Pages

Saturday, February 5, 2011

DIBELENGGU KEBUNTUAN

         
        Usai solat dhuha, aku duduk berteleku di atas sejadah. Merenung jauh kehidupanku. Entah kenapa, akhir-akhir ini fikiranku buntu. Buntu dan terus buntu. Hati ini kosong. Aku rasakan sudah lama aku tidak menitiskan air mata di malam sepi. Argh…sudah jauh aku dari-Nya. Jangan…masih belum terlambat untuk kau sedar dan pasakkan keyakinan untuk satu perubahan.

            Aku suka menulis. Cuma sejak akhir-akhir ini, aku masih boleh menulis tetapi aku akan ‘delete’ kembali kerana aku rasakan aku menulis dalam keadaan yang kosong. Tiada roh dalam penulisanku. Aku hanya akan menulis jika aku bersedia untuk hadirkan hati dan perasaaanku dalam penulisan dan matlamatnya hanya Allah semata-mata supaya penulisan itu dalam menusuk ke kalbu si pembaca. Aku rasakan aku makin gagal meneruskan derap langkah ini. Mungkin kerana hubungan dengan Allah makin kurang.. ya, mungkin.

            Menulis ini juga merupakan satu medan dakwah. Penulisan yang punya unsur-unsur Islam yang dapat merubah hati si pembaca, itu sudah dikira risalah dakwah. Dakwah itu bukan jalan mudah. Barangsiapa yang sudah melangkah masuk ke alam perjuangan dakwah ini, selamanya hidup tidak senang pasti akan diuji dengan pelbagai ujian hingga mampu menggoyahkan iman di dada.

            Kita sering mempertikaikan ujian yang datang. Aku rasa memang patut kita diuji supaya apa yang kita cakapkan selama ini bukan sekadar di mulut sahaja. Ujian inilah yang akan menentukan sejauh mana kita letakkah hati dan niat kita dalam perjuangan ini. Adakah kerana Allah atau kerana sesuatu selain Allah…?

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan dibiarkan, sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil menjadi teman yang setia selain Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. 

~surah at taubah : 16~

            Ini adalah ujian keimanan kepada kita. Adakah kita meletakkan Allah dan Rasul sebagai matlamat? Allahu warrasulu ‘alam… aku sendiri gusar dengan hatiku ini. Sudah beberapa hari aku tidak mampu meneruskan penulisan ini. Niat di hati ingin menulis sebuah novel yang punya ruhiyyah jua fikrah buat tatapan semua. Namun…jika aku masih berterusan begini, aku mungkin tidak dapat melestari impianku itu.

            Argh..bukan senang untuk kita menulis sesuatu. Aku lebih rela tidak menulis seketika supaya memberi ruang kepada diri ini bermuhasabah kembali diri yang hina ini. Jika aku berterusan menulis, penulisan ku mungkin kosong dan tidak ada roh. Ini yang aku tidak mahu… impianku, aku ingin menjadi seperti Syed Qutb. Mata penanya menusuk ke kalbu hinggakan akhirnya dia sendiri mengakhiri sebuah kehidupan di tali gantung hanya kerana memperjuangkan kebenaran… subhanallah.. indahnya semangat juangnya.

            Inilah perjuangan. Tatkala kita melangkah masuk ke alam ini, sudah pasti impian kita syahid di jalan-Nya. Ya.. syahidlah impian utama kita. Kita tidak boleh gentar dan takut dengan dugaan yang menimpa. Allah ada bersama di setiap derap langkah kita rakan jihadku. Ya… Allah ada bersama kita!

            Ayuh bersamaku kita koreksi diri yang hina. Aku malu untuk bicarakan mengenai hubunganku dengan Allah. Allah..aku jauh dari-Mu. Seringkali aku alpa dan lalai. Seringkali aku menjauhkan diri daripada-Mu. Itulah jawapan kenapa aku seringkali buntu dan hatiku kosong. Ampunkan aku Ya Allah…aku sedar akan kesilapanku ini…..



Insan kerdil,
Serikandiumar93
5 Februari 2011
11.39 a.m

5 comments:

MMPM-403 said...

subhanallah..
terasa btl ana ape yg ukhti bgitau....
syukran ata nasihat yg scara x lgsg menegur diri yg sgt hina ini

SeRiKaNDi_uMaR93 said...

sama2lah kita koreksi diri kita yang hina ini...

Anonymous said...

lumrah kehidupan..

Liyana Mujahid said...

syukran ya ukhti :)
moga Pemilik hati kita memelihara qalbu ini tiap kali ingin tergelongsor dr landasan-Nya

hafizquran said...

sedang menunggu cetusan berharga dari srikandi umar..dah lama xmenulis kan. semoga Allah berikan kekuatan. amin