Pages

Tuesday, February 15, 2011

TAMRIN NUQABA (PART 3)

          Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam. Tayangan video baru sahaja selesai. Aku juga baru selesai melakukan pencarian mencari petrol. Pak cik guard kedekut, tak bagi ambik kat motor dia..nak ambik sikit saja pun.. terpaksalah keluar jalan kaki, pergi kedai minyak beli petrol. Terpaksa menebalkan muka cakap nak beli sikit saja.. RM 1. jadi bahan ketawa la kejap..tapi takpa2.. modul punya pasal. Beli juga…

          Aku dan sahabat-sahabat dapat arahan yang muhasabah ditunda pagi esok pukul 4.30 pagi sebab adik-adik dah keletihan. Okey…tapi lupa pula, aku hirothah sampai pukul 3.00 pagi. Alamatnya tak tidur dah. Sepanjang malam aku dan sahabatku berbual di kantin. Berkongsi pendapat setelah sekian lama tidak bersua muka menyuarakan sesuatu.

          Sekian lama menunggu, akhirnya dah pukul 3.00 pagi. Tukar shif! Dapat juga lelapkan mata walaupun hakikatnya tidak. Nyamuk banyak! Pukul 4.00 aku bangun. Bangun melakukan gerak kerja…gerak semua. Tapi, tak da sapa yang bergerak lagi.. maklum la, pakat letih.. inilah cabaran buat program, sama ada koor/fasi bangun gerak adik-adik.. atau adik-adik pula yang bangun dulu ^___^

          Kami sudah bersiap sedia di port masing-masing. Aku di checkpoint yang ketiga. Kuatkan hati juga meneruskan tugas, sekalipun tadi bersusah payah untuk bangun dan berjalan hasil dari suntikan di hospital semalam. Kaki kejang dan sakit bangat. Puas dipijak-pijak baru boleh.. ^___^

Check point 3 :

Tajuk : Yang Mana Satu
Bahan : Air masak satu gelas, minyak petrol satu botol,kain penutup mata

Objektif :

  1. memperlihatkan kepekaan dan keberanian jundi sekalian
  2. kekuatan hati dan gerak hati dapat ditonjolkan

Perlaksanaan :

  1. Koor/Fasi meminta para peserta menutup mata masing-masing
  2. Koor/Fasi meminta para peserta membuat trademark kumpulan masing-masing yang berbentuk jihad
  3. Provokasi mereka mengenai mati syahid di medan jihad
  4. Koo/Fasi akan melalukan botol yang berisi petrol di hidung mereka.
  5. kemudian, akan mengarahkan mereka minum air masak, sambil botol yang berisi petrol di sisi mereka supaya mereka rasakan mereka akan minum petrol. (fasi sebut yang mereka minum ialah air masak)
  6. paksa mereka minum juga

p/s: time ana buat tu, ada orang muntah..jadi yang lain-lain pun pakat takut juga.

Resolusi :

  1. sekalipun mata kita tertutup, kita ada matlamat dan pegangan, bila fasi dah sebut air masak, mereka kena yakin itu air masak bukan petrol.. sebab kita ada pegangan dan aqidah. Kita yakin Allah ada walaupun di saat mata kita tertutup, tidak kira apa yang datang, Allah tetap ada.
  2. keberanian para peserta akan tergugat, baru sebentar tadi mereka melaungkan semangat jihad…jadi ke mana semangat itu menghilang?

*****

Maaf, ana tak ingat check point seterusnya macam mana modul.. ^___^


Catatan naqibah yang hina,
Serikandiumar93
11:26 am
15 Februari 2011

4 comments:

MMPM-403 said...

smart jgak modul nie.... bgus2....
teruskan perjuangan nti....

Mat Ganu said...

teruskan perjuangan, yang benar pasti menang..insyaALLAH.

~PakKaramu~ said...

PAK kARAMU DAH IKUTI BLOG NIH, IKUTI SAYA PULAK

murabbi said...

modul best...
takbir!
nnti, boleh share modul lain pule..