“…Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki…”
~as syuura : 49~
~as syuura : 49~
Setiap dari kita pastikan impikan zuriat yang soleh dan solehah. Zuriat adalah permata yang berharga bagi diri kita. Permata yang lahir dari sebuah ikatan cinta yang tulus suci kerna Allah.
Namun…apa perasaan bagi insan yang tidak bisa melahirkan zuriat yang merupakan idaman hati setiap wanita. Impian untuk menjadi seorang ibu itu pasti senantiasa ada.
Bagi yang punya peluang untuk mempunyai zuriat pasti kita gembira. Namun, ada juga yang tidak menjaga anak mereka sebaiknya, sedangkan untuk mendapat zuriat itu sukar sekali. Kekadang orang yang pinginkan zuriat, mereka tidak dapat…. Inilah ujian buat mereka. Allah…hebatnya ujian ini.
Sebab-sebab kenapa tiada zuriat :
- Ibu/Bapa itu mandul…
- Sihir
- Kanser rahim
Ini hanya yang bermain di tubir mataku. Kasihan dan sedih bagi seorang wanita yang tidak dikurniakan peluang untuk melahirkan pejuang agama Allah. Hati ini merintih pilu andai kata peluang itu ditarik. Ya Allah…jangan kau tarik nikmat untuk menjadi seorang ibu daripada kami dan aku juga pohon begitu Ya Allah…
Ini ujian buat kita sebagai seorang wanita, hawaku…. Kita kerna redha dan terima sekalipun hati merintih pilu mengharapkan masih ada peluang buat kita memiliki zuriat pewaris agama Allah… jangan sesekali kita berhenti berharap dan berusaha untuk ke arah itu. Kita kena cuba dan cuba… seterusnya kita serahkan kepada Allah,hawaku…bersabarlah.
Aku tahu..bila sudah orang katakan.. “argh..mesti payah nak ada anak..!” hati kita pasti merintih hiba. Sedih! Benar..sedih sekali. Siapa yang tidak sedih apabila senantiasa disogokkan dengan ayat-ayat sebegitu. Aku juga pasti sedih!
Tapi…kita jangan lupa… Allah yang berhak tentukan. Mungkin doktor akan kata… “kamu sudah tidak boleh mengandung kerana rahim kamu lemah..” itu hanya sekadar bicara di mulut dan keputusan makmal. Jangan lupa…ada yang bisa mengubahnya..yakni Allah. Yakinlah hawaku… Allah pasti akan kurniakan kita nikmat itu. Plez…jangan berhenti berharap sekalipun kita tahu..sudah tidak selamat untuk kita melahirkan zuriat kerana nyawa kita pasti akan melayang…namun, bukankah itu impian setiap wanita…apa salahnya kita berkorban buat suami tercinta jua buat agama. Zuriat kita buat agama Allah!
Hawaku…
Sabarlah…Allah sedang menguji kita. Ya…aku turut merasakan kesedihanmu itu. Tiap kali kita mengendong bayi, mesti hati kita akan merintih pilu. Adakah bisa kita memiliki zuriat seperti ini? “Ya Allah..kurniakan aku nikmat ini juga Ya Allah…” berdoalah…doalah sebanyak mungkin. Allah pasti mendengar luahan hati hamba-Nya yang dambakan zuriat buat agama Allah!
Duhai suami...
Bersamalah dikau menelusuri keperitan ini bersama hawamu…dia tidak kuat. Kau kuatkanlah dia dengan semangatmu, bukankah engkau suaminya? Yang pernah berjanji untuk bersamanya tika susah dan senang…adakah bila dia sudah sakit begini, engkau akan pergi meninggalkannya..oh, jangan. Jangan kau buat begitu. Dia sedang diuji dan engkau juga sedang diuji dengan perasaaan sendiri. Adakah engkau ingin mengalah? Jangan…plez jangan….isterimu memerlukanmu di sisi…
Kenangkanlah kembali saat lafaz sakinah itu. Penuh syahdu sekali. Engkau dan dia bersatu. Bahumu makin berat dirasakan kerana engkau punya tanggungjawab sebagai suami. Jadi…kesakitannya kesakitanmu jua. Ia juga merupakan tanggungjawabmu untuk mengubatinya. Aku sedih sekali melihat wanita yang teraniaya dan tidak punya harapan untuk punya zuriat…ditinggalkan begitu sahaja. Aduh… sedih sekali!
Aku tahu..si isteri pasti akan membenarkan sang suami berkahwin lain kerana dia akur dengan ketentuan Ilahi…suaminya memerlukan zuriat. Tapi…dia tidak mampu! Allah…bayangkanlah perasaan hati seorang isteri yang berperang dengan perasaan sendiri berkongsi suami dan cuba bayangkanlah apabila suaminya akan bergembira dengan zuriatnya..tetapi dia? Allah…pilunya hati ini.
Hawaku…
Sabarlah…telah Allah sediakan ganjaran yang begitu besar buatmu. Sabar dan terus sabar… aku dan kamu punya perasaan yang sama. Makin dekatlah kita dengan Ilahi.. sesungguhnya Allah terlalu menyayangi kita, lantas Dia menguji kita…seronok bukan disayangi Allah? Seronok…betul… redhalah duhai hati…ini adalah ketetapan Ilahi…
Monolog serikandi,
Serikandiumar93
8:53 pm
18 Februari 2011
No comments:
Post a Comment