Pages

Saturday, February 26, 2011

' MOOD '

          Semalam, usai mengenyangkan perut, aku mencari kelibat adik bongsu. Tak nampak dari tadi. Aku mencari di depan rumah, rupanya tengah cuci kolam ikan sorang-sorang. Kesian pun ada, tapi dah dia yang nak bela… buat sendiri la ^___^

          Oleh sebab kasihan, tolong la juga…. Tanya abah, yang lain-lain mana… tak tolong pun? Senang ja jawapannya : “nak buat macam mana….yang lain tak da ‘mood’ nak buat… ish, pelik la kan… makan ada ‘mood’ pula? Haha… aku senyum ja. Betul la…

Kita kalau mahu buat sesuatu kena ada ‘mood’ dulu….

Teringat entry aku DIBELENGGU KEBUNTUAN. Ni gara-gara tak da mood juga ka. Ya la… sama la.

          Mood kita selalu berubah. Tak dijangka mood kita macam mana dalam sehari. Mood ni macam cuaca la. Pagi cerah…petang hujan… berubah-berubah.

Ceria!

          Kalau mood ni memang terbaik sekali. Kalau kita ceria semua orang pun gembira tengok kita. Senyum dan happy sentiasa. Zone ceria ni selamat untuk ditegur atau buat lawak dengan dia.

Masam!

          Mood ni kita berada di zone berjaga-jaga. Janganlah buat sesuatu yang menyakitkan hatinya kerana dia sedang ‘tension’ barangkali. Dia sedang cuba mengawal emosinya supaya kembali stabil.

          Cuba ceriakannya dan kembalikannya dalam keadaan asal supaya hatinya kian tenang.

Marah!

          Zone merbahaya! Awas… jangan cuba-cuba menambah kemarahannya lagi. Bila dia dah jadi api, kita kenalah jadi airnya… jangan pula kita jadi api! Api lawan api… bertambah marak, lantas hangus terbakar. Betul tu…. Bila dah masing-masing marah… terputuslah satu ikatan ukhwah di situ, maka berdekah-dekahlah syaitan laknatullah ketawa dengan kejayaannya yang telah dapat merosakkan hubungan anak Adam di muka bumi ini.

Buat kerja bila ada ‘mood’?

          Ini kes bahaya juga…. Memang la orang kata, la…dah tak da mood nak buat, baik tak payah buat..!” habis, kalau dah semua orang berfikiran dan berperangai macam tu, habislah!

          Kita kena cuba ubah mindset kita, kita kena cuba untuk laksanakan sesuatu kerja. Jangan berada di zone yang merbahaya sentiasa, kena berada di zone selamat juga. Positive thinking!

          Sebenarnya… tiada istilah tidak ada mood untuk buat kerja tu… jawapannya ialah… kita MALAS! M.A.L.A.S ha… inilah jawapannya.

          Diri kita yang malas untuk berusaha sebenarnya. Kita suka tak ambil kisah dengan apa yang berlaku. Kita selalu rasakan sesuatu perkara itu mudah dan senang untuk dilaksanakan. Kemudian, bila buat…baru tahu susah, last-last… malas dah nak buat.

          Kita kena usaha baru kita dapat hasilnya. Jika kita buat sesuatu kerja tanpa usaha maka tiadalah hasilnya.

          Kita kena cuba lawan mood kita tu. Mungkin kita bawa mood masalah di rumah di tempat kerja. Kita dah dikira tidak adil kerana tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Kita jadi malas buat kerja sebab memikirkan masalah di rumah hingga mendatangkan kesulitan di tempat kerja. Ini tidak boleh…. Kita membebankan satu pihak yang lain pula.

          Kesimpulannya, sama ada ada mood atau tidak, kerja kena diteruskan… sebab… cuba kita fikir, andailah… kita sentiasa tiada mood, macam mana kerja kita tu? Terkubur macam tu sahaja… tak boleh, tak boleh…

Jadi, sama-samalah kita koreksi diri kita ini ya! Selamat bermujahadah… moga sentiasa di zone ceria sentiasa ^___^


p/s: satgi nak pergi belajar kereta… sekalipun demam.. mood kena ceria, positive thingking… set cepat!


Muhasabahku,
Serikandiumar93,
6:14 am
26 Februari 2011

No comments: