Pages

Thursday, February 17, 2011

TAMRIN NUQABA (AKHIR)

          Tamrin Nuqaba ini bakal melabuhkan tirainya sebentar lagi. Kami semua berkumpul di kantin puteri untuk slot doa wehdah dan salam jemaah. Sesungguhnya aku merindui getaran nafas di setiap bait doa wehdah dilaungkan. Di situlah semangatku bangkit. Semangat jihadku semakin berkobar tiap kali aku menggenggam tangan sahabatku erat sekali! Kami bersama melaungkan doa wehdah hingga meruntun jiwaku ini.
    
        Usai doa wehdah dan doa rabithah. Kami sama-sama salam jemaah mengikut barisan. Dari kejauhan kedengaran lagu Sahabat berkumandang. Tiba-tiba ku rasakan hati meruntun pilu. Sayu sekali… bukan kerana apa… hanya kerana aku kini bukan lagi warga maahadi. Aku kini bukan lagi peserta tamrin. Tapi aku hanyalah aku yang bisa memandang dari jauh adik-adik dan sahabat-sahabat yang aku tinggalkan.

          Jujur aku katakan, aku tidak dapat lagi menahan air mata kesedihan tatkala bersalaman dengan adik-adik. Dadaku makin bergetar hebat untuk menyalami tangan sahabatku. Sedih hanya Allah yang tahu. Akhirnya..rebah jua dalam pelukan sahabat-sahabat. Allah…indahnya ikatan ukhwah ini. aku menangis jua melepaskan rasa rindu pada ikatan aqidah ini. Rindu pada sebuah perjuangan bersama sahabat-sahabat.      
   
          Setelah selesai, lebih kurang dalam pukul 3 petang barulah kami berjalan kaki pulang ke rumah sewa. Aku merindui saat indah berjalan bersama sahabat di pagi hari tika melangkah ke sekolah. Rindu sangat. Masing-masing keletihan jadi masing-masing merebahkan diri. Lebih kurang dalam pukul 5 lebih aku bangun untuk pulang.
         
         Aku pandang wajah sahabatku. Maaf…tak sampai hati nak gerak korang. Aku balik begitu sahaja. Berat juga untuk tinggalkan kalian. Namun…aku melangkah jua dalam keterpaksaan. Selamat tinggal sahabatku!        

Sahabatku sayang,
         Ku tulis tinta ini khas buatmu. Aku merindui kalian! Rindu yang teramat sangat hingga tidak terucap melalui bicara, hanya tangisan rinduku menjawab segala-galanya. Sahabatku, aku merindui pelukan darimu. Aku merindui kata-kata taujihad yang seringkali kau hulur padaku. Kini…kita berpisah jauh. Aku kan senantiasa mendoakan kalian tabah mengharung perjuangan di bumi maahad tercinta.


Sahabatku,
         6 tahun lamanya kita sulam ikatan ukhwah ini dengan nur iman dan islam. Kini, kita berpisah jua. Setelah sekian lama kita bersama, hari ini kita perlu berdepan dengan reality sebuah perpisahan. Argh..peritnya aku menerima perpisahan ini. terkenang saat-saat kita bersama sepanjang SPM… kau..aku dan dia…


Sahabatku,
          Aku sudah tidak kuat menanggung keperitanku ini. andai kematian yang bakal menyusul…halalkan segala apa yang terjadi sepanjang kita menjalankan ukhwah ini. doakan aku tabah…dan andai kata kematian menjemputku, doakan aku mati syahid kerana kita sudah berjanji untuk mati syahid sahabatku!


p/s: ana sayang sahabat-sahabat SUFI HARAKI ana!


Catatan naqibah yang hina,
Serikandiumar93
17 Februari 2011
1:35 pm

2 comments:

CHE ROSSLI said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

ana rasakan tidak salah kita menyebut mati syahid supaya ianya akan menjadi pembakar semangat kita dan hanya Allah yang berhak menilai hati hamba-Nya...