti?

‘Ain..kuatkah engkau nanti?’ Ain mengetap bibir. Seraya memandang sahabat-sahabatnya, ahli-ahli usrahnya sendiri.

Bersambung…


No comments: