Pages

Friday, February 4, 2011

KENANGANKU...

Kawasan dewan sudah penuh dengan para peserta. Aku berdiri di belakang para peserta. Tumpuan ku hanya pada penceramah kerana lagaknya yang bersahaja membuatkan aku tertarik untuk mengikuti slot ini. Tiba-tiba aku terpandang sesusuk tubuh yang amat aku rindui. Dia datang kepada aku. Aku berjalan kepadanya. Air mata sudah tidak dapat ditahan lagi. Kami berpelukan erat di hadapan orang ramai. Masyaallah…aku rindu sangat sahabat aku ini ya Allah. Esak tangis kami kedengaran. Semua mata tertumpu kepada kami.

*****
            Aku terjaga. Jam sudah menunjukkan pukul 6.25 pagi. Allah…solat Subuh. Aku mimpi rupanya. Segera aku capai handphone….

            “Nti…ana mimpi nti….”

            “Nti mimpi ana..? apa dia?”

            “Hmm…ada la… kita jumpa nak? Satgi ana cerita….”

            “Ok…

*****
            Petang semalam aku nekad untuk bertemu sahabat tercinta. Selepas habis SPM.. kami tidak bertemu lagi. Dia pula membawa haluan ke Kem PLKN Sik,Kedah. Aku pula membawa haluan aku sendiri. Kami terpisah jauh. Dialah sahabat aku suka dan duka. Terkenang pula malam tahun baru Cina tahun lepas. Kami berdua pergi beli buah limau di pasaraya. Sudah malam waktu tu. Kotak limau sesangat la besar dan berat. Alkisahnya… dua-dua orang jatuh motor gara-gara buah limau yang berat. ^_____^ kenangan bersama sahabat tercinta.

            Dulu… pergi sekolah sekali. Merajuk dengan orang sekali. Mengata orang sekali. Tapi…bila dah kami bergaduh. Satu maahad tahu. ~_^ dah pi sekolah sendiri-sendiri… dah tak ada bekal masakan yang dibawa. Kalau tidak….aku bawa bekal makanan satu beg, dia bawa bekal air satu beg. Macam kanak-kanak ribena. Tapi kami tak kisah… ini persahabatan kami. Bukan persahabatan orang lain…

            Kereta agak banyak semalam. Raya Cina ni… tapi demi sebuah ikatan aqidah, aku redah jua. Hanya kerna ingin menatap wajah sahabat tercinta. Setelah hampir sejam perjalanan, aku sampai. Dari jauh ku lihat kelibatnya, cuma masih belum mampu untuk mengangkat wajah memandangnya. Rindu sangat… hanya Allah yang tahu.

            Lepas ziarah dia dan keluarga. Aku meminta izin untuk membawanya ke rumah seorang lagi sahabat. Dekat sangat dengan maahad dan juga merupakan laluan ke rumah sewa aku, Qurratul Ain. Kami ambil jalan depan. Semata-mata nak tengok maahad ni. Tidak banyak perubahan. Cumanya dewan sekolah akan berubah. Kerajaan Negeri bagi duit untuk ubahsuai dewan bagi besar dan selesa sikit.
        
Ini pintu gerbang maahadku. Sekalipun tidak secantik pintu gerbang sekolah lain. Aku bangga dengan pintu ini. Saban tahun akan masuknya para pelajar ke sekolah ini untuk menuntut ilmu. Saban tahun jugalah akan keluarnya para pelajar untuk meneruskan kehidupan di dunia luar. Aku bangga mengenangkan kejayaan para pelajar maahad. Alhamdulillah… inilah pelapis generasi Islam zaman ini.

Dewan maahad akan berubah nanti. Entah bagaimana rupanya. Memang tampak lama dewan ni. Mana tidaknya… dari tahun 1936. Pentas dewan tu pun kalau ramai-ramai pakat naik lompat, aku rasa runtuh juga. Bagus juga, kerajaan Negeri bagi duit untuk perbesarkan dewan ni.
Blok A… kitorang panggil bangunan usang yang bila-bila masa sahaja nak rebah. Lantainya semua kayu. Ini bangunan lama. Zaman dahulu kala. Risau betul kalau nak naik tangga dia. Kayu… selalu juga datang sini. Tapi jika ada urusan penting sahaja. Bangunan ini ada di bahagian putera. Kalau nak sampai sini kena redah lautan muslimin. Sepanjang perjalanan, kepala ni tunduk saja. Sampai sakit kepala la. ^___^
Dari kejauhan sudah nampak beberapa blok. Itu blok pelajar puteri. Kawasan larangan bagi putera. Tapi ada juga budak-budak putera sebab diorang kelas sains. Kelas sains campur putera puteri. Bila dengar cerita sahabat-sahabat time first masuk kelas memang lawak. Ya la…mana pernah campur dengan lelaki. Tiba-tiba duduk satu kelas, pastu kena buat presentation. Lama-lama dah jadi..tak malu la sikit.
            Laluan kantin yang hanya tinggal kenangan. 
Ini laluan kelas time form 1. Kelas 1 Ikram. Tapi sekarang dah jadi 1 Khadijah. Di kelas inilah aku mula bertatih mempelajari ilmu duniawi dan ukhrawi. Kelas ini menyimpan seribu satu kenangan. Kelas ini menjadi saksi tangisan aku sebab tak faham apa ustazah cakap. Bahasa Arab semua. Alamak… sakit kepala ni hanya Allah yang tahu. 21 subjek semuanya. Siap kena hafal lagi. Mahu tak nangis.. duduk pula asrama. Jadi, tak tentu arah jawabnya.

Kelas ni menjadi saksi serikandiumar kena denda duduk bersila kat depan kelas.. ^____^ gara-gara tak menghafal tauhid. Kena denda dengan Ustazah Rosinah. Memang macam-macam ragam dulu. Waktu tu baru form 1. Kelas no 2 sebelum hujung, itu kelas aku juga. Kelas 2 Nusaibah, sekarang dah jadi 2 Hasanah. Time form 2 duduk kat belakang sekali. Hampeh…lagi la tak faham apa yang diajarnya.

            Tapi di sebalik semua ni. Aku bersyukur sangat. Time form 2 nilah aku ditarik untuk mengenal perjuangan. Time form 2 nilah aku nekad untuk masuk rumah sewa badan dakwah. Time form 2 ni jugalah pencetus masalah yang membawa kepada suatu perubahan yang besar tika aku form 3. Perubahan menuju cinta Allah… sekalipun diselebungi fitnah.

Maahadku..
Aku amat merinduimu…
Sekalipun saat ini aku jauh darimu..
Engkau tetap di hatiku

Terima kasih Ya Allah..
Engkau kurniakan aku kesempatan ini
Menuntut ilmu di bumi waqafan maahadi

Di sini aku kenal…
Ilmu duniawi jua ukhrawi..
Di sini bermulanya..
Perjuangan jihad seorang serikandi…

Aku jatuh cinta padamu mahaad!
Aku jatuh cinta pada ilmu yang ada di dalammu..
Sungguh..
Aku bertuah…
Kerna…
Menjadi salah seorang dari pelajar maahad…

Kan ku goncang dunia dengan ilmu di dada…
Kan ku buktikan Islam itu pasti berjaya…



Tinta maahadian,
Serikandiumar93
4 Februari 2011
9.08 a.m

1 comment:

MMPM-403 said...

teringat ana wktu duk kat maahad dlu.....
ambik 21 subjek...
ambik PMRU....
gi TAmrin, mukhayyam dan mcm2 lgi...
rindu nye zman skolah dlu.....